Sunday, February 24, 2008

Harta Kerajaan Adalah Harta UMNO & BN!

Inilah padahnya apabila UMNO dan BN dibiarkan memerintah terlalu lama tanpa adanya "check and balance". Premis ini adalah Markas Rukun Tetangga yang menjadi hak semua rakyat tetapi telah disalahgunakan sebagai Bilik Gerakan BN di dalam pilihanraya umum ke 12. Saya berharap pihak-pihak yang berkenaan sila ambil tindakan segera sebelum sesuatu kejadian burok berlaku. Premis ini letaknya di SS 5C, Kelana Jaya (di belakang Kompleks Haji Kelana Jaya).

TUMBANGKAN BN! MENANGKAN BARISAN RAKYAT (PAS, PKR, DAP etc.)!





Thursday, February 21, 2008

Jom Majlis Perisytiharan Calon-Calon PAS Untuk Selangor Jumaat Ini!

Masa untuk perubahan telah tiba! Mari kita beramai-ramai meraikannya dengan terlebih dahulu menghadiri Majlis Perisytiharan Calon-Calon PAS Untuk Selangor yang akan bertanding menentang BN yang korup di dalam PRU ke 12 2008 kelak. Butir-butir program adalah seperti berikut:

Tarikh: Jumaat 22 Februari 2008

Masa: 9.30 malam

Tempat: Padang permainan berhampiran Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam (dekat UiTM)

Majlis akan dipenuhi dengan ceramah dan pertunjukan multimedia latarbelakang calon-calon yang akan bertanding.

Semua ahli dan penyokong Barisan Alternatif adalah dijemput. Datanglah beramai-ramai demi kemenangan rakyat!

Tuesday, February 19, 2008

If The People Of Pakistan Can Do It So Can We!

The results of Pakistan general election are out and the opposition parties, against all odd, have dealt a severe blow to Musharraf’s ruling party. As at the time of writing this article, the late Bhutto’s Pakistan People’s Party (PPP) has secured 33.1% of the votes while Sharif’s Pakistan Muslim League – N Party (PML-N) 27.5% and Musharrf’s Pakistan Muslim League – Q party (PML-Q) at a distant third with 14.4%. The combined seats of the National Assembly for both major opposition parties are currently at 139 out of the total 272, which are more than half than required to form the next government. It is believed that together with other opposition parties and independents, the opposition front is able to secure two-third majority in the National Assembly and thus are able to impeach President Musharraf.

“We want to put Pakistan back on the track of democracy, constitution and rule of law, and the restoration of sacked judges is a must to achieve this goal,” exclaimed one of PML-N’s spokeman.

I do not know about you, but I’m detecting some similarities here. A leader who will stop at nothing to retain his power, corrupt, abuse his power by employing all the state apparatus for his personal and party’s benefits, compulsive liar, collusion with the judiciary (and removal of judges who stood in his way), etc. etc. But despite all the hurdles, police and army brutalities, violence, intimidation, and what have you, the people of Pakistan have risen and spoken loud and clear that they want change in Pakistan and Musharraf and his goons are not part of that change.

We are at the moment going through the same harrowing experience, with a weak leader who is only good at burdening the people, police brutalities and corrupt, corrupt judges, biased and incompetent Election Commission, racists, cruel (with all kinds of repressive laws) etc. etc. THE QUESTION IS WHETHER THE PEOPLE OF MALAYSIA WILL STAND TALL AS THE PEOPLE OF PAKISTAN IN EMBRACING CHANGE! Quoting what Barack Obama, a US presidential hopeful has said “We are the CHANGE we have been waiting for!”, I believe the rakyat of Malaysia will rise to the occasion and will vote for the opposition (whoever they are) come 8th March 2008.

Anak Bapa: We must persevere against the mighty onslaught of the BN juggernaut whether in the form of promises, intimidation or bribery. We will close our eyes and ears to their lies and manipulations from their media until the voting day. We are going in numbers on 8th March 2008 with one intention, and one intention only, that is to vote for the opposition and kick BN out.

Thursday, February 14, 2008

Jom Majlis Pelancaran "Tawaran BA Kepada Rakyat Selangor" Ahad Ini!

Gelanggang telah siap dibuka. Gendang perang sudah dipalu. Lenggan baju sudah mula disinsing menandakan “pertempuran” akan bermula bila-bila masa saja. Pertempuran kali ini bukan pertempuran biasa. Ia adalah pertembungan antara yang benar dan yang salah. Ia adalah peperangan antara yang korup dan yang BERSIH. Ia adalah konflik antara mereka yang sayang kepada negara dan masa depannya dan mereka yang tak henti-henti memunggah harta negara untuk anak bini dan kroni mereka. Ia adalah pergelutan antara golongan yang ingin menegakkan keadilan dan golongan yang mempertahankan kezaliman. Ia adalah pertandingan antara Barisan Nasional dan Rakyat. Begitu lama kita menanti saat dan ketika ini. Jadi, adakah anda semua telah bersedia?

Bagi tujuan “membunyikan semboyan permulaan perang dan menaikkan semangat keperwiraan angkatan BA negeri Selangor”, Barisan Alternatif telah memutuskan untuk mengadakan Majlis Pelancaran “Tawaran BA Kepada Rakyat Selangor” pada Ahad ini. Butir-butir program adalah seperti berikut:


TEMPAT: Dewan Persidangan Temasya Foodcourt,
Jalan Kartunis, Kawasan Perindustrian Ringan Glenmarie, Shah Alam

TARIKH: 17 Februari 2008 (Ahad)

MASA: 9.30 pagi

TETAMU: Seluruh Pimpinan, Ahli dan Penyokong Barisan Alternatif Selangor.

ATURCARA: Ucapan Pimpinan dan Penyerahan Dokumen “Tawaran BA Kepada Rakyat Selangor”

PAKAIAN: Pakaian warna parti PAS atau PKR, atau kuning BERSIH


Datang b
eramai-ramai dan bawa bersama saudara mara dan rakan taulan bagi menjayakan majlis yang sangat penting ini.

BERSATU KITA MEMBENAMKAN BARISAN NASIONAL!

Wednesday, February 13, 2008

Minyak Petrolium Keluaran Malaysia Hanya Sesuai Untuk Dijadikan Minyak Jet

“Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan”, kata Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zahid Hamidi ketika disoal oleh Dr. Muhammad Agus di dalam rancangan Hujah terbitan TV9 sebentar tadi. Saya tak tahu samada hendak ketawa atau menangis mendengar alasan daripada Zahid ini. Apa yang pasti, jawapannya bukan menyelesaikan permasalahan semasa rakyat tetapi sebaliknya mengundang banyak persoalan di dalam benak fikiran kita. Mungkinkah menteri dan timbalan menteri UMNO/BN ini memang semuanya bangap dan lembab belaka atau memang kegemaran mereka bersandiwara bodoh sepanjang masa di hadapan rakyat.

Kita ikuti seterusnya perbualan (secara ringkas) antara Dr. Agus dan Zahid:

Dr. Agus: Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang telah berjanji bahawa jika mereka berjaya memerintah Malaysia, harga minyak akan diturunkan 30 sen serta merta? Apa pandangan Datuk?

Zahid: Inilah masaalah dengan pembangkang, tak habis-habis meracuni fikiran rakyat. Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan. Cuba lihat negara-negara lain seperti Singapura dan Thailand, harga minyak mereka jauh lebih mahal daripada di negara kita ……..

Dr. Agus: Tetapi mereka ini bukan negara pengeluar minyak sedangkan negara kita pengekspot minyak ……..

Zahid: Betullah negara kita pengekspot minyak, tetapi saudara kena ingat bahawa kerajaan terpaksa berbelanja sebanyak RM 40 bilion setahun bagi subsidi minyak. Dengan jumlah wang yang begini banyak banyak lagi projek lain yang boleh kita buat untuk kesejahteraan rakyat …….

Dr. Agus: Bukankah dengan menurunkan harga minyak itu merupakan satu kesejahteraan kepada rakyat ………?

Zahid: Betul, tetapi semua lapisan rakyat tak kira bawa Mercedes atau Proton akan mendapat faedah yang sama jika kita menambah subsidi minyak ……..

Saya tak nak mengulas panjang tentang perkara ini kerana anda semua boleh buat penilaian sendiri tahap minda seorang yang bergelar Timbalan Menteri di dalam UMNO/BN. Budak-budak sekolah pun tahu bahawa minyak petroleum apa pun jika diproses di pusat penapisan akan mengeluarkan pelbagai produk minyak lain termasuk petrol, diesel, bitumen, minyak tanah, minyak jet dan pelbagai lagi hasil keluaran. Sikit atau banyak sesuatu produk ini bergantung kepada kualiti atau jenis minyak mentah (crude oil) yang diproses. Apa yang pasti, tak ada satu jenis petrolium pun dalam dunia ini yang hanya boleh keluarkan minyak jet sahaja. Tak tahulah kalau ada minyak petrolium yang disedut belakang rumah Zahid yang berupaya berbuat demikian.

Lagi pun kalau benar kualiti minyak Malaysia memang tinggi atau tinggi kandungan untuk minyak jet, sudah tentu kita berjaya mengekspot dan seterusnya memperolehi untung yang lebih tinggi sebab harga minyak dunia telah meningkat dengan mendadak, sedangkan untuk kegunaan tempatan kita mengimpot minyak yang bermutu rendah. Jadi hujah kepala otak apa pula yang berkata bahawa apabila fenomena ini berlaku kita terpaksa naikkan harga minyak sedangkan kita telah untung besar dengan hasil penjualan minyak bermutu tinggi!

Saya nak ingatkan Zahid bahawa Anwar telah menjadi Menteri Kewangan selama 8 tahun dan apabila beliau kata ia boleh dilakukan maka ia pasti boleh dilakukan. Janganlah kedunguan boss kamu Mamak Maidin itu menjalar kepada engkau pulak! Kamu boleh menipu sesetengah orang pada sesetengah masa atau semua orang pada sesetengah masa atau sesetengah orang pada setiap masa. Tetapi kamu tidak akan berjaya menipu semua orang pada setiap masa dan penipuan kamu di atas adalah cukup hina dan meloyakan.

Anak Bapa: Saya sebenarnya bukan berminat sangat nak tonton rancangan Hujah ini kerana acapkali ahli-ahli panelnya semua daripada UMNO atau penyokong UMNO sahaja. Tetapi saya gagahi juga menonton kerana satu keunikan rancangan ini ialah pengerusinya Dr. Muhammad Agus yang pakar di dalam sains politik begitu pandai dan adil di dalam mengolah soalan-soalan cepu emas sehingga terkial-kial ahli panel untuk menjawabnya.

Friday, February 8, 2008

Antara Kehebatan Obama dan Kepincangan Pilihanraya Di Malaysia

Ketika negara kita di ambang pilihanraya umumnya yang ke 12, beberapa negara lain turut sibuk menganjurkan pilihanraya umum masing-masing. Antaranya termasuk Thailand yang telah selesai melantik wakil rakyat dan Perdana Menterinya yang entah ke berapa, dan juga Serbia yang turut panas di dalam pemilihan Presidennya. Tetapi antara kesemua pilihanraya yang baru berlangsung dan yang sedang berlangsung, pilihanraya di Amerika dianggap yang terhebat dan paling menarik untuk diikuti. Ini bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan negara berkenaan adalah satu-satunya kuasa besar dunia ketika ini dan sebarang perubahan tampuk pemerintahan di sana akan memberi kesan besar kepada lanskap politik secara global.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, pilihanraya di Amerika didominasi oleh perebutan jawatan Presiden antara parti Republikan dan Demokrat. Walaupun ada parti-parti bebas lain yang cuba untuk menjadi “kuasa ke 3” (the 3rd force) di negara berkenaan di dalam pilihanraya yang lepas-lepas tetapi mereka gagal menyinar. Sebahagian besar rakyat Amerika masih taksub kepada samada parti Republikan atau Demokrat, dan nampaknya belum bersedia untuk mempertimbangkan parti alternatif ketiga.

Di dalam pilihanraya Presiden Amerika untuk tahun 2008, majoriti penganalisa politik dunia bersetuju dengan hakikat bahawa calun parti Demokrat pasti akan menjadi Presiden Amerika yang seterusnya. Ini akibat daripada keporakperandaan oleh Presiden Bush, yang mewakili parti Republikan, di dalam pemerintahannya sekarang terutama yang melibatkan dasar luar berhubung Iraq dan dasar ekonomi yang lemah. Seluruh dunia sedang memerhatikan dengan penuh minat pemilihan calun bagi parti Demokrat yang akan diwakili samada oleh Hillary Clinton, isteri kepada Presiden Amerika terdahulu, Bill Clinton atau Barack Obama, seorang kulit hitam Amerika.

Ketika artikel ini ditulis, Clinton sedang berentap dengan Obama di setiap negeri untuk mendapatkan seramai mungkin sokongan delegasi parti Demokrat dan kemudian akan disahkan pencalunan mereka pada Konvensyen Parti Demokrat pada bulan Ogos 2008 kelak. Sudah hampir separuh negeri-negeri telah mengadakan pemilihan masing-masing dan Clinton sedang mendahului Obama dari segi jumlah delegasi sementara Obama mendahului Clinton dari segi jumlah negeri-negeri yang dimenanginya. Apa yang menarik ketika kita mengikuti proses pemilihan Presiden yang masih di peringkat awal ini ialah kecemerlangan proses pilihanraya negara berkenaan dan kehebatan insan yang bernama Obama.

Walaupun Puan Clinton mempunyai peluang yang agak cerah untuk menduduki Rumah Putih buat kali ke 2 dan dalam masa yang sama mencatat rekod sebagai wanita pertama menjawat jawatan Presiden Amerika, tetapi kisah “perjuangan” Obama, yang jika menang di dalam perebutan jawatan Presiden ini akan juga mencatat rekod sebagai Presiden Amerika kulit hitam yang pertama, adalah jauh lebih menarik untuk dipaparkan di sini.

Obama yang berketurunan Afrika Amerika berasal dari Kenya dan nama penuhnya ialah Barack Hussein Obama. Bapanya, seorang Islam telah merantau dari Kenya untuk belajar di Amerika dan di situ bertemu jodoh dengan ibunya. Nama Barack yang diberi oleh bapanya merujuk kepada perkataan Arab “barakah” yang membawa maksud berkat. Sehingga hari ini keluarga Obama masih ramai di Kenya dan semuanya beragama Islam. Ibu Obama pernah mengahwini seorang rakyat Indonesia dan mereka menetap di sana selama 4 tahun. Ketika inilah Obama bersekolah di Indonesia dan berpeluang bergaul dengan ramai orang Islam dan mengenal budaya orang Melayu. Saya ada mengikuti beberapa siri ceramah Obama melalui internet dan begitu tertarik dengan pendekatan dan kerendahan hati budinya. Beliau, buat kali pertamanya, benar-benar membawa mesej harapan kepada rakyat Amerika. Dengan tema “Perubahan Yang Kita Boleh Yakini” (Change We Can Believe In), Obama berjaya menyatukan pelbagai kelompok rakyat Amerika terutama golongan muda, kulit putih dan hitam, untuk menyertai arus perubahan yang dipeloporinya. Kekuatan oratorinya dan mesej yang jelas dan mudah menjadikan gelombang perubahan ini menjadi semakin menggunung dan terus popular. Di peringkat awal dahulu, Obama tidak diberi peluang langsung oleh penganalisa politik Amerika malah telah diserang bertubi-tubi oleh media Amerika berhubung latarbelakang Islam keluarganya (walaupun beliau kini seorang Kristian) dan persekolahannya di Indonesia (ditohmah sebagai madrasah yakni sekolah agama Islam). Tetapi kemenangannya di Iowa, kawasan majoriti kulit putih, telah membuka mata banyak pihak bahawa insan bernama Obama ini bukanlah calang-calang calun kulit hitam, dan dengan itu perlu diberi perhatian. Sejak itu, Obama tidak lagi berpaling ke belakang malah sebaliknya memberi cabaran yang sangat sengit kepada Clinton, dan berkemungkinan terpilih menjadi calun Demokrat untuk mencabar MaCain dari Republikan di dalam pemilihan Presiden Amerika pada bulan November kelak.

Mesej Obama adalah mudah, antaranya, lebih berdiplomasi dan berinteraksi dengan dunia luar termasuk dengan negara “musuh”, membawa balik tentera Amerika daripada Iraq, memberi tumpuan kepada memperbaiki ekonomi negara, “berkebajikan” kepada rakyat dalam aspek khidmat kesihatan, pendidikan, dan perumahan, mengurangkan pergantungan kepada minyak dan memberi tumpuan kepada sumber tenaga yang bersih dan mesra alam, menyatukan rakyat Amerika tanpa mengira warna kulit dan seks, berupaya memukau seluruh lapisan rakyat Amerika. Beliau juga mengakui bahawa bukan mudah melaksanakan semua ini dan memerlukan sokongan semua pihak untuk menjayakannya. Menurutnya, kegagalan itu satu kemungkinan tetapi yang pasti beliau tidak akan jemu mencari jalan untuk mengatasinya. Obama juga begitu anti kepada pelobi-pelobi yang menguasai pejabat Presiden Amerika sejak sekian lama. Samada pelobi Israel, syarikat minyak atau rokok dan sebagainya, beliau menganggap bantuan daripada pelobi-pelobi ini merupakan bencana kepada rakyat Amerika kerana mereka mempunyai agenda tersendiri di sebalik sumbangan dana pilihanraya. Serangan ini merupakan sesuatu yang baru di lanskap politik Amerika dan fenomena ini menarik minat ramai masyarakat Amerika. Obama kini dianggap sebagai harapan untuk masa depan Amerika dan diakui sebagai calun yang ikhlas dan berwawasan. Tidak hairanlah jika kita lihat semakin hari semakin ramai golongan manusia termasuk para selebriti yang menyatakan sokongan terbuka kepada beliau. Harapan kita, jika benar Obama terpilih sebagai Presiden Amerika, beliau akan berbuat sesuatu untuk memastikan keamanan dunia terutama yang berkait dengan negara dan umat Islam.

Kita tidak dapat lari daripada membuat perbandingan pilihanraya di Amerika dan di Malaysia. Terasa begitu primitif dan daif pilihanraya di Malaysia. Setiap calun di Amerika berpeluang untuk menyampaikan mesej masing-masing melalui media samada secara berbayar atau percuma. Perdebatan antara calun dibuat secara terbuka supaya rakyat faham kedudukan masing-masing di dalam pelbagai aspek yang menyentuh kehidupan mereka. Semua calun boleh berkempen di mana saja tanpa gangguan daripada pihak polis. Dana pilihanraya dikutip secara terbuka dan terdedah kepada pengetahuan umum (Obama menolak sebarang sen daripada pelobi-pelobi walaupun ia tidak melanggar undang-undang negara). Jentera kerajaan haram diguna oleh sesiapa saja untuk kepentingan diri. Sesiapa yang mencuba untuk menyalahgunakan kedudukannya untuk berkempen akan terdedah kepada tindakan undang-undang dan sudah pasti akan ditolak oleh rakyat. “Suruhanjaya Pilihanraya”nya bertindak adil kepada semua calun dan tiada sebarang penyelewengan yang berlaku. Cuba lihat semua ini dan bandingkan dengan proses pilihanraya negara kita. Bagaimana? Sementara itu barisan pembangkang elok mengkaji pendekatan Obama, mungkinkah ada beberapa perkara yang kita boleh pelajari?

Anak Bapa: UMNO kata proses pilihanraya kita antara yang terbaik di dunia (muntah lagi kucing aku). Memanglah terbaik bagi mereka sebab mereka boleh menang mudah dengan cara menipu, merasuah dan mengugut rakyat ……. Mari kita ramai-ramai melihat proses pilihanraya di negara lain dan kita berpakat menekan kerajaan BN supaya akur kepada perubahan dengan cara menolak mereka di dalam pilihanraya umum kali ini. Inilah “Change We Can Believe In”!

Friday, February 1, 2008

Adakah Lagi Pimpinan BN Yang Bersih?

Saya ingat cerita paling lawak minggu ini ialah kenyataan Pak Lah semalam bahawa BN akan hanya memileh calun yang berwibawa untuk bertanding pada pilihanraya umum (PRU) akan datang. Saya ingat kalau beruk dan kera sekali pun yang dengar ucapan ini akan ketawa terbahak-bahak manakala kucing dan anjing ikut termuntah-muntah kerana begitu loya mendengar karut Pak Lah.

Ketika ditanya wartawan mengenai calun BN, Pak Lah cakap orang putih dan menyebut “we want clean candidates to represent us in the next general election ……” Tak tahulah saya kenapa diterjemah ke dalam bahasa Melayu “clean” jadi “wibawa”. Kalau saya terjemahkan “clean” tentulah jadi “bersih”. Soalannya, adakah pimpinan UMNO dan BN yang bersih. Kalau itu yang kehendakinya sudah tentu BN tidak mempunyai seorang calun pun untuk mewakili mereka di dalam PRU nanti. Baiklah, mungkin saya “exaggerate” sikit. Katakanlah ada tiga empat kerat calun BN yang tinggal kerana mereka agak bersih. Tapi satu yang pasti, Pak Lah dan Najib tak boleh bertanding kerana mereka tidak bersih. Malah menantu kesayangannya pun tak boleh bertanding. Mereka semua terpalit dengan najis kekotoran rasuah dan penyelewengan kuasa.

Sebenarnya kenyataan Pak Lah ini adalah respon daripada ucapan Dr. Mahathir sehari lebih awal bahawa beliau hanya akan menyokong calun yang bersih, lurus dan tidak rasuah. Mungkin kerana bimbangkan Dr. Mahathir sendiri akan berkempen menjatuhkannya di dalam PRU nanti disebabkan beliau tak berapa bersih, maka Pak Lah terpaksa meminjam kata-kata ini untuk diulangi di hadapan rakyat. Saya naik hairan dengan orang tua ini, samada dia tahukah apa yang diucapkannya. Mana ada pimpinan BN yang bersih. Sebenarnya yang BERSIH adalah pimpinan pembangkang dan NGO sebab itu mereka menyertai BERSIH dan berazam untuk membersihkan Malaysia daripada UMNO dan BN.

Si Najib pula turut memberi komen tentang calun BN akan datang mestilah terdiri daripada mereka-mereka yang “winnable” yakni boleh menang. Beliau menambah bahawa satu daripada sifat yang “winnable” ialah bersih dan berwibawa. Poooorah Najib! Kalau ini syaratnya engkau perlu ditolak awal-awal lagi. Pilihnaraya umum 1999 dulu pun engkau menang dengan undi pos lantas menjadikan engkau bukan wakil rakyat tetapi wakil pos. Sekarang bergelumang dengan segala najis rasuah, rasuah Sukhoi dan Scorpene, dan jangan lupa Altantunya, ada hati nak sebut dia bersih. Muntah lagi sekali nampaknya anjing dan kucing mendengar hasrat Najib.

Saya ingin menasihatkan Pak Lah dan kuncu-kuncunya di dalam BN tak usah berlagak alim kononnya mereka orang baik-baik kerana rakyat sudah cerdik dan nampak sangat sandiwara yang cuba diulangtayang sempena PRU ke 12 kelak. Kami semua sudah bertekad untuk mengalahkan BN di dalam PRU nanti tak kira apa jua janji manis kau orang.

Anak Bapa: Bila terbayang gelagat dan perangai Pak Lah, Najib, Khairy, Hishamuddin, Samy Vellu, Shahidan, Nazri, Khir Toyo, Idris Jusoh, Azlina, Zakaria Deros, …………………….. jangan kata kucing yang muntah, kita pun ikut sama termuntah. Ada hati pula mengaku bersih!!!!!