Friday, April 30, 2010

Kesombongan Manusia


Ramai yang lupa bahawa Iblis (kepala syaitan) telah dihalau keluar daripada syurga kerana keengganan mengikut satu saja perintah Allah swt yakni tunduk (tanda hormat) kepada Adam as. Keengganan ini bukan kerana bencikan Allah atau kerana tidak mengiktiraf Allah sebagai yang Maha Berkuasa tetapi kerana menganggap kejadiannya lebih mulia yakni sombong dengan Penciptanya.

Kita semua sedia maklum selanjutnya bahawa Iblis dan keturunannya telah dinyahkan daripada syurga dan dilaknat selama-lamanya dan bakal penghuni neraka kelak. Jika direnung kesalahannya tidaklah seberapa berbanding dengan manusia! Perkara yang syaitan tak gamak nak buat seperti mengaku Tuhan, membunuh manusia lain dengan sengaja dan pelbagai kefasadan lain telah menjadi seperti perkara biasa bagi sesetengah manusia.

Apabila ada remaja 15 tahun ditembak mati daripada belakang setelah dikejar polis, wajarkah keluarganya dimalukan pula dengan pelbagai tuduhan yang tak masuk akal dan mengaibkan? Bayangkanlah kalau tak ada saksi langsung dalam tragedi ini, apalah nasib keluarganya yang malang?

Apabila ditegur, kepala polis negeri kata ahli politik tak usah masuk campur. Selama ini bukankah ahli politik UMNO/BN yang dok perkudakan pihak polis? Untuk makluman tuan, pemimpin politik yang bertanggungjawab akan sentiasa menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Sekurang-kurangnya itulah peranan yang dimainkan oleh pemimpin politik PR.

Kepala polis besarnya pula ugut nak suruh polis duduk di balai-balai saja sebab kononnya rakyat tak suka mereka meronda di jalanraya. Apalah bodoh sangat! Kita cakap supaya lebih cermat apabila menggunakan senjata api di khalayak ramai, tak boleh ke?

Ada pula kepala lagi besar tak benarkan politik di masjid dan surau dan jika sesiapa yang tak setuju tak usah datang ke Selangor. Politik kepartian tu memang betullah kita tak elok libatkan masjid dan surau tetapi politik pada umumnya adalah sebahagian daripada Islam macamana nak buang? Ini cerita macam nak buang manis dari gula atau lemak dari santan, mana boleh! Nanti kalau Allah kata siapa yang tak setuju dengan syariatNya maka orang itu sila keluar dari bumiNya, kan ke susah tu?

Anak Bapa: Macam-macam jenis kesombongan manusia kita saksikan saban hari. Moga Allah swt lindungi kita daripada akhlak buruk ini .......

Thursday, April 22, 2010

Pemimpin UMNO Yang Hipokrit


Anak Bapa bukan nak tonton sangat berita TV3 malam tadi. Dalam dok sibuk “switch” saluran terpandang pula Najib Altantuya sedang berkempen selepas balik dari “jual” maruah negara kepada Amerika. Hendak tak hendak tertengok juga sekejap.

Dalam gambar yang ditayangkan kelihatan Najib dengan bangganya mendakwa bahawa dia dah tahu segala rahsia Pakatan Rakyat (PR) sebab ketika di luar negara dia dikunjungi oleh katak-katak YB (Yang Berlompat-lompat) Zulkifli Nordin dan Zahrain (upah melompat dapat ikut Najib ke keluar negara) setiap malam menceritakan segala perancangan dan tindak-tanduk PKR dan PR.

Pertamanya, percaya betul si Mamat ni dengan Zul. Dia tak tahu ke si Zul ni kepala temberang paling besar dalam dunia. Kalau cerita secawan jadi setempayan dan kalau cerita setempayan jadi selori dek karenah budak ni! Si Zahrain tu pun dua kali lima juga. Dan kalau dia kata dia tau pun segala perancangan PR, perancangan apa? Setahu Anak Bapa perancangan PR ialah mengambil alih pemerintahan daripada BN yang korup supaya dapat kita boleh buat perubahan yang lebih baik untuk rakyat dan negara. Jika itulah perancangan PR yang dimaksudkan, Anak Bapa pun boleh dedahkan.

Bagaimana pula rahsia tentang songlap duit negara RM500 juta daripada pembelian kapal selam dan lagi RM500 juta daripada pembelian jet pejuang Sukhoi? Altantuya tu pula sapa yang arah bunuh? Macamana adik hang pula pi sogok Bala supaya jangan bercakap mengenai Altantuya? Bolehkah kita ada seorang PM yang terpalit dengan pembunuhan yang kejam ini!

Jadi tak usah jadi munafik. Rakyat dah cerdik dan tau menilai mana yang cakap kosong dan mana yang ikhlas untuk membantu mereka. Tuduh Zaid Ibrahim kaki botol walaupun beliau telah mengaku terlanjur dahulu dan sudah lama bertaubat.

Apa pemimpin UMNO lain bukan kaki botol? Tanya pramugari MAS dan budak-budak kerja hotel berapa ramai pemimpin UMNO yang kaki botol. Dahlah tak mengaku kaki minum, bertaubat pun tak mau! Lepas tu tunjuk alim aibkan orang lain macam-macam. Poooorah! Munafik!

Anak Bapa: Sedih amat sangat membaca buku tulisan Cikgu Bard “Misteri di sebalik pembunuhan Altantuya”.

Saturday, April 17, 2010

1Malaysia dan 1Israel


New Straits Times terbitan Sabtu 17 April 2010 ada melaporkan:

“WASHINGTON: Prime Minister Najib Razak confirmed yesterday that Malaysia has cut off gasoline supplies to Iran, warning Tehran it was close to facing new international sanctions over its controversial nuclear program.
Najib’s announcement came three days after he held talks with US President Barack Obama, who had called for the world to move “boldly and quickly” on additional sanctions on the sidelines of a 47-nation nuclear security summit. “It’s going to be quite inevitable that additional sanctions will be imposed in the near future unless there is some movement in the right direction by Iran,” Najib, on a US visit, told reporters in Washington.”

Anak Bapa teringat satu ketika dahulu, Wakil Malaysia ke PBB turut mengundi menyokong ketetapan PBB supaya membenarkan tentera Amerika menyerang Iraq atas alasan untuk menghapuskan senjata pemusnah besar-besaran (weapon of mass destruction). Sejarah kemudian memaklumkan kepada kita bahawa alasan ini sebenarnya diada-adakan untuk mengesahkan agenda jahat Amerika. Akhirnya kita sama-sama terpalit dosa pembunuhan ramai umat Islam Iraq sehingga ke hari ini.

Kini selepas beberapa ketika, dengan Perdana Menteri yang baru, Malaysia akan mengulangi dosanya sekali lagi. Apa salahnya Iran memiliki teknologi nuklear untuk tujuan keamanan. Dan jika sekiranya Iran bercadang untuk membuat senjata nuklear sekali pun, apa salahnya?

Siapakah sebenarnya yang berhak menentukan negara mana boleh buat senjata nuklear dan negara mana tak boleh? Jika IAEA ingin berlaku adil, kenapa Israel bebas membangunkan teknologi nuklear (yakni senjata nuklear) tanpa sebarang kawalan dan pemantauan sehingga ke hari ini?

Pak Angguk Amerika/Israel ini dahlah belanja RM76 juta kepada APCO pasal nak jumpa Obama, lepas tu sanggup pula khianat saudara seagama di Iran dengan memotong bekalan minyak ke sana semata-mata nak memuaskan hati tuannya.

Barangkali inilah dia yang dikatakan konsep 1Malaysia 1Israel. Memang sah, terang lagi bersuluh, Israel Zionis dah menusuk jauh dalam negara kita sehingga ke kalbu pimpinan UMNO/BN.


Anak Bapa: Undi BN bermakna undi Israel Zionis!

Saturday, April 10, 2010

Kasihan Pak Pie ........

Orang tua-tua selalu berpesan, apabila nak buat sesuatu kepada orang lain bayangkan dulu jika benda yang serupa terkena pada batang hidung kita. Suka ke tak suka? Jika tak suka terjadi pada diri kita maka tentulah perkara yang serupa tak elok pada orang lain. Inilah apa yang dikeluhkan oleh Pak Pie Apdal hari ini seperti yang diceritakan oleh Malaysiakini:


“Datuk Seri Shafie Apdal kecewa kerana tidak dapat menggunakan sebuah dewan orang ramai di Kampung Selisek, di Ulu Bernam, Selangor.Menteri Pembangunan Luar Bandar itu berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat bertindak tidak adil setelah membentuk kerajaan di Selangor.

Terdahulu dalam ucapannya, Shafie berkata BN tidak mengamalkan diskriminasi kepada pihak yang tidak menyokongnya."Negeri Kelantan bawah kerajaan pembangkang (Pakatan) pun kita bantu... Tapi sedihnya kita hari ini, kita bina dewan tapi sekarang tak boleh guna dewan," katanya.”


Anak Bapa tak nak katakan sahih ke tak sahih alasan tandas tu berkunci. Dahulu semasa UMNO memerintah Selangor, masjid dan surau pun sentiasa “terkunci”. Pak Pie dah minta ke cara rasmi nak guna dewan dan tandas. Kalau main suruh macam zaman UMNO berkuasa dulu, minta maaflah sebab itu bukan cara Pakatan Rakyat.

Anak Bapa pun Ahli Majlis di MBSA dan kita telah menetapkan polisi bahawa sesiapa saja termasuk mana-mana parti politik yang sah boleh menggunakan dewan dan segala kemudahan Majlis dengan syarat mereka mengikut peraturan yang ditetapkan termasuk membayar sewa.

Dan sejak PR menang di Selangor kita dapat lihat UMNO bebas menyewa dewan-dewan MBSA untuk ceramah menghentam PR. Kita tak kisah mereka berbuat begitu kerana sememangnya mereka seteru politik PR. Harapan kita mereka akan juga menunjukkan keikhlasan dengan membenarkan kita menggunakan dewan-dewan majlis di negeri-negeri yang mereka perintah demi memperkasakan amalan demokrasi yang lebih sihat.

Tetapi malang seribu kali malang. UMNO tak pernah berubah. Jika dulu mereka hanya bagi baja kepada petani-petani yang menyokong BN di Kelantan dan membiarkan petani-petani lain menggunakan baja tahi kelawar, sekarang ini pun mereka masih mendiskriminasikan PR dalam pelbagai aspek. Sekolah-sekolah tidak dapat diziarahi oleh wakil-wakil rakyat PR, peruntukan untuk guru-guru KAFA dipotong, geran persekutuan untuk negeri-negeri bawah PR dilambat-lambatkan, peruntukan pembangunan untuk ahli-ahli parlimen hanya diberikan kepada ahli-ahli parlimen BN sahaja dan pelbagai jenis diskriminasi lagi.

Malah di”negeri” yang kita menang iaitu di Kuala Lumpur, ahli-ahli parlimen PR nak sewa dewan-dewan DBKL pun tak boleh. Kena guna pihak ketiga kalau nak guna juga. Ini yang diluahkan oleh ahli parlimen Lembah Pantai di parlimen baru-baru ini.

Jadi Pak Pie tak usah dok merataplah. Sebenarnya BNlah makhluk yang paling bengis dan zalim kepada rakyat yang tidak menyokong mereka. Janganlah anggap PR ni macam BN kerana sememangnya kamitidak serupa.



Anak Bapa: UMNO dan BN ni memang jenis makhluk tak guna satu sen. Dalam dok hentam PR tu dia buat majlis politik dalam kawasan sekolah. Cuba bayang kalau PR buat majlis politik dalam kawasan sekolah.

Tuesday, April 6, 2010

PERKASA Tak Usah Bohong!



Malaysiakini ada melaporkan berita berikut hari ini:


“Tuntutan PERKASA supaya dua pemimpin MCA dan Gerakan serta dua lagi akhbar berbahasa Cina memohon maaf secara terbuka kepada NGO itu yang tamat tempohnya hari ini, tidak disusuli dengan demonstrasi ataupun membakar gambar pemimpin berkenaan.

Sebaliknya, PERKASA secara matang berikrar akan cuba menjadikan pemimpin parti-parti Cina tersebut 'celik sejarah' dengan menghadiahkan mereka buku Perlembagaan Persekutuan.”


Tok sah dok temberanglah PERKASA. Kau orang memang sah topeng UMNO. Buat apa sekali pun, menjerit kuat mana pun, akhirnya akan akur jua kepada arahan tuan kamu, UMNO.

Apa taknya, kan pilihanraya kecil Hulu Selangor tinggal berapa hari lagi. Pengundi India dan Cina pula berjumlah hampir 48%. Kalau dok gaduh dengan MCA dan Gerakan sekarang tentulah makin kurang sokongan orang-orang bukan Melayu kepada UMNO. Akhirnya BN akan kalah.

Anak Bapa: Kalau dah dasar tu tak betul, buat apa pun akan tetap nampak kejelekannya.

Sunday, April 4, 2010

Bekas Lain Tapi Isinya Sama


Kembang kempis hidung Najib apabila ramai pihak pakat puji dia sempena 1 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beberapa akhbar arus perdana (baca kaki bodek) menyediakan bermuka-muka helaian akhbar bertujuan memuji Najib. Macam-macam mereka tulis, dari kejayaan Najib “memulihkan” ekonomi negara, “menyatupadukan” rakyat dengan gagasan 1Malaysia sehingga perbincangan khusus bancian pendapat mengenai Najib yang dibuat oleh Merdeka Centre.

Anak Bapa tak nak cerita panjang ulasan daripada suratkhabar kaki ampu ni, pasai naik loya dibuatnya nanti. Cuma yang syoknya dalam depa dok bodek Najib, Dr. Mahathir pula kata negara Malaysia terkapai-kapai dalam pengurusan ekonomi selepas beliau. Maknanya bukan Pak Lah saja yang tak pandai memerintah, Najib pun dua kali lima juga.

Betullah Dr. Mahathir pandai pesatkan ekonomi negara. Banyak kaedah yang dia perkenalkan seperti persyarikatan Malaysia, dasar penswastaan, pandang ke Timur dan lain-lain lagi. Tetapi jangan lupa Cek Dek juga yang mulakan budaya rasuah secara meluas dan terbuka, politik wang (baca rasuah), bagi projek kat kroni, dan segala macam penyelewengan yang kita warisi hari ini.

Seperkara lagi, jangan lupa ketika Cek Dek dok buat semua perkara tak elok ini, Pak Lah dan Najib ada bersama dalam membuat keputusan. Dengan lain perkataan, Pak Lah, Najib, Muhyiddin dan lain-lain lagi pimpinan UMNO yang ada hari ini adalah orang yang sama ketika itu dan hari ini. Mereka sama-sama bersekongkol dan bersubahat membuat onar. Jadi hari ini tok sah dok tunjuk alim, “rebranding” konon dengan Islam Hadhari (dah pun lenyap dari ingatan penyokong UMNO sebab PM orang baru) dan 1Malaysia.

Cuba fikir bagaimana mungkin geng-geng perompak yang dulu sama-sama merompak dan mengagih-agihkan harta rompakan sesama mereka kini sudah berubah habis hanya disebabkan mereka mendapat ketua baru yang datang dari kalangan perompak juga!

Anak Bapa: Tak pernah terpedaya dengan topeng palsu UMNO.