Sunday, December 30, 2007

Rayuan Kepada Parti-Parti Pembangkang

Bahang Pilihanraya Umum ke 12 (PRU 12) semakin hari makin terasa kepanasannya. Semua parti politik, tidak kira samada parti pemerintah atau parti-parti pembangkang, bagai cacing kepanasan sibuk merancang dan mengatur strategi bagi menghadapi hari penentuan ini bagi memastikan kemenangan di pihak masing-masing. Walaupun di dalam sistem demokrasi Malaysia hanya PM saja yang tahu bila tarikh pembubaran parlimen, para penganalisa politik masih dapat membaca dengan agak tepat tarikh keramat ini berdasarkan andaian-andaian tertentu yang agak munasabah dan realistik. Faktor mesyuarat agung tahunan UMNO yang mesti diadakan mulai Mei nanti dan layaknya Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada bulan yang sama merupakan faktor penentu penting bahawa tarikh PRU 12 pasti diadakan lebih awal. Kesibukkan luarbiasa SPR kebelakangan ini di dalam membuat persiapan pilihanraya menambah lagi keyakinan kita bahawa PRU 12 akan diadakan mungkin di bulan Februari atau Mac 2008 ini. Cuma yang masih menjadi faktor tanda tanya ialah kesan himpunan BERSIH dan HINDRAF ke atas keputusan Pak Lah kelak memandangkan himpunan-himpunan ini dan juga beberapa faktor lain telah berjaya melonjakkan sokongan rakyat kepada pihak pembangkang.

PRU kali ini akan berlangsung ketika negara baru saja menyambut ulangtahun kemerdekaan kali ke 50. Pada usia 50 tahun, bagi negara yang kaya dari segala segi, Malaysia sepatutnya berdiri unggul sebagai sebuah negara contoh dari segi pembangunan fizikal dan insaniah. Kita sewajarnya sudah maju ke hadapan di dalam menyediakan kehidupan berkualiti kepada rakyat berbanding dengan negara jiran lain yang lebih miskin. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, di mana negara semakin hari semakin terancam keselamatannya akibat kelemahan pemerintahan kerajaan UMNO/BN, rakyat semakin terhimpit oleh kenaikkan kos sara hidup yang begitu mendadak, isu perkauman sempit semakin panas dimainkan oleh UMNO, institusi polis dan kehakiman semakin tercemar dengan adigan-adigan kotor dan memualkan, ekonomi negara terus mundur dan kucar kacir, hak-hak rakyat di bawah sistem demokrasi semakin terhakis, dan pelbagai lagi masaalah besar yang menunjukkan bahawa banyak yang tidak betul di bawah pemerintahan Pak Lah. Justeru itu, PRU kali ini menjadi sangat penting bukan saja kepada survival parti-parti pembangkang di bawah sistem demokrasi negara tetapi juga kepada masa depan rakyat dan negara Malaysia

Beberapa kajian bebas kebelakangan ini dan disahkan pula oleh pemerhatian ramai mendapati bahawa sokongan rakyat kepada parti-parti pembangkang semakin meningkat dengan ketara kebelakangan ini. Rakyat yang begitu tertekan sudah mula berani menyatakan secara terbuka penentangan mereka terhadap BN dan semakin bersedia untuk menerima parti-parti pembangkang sebagai ganti. Cuma setakat mana kesanggupan rakyat di dalam memberi kepercayaan kepada parti-parti pembangkang masih menjadi tanda tanya dan akan terus menjadi bahan perbincangan. Apa yang pasti, ada beberapa perkara penting yang perlu mereka beri perhatian serius di dalam menjamin sokongan rakyat ini berterusan sehingga ke hari membuang undi.


1. Perpaduan sesama parti pembangkang merupakan faktor terpenting di dalam meyakinkan rakyat bahawa pembangkang sudah bersedia dan serius di dalam usaha mengambilalih tampuk pemerintahan negara daripada UMNO/BN. Parti-parti pembangkang perlu mengenepikan perbedaan remeh temeh antara mereka dan memberikan fokus kepada isu-isu bersama yang menjadi kepentingan rakyat. Rakyat bukan meminta mereka mengorbankan prinsip perjuangan masing-masing tetapi mengharapkan sebarang bentuk kerjasama yang lebih mantap dan kukuh sesama mereka. Jika aspek ini pun mereka tidak dapat bersama maka sudah tentulah kewujudan parti berkenaan dengan sendirinya menjadi tidak relevan. Sedangkan BN mampu bekerjasama begitu lama di atas dasar yang salah, kenapa parti-parti pembangkang yang membawa obor keadilan dan demokrasi sebenar gagal untuk bersatu? Kita yakin kesatuan parti-parti pembangkang boleh dicapai dan BERSIH telah membuktikan kemampuan ini di mana ia berjaya dianggotai oleh semua parti politik pembangkang dan ditambah pula oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO). Kita kena ingat bahawa rakyat Malaysia telah dijajah pemikiran mereka selama 50 tahun oleh BN dan dengan itu tentulah sukar merubah pemikiran mereka sekelip mata. Kejayaan rakyat Kelantan dan Terengganu di dalam melakukan perubahan ini dan ditambah dengan nikmat yang mereka perolehi hasil daripada keberanian mereka perlu dihebahkan secara meluas supaya rakyat negeri-negeri lain mempunyai keyakinan bahawa sebarang perubahan tampuk pemerintahan adalah untuk kebaikkan dan manfaat mereka.

Saya amat gemar supaya gabungan parti-parti pembangkang ini dipanggil Barisan Rakyat (BR) bagi mengambarkan keperihatinan dan keakraban kita dengan rakyat. Mungkin satu deklarasi BR perlu dibuat oleh parti-parti pembangkang bagi mengisytiharkan kerjasama mereka ini dan selanjutnya menjemput pelbagai pihak lain termasuk badan-badan bukan kerajaan, kesatuan sekerja, pertubuhan dan persatuan perniagaan dan perdagangan, badan sosial dan pelajar, malah sesiapa saja untuk sama-sama menyertainya atas dasar dan isu yang jelas, yakni memulihkan kembali hak rakyat dan memertabatkan agama, bangsa dan negara. Deklarasi BR perlu dibuat secara terbuka dan lebih awal untuk mengelakkan daripada kesuntukkan masa di dalam memberi penerangan kepada penggundi kelak.

2. Tawaran bersama Barisan Rakyat kepada rakyat perlu diteliti dan dipakej dengan baik, lengkap dengan angka dan dalil yang munasabah dan rasional. Isu-isu yang menghantui rakyat perlu dibicarakan secara terperinci penyelesaiannya apabila BR berjaya mengambilalih pemerintahan kelak. Manifesto BR perlu realistik, relevan dan condong kepada kebajikan rakyat. Di samping itu, pemulihan institusi negara yang teruk tercemar di bawah pemerintahan UMNO/BN perlu disebut dengan jelas bentuk dan kaedah pemulihannya.

3. BR perlu mengenalpasti segala jenis saluran media yang sesuai untuk digunakan di dalam kempen penerangan kelak. Tidak dapat dinafikan bahawa maklumat adalah kuasa, dan mereka yang menguasai sumber dan saluran maklumat biasanya yang menang. Sememangnya kita tidak mempunyai kawalan ke atas media arus perdana seperti akhbar, TV dan radio, dan dengan itu jangan terlalu mengharap ehsan mereka di dalam menyampaikan mesej kita. Pastikan kita bergantung harap kepada saluran media yang kita ada kawalan supaya kita tidak terperangkap kelak. Laman web, blog, email, system pesanan ringkas (SMS), dan media antarabangsa seperti Al-Jazeera, BBC dan CNN adalah antara beberapa alat komunikasi baru yang tidak begitu meluas penggunaannya pada PRU 11 dahulu dan diyakini memainkan peranan penting di dalam PRU akan datang. Pendekatan tradisional seperti mengedarkan risalah dan memberikan ceramah-ceramah perlu diteruskan dan ditingkatkan lagi kaedahnya supaya kesannya lebih luas dan cepat.

4. BR perlu mengelakkan pertandingan sesama sendiri di dalam PRU kelak dan mengemukakan calun-calun yang berwibawa dan boleh diterima rakyat. Tunjukkan sikap tolak ansur yang tinggi di dalam perbincangan berkaitan pembahagian kerusi dan jangan kerana perebutan satu dua kerusi membawa kepada kemusnahan seluruh jalinan kerjasama. Kadangkala kita perlu korbankan satu dua kerusi untuk menjamin kemenangan tiga empat puluh kerusi lain. Kita perlu berfikiran besar dan melihat kejayaan BR secara keseluruhan dan bukan kejayaan parti masing-masing semata. Pilih calun yang berkelulusan, berwibawa, sihat dan mesra rakyat dan terdiri daripada golongan veteran, orang muda dan wanita di dalam komposisi yang seimbang dan sesuai dengan suasana semasa.

5. Menyedari betapa perlu SPR menjadi “pengadil” yang adil dan tidak berat sebelah, maka BR perlu dari masa ke semasa mendesak supaya SPR dipulihkan daripada kepincangan perkhidmatannya. BERSIH perlu terus digerakkan sehingga tuntutan kita untuk pilihanraya yang adil dan bersih diperolehi. Jika perlu diadakan perhimpunan yang lebih besar untuk mendapatkannya maka kita bersedia. Tidak ada gunanya letih berpilihanraya jika “pengadil”nya berat sebelah dan memihak kepada BN kerana tidak kira apa jua usaha kita keputusan pastinya memihak kepada BN. BR perlu memanggil badan pemantau pilihanraya tempatan dan antarabangsa untuk turut memantau perjalanan pilihanraya kali ini supaya dapat mengurangkan aktiviti jahat SPR.

6. Aspek jentera pilihanraya BR juga tidak kurang pentingnya. BN begitu efektif jentera pilihanrayanya kerana mereka memiliki sumber yang banyak termasuk menyalahgunakan jentera kerajaan di dalam pilihanraya. Kita perlu mendapatkan seramai petugas dan sukarelawan kelak. Mereka perlu dilatih dengan cukup untuk berkempen dan menyekat aktiviti jahat BN dan SPR pada hari mengundi. Aspek keselamatan juga memerlukan ramai tenaga petugas yang berani dan terlatih.


Rakyat sudah tidak tahan lagi hidup di bawah pemerintahan UMNO/BN. Cukup sudah kita tersiksa selama ini (enough is enough). Jikalau tukar parti pemerintah itu perkara biasa di negara-negara maju, tidak ada sebab kita tidak boleh lakukan di Malaysia yang juga mengaku sebagai sebuah negara maju. Rakyat perlu membiasakan diri membuat pertukaran parti pemerintah bagi memastikan parti mana pun yang memerintah ia akan lebih bertanggungjawab. UMNO dan BN tidak akan berubah (bukan saya cakap tapi Tun Mahathir) dan rakyat perlu merubah mereka dengan mengundi Barisan Rakyat di dalam PRU 12 nanti. Kepada BR kami menyeru sungguh-sungguh supaya memberi perhatian kepada perkara yang dibangkitkan di atas secara serius. Keadaan negara amat genting dan kami tidak dapat bayangkan apa akan berlaku jika BN terus dibenarkan memerintah selama 5 tahun lagi. Ini peluang untuk BR mengambilalih pemerintahan daripada regim BN yang korup dan zalim. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini …….

Anak Bapa: Anak bapa masih ingat lagi apabila BA menang di Terengganu pada tahun 1999, keesokkan harinya tol di Jambatan Sultan Mahmud terus dihentikan, dan tidak lama lepas itu cukai pintu dihapuskan. Benda-benda yang membebankan rakyat terus dihapuskan dan mambawa manfaat segera kepada rakyat. Setiap hari kita memikirkan bila tol-tol kat Lembah Kelang akan ditamatkan, bila minyak nak diturunkan harga sedangkan kita negara pengeluar minyak dan sebagainya. Jawapannya benda ini mustahil akan terjadi di bawah pemerintahan BN. Tetapi jika BR yang memerintah, ia satu kemungkinan? Apa anda tidak mahu ini berlaku?????

Saturday, December 22, 2007

GASAK Perlu Menggasak Habis-Habisan Media BN

Penubuhan Gerakan Anti Salah Maklumat atau singkatannya GASAK pada awal bulan amatlah dialu-alukan. Di kala negara kita baru saja menyambut ulangtahun kemerdekaaan kali yang ke 50, kita dapati kebebasan media negara berada di kedudukkan yang begitu tercorot, lebih teruk berbanding dengan negara jiran Indonesia. Keadaan ini amatlah membimbangkan memandangkan kerajaan Hadhari Pak Lah bercadang untuk mengangkat bangsa Malaysia ke mercu angkasa dan menjadikan negara Malaysia negara maju menjelang 2020. Bagaimana mungkin sesebuah negara berupaya mencapai tamadun yang tinggi jika hanya prasarana atau pembangunan fizikalnya saja bertaraf dunia kelas pertama sedangkan pembangunan insan dan minda rakyat berstatus dunia kelas ketiga (standard sebuah negara mundur Afrika)?

Kita perlu menerima hakikat bahawa maklumat atau informasi itu adalah kuasa (information is power). Barangsiapa yang memiliki maklumat yang tepat dan cepat mempunyai kelebihan berbanding dengan saingannya. Maklumat juga berkeupayaan membentuk sikap dan pemikiran seseorang. Menyedari hakikat inilah maka kerajaan BN mengambil segala langkah perlu supaya media utama negara (bercetak dan elektronik) dikawalselia sepenuhnya bagi memastikan kesinambungan kekuasaan mereka di negara ini. Itulah sebabnya kita dapati stesyen radio dan TV serta akhbar-akhbar utama negara adalah milik UMNO, MCA, MIC dan rakan kroni mereka. Bagi BN tidak penting maklumat itu tepat atau separuh tepat, apa yang aula ialah sebarang maklumat mestilah menguntungkan BN dan merugikan pihak pembangkang. Rakyat perlu diberitahu apa yang baik tentang pemerintahan BN berbanding dengan segala musibah yang bakal dibawa oleh pembangkang, dan tidak lebih dari itu. Jika rakyat perlu diperbodohkan bagi mencapai cita-cita ini maka biarlah mereka diperbodohkan! Itu juga sebabnya kenapa pimpinan UMNO begitu ghairah menyerang bloggers dan pengendali laman web kerana ini merupakan satu-satunya media yang mereka tidak berupaya mengawal dan sudah pasti akan menjadi lebih relevan dan popular untuk tahun-tahun akan datang.

Sebenarnya fenomena ini telah lama wujud di negara ini. Mungkin ramai yang tidak menyedarinya atau baru saja menyedarinya apabila berpeluang mengakses maklumat alternatif melalui alam siber. Sebagai makluman, kita sebenarnya telah bertahun-tahun dibelenggu perhambaan media berat sebelah kerajaan BN, lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya umum negara. BN digambarkan sebagai satu-satunya parti yang dapat membela rakyat dan menjamin kesinambungan pembangunan negara manakala pihak pembangkang pula adalah golongan mundur yang hanya pandai bercakap kosong dan bersifat destruktif. Segala penyelewengan pemimpin BN samada disembunyikan beritanya atau di”spin” menjadi berita kecil dan tidak penting. Kejayaan pembangkang contohnya kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu di dalam pemerintahan tidak langsung mendapat tempat di kalangan pengamal media negara sedangkan kita tahu bahawa kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu tidak pernah menzalimi rakyat, mengambil rasuah, merobohkan mesjid atau kuil, meniupkan api perkauman di kalangan rakyat malah banyak kebaikan yang diperolehi rakyat seperti penghapusan tol dan cukai pintu di Terengganu dan pengurniaan tanah kepada rakyat miskin untuk tapak rumah di Kelantan dan Terengganu. Di dalam menghadapi pelbagai sekatan kerajaan BN dari segi dana pembangunan (termasuk royalti minyak Terengganu yang ditarik balik secara haram) kerajaan pembangkang di Terengganu dan Kelantan masih berupaya menyediakan pelbagai kemudahan dan kebajikan untuk rakyat dan mengurangkan hutang negeri. Ini semua tidak pernah didedahkan oleh media tempatan kerana mereka tidak mahu rakyat maklum keupayaan pembangkang untuk memerintah dan membuat perbandingan dengan pemerintahan BN yang korup dan zalim. Sebaliknya Menteri Besar Kelantan digambarkan sebagai orang tua yang hanya pandai berserban dan asyik merendah-rendahkan martabat kaum wanita. Tetapi pernahkah mereka menceritakan bahawa kerjaan Kelantanlah yang mula melaksanakan cuti 60 hari bersalin untuk wanita (yang kemudiannya ditiru oleh kerajaan persekutuan) dan kini sedang menimbang untuk memperkenalkan cuti 90 hari bersalin termasuk cuti sebelum bersalin? Bukankah kerajaan Kelantan yang melaksanakan pinjaman tanpa faedah (0% faedah) untuk rumah dan kenderaan kakitangan kerajaan negeri yang masih tidak mampu dilakukan oleh kerajaan BN? Jangankan pinjaman tanpa faedah untuk pinjaman kereta dan rumah kakitangan kerajaan, pinjaman tanpa faedah untuk pelajar yang nak masuk universiti pun (PTPTN) mereka masih tidak mampu laksanakan. Dan yang paling mutakhir ialah perlaksanaan skim insuran Takaful Kifalah yang premiumnya di bayar sepenuhnya oleh kerajaan negeri Kelantan untuk seluruh rakyat Kelantan yang berumur 60 tahun ke atas tanpa mengira keturunan atau fahaman politik. Jika mereka meninggal, maka waris akan menerima wang tunai sebanyak RM 2,500. Pernahkah berita-berita begini digambarkan di dada akhbar atau kaca TV negara kita? Ini kita belum lagi bercerita tentang manipulasi media tentang perhimpunan BERSIH dan HINDRAF!

Kita faham hakikat kenapa BN dan kroni mereka mahu menguasai media bercetak dan elektronik negara dan bersedia menerima hakikat ini jika mereka bersetuju memberi sedikit ruang media kepada pihak pembangkang. Ini boleh dibuat samada dengan memberi kebebasan kepada wartawan dan pemberita membuat laporan dan pemberitaan secara adil dan bebas. Jika ini pun tidak mampu mereka lakukan (kononnya di dalam negara yang begitu demokratik!) sekurang-kurangnya mereka perlu membenarkan pihak pembangkang atau sesiapa saja untuk menerbitkan akhbar sendiri atau mengendalikan stesyen radio dan TV sendiri. PAS telah lama memohon lesen untuk siaran radio sendiri dan akhbar Harakah diterbitkan setiap hari tetapi tidak dilayan. Parti Keadilan Rakyat pula sehingga hari ini tidak diberikan sebarang lesen penerbitan untuk akhbarnya Suara Keadilan walupun telah lama dipohon.

Kita berkeyakinan penuh bahawa kerajaan BN tidak akan membuka ruang kebebasan media di negara ini sampai bila-bila kerana mereka tidak dapat menerima hakikat rakyat akan menolak mereka. Rakyat tidak menolak BN kerana kebebasan media atau kerana mendapat salah maklumat tetapi kerana pemerintahan BN sudah hilang relevan akibat pimpinan mereka yang korup dan menyeleweng. Mereka berharap kawalan ke atas media akan berupaya menghalang rakyat daripada mengetahui segala kelemahan dan penyelewengan mereka, dan dengan itu akan terus menerus menyokong mereka. Kebebasan media, sepertimana juga tuntuan rakyat lain (pemulihan demokrasi, pemulihan sistem kehakiman dan sebagainya) hanya akan diperolehi dengan kuasa rakyat. Justeru itu, adalah dirasakan penubuhan GASAK amat tepat pada waktunya dan menjadi begitu penting menjelang Pilihanraya Umum ke 12 tidak lama lagi.

Kejayaan GASAK, sepertimana BERSIH, adalah amat penting untuk rakyat. Pimpinan GASAK perlu berdialog dengan pimpinan BERSIH bagi mempelajari dan menyelaras aktiviti mereka. Walaupun setakat ini kita difahamkan bahawa GASAK akan menumpukan kepada usaha pemboikotan akhbar-akhbar Kumpulan New Straits Times dan Utusan Melayu yakni akbar New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia, Utusan Melayu, Kosmo, Metro dan The Malay Mail, saya juga mencadangkan akhbar The Star juga di masukkan ke dalam senarai. GASAK juga perlu menimbang kemungkinan pemboikotan media elektronik seperti saluran RTM dan TV3 di masa-masa akan datang. Di samping itu, skop pemboikotan juga amat penting. GASAK bukan saja perlu menyarankan rakyat supaya jangan membeli dan membaca akhbar-akhbar yang tersebut tetapi juga perlu meminta kerjasama penyumbang berita (freelance journalists) supaya turut memboikot akhbar-akhbar ini. Rakyat perlu diminta menghentikan sebarang bentuk pengiklanan di akhbar-akhbar ini dan jangan melayan wartawan mereka. Jika ini dapat dilakukan, insyAllah saya yakin kita akan berjaya membuat perubahan kepada lanskap pemberitaan di negara ini.

Langkah pemboikotan akhbar pada tahun 1999 dahulu telah sedikit sebanyak berjaya menyedarkan rakyat dan juga pemilik-pemilik akhbar yang terbabit. Dengan scenario yang kondusif kepada rakyat dan ditambah dengan kekuatan alam siber, GASAK mampu membuat kejutan di dalam usaha penting ini. Apa yang perlu ialah tindakan yang tersusun di samping keberanian dan komitmen di dalam melaksanakan misi yang amat mencabar. Kami, komuniti siber, berjanji akan bekerjasama sepenuhnya dengan GASAK demi mencapai cita-cita murni ini. Bukankah GASAK itu di dalam bahasa Melayu membawa makna “menghentam bertubi-tubi”? Dan itulah yang perlu kita lakukan kepada media yang tidak tahu malu ini!

Anak Bapa: Sejak langkah pemboikotan akhbar 1999 dulu, anak bapa sudah serik dengan penipuan dan manipulasi akhbar-akhbar tempatan. Dah lama tak beli suratkhabar. Kalau baca pun secara sepintas lalu online. Kalau ada yang boleh tahan sikit mungkin akhbar The Sun. Katanya yang bagus sikit akhbar Cina dan Tamil, tapi tak tahu pula membaca setakat tengok gambar boleh le. Rasanya kita tak rugi apa kalau tak beli atau tak baca suratkhabar haprak ni. Tetapi ada pihak yang akan rugi nanti kalau kita ramai-ramai boikot…..

Friday, December 14, 2007

I'll Scare All (ISA)

The news just in that 5 of Hindraf office bearers were detained under the cruel Internal Security Act (ISA). I have to categorically say here that the use of this law is a blatant abuse of power by the BN government and is unjustified under any circumstances. I am a Muslim and a Malay. However, I cannot stand on the face of this earth without stating my utmost resentment for this kind of action which was carried out under the so-called Islam Hadharian government. I can assure everybody that this action totally contradicts the Islamic tenets and presumably against other religious teachings as well. Even under a healthy democratic society, there is no room for this kind of oppressive law. But somehow, we have seen time and again UMNO leaders using ISA to suppress freedom of expression and to silent the opposition voice.

I challenge Pak Lah and his goons to charge the detainees in court if they are really truthful and sincere on the well-being of our fellow Malaysians. How could you detain innocent civilians and then accuse them with all kind of revolting crimes and leave them without any legal recourse to defend themselves? Just because they are against UMNO and BN do not make them the enemy of the nation. You and I may disagree with their point of view, but I think that is normal under any democratic practices, isn’t it? I always believe that there is such thing as intellectual debate or dialogue which can be used to settle our differences. After all, we have been living together as one nation for years. We must learn to respect our differences and tolerate dissents. What are we going to tell our children with regard to Pak Lah and UMNO’s treatment to people’s protest and dissenters? Ain’t that supposed to be the traits of a democratic and good government by allowing freedom of expression and gathering? However, sad to say, this government has lost its shine and has reached the expiry date.

As for the Indians and Hindraf, my advice is, it is okay to love and fight for the well-being of your race, but do not do it at the expense of other races. Do bear in mind that the downtrodden and the less fortunate are also found in other races. In fact, we are all the victims of UMNOputra, MCAputra and MICputra. Therefore, make it a Malaysian affair if you truly want our support.

The people must rise and act now by throwing their supports behind the opposition. We must have the moral courage to institute change. Do not be petty or attach too many conditions before you pledge the support. Despite some shortcomings and weaknesses, I’m sure the opposition front is way better then BN. UMNO and BN WILL NEVER CHANGE. They have brainwashed us for 50 odd years into thinking that everything that happen in this country are all race-related issues and only BN can ensure the safety and stability of our multi-racial society. We must resist this kind of stereotyping. We have the opportunity now to build something better together minus BN. It is either now or never!

Kita baru saja menerima berita bahawa 5 orang pemimpin Hindraf telah ditahan di bawah akta zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Saya perlu menegaskan di sini bahawa penggunaan undang-undang ini adalah langkah jelas penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan BN dan tidak dapat dijustifikasikan di dalam apa keadaan sekali pun. Saya adalah seorang Islam dan juga seorang Melayu. Walaubagaimanapun, saya tidak dapat berdiri tegak di muka bumi ini tanpa menyatakan rasa meluat yang amat sangat terhadap langkah sebegini yang dilaksanakan di bawah kerajaan Islam Hadhari. Biar saya beri jaminan kepada semua bahawa tindakan Pak Lah ini bercanggah sepenuhnya dengan hukum hakam Islam dan mungkin juga dengan ajaran agama lain. Malah di bawah masyarakat demokratik yang sihat sekalipun, tidak ada ruang untuk undang-undang yang menindas sebegini rupa. Namun apa yang kita lihat ialah pimpinan UMNO berulangkali menggunakan ISA untuk menghalang kebebasan bersuara dan untuk menutup mulut pembangkang.

Saya cabar Pak Lah dan kuncu-kuncunya supaya mendakwa mereka yang ditahan di mahkamah jika mereka benar-benar jujur dan ikhlas terhadap keselamatan rakyat Malaysia. Bagaimana mungkin anda menahan orang awam yang tidak bersalah dan kemudian menuduh mereka dengan pelbagai tuduhan yang jelek dan membiarkan mereka tanpa sebarang saluran perundangan untuk membela diri mereka? Hanya disebabkan mereka menentang UMNO dan BN tidak menjadikan mereka musuh negara. Saya dan anda mungkin tidak bersetuju dengan pandangan mereka, tetapi itu adalah sesuatu yang biasa di bawah amalan demokrasi, bukan begitu? Saya sentiasa percaya bahawa terdapat di sana apa yang dipanggil perdebatan intelek atau dialog yang boleh kita gunakan untuk mengatasi perbedaan kita. Bukankah kita telah bertahun-tahun hidup bersama sebagai rakyat Malaysia. Kita perlu belajar untuk menghormati perbedaan dan bertolak ansur ke atas bantahan. Apa yang kita hendak beritahu kepada anak-anak kita akan sikap Pak Lah dan UMNO di dalam menanggani protes dan kritikan rakyat? Bukankah membenarkan kebebasan bersuara dan berhimpun itu merupakan cirri-ciri sebuah kerajaan yang baik dan demokratik? Alangkah sedihnya kerajaan yang ada hari ini telah kehilangan sinarnya dan telah luput tarikh kegunaannya!

Nasihat saya kepada kaum India dan Hindraf ialah adalah ok untuk anda mencintai dan berjuang demi kaum anda, cuma jangan lakukannya dengan cara menidakkan hak kaum lain. Anda perlu ingat bahawa terdapat mereka yang tertindas dan kurang bernasib baik di kalangan kaum-kaum lain. Malah kita semua adalah mangsa kepada UMNOputra, MCAputra, dan MICputra. Kesimpulannya, cuba jadikan ia urusan rakyat Malaysia jika anda benar-benar mahu sokongan daripada kami.

Rakyat mesti bangun dan bertindak sekarang dengan memberi sokongan kepada pembangkang. Kita semua perlu ada keberanian untuk memulakan perubahan. Janganlah terlalu remeh temeh atau meletakkan banyak syarat sebelum memberikan sokongan anda. Walaupun terdapat sedikit kelemahan dan kekurangan, saya yakin barisan pembangkang adalah jauh lebih baik daripada BN. UMNO dan BN TIDAK AKAN SEKALI-KALI BERUBAH. Mereka telah membasuh otak kita selama 50 tahun kepada berfikir bahawa setiap yang berlaku di negara ini adalah berkaitan dengan isu perkauman dan hanya BN dapat memastikan keselamatan dan kestabilan masyarakat kita yang berbilang kaum. Kita mesti menentang bentuk “stereotyping” ini. Kita mempunyai peluang sekarang untuk membina sesuatu yang lebih baik bersama tanpa BN. Samada ia sekarang atau tiada langsung!

Anak Bapa: Pooooooorah! Pak Lah

Wednesday, December 12, 2007

Rakyat Perlu Berhati-hati Dengan Mainan Perkauman UMNO

Kita semua perlu berhati-hati supaya tidak terperangkap dengan tipu daya UMNO dan BN yang seringkali memainkan isu perkauman bertujuan mendapatkan sokongan kaum masing-masing. UMNO akan bersandiwara dengan MCA (Operasi Lalang 1989) atau MIC untuk menarik kaum Melayu kepada UMNO, Cina kepada MCA dan India kepada MIC. Dengan cara ini mereka berharap untuk terus mengekalkan kuasa. Dapatkan kepastian daripada kepimpinan parti atau BERSIH sebelum terlibat di dalam sebarang perhimpunan. Teliti kenyataan akhbar berikut yang dikeluarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.

Monday, December 10, 2007

Pak Lah dan UMNO Khianati Rakyat

Hatiku amat marah dan geram. Dahulu pun marah juga, tetapi tidaklah semarah hari ini. Kalau boleh mahu aku pergi berdemonstrasi seorang diri di depan rumah Pak Lah. Nak protes sungguh-sungguh depan dia supaya dia tahu betapa kebejatannya yang semakin memuncak setiap hari. Pandai sungguh dia berlakon. Dahulu masa mula-mula dilantik menjadi PM, bukan main lembut lagi lidah berjanji. Orang kata kalau pijak semut pun tak mati. Dengan mak hang pun berjanji nak tunaikan amanah apabila menjadi pemimpin besar negara. Nak patuh perintah Allah swt. Lepas tu janji dengan rakyat nak jaga kebajikan mereka, nak hapus rasuah, nak tegakkan keadilan, nak memertabatkan bangsa dan agama, dan nak buat macam-macam lagi kebaikan kepada rakyat dan negara. Lepas 4 tahun apa haprak yang hang dah buat?

Semalam, sampai hati hang pi tangkap Mat Sabu di hadapan menantu dan bisannya semasa majlis kenduri menerima menantunya yang pertama. Awat tak boleh tunggu esok ke? Hang memang niat nak malukan dia depan saudara maranya. Apa hang tak dak adab kesopanan Melayu langsung ke? Mungkin ikut mazhab Islam hadhari hang, ia dibolehkan. Apa Mat Sabu tu penjenayah besar sangat ke? Dengar cerita sampai dipecah-pecahkan cermin kereta dia kerana nak tangkap Mat Sabu. Dan ketika artikel ini ditulis, berita mutakhir yang diterima ialah Mat Sabu dan seorang lagi yang ditahan berhubung perhimpunan 100 ribu ini sedang cuba dinafikan ikat jamin oleh Gani Patail di mahkamah. Benak sangat ke puak-puak ni, atau dah jadi setan semuanya? Kami tahu hang pi tangkap dia pasai kes himpunan 100 ribu rakyat. Itu perhimpunan aman, mana ada kekacuan. Bukankah perlembagaan negara membenarkan rakyat berkumpul dengan aman. Yang buat kacau ialah barua-barua hang iaitu polis. Dah tu pi bohong dengan suratkhabar kata kalau BERSIH minta permit dia akan bagi asalkan tukar tempat buat di stadium. Pooorah! Sejak bila jadi bapa pembohong ni. Bukan kali pertama kita minta permit untuk perhimpunan, satu pun tak pernah lulus. Tapi kalau UMNO buat siap polis tolong jaga pula. Lagi pun pasai apa kena permit nak buat perhimpunan aman. Sebenarnya polis pun tak payah mai sebab kita dah janji ia perhimpunan aman. Unit Amal kami dah memadai untuk mengawal keselamatan dan trafik. Lebih baik hang pi kerah polis supaya jaga keselamatan negara yang sedang terancam dengan pelbagai macam jenayah ngeri. Suruh dia orang pi tangkap pembunuh Nurin yang masih lagi berkeliaran daripada dok sibuk dengan protes aman rakyat.

Ini tak. Sibuk tangkap orang baik-baik, orang yang mengambil berat akan kepincangan dan masaalah negara. Yang rakyat berhimpun tu nak minta supaya hang buat sesuatu terhadap kepincangan sistem pilihanraya negara agar keadilan dapat ditegakkan. Dah berguni-guni memo dihantar hang buat pekak aje. Jadi rakyat tak ada pilihan terpaksa buat perhimpunan. Cubalah dengar sama bantahan rakyat sebab kamu tu WAKIL RAKYAT dan bukan wakil UMNO semata. Kalau setakat sibuk terbang sana sini habis duit rakyat baik letak jawatan supaya kurang sikit dosa dengan Allah nanti.

Lepas tu tangkap ahli-ahli Unit Amal, Tian Chua, Sivarasah, peguam-peguam dan rakyat lain yang tidak berdosa kerana menyertai beberapa perhimpunan aman rakyat. Suasana menjadi lebih pelik dan ajaib apabila Si Gani Patail pula yang mengendalikan semua kes berkaitan perhimpunan aman rakyat. Hari ni dia punya tak malu boleh minta mahkamah supaya menafikan ikat jamin kepada Edmund Bon (Pengerusi JK Hak Asasi Manusia Majlis Peguam) kerana kesalahan menghalang DBKL daripada membuang kain rentang dan poster yang dipasang di Bangunan Majlis Peguam. Dosa besar sangat ke sampai tak boleh ikat jamin. Nasib baik hakim tu waras fikiran dan membenarkan ikat jamin. Bayangkan Peguam Negara pi naik turun mahkamah mengendalikan semua kes berkaitan perhimpunan rakyat. Awat hang tak dak kerja lain ke? Apakah kes-kes ini adalah kes-kes paling penting dalam negara. Cerita tentang klip video Lingam lagi penting, kenapa tak diutamakan? Kita kena banyakkan lagi perhimpunan rakyat supaya Si Gani ni tak menang tangan. Silap-silap jadi sasau terus masuk Tanjung Rambutan.

Cerita yang lagi pelik di Terengganu ialah 2 orang yang ditembak tempohari dalam peristiwa berdarah Batu Buruk telah didakwa cuba mencederakan anggota polis. Yang hebatnya kedua-dua yang dituduh tidak dibenarkan ikat jamin dan yang menembak pula tidak diambil sebarang tindakkan. Haprak sungguh hang Pak Lah. Hang tembak orang lepas tu hang penjarakan depa pula. Sekali lagi barua Gani jadi pendakwaraya.

Lepas tu kita dengar hang pi canang rata kampong menyatakan bahawa rakyat minta supaya diISAkan penganjur demonstrasi HINDRAF. Rakyat mana tu? Kalau setakat pemimpin dan ahli UMNO aje tolong jangan sebut rakyat. Hang tau berapa ramai orang yang hang kurung dengan ISA tanpa ada bukti kukuh. Hang kata dia KMM le, pengganas LTTE le, ikut sedap nak justifykan ISA tu. Kalau betul ada bukti bawa pi le ke mahkamah terbuka supaya rakyat boleh tengok. Tolong jangan dok ugut rakyat dengan ISA. Selama ini pun UMNO dah banyak salahguna akta ini untuk tujuan menindas pihak pembangkang. Keselamatan negara tidak pernah terancam oleh protes pembangkang, yang terancam ialah kekuasaan UMNO. Negara sebenarnya akan terancam oleh rasuah pimpinan UMNO, menjual negara kepada Singapura, manipulasi sistem pilihanraya untuk menang, manipulasi sistem kehakiman untuk tutup semua skandal pemimpin, dan pelbagai kebobrokan UMNO dan BN lain. Itu sebenarnya yang mengancam keselamatan negara.
Terus terang aku kata di sini bahawa hang adalah PM paling teruk dan lemah sekali yang pernah aku lihat. Satu benda baik pun hang tak boleh buat untuk rakyat. Tolong tunjuk satu kebaikan yang hang dah taburkan sejak jadi PM. Rasuah suku sakat hang makin banyak, nafsu besar dengan kapalterbang dan kapal layar baru, tipu pilihanraya, rasuahkan para hakim, kekalkan orang rekod buruk untuk terus jadi ketua polis, ketua peguam (peguam Negara), ketua SPR (siap pinda undang-undang semata-mata nak make sure Rashid terus kekal jadi ketua – punya haprak!). Terbaru mamat mana dilantik terus jadi hakim mahkamah persekutuan, lepas 3 bulan terus jadi presiden mahkamah rayuan, dan aku guarantee 6 bulan lagi jadi ketua hakim. Lepas satu haprak datang lagi banyak haprak gara-gara Pak Lah. Dalam pada itu rakyat makin tersepit. Harga barang terus melonjak. Bulan depan siap tol dan minyak pula naik. Apa nak jadi oooooiii?

Aku rasa cukup panas. Dan aku salahkan pemimpin, ahli-ahli UMNO dan semua barua-barua mereka kerana bersekongkol dengan Pak Lah di dalam memporakperandakan negara ini. Every single one of you is accountable for the destruction of our society and its fabrics. As for the Muslims, you are going to answer in front of God for conspiring in carrying out atrocities and injustices on fellow Muslims and fellow being. You are not going to get away with all these evil deeds, and I for one will seek redemption either in this world or in the hereafter. Cepat-cepatlah bertaubat sebelum nyawa sampai ke halkum.

Anak Bapa: Aku dah kata dulu dan aku kata sekali lagi. Kita kena buat benda yang Pak Lah dan UMNO marah sebab benda tu boleh mengancam kekuasaan mereka. Dalam bab ni perhimpunan aman rakyat begitu dibenci oleh Pak Lah. Oleh itu kita kena buat banyak lagi program serupa. ESOK SELASA 11 DISEMBER 2007 JUMPA DEPAN BANGUNAN PARLIMEN JAM 11 PAGI. PAKAI BAJU KUNING!

Thursday, December 6, 2007

PAS dan Isu Kebebasan Beragama

Terlalu banyak diperkatakan tentang hak asasi manusia dan kebebasan beragama di negara kita sejak kebelakangan ini. Dakwaan orang-orang Hindu (melalui Hindraf) berhubung isu perobohan kuil-kuil mereka dan terbaru cadangan beberapa orang ahli parlimen UMNO supaya dibuang lambang-lambang Kristian seperti tanda salib dan patung di sekolah-sekolah tertentu telah menghangatkan lagi suasana politik negara yang telah pun sedia panas. Kadang-kadang kita rasa hairan bagaimana selepas 50 tahun memerintah, UMNO dan BN masih lagi terkial-kial mencari penyelesaian isu perkauman dan agama di tanah air kita. Malah tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa macam ada satu agenda tersembunyi UMNO dan BN, acapkali rakyat menolak mereka maka mereka akan mainkan isu perkauman dan agama untuk menarik kembali sokongan kaum masing-masing.

Berikut cuba kita teliti kenyataan dan pengakuan pihak ketiga berhubung tindakan kerajaan Kelantan yang diterajui PAS berkaitan isu di atas.

Terdapat lebih daripada 30 buah kuil Buddha di seluruh Kelantan. Ini adalah agak pelik memandangkan penduduk Kelantan terdiri daripada 95% beragama Islam. Antara kuil yang paling popular ialah Wat Pothvihan yang terletak di Cabang Empat, yang menempatkan patung Buddha yang panjangnya 40m. Patung yang sedang berbaring ini dianggap antara yang terbesar di dunia dalam kategori yang serupa dan ia dikenali sebagai “the sleeping Buddha”. Wat Uttamaram pula yang terletak di Pasir Mas dianggap sebagai kuil Buddha tertua dan tercantik di Malaysia…..

(The most popular Buddhist temple in Kelantan would be the Wat Pothvihan near Cabang Empat, which houses the 40m long reclining Buddha (one of the largest of its kind in the world) draped in pink robes -- it is larger than the one in Wat Chaiya Mangkalaram in Penang. This statue took six years to build. It is known as the sleeping Buddha…..)

- Petikan daripada Wikipedia


Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS telah menulis surat kepada Malaysiakini mengutuk tindakan merobohkan kuil Hindu di Kampung Rimba Jaya. Malah wakil PAS berkenaan telah menyatakan kekesalan yang amat sangat terhadap bagaimana kasar isu berkenaan ditanggani. Sesuatu yang menghairankan! Saya maksudkan, ini adalah PAS, Parti Islam Se Malaysia. Kuilnya pula adalah untuk penganut agama Hindu. Sepatutnya ia bukanlah perkara yang perlu mereka beri perhatian. Mungkin PAS bukanlah golongan yang 100% tidak boleh bertolak ansur sebagaimana yang cuba digambarkan oleh pihak-pihak tertentu. Kelantan, yang diperintah oleh PAS, juga menempatkan Wat Pothvihan, patung Buddha yang sedang berbaring terbesar di Asia Tenggara. Ada juga khabar angin yang tersebar bahawa PAS malah telah membenarkan kuil Hindu dibina di kawasan parlimen yang mereka baru menangi. Orang-orang Hindu telah cuba mendapatkan kebenaran daripada AP terdahulu, yang dari parti lain, bertahun-tahun lamanya tetapi gagal. Mungkin sudah sampai masanya kita melihat dengan lebih lanjut apa yang PAS ingin tawarkan kepada rakyat…..

(Mujahid Yusof Rawa, Chairman of National Unity Bureau of PAS had written a letter to Malaysiakini condemning the demolition procedures of the Hindu temple in Kampung Rimba Jaya. In fact, the PAS representative had expressed deep regret over the violent manner the issue was handled. Surprising isn’t it? I mean, this is PAS, the Islamic Party of Malaysia. The temple was of the Hindu religion. It is supposed to be no concern of theirs. Perhaps, PAS is not 100% intolerant as certain parties painted it to be. Kelantan, the state in which PAS reigns, houses Wat Photivihan, biggest reclining Buddha statue in Malaysia. There were rumours circulating that PAS even allowed a Hindu temple to be built in one of their newly obtained constituency. The Hindus were asking for permission from a previous MP of another party for years but to no avail. Maybe it is high time that people take a deeper look at what PAS has to offer for the people…..)

- www.sagaladoola.blogspot.com


Di Kelantan (di mana kami dibesarkan), kerajaan fundamentalis Islam PAS di Kelantan dan cawangan-cawangan PAS pun tidak pernah membantah kuil Sivan Hindu ditempatkan di tengah-tengah 99.99% kampong Melayu di Kota Bharu. Malah, Menteri Besar Kelantan telah meluluskan 1 ekar tanah tambahan berhampiran kuil Hindu yang sedia ada supaya kuil berkenaan dapat dibina dengan lebih teratur dan lebih besar kerana seluruh kampong Melayu terpaksa dipindahkan untuk memberi laluan kepada pembesaran Bandar Kota Bharu. Kuil Hindu yang baru ini sekarang berdiri megah di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Juga, Kuil Hindu Sri Maha Mariamman yang terletak di tengah-tengah kawasan kuat PAS di Tumpat, Kelantan yang dikelilingi oleh 99.99% orang-orang Melayu juga tidak pernah menghadapi sebarang masaalah…..

(In Kelantan (where we were brought up), even the fundamentalist Islamic PAS government in Kelantan and PAS branches had never objected to the Sivan Hindu temple being located in the midst of a 99.99% Malay village in Kota Bahru. In fact the said Kelantan PAS Chief Minister had granted a bigger one acre nearby land for this Hindu temple to be properly relocated built and expanded as the said whole malay village had to make way for the Kota Baru town expansion. This brand new Hindu temple now sits majestically in the heart of Kota Bahru town. Further, the Sri Maha Mariamman Hindu Temple in the fundamental Islamic PAS stronghold in Tumpat, Kelantan is also surrounded by 99.99% Malays but we never ever had problems…..)
- Hindraf in www.bangkit.net

Kerajaan yang diterajui PAS di Kelantan tidak pernah merobohkan satu pun kuil Hindu atau kuil Buddha. Malah, patung Buddha berbaring yang terbesar di Asia Tenggara bukanlah di Thailand tetapi di Kelantan, di Kampung Neting, Tumpat, di tempat saya dibesarkan. Kerajaan PAS tidak merobohkan kuil-kuil, hanya kerajaan UMNO yang merobohkan kuil-kuil…..

(The PAS-led government in Kelantan has not broken a single Hindu or Buddhist temple. In fact the largest sleeping Buddha in Southeast Asia is not in Thailand but in Kelantan in Kampung Neting, Tumpat, where I grew up. The PAS-led government does not break temples, only the Umno-lead government breaks temples…..)

- Uthayakumar in malaysiakini.com


Pernah pada satu hari MB Kelantan (Tok Guru Nik Aziz) telah mendapati salib di sebuah gereja di Kota Bharu telah tiada (yakni salib gereja tertua dan terbesar di Kota Bharu, Church of Our Lady Fatima). Lantas beliau pun bertanya kepada Dato Annuar Tan (EXCO Kerajaan Negeri) kemana perginya salib besar di atas gereja berkenaan? Rupanya Tok Guru perasan yang salib di gereja berkenaan telah tiada. Tok Guru mengarahkan Dato Annuar supaya menyiasat jika salib itu diturunkan atas arahan mana-mana pihak samada PBT atau kerajaan negeri, maka ianya mesti dinaikkan kembali. Setelah disiasat didapati bahawa pihak gereja yang menurunkannya untuk kerja-kerja pengubahsuaian…..

(It happens that one day, the CM of Kelantan, Tok Guru Nik Aziz found that a cross fronting the oldest church in Kelantan (Church of Our Lady Fatima) was missing. He immediately consulted Dato Annuar Tan (the state’s EXCO) on the cross’s disappearance. It is surprising that he noticed the cross was missing. Tok Guru instructed Dato’ Annuar to investigate if the cross was brought down upon instruction from local authority or state government, and if it is so then it must be reinstated. Upon investigation, it was found that it is the church authority which brought down the cross for some repair works…..)

- Hu Pang Chow, Pengerusi Kelab Penyokong PAS


Ini hanyalah sebahagian daripada testimoni pihak ketiga berhubung layanan baik kerajaan PAS Kelantan kepada kaum dan agama lain di negeri yang penduduk Islamnya melebihi 95%. Ini belum kita berbicara mengenai bagaimana PAS membantu sekolah-sekolah Cina dan menyelesaikan masaalah hakmilik tanah mereka dan lain-lain lagi. Semua ini adalah contoh praktikal yang telah ditunjukkan oleh PAS dan bukan retorik semata. Saya bersetuju dengan saranan saudara Sagaladoola bahawa sudah tiba masanya rakyat Malaysia meneliti betul-betul parti PAS dan segala tawaran mereka kepada rakyat.

Anak Bapa: Sejarah tidak akan menipu kita kerana faktanya tercatat jelas untuk dilihat semua. Peristiwa hitam 13 Mei umpamanya, memaparkan dengan jelas wajah sebenar PAS. Ketika peristiwa ini berlaku kebetulan PAS yang memerintah Kelantan. Di kala negeri-negeri yang diperintah UMNO berlaku pertumpahan darah sesama kaum, di Kelantan satu bulu roma kaum lain pun tidak disentuh oleh penduduknya majoriti Melayu Islam. Malah kerajaan PAS pada masa itu telah mengeluarkan arahan kepada penduduk Melayu Islam supaya melindungi kaum lain daripada sebarang ancaman dan bahaya. Ini satu hakikat yang tiada sesiapa boleh nafikan. Cuba kita ramai-ramai renungkan…..

Monday, December 3, 2007

SAYA DENGAR! (tapi saya tidak buat apa-apa)

“Saya dengar” begitulah pekikan berita muka depan sebuah akhbar utama beberapa hari yang lepas. Berita ini merujuk kepada pengakuan Pak Lah bahawa beliau sentiasa mengambil berat tentang masaalah rakyat dan berjanji mencari jalan bagaimana mengatasinya. Pengakuan ini dibuat ekoran daripada beberapa perhimpunan rakyat baru-baru ini yang membantah pelbagai isu yang melanda negara yang gagal ditanggani oleh kerajaan UMNO/BN.

Biasanya apabila seseorang pemimpin bercakap demikian maka sudah tentu kita sebagai rakyat bawahan perlu berlapang dada dan bersangka baik kerana mungkin ada kebenaran daripada janjinya. Kita perlu memberi ruang seluas-luasnya kepada pemimpin berkenaan termasuk masa untuk ia merancang dan melaksanakan janji sedemikian. Kita tidak boleh terlalu cepat menghukum pemimpin kerana kadang-kadang permasalahan itu agak berat dan memerlukan sedikit masa untuk mencari penyelesaiannya. Persoalannya, bagaimana kita mengukur keikhlasan seseorang pemimpin itu di dalam menunaikan janjinya dan berapa banyak masa yang perlu kita berikannya sebelum kita menjatuhi hukuman?

Agak sukar untuk menjawab persoalan yang agak subjektif begini dengan tepat. Namun begitu kita boleh menggunakan kayu pengukur tertentu untuk mengenalpasti kecenderungan atau trend pemikiran seseorang itu. Umpamanya, jika seseorang itu berkata ia merancang untuk memandu ke Perlis, maka kayu pengukurnya ialah apabila selang tidak beberapa lama, kita dapati individu berkenaan mula membuat persiapan untuk perjalanan jauh seperti mempersiapkan kenderaannya dengan memeriksa minyak injin, brek, tayar dan sebagainya. Disebabkan pemanduan ini bukan sehari dua, maka tentu ia perlu juga membawa bekalan samada pakaian dan peralatan lain. Ini semua merupakan tanda-tanda awal keseriusan individu berkenaan untuk melaksanakan cakapnya untuk memandu ke Perlis. Seterusnya kita akan dapati apabila individu ini memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur, catatan petunjuk jalan ialah Rawang, Tanjung Malim, Tapah, Ipoh dan sebagainya. Ini merupakan petunjuk yang betul dan kita yakin ia akan sampai ke Perlis walaupun pada ketika itu ia masih di Perak kerana trend nama-nama tempat ini jika terus ia patuhi akan akhirnya membawa individu berkenaan ke Perlis. Kita berhak untuk sangsi matlamat pemanduan seseorang individu itu, apabila ia selesai membuat persiapan, ia mula bergerak ke Sungai Besi, Nilai, Seremban dan seterusnya kerana walaupun ia baru dipertengahan jalan, matlamat Perlis itu hanya omong-omong kosong sahaja kerana nama-nama tempat ini akhirnya akan membawa individu berkenaaan ke Johor Bharu atau Singapura dan bukan ke Perlis.

Analogi yang serupa boleh kita gunakan untuk menceritakan sikap dan tindak-tanduk Pak Lah. Ketika beliau mula-mula dilantik menjadi Perdana Menteri 4 tahun yang lepas banyak janji-janji yang beliau lafazkan. Antara yang terpenting ialah usaha membenteras rasuah habis-habisan tanpa mengira sesiapa. Rakyat merasa begitu teruja dengan janji ini kerana gejala rasuah kini semakin mencengkam rakyat menyebabkan negara kehilangan berbilion ringgit. Beberapa tangkapan besar turut dibuat ke atas beberapa orang “besar” termasuk Eric Chia dan Kasitah Gadam dan 18 lagi nama-nama “besar” disebut-sebut juga akan ditangkap. Tetapi selepas menunggu sekian lama kes-kes ini mula longlai dan ada diantaranya sudah ditutup fail. Keadaan menjadi lebih buruk lagi apabila kes-kes baru yang lebih besar mula diperkatakan. Ini melibatkan pemberian projek kepada anak menantu Pak Lah dan kroni mereka yang lain. Tidak perlu saya senaraikan projek-projek ini kerana sudah banyak mereka diperkatakan di dalam internet. Mungkin kita boleh berbicara lebih lanjut tentang isu ini di masa-masa yang lain.

Selepas itu kita menyaksikan bagaimana rasuah (UMNO guna perkataan “politik wang”) yang berleluasa di dalam pemilihan UMNO yang melibatkan pimpinan UMNO semua peringkat. Dakwaan ini bukan saja dibuat oleh pihak pembangkang tetapi juga oleh pemimpin UMNO sendiri. Walaupun tindakan telah diambil ke atas beberapa kerat pemimpin termasuk Isa Samad, tetapi hakikatnya ramai lagi pemimpin mereka yang terlepas daripada sebarang hukuman. Pak Lah tidak langsung berikrar untuk membenteras rasuah dalaman partinya, malah beliau mengalakkan lagi. Tahun lepas, sehari sebelum perhimpunan Agung UMNO, ketika Pak Lah mengadakan pertemuan dengan Ketua-Ketua bahagian UMNO seluruh Malaysia, 600 juta ringgit duit rakyat telah diagih-agihkan sebagai “rasuah” kepada pimpinan UMNO. Ini belum dikira “rasuah” yang BN ramai-ramai hulurkan kepada rakyat semasa kempen pilihanraya. Jelas isu rasuah ini mustahil dipisahkan daripada UMNO dan BN.

Sebagai orang yang baru dilantik sebagai PM, Pak Lah sepatutnya mempunyai wawasannya yang tersendiri dan membentuk kumpulan pelaksananya yakni menteri kabinetnya yang baru dan berwibawa. Kita boleh menerima alasan melambatkan pembentukan kabinet baru ini untuk tempoh 4 bulan memandangkan beliau perlu mengkaji dulu setiap calun menteri. Tetapi kini selepas 4 tahun, kita lihat menteri kabinetnya pun masih kabinet Mahathir. Kalau ada pun pertukaran ia sangat minima, dan tidak cukup untuk digelar sebagai kabinet baru Pak Lah. Walaupun sebahagian rakyat mungkin boleh memaafkannya kerana gagal membentuk menteri kabinet baru tetapi saya yakin semua orang tidak dapat menerima menteri-menteri yang tidak berintegriti dan berwibawa dikekalkan. Kewujudan orang-orang seperti Nazri Aziz, Zainuddin Maidin, Tengku Adnan, Rafidah Aziz, Nur Muhamad Yaakob, Shafie Afdal, Samy Vellu, Khir Toyo, Shahidan Kassim dan ramai lagi di tampuk kuasa jelas membuktikan kemandulan Pak Lah di dalam kepimpinannya. Ini belum lagi dikira pimpinan di peringkat bawahan seperti Zakaria Deros dengan istananya dan Mohd Said dengan isu “pejam sebelah mata”.

Perkara yang saya sebut setakat ini adalah perkara asas yang perlu diperbetulkan jika Pak Lah beriya-iya menyatakan “beliau dengar” dan “berjanji berbuat sesuatu untuk menyelesaikannya”. Retorik kosong seperti “jangan bekerja untuk saya tetapi bekerja bersama saya” atau “bercakap benar dengan saya walaupun pahit” dan entah apa lagi omongan tidak akan membantu memperbaiki imejnya yang teruk tercalar untuk jangka panjang. Ini baru kita berbicara perkara asas yang perlu ada kepada seorang PM jika ia betul-betul ingin mengotakan janjinya membenteras rasuah. Beliau dan menteri kabinetnya perlu terlebih dahulu bersih daripada segala unsur rasuah, baru mereka dilihat berintegriti untuk membenteras rasuah di peringkat bawahan. Tetapi melihat kepada scenario semasa, saya ragui perkara ini akan berlaku sebagaimana ragunya saya kepada usaha untuk membuang masin daripada garam atau manis daripada gula.

Itu baru aspek pentadbiran negara dan rasuah, dan kita belum lagi membicarakan isu Islam hadhari atau pengurusan ekonomi negara atau isu hak asasi manusia atau isu kebebasan SPR di dalam pilihanraya atau isu kebebasan media atau ketenatan Bahasa Melayu dipersada pendidikan negara atau isu gejala sosial remaja atau kenaikan harga barang yang mendadak dan membebankan atau isu kadar jenayah yang memeranjatkan atau ….. atau ….. atau ….. Berbalik kepada apa yang saya katakan di awal-awal lagi, jikalau kita semua beramai-ramai hendak menuju ke Perlis dari Kuala Lumpur dan hentian pertama ialah Seremban, anda sebagai penumpang tentu tertanya-tanya apa motif sebenar pemandu bas berkenaan dan adakah anda semua perlu terus bersama dengan pemandu demikian? Jawapannya tentulah tidak, kecuali jika anda memang tidak kisah untuk pergi ke Singapura. Bagi mereka yang benar-benar ingin ke Perlis, ada 2 opsyen yang tinggal iaitu samada kita tukar pemandu atau kita tukar bas. Pilihannya di tangan anda …..


Anak Bapa: Kadang-kadang naik kesian juga tengok Pak Lah bergelut dengan pelbagai isu berat yang mencengkam dirinya. Nasihat saya elok berhenti saja jadi PM dan boleh tumpu kepada kerja-kerja ibadat dan mengasuh cucu. Bukan semua orang boleh jadi PM. Jangan ingat sebab anda lama di dalam UMNO anda layak menjadi PM. Sifat dan ciri kepimpinan banyak yang “missing” daripada anda dan natijah daripada kelemahan ini menyebabkan negara sedang terancam dari segala segi. Setakat berseronok-seronok terbang sana sini dan bercakap dan berjanji perkara merepek-repek TIDAK akan menjadikan anda seorang pemimpin yang baik dan disegani. Saya CABAR anda letak jawatan jika anda benar-benar “dengar”. Nanti nak jawab di depan rakyat susah, di akhirat lagi susah.