Kenapa orang-orang UMNO ni bebal sangat? Kenapa fikiran mereka begitu jumud dan beku sangat? Tak adakah orang yang faham Islam dalam UMNO untuk tunjuk ajar mereka? Atau mereka ini memang jenis tak makan ajar atau kurang ajar?
Soalan-soalan di atas berulang kali menyelubungi fikiran Anak Bapa sejak sekian lama dan menyesakkan kepala hotak kita semua kebelakangan ini. Apa taknya, cuba perhatikan rentetan isu berikut yang mereka gembar-gemburkan:
i. Orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an
ii. Penggunaan kalimah “Allah” di kalangan orang-orang bukan Islam
iii. Mendoakan orang-orang bukan Islam dalam khutbah Jumaat
iv. Kebenaran orang-orang Islam memasuki masjid dan surau
Dalam semua isu-isu di atas pelbagai pihak samada ulama PAS atau yang tidak PAS telah memberikan pandangan dan hujah bersandarkan Al-Qur’an dan Sunnah Rasul saw dan terbukti tidak menjadi kesalahan kepada orang-orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an atau menggunakan kalimah Allah atau didoakan supaya mereka diberi hidayat dan keselamatan atau memasuki masjid dan surau jika bertujuan baik dan menjaga adab.
Tetapi orang-orang UMNO terus berdegil dan mengulangi pandangan mereka yang bercanggah dengan hukum hakam Islam dan para ulama. Walaupun ada usaha daripada seorang ulama mereka, Harussani tetapi ternyata hujahnya dangkal dan cetek menyebabkan patah terkulai di tengah jalan.
“Ulama-ulama” UMNO yang lain senyap sebab mereka tahu bahawa pandangan yang diambil oleh UMNO dalam kesemua isu di atas adalah salah tetapi tempat mereka diganti pula oleh ulama mereka yang baru seperti Sheikh Najib Altantunya, Maulana Muhyiddin YaaSin, dan Lebai Hishamuddin AlKerisi dan lain-lain yang sewaktu dengan mereka.
Jadi anda lihat dan baca sendiri pandangan “ulama-ulama” baru ini yang sesat dan menyesatkan. Malah hujah mereka bercanggah dengan pandangan Ketua Pengarah JAKIM. Dalam masa yang sama mereka melakukan macam-macam perkara yang mencemarkan Islam dan institusi masjid. Anda baca sendiri dalam laman sesawang dan blog-blog untuk melihat air tangan pimpinan dan ahli UMNO (banyak sangat kalau nak disenaraikan).
Anak Bapa naik bingung memikirkan kitab mana UMNO guna untuk mengji agama dan Tok Guru mana dia orang rujuk dalam permasalahan agama. Penghujahan mereka memang ikut otak bebal mereka semata-mata. Kesian tengok gelagat mereka, mereka sangka mereka sedang menyelamatkan Islam tetapi sebenarnya memburukkan Islam dan menjauhkan orang-orang bukan Islam daripada Islam.
Hakikatnya mereka takut orang-orang bukan Islam (baca ‘yang menyokong Pakatan Rakyat’) daripada mendekati Islam dan umat Islam kerana kelak sokongan kepada mereka akan berkurangan dan mungkin hilang!
Selama 50 tahun lebih UMNO berkawan dengan orang-orang bukan Islam dan kini kita lihat kenapa orang-orang bukan Islam tak faham tentang Islam sebab orang-orang UMNO sendiri pun tak faham Islam. Dah tak faham satu hal, bila ditegur bersikap bodoh sombong pulak. Ya Allah, jauhilah anak cucu ku daripada UMNO dan kesesatan mereka .......
Anak Bapa: Bertambah perit apabila ada tukang melalak seperti Ibrahim Ali AlKataki dan rakan-rakan dalam PERKOSA. Islam dalam pandangan orang-orang yang jahil. Aduuuh .......