Saturday, May 29, 2010

Judi Haram Ke Judi Halal?



UMNO ini memang jenis yang tak mahu dan tak tahu berubah. Apabila isu judi bola ini timbul sepatutnya tolak aje, tak usah dok dolak-dalek pelaksanaannya. Ada kalangan pimpinannya yang bermukadimah kononnya judi itu memang haram dan UMNO tidak ada niat untuk menghalalkannya TETAPI ……..

TETAPI itu yang mahal. Tujuan untuk menjaga hak orang-orang bukan Islam (sejak bila orang-orang bukan Islam berhak bermain judi!), untuk mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram, untuk mengawal aktiviti perjudian dan pelbagai alasan tiga suku yang mereka berikan.

Ada pula kalangan pimpinan UMNO yang gunakan peluang ini untuk menghentam kerajaan PR kerana meluluskan banyak premis-premis judi. Ini kes pencuri masuk rumah dan terserempak dengan tuan rumah. Untuk mengelakkan dirinya daripada dituduh pencuri maka cepat-cepat dituduh tuan rumah yang mencuri dengan harapan orang ramai akan percaya.

Anak Bapa adalah ahli majlis MBSA sejak PR menang di Selangor. Dalam ucapan di mesyuarat penuh majlis beberapa hari lepas telah mengusulkan supaya tuduhan dan fitnah UMNO bahawa PBT di bawah PR telah meluluskan banyak premis judi adalah berniat jahat kerana MBSA dan juga PBT-PBT lain di Selangor TIDAK pernah meluluskan lesen baru premis judi sejak mengambil alih pemerintahan 8 Mac 2008. Apa yang ada hanya memperbaharui lesen premis yang sedia ada diluluskan oleh kerajaan UMNO dahulu.

Malah kita juga meluluskan supaya lesen premis baru judi bola sepak tidak akan dibenarkan langsung di Selangor. Kerajaan Najib lulus judi dan arak di pusat lepas itu dia salahkan kita di negeri-negeri. Apa tak sasaukah UMNO ni?

Anak Bapa: Kemaruk tak ada duit nak hadapi PRU ke 13. Haram halal apa peduli, UMNO tetap sebat!

Sunday, May 16, 2010

Kalau PM Dah Bapa Segala Rasuah ........


Usaha memerangi rasuah di negara kita bukanlah cerita baru. Segala pendekatan telah digunakan. Akta digubal dan ditokok tambah berkali-kali. Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah diperkasakan dengan menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hadiah disediakan kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkap perasuah kes-kes berprofil tinggi.

Sesekali sesekala ada juga pimpinan ternama negara dihadapkan ke muka pengadilan kerana didakwa terlibat dengan rasuah. Kalau ikan bilis yang ambil rasuah dua tiga ratus ringgit tu biasalah kena tangkap dan dipenjarakan. Biasanya pimpinan ternama ini hanya kecuh dua tiga minggu saja, buat pelaris surat khabar, lepas tu dibuang kes kerana ‘tak cukup bukti’.

Inilah fenomena memenangi gejala rasuah di Malaysia. Cakap tak serupa bikin, pendakwaan berpilih-pilih. Jikalau SPRM tu betul-betul bebas dan bergigi, Najib dan pimpinan UMNO lain dah lama duduk merengok dalam penjara.

Tengok saja pilihanraya kecil yang baru berlalu di Hulu Selangor dan Sibu. Najib Altantunya dan suku sakatnya bukan saja menyalahgunakan jentera kerajaan untuk berkempen tetapi buat duit negara macam duit mak bapa mereka.

Janji sini juta janji sana juta. Apa nak semua Najib boleh bagi. Bunyi macam Santa Claus pula si Kitol ini. Nampak ketara betul nak jadi hero dengan memenangi semua PRK!

Jika Najib ikhlas, kenapa kawasan yang daif yang tidak ada pilihanraya kecil tak dibantu begitu rupa? Kenapa setiap hari di Sibu saja dijanjikan dengan puluhan bantuan dan projek? Apakah Sibu saja yang perlukan bantuan segera?

Apakah haknya untuk datang ke Sibu dalam musim pilihanraya dengan menggunakan segala kemudahan kerajaan dan peruntukan kerajaan tetapi bercakap mewakili parti UMNO dan BN? Kalau ini bukan rasuah dan penyelewengan kuasa, Anak Bapa tak tahu nak panggil apa?

SPRM pula terus berdengkur dan hanya garang jika ada sebarang lapuran berhubung Pakatan Rakyat. Alahai, nasib rakyat Malaysia terus dirundung malang dengan KERAjaan UMNO/BN!


Anak Bapa: Pimpinan UMNO yang merasuah dalam pemilihan parti dan dikenakan tindakan displin oleh parti pun SPRM tak buat apa, apatah lagi rasuah pimpinan UMNO kepada orang lain!

Saturday, May 15, 2010

KERAjaan Judi 1Malaysia


Lagak mereka bukan main lagi. Alimnya bukan kepalang. UMNOlah pejuang Islam kerana banyak berbakti kepada umat Islam. Masjid-masjid banyak didirikan, sekolah-sekolah agama, Universiti Islam, Hospital Islam dan Bank Islam disediakan demi memertabatkan ummah.

Bila bercakap depan orang Islam, pemimpin UMNO haprak ini lebih alim daripada Tok Guru Nik Aziz. Islam sana Islam sini. Masa berkempen songkok tak pernah tanggal dari kepala. Balik-balik mereka sajalah harapan yang ada untuk umat Islam di negara ini.

Luar nampak cantik tetapi hakikatnya amat busuk dan memualkan sekali. Macam tak puas-puas dengan pelbagai jenis judi yang ada, ditambah lagi judi bola sepak. Tauke judi kroni mereka, Vincent Tan, terus diperkayakan. Manalah tau kut-kut tumpah sikit ke kantung UMNO untuk dana pilihanraya kelak.

Mereka ini buta perutkah tak faham-faham betapa dosanya judi ini. Musibahnya kepada masyarakat amat besar sehinggakan orang-orang bukan Islam pun tolak. Najib luluskan juga kerana Islam dan kesejahteraan masyarakat tak penting baginya, yang penting fulus.

Tak usahlah bagi alasan yang pelbagai. Semuanya hanyalah alasan nafsu serakah pimpinan UMNO yang buta agama. Apa yang kau orang buat adalah kejahatan dan kehinaan yang tiada bandingan. UMNO berterusan membuat kefasadan di muka bumi ini dan mereka tidak akan serik selagi kita rakyat terus dungu menyokong mereka.

UMNO dan BN tidak akan berubah sampai bila-bila!

Anak Bapa: Mana pergi Ibrahim KATAKAli, Zul Nordin dan SUNATor Ezam? Senyap aje? Tolonglah bantu Najib jelajah Malaysia bagi penerangan kepada rakyat tentang Kerajaan Judi 1Malaysia!

Sunday, May 2, 2010

Apabila Katak Ditimpa Perasaan


Bila kita lihat gelagat kebanyakan ahli politik Malaysia serta merta tekak rasa mual dan loya. Mereka ini bukan saja tidak berprinsip, sanggup menjual maruah demi sesuap kelazatan dunia, tetapi dalam masa yang sama “publicity-crazy” yakni gilakan publisiti atau populariti.

Bayangkan si Raja Katak ini, dahlah pergi parlimen ‘tumpang’ kereta orang lain, apabila sampai kencingkan pula tuan kereta. Sebelum menang merayu mengemis dengan Tok Guru nak jadi calon Pasir Mas atas tiket PAS, bila menang isytihar ahli parlimen bebas, bebas menghentam siapa saja.

Apabila usaha nak masuk UMNO tidak berjaya, tubuh persatuan sendiri, PERKASA (Persatuan Katak-Katak Se Malaysia) kerana nak jadi wira mempertahankan hak orang Melayu yang kononnya teruk terhakis kerana kegagalan UMNO.

Raja Katak ini bukan saja gilakan publisiti tetapi dah sasau ke peringkat yang agak kronik. Meracau-racau setiap hari kononnya dia saja yang mengambil berat tentang ‘masa depan’ orang Melayu.

Kenyataannya sarat dengan unsur perkauman dan feudalistik. Acapkali apa saja isu yang timbul, si Brahim ini akan mengulas dari perspektif ketuanan Melayu dan betapa kurang ajar bangsa ‘asing’ yang ada di negara ini. Pendekata, dia telah menobatkan dirinya secara unilateral daripada seorang yang rasional menjadi seorang rasis yang bebal.

Dalam Islam, orang-orang yang sewaktu dengan Brahim ini tidak ada tempat di dalam hieraki kepimpinan apa jua peringkat sekali pun kerana Islam tidak akan mengizinkan walau secubit pun unsur perkauman dan ketaatan berasaskan bangsa dan puak mencemari jiwa umatnya.

Anak Bapa cadangkan kalau si Raja Katak ini merasa hebat sangat, tolong letak jawatan ahli parlimen yang pakai tiket orang tu dan bertanding semula. Lepas tu nak berkokok apa pun lantak engkaulah. (Nanti dia akan jawab kalau letak jawatan tak boleh bertanding semula!)


Anak Bapa: Sejak bila Brahim ini dilantik mewakili rakyat Kelantan? Dan bila pula Tok Guru derhaka kepada Sultan Selangor? Taat kepada Allah itu mutlak sementara taat kepada makhluk termasuk Sultan adalah bersyarat. Benda-benda macam ini Brahim kena mengajilah!