Saturday, July 24, 2010

Jom Kita Ke Majlis Pelancaran TIRAM

Era untuk Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara daripada pimpinan BN yang korup dan "incompetent" sudah tiba. Penubuhan Tabung Impian Rakyat Malaysia atau singkatannya TIRAM adalah satu langkah bijak ke arah merealisasikan tujuan yang tersebut. Sama-sama kita menyokong TIRAM dengan menyumbang ke Tabung berkenaan dengan membeli tiket dan kupon Majlis Makan Malam Mega berikut:

Tarikh : Sabtu 7 Ogos 2010

Masa : 8.00 malam

Tempat : Stadium Malawati , Shah Alam, Selangor

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

http://www.tirammalaysia.blogspot.com/

Artikel lain yang berkaitan:

Makan Malam Mega Sempena Pelancaran TIRAM - YB Khalid Samad

Tabung Impian Rakyat Malaysia - YB Husam Musa


Sunday, July 18, 2010

Biar Harussani Terjun Dengan MelayuNya!


Harussani meracau lagi. Nampaknya semangat perpaduan Melayu (= Islam?) begitu tinggi sehingga keluar bermacam-macam ungkapan daripada mulutnya untuk menyokong pandangan beliau. Kesian Anak Bapa melihat gelagat Mufti UMNO ini bertungkus lumus siang malam nak pastikan hayat UMNO terus berpanjangan.



Cuba perhatikan beberapa petikan ungkapan daripada rakannya dan kalangan bloggers untuk tatapan dan renungan kenapa agaknya Harussani jadi begitu. Kita mulakan dengan pendidikan dan pengalaman kerjanya. Taklah tinggi mana sangat pendidikan agamanya dan kerja mula-mula tu yang nampak cukup menarik.



Pendidikan
1960 – 1964: Diploma Pendidikan, Sijil Tertinggi
Kolej Islam Malaya , Klang, Selangor
1959 – 1960: Kuliah Al-Attas,
Johor Bharu, Johor
1956 – 1959:
Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak
Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak
Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak
Kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom (10 Januari – 29 Jun 1989)


Pengalaman Kerja
1992 – Sekarang:
Mufti Perak, Jabatan Mufti Negeri Perak
1985 – 1992: Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Perak
1973 – 1985:
Kadi Besar, Jabatan Agama Pulau Pinang
1970 – 1984: Pensyarah Sambilan,
Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang
1968 – 1978: Pensyarah Sambilan,
Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang.
1967 – 1973: Kadi, Jabatan Agama Pulau Pinang
1964 – 1967: Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri

Ustaz Ahmad Awang yang tinggal sekampung dengan Harussani dan belajar bersamanya di Kolej Islam Kelang telah menulis:


“Sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak, mula kelihatan pandangan dan pendirian Harussani berubah dan berbeza pendapat dengan saya. Antaranya, ikuti beberapa peristiwa seperti berikut:



Peristiwa 1: Ketika berlangsung upacara istiadat pertabalan DYMM Sultan Perak, Sultan Muhibbuddin Azlan Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah (25 tahun yang lalu), saya menghubungi beliau yang baru menjawat jawatan mufti ketika itu meminta beliau menasihati pihak istana supaya tidak melakukan upacara-upacara yang boleh menjejaskan aqidah. Malah saya mencadangkan supaya majlis fatwa mengkaji dan membincangkan istiadat-istiadat yang bercanggah dengan aqidah itu dihapuskan. Beliau menolak cadangan saya sambil mengatakan beliau telah berjaya membatalkan beberapa upacara dalam istiadat tersebut, walhal sebelum itu beliau mempunyai pendirian yang tegas dalam hal-hal seperti ini.



Peristiwa 2: Pada suatu hari, saya menelefon Harussani dari pejabat saya di bangunan Pusat Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Perkara yang saya bangkitkan ialah tindakan polis menangkap imam dan bilal sebuah masjid di Perak dalam daerah Larut. Tindakan polis itu dibuat kerana kedua-dua pegawai masjid berkenaan dikatakan tidak mempunyai tauliah. Tetapi mereka ditangkap di bawah Akta Kesalahan Agama di bawah undang-undang sivil. Saya minta beliau menasihati pihak polis supaya tidak melakukan tindakan tersebut kerana kes berkenaan adalah di bawah bidangkuasa (jurisdiction) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri. Akan tetapi beliau tidak melayani pandangan saya itu. Kedua-dua orang pegawai masjid itu kemudiannya dibicarakan di bawah Akta berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara. Saya di antara orang yang sangat kuat menentang Akta tersebut yang kemudiannya beberapa tahun setelah dilaksanakan, Akta tersebut terbatal dengan sendirinya kerana sebuah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan penghakiman bahawa ianya ultra vires dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam.



Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana Harussani merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.



Peristiwa 4: Suatu hari kami berdua menjadi panel forum anjuran Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Perak. Ketika itu saya adalah YDP Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Saya kurang pasti samada Harussani ketika itu menjadi YDP Jam'iyah Dakwah Perak. Dalam forum yang diadakan di dewan Jam'iyah Perak di Jalan Seruan, Ipoh, saya berbeza pendapat dengan beliau mengenai beberapa isu semasa, terutama mengenai peraturan yang menyekat kebebasan dakwah di masjid-masjid atau surau-surau. Saya menegaskan bahawa undang-undang bersabit dengan tauliah mengajar/berdakwah tidak semestinya dikenakan ke atas pendakwah yang sudah dikenali mempunyai ilmu Islam dan beramal dengannya, kerana undang-undang itu diwujudkan hanya untuk mengawal supaya ajaran yang bathil dan sesat tidak disebarkan kepada orang Islam. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat saya dengan memberi alasan bahawa jika tidak dikawal dengan undang-undang tauliah, maka masyarakat akan berpecah-belah akibat fahaman politik dibawa ke masjid-masjid. Pendapat beliau, fahaman politik hendaklah di"sangkut" di pagar masjid dan jangan dibawa ke dalam masjid. Saya pula berhujah bahawa politik tidak boleh dipisahkan dalam dakwah, yang boleh dielakkan hanyalah politik kepartaian tidak terbawa-bawa dalam berdakwah di masjid/surau. Akhirnya, Harussani sendiri dilarang berdakwah/berceramah di masjid atau surau di Lembah Klang dua tahun yang lalu apabila beliau sering membangkitkan isu murtad dan mendakwa ratusan ribu orang Islam telah masuk Kristian atau Hindu.



Peristiwa 5: Yang terkini apabila beberapa orang pemimpin DAP Perak seperti Nga Kor Meng dan PKR Perak seperti Chan Ming Kai sering memetik keterangan-keterangan dalam Al-Quran dalam ceramah-ceramah politik mereka, timbullah isu hukum membaca Al-Quran oleh non-muslim. Tiba-tiba Mufti Perak mengeluarkan pendapat beliau (bukan fatwa) bahawa orang bukan Islam "haram"/tidak boleh membaca Al-Quran. Saya pula berpendapat sebaliknya dengan bersandarkan beberapa hujah termasuk bukti surat Rasulullah saw yang dihantar kepada Maharaja Hercules, Raja Rom Bizantina. Dalam surat tersebut, Rasulullah saw menuliskan ayat 64, surah Ali-Imran, yang sudah pasti ayat itu akan dibaca oleh Hercules. Sekiranya orang bukan Islam tidak dibenar membaca ayat Al-Quran, maka Rasulullah saw tidak akan menuliskannya dalam surat Baginda itu. Banyak lagi hujah saya yang boleh diikuti dalam majalah Al-Islam keluaran Bil. 426 Jun 2009.”



Petikan yang Anak Bapa perolehi dari kalangan para bloggers:



“Juak-juak UMNO cuba untuk menaikkan taraf Harussani kononnya lebih tinggi daripada Tok Guru Nik Aziz walhal Harussani ini pergi universiti pun tak pernah. Berbanding Tok Guru Nik Aziz yang mendapat MA dari Al Azhar. Harussani, cakap Arab pun tak boleh. Tok Guru Nik Aziz, bukan setakat fasih bahasa Arab, tapi fasih bahasa Urdu dan beberapa bahasa lain.”


Laporan The Malaysian Insider:



Mufti dakwa PAS angkuh tolak kerajaan perpaduan di Perak



KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ketika hampir genap dua tahun selepas pilihan raya umum ke-12, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008.



Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.“Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).“Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.“Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.



“Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.



Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju,” katanya.Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.Beliau mendakwa, PAS Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.”



Laporan Malaysiakini:



“Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.Ahmad (kiri) mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu."Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda."Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui ,dalam perbualan telefon dengan Harussani, mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) ,lebih kurang 10 minit itu, beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian."(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," katanya.Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian."Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun. "Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat," katanya.Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.”

Anak Bapa: Banyak lagi isu kita boleh bicarakan tentang balaci UMNO ini. Tapi maklumat yang ada ni pun dah cukup untuk anda buat rumusan sapa Harussani ini ……..

Sunday, July 11, 2010

Hebat Sangat Ke Pie Ni?


Anak Bapa taklah begitu mengenali Mohd Shafie Apdal ini.Tetapi daripada gaya dia beri ucapan dan kenyataan, rasanya lebih sesuai jadi Pengerusi JKKK kat kampong di pendalaman Sabah daripada menjadi Menteri.

Daripada dulu lagi Anak Bapa perhatikan kemampuannya, maaf cakap amat menyedihkan. Ketika beliau menjawat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dahulu, terjadi krisis kekurangan gula dan tepung, dan apa yang dia buat hanya “memantau” harga dan stok di pasaran. Dalam kata lain tengok saja moga-moga masalah akan selesai sendiri.

Minggu ini dia buat hal lagi. Mula-mula dia tuduh PAS ajaran sesat. Ini bukanlah perkara baru kerana sebelum ini pun ada pimpinan UMNO yang buat begitu. Sesat tu maknanya terkeluar daripada Islam. Terkeluar daripada Islam tu maknanya KAFIR.

Adakah Pie berani cakap PAS sampai macam tu tanpa ada hujah dan dalil yang jelas dan kukuh, sedangkan PAS jelas meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan?

Anak Bapa cabar supaya Pie tarik balik kenyataan ini dan mohon maaf kepada seluruh ahli dan penyokong PAS, jika tidak tunggu saat-saat kehancuranmu ……

Semalam dia berkokok lagi, kononnya Anwar pula biayai temubual dengan CNN baru ini bagi tujuan menaikkan imejnya yang tercalar kerana dianggap anti Semitik (yakni anti Yahudi).

Anwar dah terang, dan kita pun bersetuju bahawa penentangan kita adalah ke atas kekejaman Israel yang dipelopori oleh puak Zionis. Bukan semua orang Yahudi bersetuju dengan puak Zionis, malah ada yang menentang kekejaman regim Israel. Jadi kena jelas perbedaan antara anti Yahudi dan anti Zionis.

Perkara ini Pie tak peduli pasal parti dia memang kawan baik Zionis. APCO yang UMNO bayar 77 juta dikendalikan oleh puak Zionis yang memang kerja mereka meratah umat Islam Palestin. Apa yang Pie buat untuk menghentikan kerjasama partinya dengan APCO ini?

Anak Bapa: Tak habis-habis anak Apdal ini cari publisiti murah. Tetapi lagi banyak dia buka mulut lagi banyak nampak kebebalan dan kebodohan sendiri. Letak jawatan duduk rumah lagi baik ……..

Saturday, July 3, 2010

Tanggungjawab Sebagai Pemimpin Amat Berat


Anak Bapa tertarik dengan pandangan peribadi Tok Guru Nik Aziz berhubung cadangan mengadakan syura bagi memilih pimpinan dalam Muktamar Agung PAS tahun hadapan. Walaupun itu adalah suara hati Tok Guru semata dan tidak semesti diikuti kerana ia tidak selaras dengan perlembagaan parti, tetapi ia mengambarkan kebimbangannya yang mendalam tentang isu rebut-merebut jawatan dan sebarang perkara yang boleh memecahbelahkan parti.

Sememangnya PAS sebagai parti Islam perlu menonjolkan Islam sebenar terutama dalam aspek pemilihan pemimpin. Jika kita perangai macam UMNO, atau lebih teruk lagi MIC, lobi-melobi, umpat-mengumpat, fitnah menfitnah, politik wang dan lain-lain yang sewaktu dengan mereka, maka apa hak PAS untuk menuntut amanah kepimpinan negara daripada rakyat?

Saban kali kita melihat kejelekan UMNO dan suku sakat BN dalam bab merebut jawatan sehingga ke peringkat memualkan kerana mereka faham jawatan yang direbut datang dengan pakej “keistimewaan” yang lumayan. Jadi lawan apa cara sekali pun memang berbaloi.

Sehubungan dengan itu, jika kita ikut logik yang sama, maka Anak Bapa yakin kita pun sama dengan puak-puak BN jika buat kerja-kerja jijik kerana nak menang jawatan. Tak kiralah samada cara pengundian ke, cara syura ke, atau apa cara sekali pun. Ini kerana manusia ini jikalau dia nak sangat jawatan maka cara syura sekali pun dia akan lobi ahli jawatankuasa yang membentuk syura ini bagi memenangkan namanya.

Sebenarnya jika Islam itu perjuangan kita maka niat nak jadi pemimpin pun mesti selaras dengan Islam. Pertama, layak ke nak jadi pemimpin? Kedua, setakat mana keikhlasan dalam memikul jawatan yang dihajatkan kelak? Ketiga, bersediakah untuk berkorban lebih banyak dengan jawatan yang diterima (yakni bukan nak jadikan jawatan sebagai hak keistimewaan peribadi)? Dan beberapa persoalan lagi yang perlu jawap sendiri dengan ikhlas! Lepas tu barulah boleh cadang nama atau terima jawatan.

Bukankah kita diajar bahawa jawatan itu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak? Bukankah juga kita diajar untuk menyerahkan amanah (termasuk kepimpinan) kepada ahli (yakni yang mempunyai kelayakan dan kemampuan)? Dan kita juga diajar untuk tidak memberikan jawatan kepada orang-orang yang begitu lahap nak jawatan?

Anak Bapa: Jawatan nak macam-macam tetapi satu habuk tak boleh laksanakan. Buka mata dan lihat sekeliling. Ramai orang macam tu termasuk dalam PAS …….