Sunday, December 28, 2008

Ucapan Tahun Baru Hijrah 1430 dan Masehi 2009



Sekali lagi kita diberi nyawa tambahan oleh Allah swt untuk sama-sama meraikan tahun baru Hijrah 1430 dan juga tahun baru Masehi 2009. Syukur kita kepadaNya kerana kita masih dapat lagi bersukaria meraikan kedatangan tahun baru ini bersama teman dan taulan. Sebagaimana biasa, apabila menjelang tahun baru semua pihak akan tampil dengan pelbagai resolusi yang biasanya akan pudar beberapa minggu kemudian. Sesetengah resolusi yang kita tatapi di dada-dada akhbar kelihatan begitu remeh, ada yang lucu dan tak kurang juga yang tidak senonoh. Bagi kita orang-orang Islam, sesuai dengan kehidupan kita sebagai hamba Allah, maka resolusi kita mestilah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Maha Pencipta, menjadikan kita lebih tawaduk dan bersyukur terhadap segala nikmat yang diberi. Sehubungan dengan itu, hijrah yang dilalui oleh Rasulullah saw wajar kita ambil pengiktibaran dengan berazam untuk berhijrah kepada keadaan kehidupan yang lebih baik di tahun-tahun akan datang. Ini meliputi segala aspek kehidupan termasuk sikap, perangai, akhlak diri, ekonomi, keilmuan, ibadat, pergaulan, isteri (tambah?) dan lain-lain lagi yang makruf dan berkebajikan. Satu lagi resolusi tambahan yang saya amat idamkan ialah nak pastikan blog saya akan dikemaskini dengan lebih kerap, mungkin 2 kali seminggu, mulai Januari 2009. Bagaimana dengan resolusi anda?

Monday, December 8, 2008

The Greatest Sacrifice Ever



Today, Muslims all over the world celebrate one of the holiest days in Islamic calendar namely Eidul Adha or the Day of the Pilgrimage or Sacrifice. This celebration dated back to the time of Prophet Abraham (peace be upon him). In fact, most of the rituals carried out by Muslims during pilgrimage in Mecca were one way or another attributed to the conducts of Abraham and his family then. Therefore, it is not surprising that while today we remember the Day of Pilgrimage or Sacrifice, we cannot forget the kind of sacrifice this revered prophet and his family has offered in keeping touch with God’s command. I am inclined to believe that their sacrifices were the greatest and noblest ever made by mortal creatures and as such require special mention.

Saidatina Hajar, the mother of Prophet Ishmael (peace be upon him), is the second wife of Prophet Abraham. Several months after Prophet Ishmael was born, Prophet Abraham was instructed to take his family to a barren desert which is known today as Mecca. Just imagine after arriving there and only to be asked to leave the wife and his beloved son (mind you that Prophet Ibrahim got a son when he is very old) behind in the middle of nowhere and with very little provisions. True enough, after Prophet Ibrahim departure, Hajar ran into trouble due to inadequacy of water and food supplies. Now with no help available in the vicinity, she has to scout around the parched land and under the blazing sun looking for water. Her perseverance paid off when God bestowed water spring underneath the footstep of Prophet Ishmael. The water spring known as Zamzam has never dried until today.

Hajar and Prophet Ishmael not only have to endure very challenging live in the middle of a desert but they have to do it without the presence of Prophet Abraham. Matters got worse when Prophet Abraham arrives several years later (when Prophet Ishmael has just reached puberty) with another mind-boggling mission, namely to sacrifice Prophet Ishmael. Now, everybody with the right frame of mind will be asking what kind of father Prophet Abraham is, a person who left his family in the middle of nowhere and only came to visit them years later with the intention to sacrifice his only son! And to make the story sounds stranger, the wife and the son willingly submit to his request simply because they sincerely believe it is God’s command. I wonder if this kind of family exists in today’s world, a family which is committed and united in their belief in God and a family which was complete in their submission to God.

I can go on and on espousing more stories on the amazing sacrifices undertaken by these noble prophets. However, suffice at this juncture for us to ponder upon these few brilliant examples so that we may learn something from them. Firstly, their unwavering commitment to their faith is second to none. Together as a family, they are ever willing to do anything to please God even to the extent of sacrificing their most beloved son. Even the son has fulfilled his end of the bargain by voluntarily offering himself for sacrifice. Secondly, they never give up hope in pursuit of God’s pleasure. Nothing in this world can either stop or entice them into forgetting the God’s command. Such are their collective sacrifices that can overwhelm any God-fearing person or even any decent human being for that matter. May be it is about time we embody some of their sacrifices into our live as well.



Anak Bapa: Story of this sort has never failed to amaze me despite me reading again and again. It is really inspirational to say the least.

Wednesday, November 19, 2008

Negeri China dan Kelembapan Ekonomi



Ketika warkah ini ditulis di Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzen sebelum bertolak balik ke Malaysia, hati masih tertanya-tanya apa berita dan ulasan yang nak dimuatkan di dalam blog kali ini. Ini memandangkan tak ada isu besar di sini kecuali suasana yang tenang dan mengasyikan, dengan rakyatnya yang rajin dan peramah bebas ke sana sini dengan relaks seolah-olah macam tak ada masaalah satu apa pun pada mereka sedangkan negara China adalah negara yang paling padat penduduk di dalam dunia di sekitar 1.3 bilion jumlahnya. Kemungkinan besar juga sebab saya tak boleh bertutur bahasa Mandarin atau membaca akhbar Cina menyebabkan skop pengetahuan saya tentang apa yang berlaku di sini juga agak terhad. Tetapi berdasarkan pemerhatian saya selama beberapa hari di sini saya yakin mereka agak tenang menghadapi kehidupan seharian walaupun ekonomi dunia sedang terancam.

Ini bukan kali pertama saya berkunjung ke China, mungkin dah 8 atau 9 kali. Apa yang saya perhatikan di Shenzen (dan juga di kebanyakan tempat di China) perkembangannya samada dari segi ekonomi atau pembangunan terus berjalan dengan teratur dan pesat tetapi budaya dan tatacara kehidupan mereka tetap terpelihara. Jikalau dulu tak ramai yang boleh bertutur bahasa Inggeris, kini pun ramai yang tak boleh bertutur Inggeris. Ini bukan bermakna mereka menganggap bahasa asing tu tak penting tetapi kebanggaan terhadap bahasa ibunda jauh mengatasi segala keperluan lain. Kemesraan mereka di dalam melayan tetamu dan pergaulan tetap hebat macam dulu walaupun kini status ekonomi mereka jauh meningkat. Ini berbeda daripada keadaan penduduk Hong Kong (yang saya lawati juga) yang nampak sangat tertekan di dalam mengejar kehidupan seharian. Kemungkinan besar penduduk Hong Kong telah terlalu lama hidup di bawah penjajahan Inggeris dan dengan itu terbawa-bawa dengan gaya kehidupan barat. Malah setiap kali datang ke China saya lebih gemar tinggal di Shenzen dan berulang alik ke Hong Kong menaiki keretapi (sekitar 1 jam perjalanan) berbanding tinggal di Hong Kong. Hotel dan makanan yang berpatutan di Shenzen dan layanan mesra penduduknya menjadikan kehidupan lebih selesa.

Satu lagi fenomena yang menarik di Shenzen ialah betapa ramai penduduk Islam yang boleh ditemui di sini. Malah restoran Piramid yang sering saya kunjungi dimiliki seorang Arab Mesir yang beristerikan rakyat tempatan. Satu lagi aspek yang saya amat kagumi tentang rakyat China di Shenzen (dan juga di tempat lain di China) ialah tiadanya prejudis terhadap orang-orang Islam. Kali pertama ketika saya kunjungi China pada tahun 1994 saya dah mula perasaan perkara ini. Acapkali saya minta nak bersolat atau makan mereka akan bersegera menyediakan tempat solat dan membawa ke restoran Islam. Malah pernah pada satu ketika apabila mereka lihat semacam ada keraguan pada diri saya samada makanan yang dihidangkan itu halal atau tidak, mereka akan bawa saya ke dapur restoran untuk diperkenalkan pada tukang masak. Di situ saya boleh uji pengetahuan tukang masak tentang halal atau tidak masakannya. Selepas 14 tahun berlalu dan peristiwa 9/11, saya perhatikan sikap mereka masih tetap sama. Layanan mereka kepada orang-orang Islam amat mengharukan sekali. Alangkah baiknya jika keadaan kita di Malaysia pun sehebat ini! Harapan saya semoga mereka akan terus begini, tidak tercalar oleh suasana ekonomi yang kelihatan semakin hari semakin buruk.

Anak Bapa: Tak pernah jemu melawat China malah jika diberi pilihan melawat Eropah atau China, saya tetap pilih China ……..

Sunday, November 9, 2008

"PAS Untuk Semua" atau "PAS Untuk Melayu"?

Nampaknya isu perkauman masih menjadi isu panas di negara kita. Tiada hari yang berlalu yang bebas daripada perbincangan atau polemik perkauman. Tiada hari berlalu tanpa kita dikejutkan oleh kenyataan dan ulasan yang berbau perkauman samada di dada-dada akhbar maupun media elektronik. Pendapat atau pandangan yang diketengahkan sering dibayangi unsur perbedaan ras dan warna kulit. Sesetengah pihak tanpa segan silu terus menerus menghina orang lain semata-mata kerana perbedaan keturunan atau kepercayaan orang berkenaan. Pendekata kehidupan kita rakyat Malaysia sentiasa bergelumang dengan prejudis kaum dan agama. Hubungan sesama kita sentiasa diselimuti kebimbangan kemungkinan konflik antara kaum atau agama.

Hakikatnya, fenomena ini sudah lama berlaku di negara kita. Malahan, ia menjadi senjata ampuh sesetengah pihak di dalam memastikan dominasi politik mereka berterusan. Walaupun hakikat ini dimaklumi ramai, tetapi ia tidak menghalang sesetengah pemimpin, termasuk pimpinan gerakan Islam, untuk sama-sama terbabit di dalam kancah yang membinasakan ini.

Kita semua sedia maklum bahawa UMNO dan kuncu-kuncunya di dalam BN telah sekian lama menggunakan isu agama dan kaum di dalam strategi “pecah dan perintah” mereka. UMNO ditugaskan menjaga orang Melayu, MCA orang Cina dan MIC orang India. Mereka hanya perlu mengapi-apikan semangat perkauman bangsa masing-masing apabila tampuk kekuasaan mereka terancam, untuk memastikan kaum masing-masing segera berkumpul untuk berlindung di bawah “paying keselamatan” mereka. Pendekatan ini telah seringkali digunakan oleh BN (dahulunya Perikatan) untuk menjaga kepentingan politik mereka. Ini termasuk semasa peristiwa 13 Mei, sebelum Operasi Lalang, di dalam pemberian bantuan dan kebajikan, di dalam pengisian jawatan-jawatan penting kerajaan dan syarikat-syarikat GLC dan banyak lagi termasuk ketika berlangsung PRU 12 yang baru lalu.

Walaubagaimanapun, 8 Mac 2008 mencatatkan sejarah keyakinan baru Rakyat Malaysia bahawa taktik kotor BN selama ini bukan sebenarnya untuk kesejahteraan rakyat tetapi lebih kepada usaha penerusan legasi pemerintahan tidak bermoral UMNO dan BN bertujuan menjaga kroni dan perut suku-sakat mereka. Rakyat, telah dengan berani memutuskan bahawa “enough is enough”, dan serentak dengan perisytiharan ini telah memutuskan untuk “memberi” 5 negeri kepada pembangkang (sebenamya 6 jika kita kira Wilayah Persekutuan) dan mengurangkan majoriti dua pertiga BN di Parlimen Malaysia. Keputusan ini adalah satu keputusan yang amat berani, yang mungkin akan berlaku sekali saja di sepanjang hayat kita. Keputusan ini akan membawa negara ke era baru sistem berpolitik negara, di mana sistem 2 parti menjadi pilihan rakyat sebagaimana yang terdapat di United Kingdom (Parti Buruh dan Parti Konservatif) dan Amerika (Parti Demokrat dan Parti Republikan). Jika BN (Barisan Nasional) yang memerintah maka PR (Pakatan Rakyat) akan menjadi pembangkang yang kuat, dan sebaliknya jika PR menjadi pemerintah maka BN akan menjadi pembangkang yang kuat. Adalah diyakini bahwa pendekatan politik begini akan membantu memulihkan sistem demokrasi negara di samping memperbaiki hubungan antara kaum kerana rakyat kini lebih selesa dengan parti berbilang bangsa. Walaupun BN mendakwa mereka juga parti induk yang berbilang bangsa tetapi hakikatnya parti-parti komponen di dalamnya masing-masing tetap berasaskan perkauman dan lama kelamaan akan ditolak rakyat.

Justeru itu, PR mempunyai masa depan yang gemilang jika ditangani dengan betul. Walaupun ada kelemahan di sana sini, parti komponen PR tediri daripada parti-parti berbilang bangsa dan keturunan. Ini adalah satu permulaan yang baik dan menarik. Memang benar parti-parti komponen PR mempunyai ideologi yang amat berbeda antara mereka, tetapi persamaan mereka juga banyak yang boleh dikongsi bersama. Aspek keadilan sejagat, anti rasuah, keadilan sosial, anti kezaliman dan lain-lain merupakan asas kepada persamaan yang boleh mengikat kita bersama bagi berkhidmat dengan lebih cemerlang kepada rakyat. Pimpinan dan ahli-ahli PR tidak boleh “take things for granted” dan mengambil sikap sambil lewa di dalam usaha pengukuhan hubungan sesama mereka kerana pihak lawan tidak jemu-jemu mencari jalan untuk memecahkan perpaduan parti-parti komponen PR. Antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah isu perkauman dan agama, yang samada kita suka atau tidak akan sentiasa menjadi senjata BN untuk memecahbelahkan PR.

PAS sebagai parti komponen yang penting di dalam PR perlu lebih ke hadapan di dalam menangani isu perkauman ini. Apatah lagi PAS adalah parti Islam yang terang-terang menolak sebarang bentuk perkauman dan pemaksaan di dalam beragama. Pendekatan “PAS for All” merupakan langkah bijak untuk kita menjuarai semangat muhibbah sesama kita. Kita semua maklum bahawa pendekatan ini bukan bermakna kita berkompromi dasar perjuangan kita atau akidah kepercayaan kita tetapi Islam yang kita bawa adalah satu agama yang pernah memerintah tiga suku dunia yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik dan agama. Kejayaan pimpinan Islam dahulu di dalam pemerintahan mereka membuktikan bahawa Islam adalah jawapan kepada kemelut perkauman hari ini. Pemimpin PAS hendaklah berhati-hati supaya tidak terjebak di dalam perangkap perkauman yang di bawa oleh UMNO dan BN. Sebarang kenyataan dan tindakan perlulah dibuat berasaskan keadilan Islam dan bukan kerana Melayunya seseorang. Bukankah kita selalu berkata jikalau Islam kita kuat bukan saja Melayu akan selamat, malah Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain turut akan selamat. Jika itu keyakinan kita selama ini, kenapa pula ada orang kini yang percaya Melayu kena kuat dulu baru Islam akan jadi kuat?

Anak Bapa: Jika pemimpin PAS masih gagal keluar daripada kepompong nasionalis Melayu, orang-orang Melayu akan terpaksa memilih antara PAS dan UMNO. Di kala Islam bukan lagi menjadi kriteria utama, cuba teka parti mana akan dipilih oleh orang-orang Melayu ketika itu. Juga di kala itu jangan cuba menagih simpati orang-orang bukan Melayu kerana mereka sudah berkerat arang dengan PAS!!!!!!!!!

Wednesday, October 22, 2008

Orang Islam Yang Tak Faham Islam

Dah agak lama saya tak menulis untuk blog ini. Bukanlah kerana apa, tapi malas sebab lama sangat bercuti. Mulanya bercuti selepas kematian puteri sulong saya, kemudian ke Tanah Suci mengerjakan umrah dan diikuti pula beraya habis-habisan. Bila dicongak-congak lebih daripada sebulan bercuti, sampai dah berkarat segala sendi menyebabkan nak tekan “keyboard” komputer pun payah.

Tetapi apabila menatap berita di dalam akhbar Sinar Harian (tak berapa bersinar dah kebelakangan ini) semalam, terus berderau darah saya melihat gelagat beberapa kerat orang yang mengaku Islam.


Malas atau tidak maka terpaksa tenyeh juga papan kekunci komputer apabila membaca berita “GMPS gesa kekalkan ISA, UiTM”. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di dalam Mesyuarat Agungnya menggesa kerajaan supaya mengekalkan kuota siswa UiTM kepada kaum Bumiputra sahaja dan mendesak terus mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Saya tak kisah sangat cerita tentang UiTM ni kerana saya dah komen dah sebelum ini gelagat Naib Cancelor dan siswanya tetapi apa yang sangat saya bimbangi ialah sikap mereka terhadap ISA.

Telah banyak sudah diperkatakan tentang kezaliman ISA, akta yang membenarkan seseorang ditahan tanpa bicara. Akta yang pada mulanya digubal bertujuan untuk membenteras anasir subversif dan komunis telah berulangkali disalahgunakan oleh Kerajaan BN untuk menahan musuh-musuh politik mereka. Malah baru-baru ini pun ada ahli politik dan aktivis masyarakat yang ditahan di bawah ISA kerana aktiviti mereka yang mengancam BN.

Kita boleh bertengkar sampai tercabut urat-urat leher samada perlu atau tidak akta yang zalim ini. Tetapi satu hakikat yang kita kena fahami ialah ISLAM TIDAK PERNAH DAN TIDAK AKAN MEMBENARKAN UNDANG-UNDANG ZALIM SEPERTI INI DILAKSANAKAN DI DALAM SEBUAH NEGARA ISLAM. Malah ada ayat Al-Qur’an yang memberi amaran kepada kita supaya jangan cenderung kepada kezaliman kelak disambar api neraka. Bukan zalimkah namanya apabila si bapa diculik di tengah-tengah malam daripada kaum keluarganya dan disembunyikan entah di mana? Si bapa dan suami kemudian disiksa dengan pelbagai rupa dan anak isteri dibiarkan resah gelisah menunggu kepulangan mereka kadang-kadang bertahun-tahun lamanya. Bukan zalimkah namanya menahan mereka tanpa ada dakwaan dan menafikan hak asasi mereka di muka keadilan dan dibiarkan menderita di dalam tahanan sampai sesetengahnya bertahun-tahun malah berbelas-belas tahun lamanya? Bagi saya ini semua adalah zalim, zalim dan zalim. Sedangkan kita kurung binatang pun berdosa besar inikan pula mengurung manusia tanpa sebab, memisahkan mereka daripada keluarga tersayang. Macamana nak jawab di depan Allah nanti perbuatan mereka-mereka yang mengaku Islam ni!

Mereka akan berhujah bahawa ISA adalah perlu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Tanpa ISA negara kita akan jadi kucar kacir dan perbalahan perkauman akan bertambah parah. Pelik hujah sebegini datang daripada mereka-mereka yang mengaku Islam. Kalau boleh saya nak tengok satu hari nanti ada di kalangan kaum keluarganya yang kena tahan di bawah ISA supaya dia orang boleh rasa betapa zalimnya undang-undang ini. Bukankah kita ada undang-undang yang lebih adil di mana mereka-mereka yang disyaki bersalah akan didakwa di mahkamah dan di situ mereka berpeluang membela diri. Jika mereka salah barulah dihukum dan jika tidak mereka perlu dibebaskan. Orang yang perlukan ISA adalah mereka yang bacul, memiliki jiwa yang kerdil, yang tidak berani menghadapi lawan dengan cara “gentleman” dan sememangnya memiliki ciri-ciri kepimpinan diktator.

Pendek kata pusing macamana pun ISA tetap zalim dan tidak relevan. Orang-orang yang menyokong pelaksanaannya pun ikut sama-sama zalim dan tidak relevan.

Anak Bapa: Selagi UMNO dan BN masih dok memerintah Malaysia selagi itu ISA akan mereka terus daulatkan. Tok sah mimpi mereka nak hapuskannya pasal UMNO/BN sememangnya berjiwa kerdil dan bersifat diktator……..

Monday, September 29, 2008

Ucapan Selamat Hari Raya 'Idul Fitri

Ribuan maaf saya panjangkan kepada semua kerana hampir 2 minggu tidak membuat sebarang “posting” ke dalam blog saya. Sebaik saja saya menulis artikel yang lepas, saya terus ke Madinah dan Mekah bagi menunaikan ibadah umrah dan iktikaf di Masjidil Haram. Alhamdulillah saya selamat tiba semalam selepas 2 minggu melalui pengembaraan rohani yang amat mencabar dan mengasyikkan. Moga-moga Allah menerima ibadat dan taubat kita semua ……

Saya sempat meneliti semua komen daripada anda semua dalam artikel saya yang lepas. Saya rasa sungguh-sungguh terharu di atas sokongan dan doa anda semua. Ini adalah antara azimat yang memberi kekuatan kepada kami sekeluarga di dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Berhubung permintaan daripada beberapa orang pengunjung blog saya, insyAllah akan saya layani di dalam sedikit masa lagi. Ini kerana kesibukkan menguruskan beberapa “backlog” yang bertimbun selepas “hilang” selama 2 minggu. Maaf dan harap bersabar.

Alangkah indahnya kehidupan yang mendakapi kebesaran Allah. Umrah yang saya buat untuk Kakak Hajar begitu bermakna sekali. Detik-detik masa yang saya lalui di sana merupakan butir-butir mutiara yang amat bernilai di dalam menebus hari-hari kehidupan akan datang. Masa di sana juga diguna untuk menilai semula kehidupan dan memperbetulkan prioriti (aulawiyyat) agar asas dan perjalanan hidup menjadi lebih kemas dan kukuh. Permintaan doa daripada rakan-rakan semua telah saya tunaikan. Moga-moga Allah menerima segala doa dan munajat kita.

Sementara itu saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya ‘Idul Fitri, Maaf Zahir dan Batin, Kullu ‘am wa antum bi khair. Banyaklah kita bertakbir dan bertahmid menjelang hari yang amat bermakna ini. InsyAllah saya sekeluarga akan pulang ke Perlis hari ini dan akan kembali selepas seminggu. Sehingga itu salam perpisahan dan insyAllah kita berjumpa lagi ….

Sunday, September 14, 2008

Puteriku Siti Hajar - Permata Hati Ayah Dalam Kenangan


Hati mana tak akan pilu apabila anak tersayang diambil di kala kasih sayang sedia terbelai. Perasaan mana tidak hiba apabila permata hati dirampas ketika dalam dakapan mesra. Emosi mana yang tidak terganggu apabila insan harapan ghaib dalam sekelip mata. Mungkin rintihan ini dek kerana “emotional outburst” yang melulu dan tidak terkawal. Tetapi hakikatnya itulah perasaan seorang ayah yang kehilangan anak tercinta ……

Tanggal Isnin 8 September 2008, di kala umat Islam sedang asyik mengerjakan solat sunat Tarawih, puteriku Siti Hajar dalam diam-diam dijemput menemui PenciptaNya. Umurnya yang baru menempuh 23 tahun, pelajar tahun 1 UIA di dalam bidang Bahasa Arab dan memiliki tubuh badan yang sihat bukanlah merupakan alasan untuk memanjangkan usianya. Saat dan ketika puteriku dah sampai, dan sebagaimana janji Allah swt, 1 saat pun tidak akan ditangguhkan apabila ajal dah tiba. Aku pasrah kepada ketentuan Ilahi …….

Kakak, begitulah ia membahasakan dirinya, tidak pernah sakit lebih daripada 2 hari lamanya sebelum ini. Itu pun jarang berlaku. Kakak seorang yang sihat dan aktif di dalam kerja-kerja jamaah dan pelajaran. Secara tiba-tiba Kakak terkena sakit ruam di seluruh badan lebih kurang sebulan yang lalu. Aku ubati Kakak sebagaimana biasa. Ruamnya sembuh tetapi sendi-sendi kakinya pula rasa sengal dan sakit. Ujian darah di SJMC menunjukkan Kakak mengidap “Rheumatoid Athritis” yakni radang sendi di peringkat awal. Menurut doktor yang mana juga aku persetujui, ia hanya kecil, mudah sembuh dan tidak merbahaya. Kakak mengambil ubat-ubatan secara alopati, homeopati dan juga rawatan secara Islam. Hasilnya Kakak hampir sembuh 2 minggu kemudian. Apa yang peliknya, kebiasaan manusia apabila penyakitnya makin sembuh maka tahap kecergasannya pun semakin meningkat. Tetapi tidak dengan Kakak. Kecergasannya semakin menurun walaupun penyakitnya semakin sembuh. Ini yang membingungkanku dan semua orang ……

Lebihkurang 1 minggu yang lepas, Kakak tiba-tiba demam. Demam biasa saja, suhu tinggi sikit dan diiringi dengan batuk dan cirit-birit. Walaubagaimana pun keadaannya tidaklah begitu membimbangkan, musim demamlah katakan …..

Hari Isnin, ketika aku sibuk bersiap untuk ke tempat kerja pada sebelah pagi, isteriku memaklumkan bahawa Kakak merasa sedikit penat hari itu. Aku jenguki Kakak dan mendapati ia sedang berbaring relaks. “Nampak biasa saja,” bisik hati ku lantas bergegas ke tempat kerja. Di sekitar pukul 6.30 petang aku pulang dari kerja dan terus menjenguk Kakak. Pelik hari tu kerana Kakak tidak berbaring di biliknya sebaliknya memilih berada di bilik tetamu. Sebaik aku masuk, terpandang keadaan penat Kakak yang agak melampau sehinggakan kepala dan tangannya tergoyang-goyang di luar kawalan. “Ini sangat serius,” bentak hatiku. Saya cadangkan kepada Kakak supaya kita ke klinik tetapi Kakak menolak dengan lembut. “Kakak tak taulah ayah, Kakak penat betul hari ini. Boleh tak esok saja kita pergi klinik?”,ujarnya dengan nada yang amat memilukan. Hatiku bagai disiat-siat melihat keadaan Kakak. Aku angguk kepala tanda setuju. Aku duduk di sisinya lantas memegang dan mengusap tangan dan muka Kakak. Suhu badan normal, sendi-sendinya pun sudah tidak sakit lagi dan batuknya pun telah ghaib entah ke mana. Kakak berkata ia semakin sihat. Peluhnya keluar mencurah-curah dan ia berselera sekali makan. Walaupun ketika aku amati wajahnya dalam-dalam kelihatan seolah-olah ia seperti nazak tetapi aku cuba nafikan hakikat ini kerana keadaan fizikalnya tampak semakin baik. Baru aku sedari kemudian bahawa Kakak bukan penat biasa tetapi nyawanya semakin pendek dek ditarik perlahan-lahan oleh Malikul-Maut.

Aku berbual-bual mesra dengan Kakak sambil ia memegang erat tangan ku. Apabila aku menarik tangan untuk pergi bersiap berbuka puasa, Kakak merayu supaya aku tunggu sekejap lagi bersamanya. Aku berjanji akan kembali menemani Kakak selepas berbuka puasa di masjid. Sekembali aku dari masjid aku dapati Kakak semakin ok, siap senyum lagi dan meminta ayah pergi bertarawih ke masjid. Dia dah sembuh, katanya. Aku pergi bertarawih dengan agak ceria apabila mendengar pengakuan Kakak. Telepon bimbit pun tidak “bervibrate” ketika solat bermakna semua ok di rumah.

Ketika aku berada 100 meter dari rumah waktu pulang bertarawih, tiba-tiba telepon bimbit berbunyi. “Cepat bang anak kita tak mahu bangun!”, jerit isteriku. Menurut isteriku kemudiannya, selepas aku ke masjid, Kakak minta nak solat segera selepas azan Isya. Selesai solat ia meminta kebenaran maknya untuk berbaring relaks buat seketika. Maknya pun bersetuju dan membiarkan Kakak berbaring sambil ia sendiri menunaikan solat tarawih berhampiran dengan Kakak. Selesai solat witir isteriku berpaling ke belakang dan mendapati Kakak sedang berbaring tidak bergerak-gerak. Ia lantas cuba membangunkannya tetapi Kakak tetap membisu…..

Aku periksa nadinya, cuba mengesan bunyi nafas dan degupan jantungnya, tapi tiada. Aku cuba lakukan CPR, dan sebaik saja aku tiup di mulutnya udara mudah saja sampai ke paru-paru seolah-olah aku sedang meniup melalui straw ke dalam belon. Ini membuktikan bahawa Kakak sudah pergi, pergi selama-lamanya …..

Aku tidak mahu menghampakan isteriku. Lantas aku ajak abang ipar ku untuk mengangkat Kakak ke dalam kereta dan segera menuju ke pusat perubatan berhampiran. Sebaik tiba di pusat perubatan berkenaan, doktor di bahagian kecemasan hanya mengambil masa 10 minit untuk mengesahkan apa yang kami amat takuti, yang Kakak telah pun meninggalkan kita lebih setengah jam yang lalu. Air mata semua berguguran tak tertahan-tahan lagi. Aku cuba gagahi bertahan. Sebagai ayah aku kena pujuk ahli keluarga lain. Bagaimana dapat aku lakukan tugas ini jika aku turut sama terheret di dalam pesta air mata. Berterusan doaku semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang amat hebat ini. Alhamdulillah makbul …..

Doktor tidak tahu nak tulis kematian mengejut ini disebabkan oleh penyakit apa. Umur muda dan tidak ada sejarah sebarang penyakit merbahaya. Dia meminta saya bersetuju dihantar ke hospital kerajaan untuk dibedahsiasat. Aku merayu dan merayu supaya jenazah puteriku tidak disiksa begitu rupa. Berkat doa dan pertolongan semua, sekali lagi Allah swt makbulkan doaku. Jenazah Kakak sedia untuk dibawa pulang ke rumah. Di saat itu pusat perubatan sudah dibanjiri oleh saudara dan rakan yang datang untuk berkongsi sedih. Di sekitar 1.30 pagi, jenazah Kakak sudah ada di rumah menunggu esok untuk dikebumikan. Ayah dan makku di kampong sudah luluh di dalam tangisan hiba. Mereka segera bertolak dari Perlis untuk bersama berkabung bersama keluargaku. Rakan taulan dan saudara mara tidak putus-putus berkunjung ke rumah ku sehingga ke subuh. Pukul 11 pagi Kakak dimandi, dikapan dan disolat jenazah (yang aku imami) sebaik saja selesai solat zohor. Menurut sorang Pak Aji yang tinggal berdekatan masjid mengakui bahawa ini adalah sejarah kehadiran paling ramai makmum bersolat jenazah sejak masjid ini mula dibuka. Rezekimu Kakak ……

Kakak selamat dikebumikan di Seksyen 21, Shah Alam sekitar jam 3.00 petang. Ayahku sendiri yang membuat tazkirah dan doa selepas selesai upacara pengkebumian. Kami sekeluarga pulang, pasrah kepada ketentuan Ilahi bahawa Kakak telah pergi buat selama-lamanya menemui allah rabbuljalil.

Ramai teman bertanya bagaimana aku boleh begitu “cool” menghadapi saat-saat kematian puteri sulong tercinta. Jawapannya mudah, kerana kekuatan yang Allah beri kepada ku. Kakak pergi dalam keadaan yang paling baik yang boleh kita minta. Ia anak yang sentiasa patuh kepada ibubapa, berakhlak mulia, sentiasa menjaga kehormatan diri dan ibadat. Malah ketika berbaring, lidahnya tidak lekang membaca Al-Qur’an dan berwirid. Kakak adalah insan yang mudah bertolak ansur dalam bab keduniaan. Jawapannya sentiasa,”Ikut suka hati ayah …..”. Walaubagaimanapun, Kakak begitu tegas dalam bab agama. Berapa kali bapa saudaranya ditegur kerana masih merokok. Kakak diberi pendidikan agama sejak kecil sehingga di Universiti, samada di sekolah atau di rumah. Kakak seorang yang rajin di dalm kerja-kerja jamaah dan memang memiliki jiwa pemimpin. Kehadiran ramai temannya dari UIA membuktikan hakikat ini. Di samping itu Kakak sangat cemerlang di dalam pelajarannya. Beberapa hari selepas meninggal dunia, kami menerima sepucuk surat daripada UIA memaklumkan Kakak tersenarai di dalam Senarai Dekan kerana kecemerlangan akademiknya. Saya menyaksikan sendiri banyak tanda-tanda kurniaan Allah kepada Kakak. Bilik tempat Kakak meninggal dunia harum semerbak bau bunga-bungaan (sehingga ke hari ini) walaupun kita tak pernah bawa masuk sekuntum bunga pun ke dalam rumah. Waktu dimandi jenazahnya oleh maknya tak ada sedikit najis apa pun keluar darinya. Wajahnya puteh berseri-seri, lembut ayu dan tersenyum seolah-olah seperti sedang tidur. Kombinasi semua ini dan banyak lagi memberikan seribu alasan untuk kami lebih gembira daripada bersedih di atas pemergiannya. Namun sebagai ayah, kehilangan Kakak tetap dirasai dan dirindui. Kakak telah membawa bersama secebis hati ayah yang tak mungkin dapat ayah perolehi kembali di dunia ini. Ayah sayang kepada Kakak dunia hingga ke akhirat ……..

Anak Bapa: Moga Allah cucuri ruh Kakak dan ditempatkan di kalangan orang yang solihin …….

Friday, September 5, 2008

Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Pak Lah & Najib


Saya masih menunggu sampai saat dan ketika ini komen daripada Pak Lah dan Najib berhubung usul daripada sebuah cawangan UMNO di Langkawi dan UMNO Selangor yang mencadangkan supaya UMNO memanggil balik mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir untuk mengemudi pemerintahan negara ini. Saya tak tahu samada Pak Lah dan Najib faham atau tidak makna usul ini dan implikasi kepada kewibawaan mereka buat masa ini. Takkan “serangan” yang paling terbuka begini pun masih mereka tak faham-faham lagi! Atau buat-buat tak faham pula.

Kenyataan terbaru akar umbi UMNO ini jelas menunjukkan bahawa mereka telah berputus harap kepada pimpinan UMNO untuk memulih kembali kekuatan UMNO dan BN. Jikalau semata-mata Pak Lah yang mereka pertikaikan sudah barang tentu usul mereka ialah meminta Pak Lah meletak jawatan dan diganti dengan Najib. Tetapi tidak. Mereka bukan sekadar tidak percaya kepada Pak Lah dan Najib, malah kesemua pimpinan tertinggi UMNO. Ekoran daripada kekecewaan inilah mereka merasakan bahawa hanya Tun Mahathir saja yang mampu berbuat sesuatu untuk menyatukan ahli-ahli UMNO dan lantas mengembalikan kegemilangan UMNO.

Bagi saya mesej daripada akar umbi ini cukup jelas. Mereka tidak perlu menunggu usul undi tidak percaya daripada Pakatan Rakyat terhadap Pak Lah. Mereka terlebih dahulu mengusulkan undi tidak percaya kepada Pak Lah dan seluruh pimpinan UMNO dengan meluluskan usul memanggil balik Dr. M menerajui UMNO. Persoalannya adakah pimpinan UMNO yang terkenal dengan kulit muka yang tebal akan akur kepada mesej ini?

Satu lagi andaian yang kita boleh buat daripada usul ini ialah bagaimana tandusnya UMNO dengan pemimpin yang berwibawa dan berkualiti. Dr. M bukanlah hebat sangat. Mungkin beliau berjaya sedikit sebanyak di dalam aspek pembangunan ekonomi negara tetapi jangan kita lupa pelbagai kerosakkan yang berlaku di zamannya termasuk gejala rasuah yang begitu menonjol, krisis kehakiman, kekejaman terhadap pembangkang, pemerintahan ala diktator dan sebagainya. Dengan memanggil balik Tun M, UMNO berundur ke belakang ke zaman kegelapan dan kezaliman. Tambahan pula Tun dah lama keluar UMNO. Nampak bercelaru benar pemikiran orang-orang UMNO kebelakangan ini. Arah mana mereka nak pergi, Allah sahaja yang tahu. Ada yang nak undur ke belakang dan ada yang nak ke depan tetapi tak tahu pula arah mana? Ibarat kalau kapal bukan setakat 2 orang kapten, silap-silap 4 atau 5 orang kapten. Jikalau dah begitu keadaannya anda bayangkanlah sendiri keadaan rumahtangga UMNO dan apa akan berlaku seterusnya ………

Anak Bapa: (Sambil menggeleng kepala) Kasihaaaaaaaaan ……. (elok masuk PAS ramai-ramai sebelum kapal karam).

Monday, September 1, 2008

Wajar Blogger Anti Husam Bertaubat Menjelang Ramadan


Saya terkejut menatap tulisan-tulisan daripada blog Anti Husam http://www.antihusam.blogspot.com/
beberapa hari yang lepas. Walaupun blog berkenaan telah wujud sejak Julai 2008, tetapi saya baru berkesempatan menatapnya beberapa hari lepas. Itu pun selepas disuruh berkali-kali oleh teman dan rakan supaya memberi komen peribadi tentang blog berkenaan.

Sebenarnya saya kurang berminat melibatkan diri dalam perkara-perkara yang melibatkan urusan peribadi orang lain. Macam kata sahabat-sahabat kita, “silap-silap dapat dosa kering aje nanti”. Tetapi selepas meneliti beberapa artikel yang dimuatkan di dalam blog berkenaan, saya berasa sungguh terkilan dan dalam masa yang sama amat marah terhadap sikap blogger berkenaan yang kerjanya “lempar batu sembunyi tangan”.

Berdasarkan kepada intipati tulisannya saya dapat buat kesimpulan berikut:

Blogger ini mempunyai jawatan atau kenalan di kalangan pemimpin tertinggi PAS. Ini berdasarkan kepada butir-butir penulisannya yang ada kaitan dengan kejadian sebenar cuma andaian dan kesimpulannya tersasar daripada fakta sebenar, atau dalam bahasa mudahnya “fitnah”. Contohnya apabila dia berkata bahawa YB Khalid Abd Samad telah merekomenkan seorang Cina (daripada Taman Berkeley) sebagai calun ahli majlis MBSA, ini bukannya kerana cinta atau sayangnya yang mendalam kepada Cina berkenaan tetapi kerana kelayakan beliau dari segi pendidikan dan pengalaman, dan banyak membantu PAS di dalam pilihanraya baru-baru ini. Saya amat mengenali YB Khalid secara dekat sejak 25 tahun yang lampau, dan yakin bahawa beliau bukan jenis yang suka mengata orang atau mengambil kesempatan daripada kedudukannya. Memang betul beliau sangat vokal dan lantang di dalam sebarang penghujahan beliau baik di majlis-majlis PAS atau lainnya tetapi itu bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa. Ia lebih kepada bertujuan memantapkan sebarang keputusan yang bakal dibuat. Tentang samada beliau menyertai parti apa pun sebelum ini itu bukanlah menjadi persoalan kerana jikalau itu merupakan satu kesalahan saya yakin ahli PAS mungkin tinggal kurang daripada 1 ribu orang, yakni yang PAS tulin saja yang tinggal. Apa yang penting ialah kesetiaan dan komitmen beliau kini di dalam jamaah, yang saya yakin amat kukuh dan kuat, insyAllah.

Fitnah blogger berkenaan ke atas Husam lagi berat. Kononnya Husam menyertai rombongan Anwar ke Timur Tengah dan ada pula dijanjikan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Menteri apabila PR berjaya memerintah Malaysia kelak. Fitnah ini pun telah dijawab oleh Husam dan anda semua boleh membaca sendiri di dalam blog beliau,
http://cetusan-hati.blogspot.com/.

Blogger ini amat tidak menyukai PR dan lebih berminat ke arah perpaduan Melayu dan Islam (baca minat bergabung dengan UMNO). Serangan beliau tertumpu kepada semua pimpinan PAS Pusat yang diketahui menentang keras sebarang usaha mendekati UMNO untuk tujuan penggabungan kuasa. Oleh itu kita lihat serangan beliau ditumpukan kepada Kamarudin Jaafar, Husam Musa, Dr. Hatta Ramli, Mahfuz Omar, Khalid Abd Samad, Dr. Syed Azman, Dr. Zulkifli Ahmad, Salahudin Ayub, Dr. Mujahid Yusuf, Dr. Lo’Lo’, Dr. Mariah, Hanifah Maidin dan lain-lain lagi. Hamba Allah ini memberi gambaran seolah-olah semua pimpinan kita ini ada agenda peribadi dan tersembunyi bersama PR. Jikalau begini ramai dibabitkannya dengan tuduhan dan fitnah yang jijik dan jelek, saya tak tahu siapa lagi yang tinggal di dalam PAS untuk meneruskan perjuangan. Tambahan pula mereka ini telah lama di dalam perjuangan dan telah membuktikan kesetiaan dan amanah mereka di dalam perjuangan. Kalau pun ada kemungkinan kepentingan peribadi (minta perlindungan daripada Allah swt), saya yakin takkan melibatkan kesemua pimpinan kita secara serentak. Tetapi kalau si blogger anti husam ini besar kemungkinan ada, sebab dia lahap sangat nak rapati UMNO. Betullah dia guna perkataan “kepimpinan ulama’” dan Islam, tetapi hakikatnya dia ada agenda peribadi dan laungan Islamnya itu adalah lebih kepada “smokescreen”.

Satu perkara yang pelik saya kesani di dalam blog berkenaan ialah dia tak berani nak hentam Tok Guru Nik Aziz sedangkan Tok Guru yang paling keras dan awal menentang usaha penggabungan kuasa dengan UMNO ini. Sebabnya mudah saja, jikalau dia hentam Tok Guru maka dia sendiri akan kena seranah daripada ahli-ahli PAS. Sikap “double-standard” blogger ini cukup jelas di dalam hal ini.

Saya tak nak ulas lebih panjang isu berkaitan blog anti husam ini kerana saya anggap ia penuh dengan sampah sarap fitnah. Saya juga ingin menasihatkan rakan-rakan semua supaya tidak membuang masa membaca benda-benda mengarut ini. Elok kita isi bulan Ramadan ini dengan menulis dan membaca benda-benda yang baik aje. Saya juga ingin menasihatkan si blogger ini supaya insaf dan bertaubat daripada membuat onar dengan fitnah yang boleh merosakkan sahabat-sahabat seperjuangan kita dan juga dirinya sendiri. Jikalau kita menjunjung “kepimpinan ulama’” takkan pula kita bebas menfitnah saudara seagama yang lain. Dan adakah Islam tidak membenarkan sebarang perbedaan pendapat? Apa yang dibuat oleh sahabat-sahabat kita ini yang bercanggah dengan keputusan parti? Sebaliknya geng blogger ini yang sebenarnya melanggar etika bersyura dengan membuat kerja di dalam gelap. Keputusan di dalam muktamar baru-baru ini membuktikan dengan jelas hakikat ini. Renung-renungkanlah ……..

Anak Bapa: Daripada gaya bahasa dan penulisan blog ini saya dapat buat tekaan siapa sebenar manusia yang di belakangnya. Percayalah sahabat-sahabat semua bahawa makhluk ini amat merbahaya kepada jamaah dan dia bertindak atas kehendak peribadinya dan bukan untuk kepentingan jamaah. Saya yakin Allah swt akan mendedahkan penyamarannya tidak lama lagi. Sementara itu, marilah kita sama-sama memberi tumpuan membanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini dan salah satu daripada tugas ini ialah memperkukuhkan ukhuwwah di kalangan kita dan bukan menyemai bibit-bibit perpecahan.

Monday, August 18, 2008

Produk UMNO - Siswa UiTM Yang Tidak Matang


Sampai hari ini saya masih tak faham apa yang dikecohkan sangat tentang cerita cadangan kuota kemasukan siswa bukan Melayu ke UiTM sebanyak 10% yang dibuat oleh MB Selangor. Bukankah namanya cadangan, jikalau tak setuju tak payahlah buat. Buat apa mengaji sekolah tinggi-tinggi jika tak faham apa yang diungkapkan oleh orang lain. Kata orang Negeri Sembilan, “buat abih borah aje!”

Setahu saya, salah satu kaedah pembelajaran di universiti ialah menggalakkan budaya perbincangan atau diskusi atau bertukar-tukar fikiran. Maknanya kita kena izinkan perbedaan pendapat di kalangan siswa agar mereka dapat melatih fikiran menjadi lebih kritis. Ini penting bagi membentuk mereka menjadi manusia yang berwibawa apabila keluar dari menara gading kelak. Adakah Naib Cancelor UiTM (NC), Prof Ibrahim Abu Shah ingat bahawa di universiti, siswa hanya berbincang perkara yang mereka boleh setuju saja dan jika ada perbedaan pendapat maka ia perlu diselesaikan dengan berdemonstrasi?

Bukankah juga YAB MB berkata cadangan ini dibuat sebagai satu jalan untuk memperbaiki mutu pendidikan di universiti berkenaan? Sememangnya mutu IPTA kita berada di tahap yang amat menyedihkan termasuklah di UiTM. Dan jika sekiranya Prof ”Kangkung” Ibrahim ada cadangan lain yang boleh menjamin peningkatan mutu siswanya tanpa perlu memberikan kuota 10% kepada siswa bukan Melayu maka silakan.

Sebenarnya Prof NC ini adalah sambungan legasi UMNO yang telah berkarat di seluruh IPTA yakni legasi pak turut. Siswa, melalui AUKU, NC dan TNC (HEP) yang dilantik kerana afiliasi politik mereka, telah bertungkus lumus di bawah pengarahan UMNO dan dijadikan alat dan barang mainan UMNO. Mereka diajar untuk tunduk kepada apa saja yang bercirikan UMNO tanpa banyak soal. Sebarang perbedaan pendapat terutama yang melibatkan aspek politik di anggap sebagai pengkhianat dan pengacau di kampus. Juga sebarang bentuk pembudayaan Islam di kalangan siswa (selain daripada budaya Islam Hadhari) adalah tidak diizinkan di UiTM dan jika ada usaha-usaha untuk menghidupkannya akan ditentang dengan penuh kekerasan. Itulah UiTM yang kita disuruh bangga-banggakan. Dan tidak hairanlah jika UiTM merupakan antara IPTA yang menghadapi begitu banyak masaalah sosial kerana kegiatan agama telah disekat dan dihalang. Tetapi Prof Ibrahim peduli apa itu semua. Apa yang penting baginya ialah membodek and menggilap tuannya walaupun budak-budak siswa yang menjadi mangsa.

Lagi satu yang membuat saya tertanya-tanya ialah kenapa isu ini pula yang menjadi kontroversi sedangkan ia baru cadangan. Kenapa siswa-siswa ini tidak berdemonstrasi apabila UMNO telah pun memberi kuota 10% kemasukan pelajar bukan Melayu ke MRSM dan IKM? Kenapa siswa-siswa ini tidak pula menyuarakan protes mereka apabila Bahasa Melayu dipinggirkan dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam Sains dan Matematik? Dan kenapa pula mereka tidak menganjurkan tunjuk perasaan besar-besaran apabila biasiswa (yang memang termaktub sebagai hak istimewa Bumiputera) ditarik balik dan diganti dengan pinjaman? Semua yang disebut ini adalah jauh lebih penting dan memberi kesan langsung kepada mereka. Antara isu lain yang juga menyentuh diri mereka dan keluarga mereka dengan ketara ialah kenaikan harga minyak yang mendadak oleh kerajaan UMNO/BN. Kenapa semua ini dipekakbadakkan oleh mereka semua? Hairan, hairan, hairan …….


Anak Bapa: Nasihat saya kepada Prof Ibrahim aka “Kangkung” dan juga Naib Cancelor IPTA lain, jika nak berpolitik elok letak jawatan dan bertanding di dalam pilihanraya atas tiket BN. Kalau setakat tunjuk hero dengan siswa dan tv serta akhbar, M. Daud Kilau pun boleh!

Monday, August 11, 2008

Agama Perlu DiHormati


Saya memerhatikan dengan penuh kebimbangan insiden yang berlaku baru-baru ini antara Majlis Peguam dan PEMBELA (gabungan NGO-NGO Islam). Konflik ini timbul apabila Majlis Peguam bercadang menganjurkan majlis forum “Memeluk Islam”, program bertujuan antara lain membincangkan masaalah yang dihadapi oleh kalangan bukan Islam apabila kaum keluarga mereka memeluk Islam dan kesukaran untuk murtad di kalangan orang Islam atau muallaf. Di peringkat awal lagi cadangan penganjuran forum ini telah ditentang oleh pelbagai pihak terutama NGO-NGO Islam dan juga tidak digalakkan oleh pihak keselamatan tetapi Majlis Peguam masih mahu meneruskannya. Tepat sekali tekaan kita apabila berlaku suasana yang tidak diingini pada hari forum tersebut sehingga Majlis Peguam terpaksa menghentikan program tersebut sertamerta.


Kadang-kadang saya naik binggung memikirkan sikap sesetengah “cerdikpandai” kita di dalam memahami sensitiviti masyarakat setempat. Kita sudah hampir 51 tahun merdeka namun masih ramai yang tidak faham apa yang tidak boleh dan apa yang boleh diperkatakan di khalayak ramai. Sudah banyak insiden yang berlaku di masa-masa yang lepas yang boleh kita belajar sebagai pedoman di dalam merangka aktiviti kemasyarakatan, dan aspek berkaitan agama dan bangsa merupakan antara yang perlu difikir dan dikaji dengan serius implikasinya sebelum dianjurkan sebarang program.


Tetapi malangnya Majlis Peguam cuba menafikan hakikat ini dan hasilnya hampir tercetus pergaduhan yang jika tak ditangani dengan betul boleh merebak menjadi persengketaan agama yang lebih buruk. Tak adakah orang-orang Islam yang cerdik di dalam Majlis Peguam yang boleh memberi nasihat berguna kepada kepimpinannya? Betullah kita perlu membenarkan hak menyuarakan pendapat dan pandangan, tetapi jikalau sampai ke tahap membicarakan agama orang lain di kalangan mereka yang tidak arif tentang Islam, lantas menimbulkan fitnah di kalangan yang hadir, adakah boleh dianggap sebagai hak mutlak semua orang? Apa kata jikalau orang Islam pula yang menganjurkan forum awam membincangkan tentang agama Hindu atau Kristian atau apa saja agama tanpa memanggil mereka-mereka yang arif tentang agama berkenaan, adakah kita rela dalam konteks kebebasan bersuara? Adakah apabila Negara Barat menganggap kebebasan bersuara itu mutlak dan anggota masyarakat mempunyai hak sepenuhnya membicarakan apa saja secara terbuka termasuk bab agama, maka kita perlu menuruti segala saranan mereka?


Majlis Peguam perlu menjawab segala persoalan di atas sebelum meneruskan niat mereka menganjurkan sebarang program berkaitan agama dan bangsa di masa-masa akan datang. Saya yakin semua orang sayang kepada agama yang dianuti mereka dan tentu tidak bersedia melihat ia di permain-mainkan. Apatah lagi agama Islam yang telah termaktub di dalam perlembagaan sebagai agama negara kita. Kita mempunyai banyak cara untuk menyelesaikan isu yang timbul berkaitan konflik sesama agama dan melalui penglibatan mereka-mereka yang berkelayakkan di dalam bidang agama sahaja segala permasaalahan dapat diselesaikan. Kita boleh memilih jalan yang baik atau jalan persengketaan di dalam perkara ini dan saya yakin Majlis Peguam tentu mahukan cara yang aman dan damai di dalam menanggani kemelut ini. Dan saya juga yakin umat Islam pun mahukan cara kedamaian kerana ini adalah tuntutan agama mereka di dalam kehidupan bermsyarakat. Masyarakat majmuk bukan perkara baru di dalam Islam malah Islam sentiasa tegak di dalam masyarakat majmuk. Justeru itu penyelesaian tetap ada. Persoalannya, adakah Majlis Peguam mahu menyambutnya?


Anak Bapa: Bukan semua benda boleh diciplak terus dari Barat. Ambik contoh bab kahwin kaum sejenis. Relakah kita melihat perkahwinan kaum sejenis yakni lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita dihalalkan di negara ini semata-mata kerana ia telah mula dihalalkan di sesetengah negara Barat? Cubalah fikir-fikirkan sikit ……..

Monday, August 4, 2008

Kotornya Pemikiran Pimpinan UMNO

Ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) diaibkan oleh Dr. Mahathir 10 tahun yang lalu, ramai anak saya masih kecil lagi, di sekitar umur awal belasan tahun. Ketika itu mereka masih di sekolah rendah dan menengah rendah, baru tengah berjinak-jinak dengan perkataan dan ungkapan baru. Satu-satunya perkataan yang begitu popular ketika itu ialah perkataan LIWAT, perkataan yang diulang sabanhari oleh akhbar, radio dan tv. Saya teringat lagi bagaimana ibubapa ketika itu menghadapi masaalah besar menerangkan makna perkataan ini kepada anak masing-masing. Saya juga tidak terkecuali daripada dilema ini. Apabila ditanya kenapa DSAI dimasukkan ke dalam penjara maka saya jawab kerana beliau lewat (yakni liwat) datang kerja.


Perkataan liwat atau pun sodomi adalah teramat asing di waktu itu. Ini kerana perbuatan itu adalah sesuatu yang amat jijik diungkap dan perbuatan yang dilarang keras oleh Islam. Sebutan perkataan itu saja sudah cukup menimbulkan rasa malu pada si yang bercakap, apatah lagi untuk menjajakan perkataan sial demikian ke merata tempat. Saya masih ingat lagi ketika itu bukan saja perkataan liwat disebut bagai wirid oleh puak-puak UMNO malah ceritanya yang begitu grafik dan amat menjolok mata dan perasaan.



Budaya yang tidak senonoh dan lucah ini yang pelopori oleh Dr. Mahathir dan kuncu-kuncunya ketika itu nampak akan diulangtayang oleh Pak Lah dan kuncu-kuncunya pula sekarang. Mereka sudah mula mengambil langkah awal dengan menjadikan Saiful sebagai kononnya mangsa liwat DSAI. Kertas pertuduhan pun katanya telah siap dan menunggu pendakwaan sahaja. Cuma yang berbeda kali ini ialah fitnah Pak Lah dibuat dalam keadaan UMNO/BN tengah lemah sementara DSAI di dalam keadaan cukup selesa dengan sokongan kuat rakyat. Tambahan pula tuduhan liwat terdahulu, yang dirancang rapi oleh geng Dr. Mahathir, telah ditolak oleh mahkamah dan dengan otomatik menjadikan DSAI mangsa fitnah UMNO. Rakyat mula menyoal adakah DSAI akan difitnah buat kali kedua? Sangkaan rakyat ini mungkin ada kebenarannya kerana DSAI di war-warkan akan berupaya mengambilalih pemerintahan negara pada 16 September kelak. Beliau kini telah pun bersedia untuk masuk parlimen dengan memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh yang telah dikosongkan oleh isterinya tidak lama lagi.



Persoalannya, adakah pimpinan UMNO akan membiarkan DSAI mengambilalih tampuk pemerintahan negara daripada UMNO/BN dengan mudah. Pertaruhannya amat tinggi. Kehilangan kuasa kepada sebahagian besar pimpinan UMNO/ BN bukan saja bermakna kehilangan peluang dan ruang untuk memperkayakan diri dan kroni tetapi yang lebih digusarkan ialah mungkin ramai yang akan terdakwa dan masuk penjara sangat lama! Lantas apakah makna semuanya ini? Adakah kita akan menyaksikan sekali lagi sandiwara kotor seperti yang dimainkan oleh UMNO dan rakan-rakan mereka di PDRM, Pejabat Peguam Negara dan Mahkamah dahulu? Adakah kita akan menyaksikan lagi saksi kaldai seperti Azizan dan Umi Hafilda? Adakah tilam dan cadar akan diusung sekali lagi naik turun ke mahkamah?


Cukuplah rasanya arang yang diconteng ke muka kita oleh Dr. Mahathir dan UMNO dahulu. Demi kuasa mereka sedang merangka untuk mengulangi episod yang amat memalukan ini sekali lagi. Saya menyeru pihak polis, doktor, peguam, hakim dan sesiapa saja supaya terus tabah dan beretika dan jangan sesekali terlibat di dalam perancangan fitnah dan konspirasi UMNO. “Enough is enough!”



Anak Bapa: Jijik sungguh rasanya memikirkan kepala otak pimpinan UMNO ini. Siang malam tak ada lain dok fikir macamana nak kenakan orang lain dengan skandal seks. Memang mereka ini otak kuning kerana budaya mereka pun budaya kuning. Jikalau konspirasi dulu yang dirancang rapi pun menunjukkan bahawa DSAI tak bersalah apatah lagi konspirasi terbaru yang dibuat sekadar melepas batuk ditangga? Tu pun ada hati orang-orang tertentu nak kongsi kuasa dengan UMNO!

Sunday, July 27, 2008

Siapa yang Guris Hati Siapa?

Nampaknya isu panas berkaitan muzakarah atau muqabalah antara PAS dan UMNO masih tak kunjung reda. Saban hari kita mendengar komen dari pelbagai pihak berhubung impak dan kesan daripada tindak-tanduk PAS ini.

Saya secara terus terang memang terguris hati akibat daripada tindakan beberapa kerat orang-orang PAS yang sanggup membelakangkan rakan-rakan yang bukan saja sama-sama berjuang tetapi sanggup melupakan segala prejudis dan prasangka bagi mengundi PAS dan seterusnya menjamin kemenangan besar di dalam PRU 12 lalu. Hati ini terubat sikit kerana saranan dan kenyataan tegas Tok Guru Murshidul Am berhubung dengan cara sepatutnya kita melayani UMNO.

Saya tak mempertikai usaha untuk berbincang atau bermuzakarah atau apa saja dengan UMNO. Tetapi apa yang saya kesalkan ialah cara kita mengendalikannya yang membuatkan ramai orang terguris hati. Jikalau kita menang di dalam pilihanraya bersendirian maka tak kisahlah apa nak buat sekali pun kerana kita tak “owe anybody anything”. Bayangkan perasaan rakan-rakan kita di kalangan Kelab Penyokong India dan Cina yang bertungkus lumus membantu YB Dr. Mariah di Kota Raja (dan banyak lagi kawasan-kawasan lain yang sewaktu dengannya) supaya mencapai kemenangan besar sedangkan panas kemenangan pun tak habis lagi tiba-tiba dihadiahkan dengan piala perpaduan Melayu ala-UMNO. Ada dari kalangan kita yang menafikan hal ini dan menambah bahawa ia juga berkait dengan perpaduan Islam. Saya ingin tanya golongan ini adakah bagi kaum India dan Cina yang telah terlalu lama diprasangkakan oleh jentera penerangan UMNO/BN tahu membedakan antara perpaduan Melayu dan perpaduan Islam? Mungkin saya menambah-nambah sikit senario ini tetapi itulah hakikatnya apa yang dirasai oleh mereka. Bagi kaum bukan Melayu yang menyokong PR di dalam pilihanraya lepas, apa saja perkara berkaitan dengan UMNO adalah berbentuk Melayu menindas. Ini kerana inilah apa yang dilakukan oleh UMNO sejak dulu lagi terhadap mereka. Justeru itu, apa saja usaha PAS yang berkait dengan UMNO cara gelap atau terang, walau diberi alasan apa sekalipun, tetap akan meninggalkan bekas pada sanubari mereka.

Apa yang saya musykil ialah apa yang gelojoh sangat nak jumpa puak-puak UMNO ni. Saya boleh terima hujah YB Khalid bagi pertemuan yang pertama. Tetapi bila diulang selama 3 kali, di peringkat tertinggi pulak tu, ini mesti serius punya hal beb! Saya tak tahu samada ini agak terlewat atau tidak tetapi ingin meminta pimpinan (mungkin dalam Muktamar bulan depan) supaya mempertimbangkan membuat ketetapan bahawa apa saja perkara berkaitan pertemuan PAS - UMNO di masa-masa akan datang perlu mendapat mandat ahli di dalam Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) terlebih dahulu. Ada orang kata berilah ruang sikit kepada pimpinan membuat keputusan. Maaf, mereka gagal memahami perasaan dan aspirasi majoriti ahli apabila mereka membuat keputusan menemui UMNO berulangkali. Dalam bab lain saya tak kisah (asal dihalalkan) tetapi bab pertemuan dengan UMNO ini di dalam keadaan yang ada sekarang hanya mengundang bala dan bencana.

Saya juga nak minta pimpinan supaya perhati orang sekeliling mereka dan kenalpasti siapa orang-orang ni. Sesetengah tu bukan ada jawatan (yakni mandat daripada ahli) dalam parti tetapi kerja cukup hebat jadi pelobi dan “runner”. Mereka ni kerja siang malam nak punahranahkan PAS. Silap-silap ejen UMNO menyamar PAS pun ada di sekeliling pimpinan atasan kita. Dan yang saya tak faham lagi ialah apabila pimpinan kita kena serang oleh rakan-rakan lain dari PR kerana tindakan tak cerdik ni dia orang jadi marah. Sapa yang mula buat kerja tak senonoh. Saya akui tak elok kita memburuk-burukkan pimpinan atau sesiapa saja. Tetapi kan kita yang mulakan. Saya ingat satu hadis di mana Rasulullah saw melarang kita menghina agama orang lain kerana takut mereka akan menghina agama kita pula. Jadi kita sudah buat kerja yang membelakangkan prinsip setiakawan, jadi terpaksa terimalah “fallout”nya.

Kesimpulannya bagi saya dan ramai di kalangan ahli akar umbi, cerita UMNO ini adalah “bad news”. Ramai dari kalangan ahli kita dan rakan-rakan kita di dalam PR telah terguris hati akibat perbuatan kita. Bukan senang nak sembuh luka ini dan kalau tak jaga betul-betul luka ini boleh menanah dan membawa maut. Fikir-fikirkan ……….

Anak Bapa: Saya cadang pimpinan kita berhentilah memberi alasan kenapa perlu adakan pertemuan dengan UMNO. Lagi banyak bercakap lagi teruk kena serang. Sebagai contoh kita hadir muzakarah sebab UMNO jemput kita ……. Takkan sampai 3 kali???? Aduh ….. letih…….

Friday, July 18, 2008

Cerita Hindustan Pun Kalah!

Mula-mula Raja Petra (RPK) keluarkan akuan bersumpah bahawa isteri Najib ada bersama Altantunya ketika ia diletupkan. Kehadirannya juga bersama pakar peledak C4 Leftenan Kolonel Aziz Buyong dan isterinya Norhayati Hassan. Terkedu Najib dan Rosmah dua tiga hari menatap akuan bersumpah ini dan selepas hilang terkejut cepat-cepat menafikan akuan bersumpah ini. Apabila wartawan tanya kenapa tak saman RPK, jawabnya tak perlu kerana Allah lebih tahu dan kebenaran akan menang juga akhirnya …. bla bla bla…….

Selang beberapa hari kemudian (macam dijanji-janji) Bala, penyiasat persendirian Razak Baginda pula keluarkan akuan bersumpah mengaitkan Najib dengan Altantunya. Kita perhatikan (juga laporan daripada saudara maranya bahawa Bala menyediakan akuan bersumpah ini secara sukarela) keceriaan Bala apabila memdedahkan akuan bersumpah ini bersama Anwar di hadapan wartawan-wartawan. Tiba-tiba, tak sampai 24 jam kemudian si Bala ni tarik balik kandungan akuan bersumpah (dalam keadaan sugul) yang berkaitan dengan Najib saja dan mengekalkan teks yang lain. Pelik bin ajaib kerana perkataan lain yang tinggal di dalam akuan bersumpahnya sebiji macam akuan bersumpah asal. Dah pula begitu, kawan kita dengan keluarganya sekali hilang lesap entah ke mana hingga hari ini!

Tak lama kemudian kedengaran cerita laporan polis kakitangan petugas pejabat Anwar (dan juga kawan baik dengan orang kanan Najib, Azlina, Shahril dan lain-lain lagi di dalam UMNO) mengadu telah diliwat Anwar. Anak muda di sekitar umur 20an boleh membiarkan dirinya diliwat oleh oleh orang tua umur 60an, biar betul sikit ……. Anwar pun terpaksa adakan majlis penerangan tergempar di Stadium Malawati. Alahai punya ramai orang walaupun maklumannya diterima lewat. Kita dok baca cerita ni nak jadi macam tahun 98 dulu. Sekarang ni lagi kritikal pasal UMNO tengah lemah dan kapalnya dah nak karam. Bila habis saja majlis malam tu kita dimaklumkan bahawa Anwar nak ditangkap jadi semua perlu berkampung di Hotel Quality (tempat berlangsungnya mesyuarat pimpinan PKR).

Dalam dok kelam kabut tu, tiba-tiba esok Anwar katanya pi berlindung di Kedutaan Turki. Ini kerana pihak PKR ada menerima maklumat yang boleh dipercayai bahawa nyawanya di dalam bahaya. Sapa agaknya yang rasa bahaya dengan tindak-tinduk Anwar? Kau orang pikiaqlah sendiri!

Sehari lepas tu Anwar pun keluar selepas pak-pak menteri pi yakinkan dia bahawa keselamatannya terjamin. Saya dok baca episod demi episod cerita ala-Hindustan ni dan berpandangan bahawa macam ada 2 puak dalam UMNO atau mereka-mereka yang berkuasa. Satu puak nak hancurkan Anwar dengan apa cara sekali pun (termasuk membunuh?) dan satu lagi bersedia berlawan setakat kekuatan politik saja untuk menyekat Anwar.

Tak lama kemudian keluar pula waran menyuruh Anwar menyerah diri di balai polis untuk diambil keterangan berhubung kes liwat tadi. Kebetulan malam berikutnya ada debat secara langsung dengan Menteri Penerangan baru berhubung isu minyak. Anwar tentu berpandangan bahawa jika ia ke balai polis terlebih dahulu besar kemungkinan ia akan ditahan reman (atau mungkin ISA dengan kali ini 2 biji matanya lebam?) dan dengan itu akan terlepas peluang 1 jam langsung bersama rakyat.
Maka Anwar pun tangguhkan sehari pertemuannya dengan BPR dan pihak polis demi untuk menyampaikan amanatnya kepada rakyat Malaysia. Nak kata apa lagi, dia punya pulun dan “pukul” Shabary Cheek betul-betul sampai berbuih mulut-mulut (tanda-tanda sakit kuku dan mulut). Di dalam suasana keheroannya itulah maka polis bodoh ni pi pula ambush Anwar tengan jalan, siap bertopeng lagi, tangkap dan bawa ke hospital, telanjangkan Anwar kononnya nak sukat itu ini dan ambil sampel DNA. Sampel DNA yang hampa ambik dulu hampa buat apa? Wahai polis-polis cerdik! Tahu tak DNA manusia ni unik, kalau dah dapat satu yang tulah dia punya sampai mati, takkan berubah lagi!

Kerana tak tahan tekanan maka puak UMNO yang lagi satu itu pun bangun membetulkan keadaan dengan membebaskan Anwar dengan jaminan hari ini. Dan begitu juga RPK …… Baca dengan teliti, lepas tu pikiaq sendiri ………..

Anak Bapa: Habis menangis pengarah-pengarah filem Hindustan menatap skrip cerita Melayu buatan UMNO ni pasal jalan ceritanya jauh lagi canggih daripada cerita dia orang. Ini baru separuh jalan, belum habis lagi …..

Saturday, July 12, 2008

Salah Besarkah Kita Apabila Bermuafakat Di Dalam Pakatan Rakyat?

Pelbagai tafsiran, analisa, kupasan, andaian dan kesimpulan telah dibuat oleh pelbagai pihak berhubung wawancara Tuan Guru Abdul Hadi Awang di dalam keluaran Harakah terbaru bertajuk “ Memantapkan Kedudukan PAS Dalam Pakatan Rakyat”. Ada yang kata Tuan Guru beri mesej supaya kita berhati-hati menjaga parti di kala sibuk berpakat dengan pihak-pihak lain; ada pula yang berpendapat Tuan Guru suruh kita lebih bertegas dengan rakan-rakan lain di dalam PR berkaitan isu agama dan peranan PAS; juga tak kurang yang menyatakan kesungguhan Tuan Guru di dalam usaha mengukuhkan PR; malah ada juga yang berpandangan bahawa mesej Tuan Guru ialah supaya kita bersedia untuk keluar daripada PR jika mereka masih merendah-rendahkan kita.

Saya tak tahu apa tafsiran teman-teman semua apabila menatap wawancara yang dimaksudkan. Tajuknya pun bagi saya dah cukup jelas kecualilah kalau ada “mufasirin-mufasirin” yang memiliki ilmu ghaib yang amat hebat dapat menangkap ayat-ayat mutasyabihaat di dalam wawancara tersebut. Biar saya lontarkan satu senario di sini. Katakanlah selepas beberapa kerat yang termakan umpan UMNO ini berjaya meyakinkan pimpinan PAS bahawa strategi bergabung dengan UMNO adalah jauh lebih menguntungkan PAS (?) dan Islam (?) daripada kekal di dalam PR. Sekurang-kurangnya UMNO dah berjanji nak beri kita Terengganu dan PAS boleh laksanakan hukum hudud di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Dan mungkin juga beberapa jawatan menteri pusat turut diserahkan kepada PAS. Duduk di dalam PR buat apa, nanti bila Anwar bawa masuk orang-orang bukan Islam dari Sabah dan Sarawak, peranan PAS akan lebih mengecil di dalam PR dan kemungkinan besar akan dipinggirkan. Justeru itu sudah tentu lebih baik kita bekerjasama dengan UMNO sekarang sebelum golongan “bukan Islam” menguasai negara. Bunyinya amat menarik sekali, begitu menggiurkan, malah boleh menawan hati sebahagian rakan-rakan kita yang tak menang pilihanraya baru-baru ini.

Tetapi ada satu perkara yang mereka ini lupa, iaitu erti semangat kerjasama dan kepercayaan rakyat. Kita bersetuju berpakat di atas nilai-nilai kemanusiaan sejagat (yang sememangnya selaras dengan Islam) seperti keadilan, ketelusan, bersih dan berkebajikan. Dan semua ini dikongsi bersama oleh rakan-rakan kita di dalam PR. Kita masuk di dalam pilihanraya berasaskan janji-janji ini dan rakyat dari pelbagai latarbelakang bersedia melupakan perbedaan mereka demi untuk perubahan, perubahan daripada cengkaman politik rimba UMNO BN selama 50 tahun. Dan dengan perubahan ini Kedah berjaya dibolot oleh PAS. Tetapi apabila dah menang ada pula di kalangan kita yang cuba nak punahranahkan permuafakatan ini atas alasan yang remeh temeh. Sapa kata mudah untuk kita mengadakan hubungan dengan orang lain, tambahan pula berbeda ideologi dan kepercayaan. Tentu susah. Tetapi itu tidak bermakna mudah pula kita menjalin hubungan dengan UMNO walaupun mereka ini sama agama dan bangsa dengan kita. Sejarah telah membuktikan bagaimana UMNO ini bukan satu puak yang boleh dipercayai bukan saja oleh orang luar malah sesama mereka pun! Ingat kisah Anwar dan Ku Li dahulu.

Jadi apabila kita sengaja mencari jalan untuk memecahbelahkan PR, dan jika ianya berhasil maka rakyat (termasuk sebahagian ahli PAS) akan menganggap PAS sebagai tidak amanah dan tidak setia kepada kehendak rakyat. Tambah siksa kita lagi jika kita keluar PR untuk kerjasama pula dengan UMNO. Mungkin kita akan selesa setahun dua dengan janji-janji manis UMNO. Tetapi apabila PAS tidak diperlukan lagi kita akan dihumban keluar dengan hina. Pada masa itu sapa yang akan menyambut kita?

Saya tak dapat bayangkan senario ini berlaku di waktu hayat saya masih ada. Tentu ia satu malapetaka yang besar jika terjadi perpecahan sesama kita. Betullah ada perkara yang tak berapa cantik di dalam PR. Itu tidak dapat kita nafikan dan sememangnya menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk PKR dan DAP untuk sama-sama bermuafakat. Sebab itu kita panggil pakatan rakyat. Apa-apa perkara yang menjadi masaalah perlu kita selesaikan secara baik dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara di hadapan. PKR dan DAP perlu hormat kepada prinsip perjuangan PAS dan begitu juga kita perlu menghormati rakan-rakan kita di dalam PR. Jika berlaku insiden-insiden yang kurang elok (seperti peristiwa di Stadium MBPJ Kelana Jaya) kita bawa berbincang untuk menyelesaikannya dan kita cari jalan terbaik mengatasinya. Bukankah selama ini pun kita sentiasa berbincang, baik mengenai kerusi yang nak ditandingi, pembahagian EXCO, ahli majlis, ketua kampong, JKKK dan lain-lain lagi. Perlukah kita berhenti berbincang sedangkan hubungan kita ini masih terlalu baharu, cuma lebih sikit 4 bulan. Orang berkahwin pun masih tak dapat sesuaikan diri di dalam masa 4 bulan, inikan pula 3 parti yang berlainan ideologi! BN yang telah lama bergabung tu pun tak terlepas daripada menghadapi masaalah sesama parti komponen mereka. Dan apa jaminan jika kita bergabung dengan UMNO kita tidak akan hadapi masaalah?

Saya tidak menyatakan kita perlu mengorbankan prinsip perjuangan kita demi nak memuaskan hati rakan-rakan di dalam PR. Mereka pun telah masak dengan fahaman dan pegangan kita. Bayangkan kalau kita mendapat majoriti di Perak tiba-tiba jawatan MB perlu diberi kepada orang lain. Saya yakin orang PAS akan merusuh jika keadaan ini berlaku. Tetapi orang-orang DAP masih boleh berkompromi dan sanggup berkorban untuk PR. Malah di Selangor dengan kedudukan menumpang, kita masih mendapat ruang yang cukup baik di dalam pembahagian kuasa. Dan dengan ruang yang ada ini kita telah mula mendapat manfaat di dalam kerja-kerja Islam dan dakwah kita. Cuma apa yang perlu ialah komitmen yang lebih daripada ahli dan aktivis untuk mempertingkatkan lagi jati diri dan pengaruh PAS di kalangan masyarakat. Saya yakin jika kita tingkatkan lagi usaha menggunakan ruang-ruang yang ada, peluang melonjakkan PAS dan PR nampak amat cerah sekali.

Anak Bapa: Cakap-cakap Tuan Guru itu dan diperkuatkan oleh kenyataan Tok Guru Nik Aziz sebelum ini meyakinkan saya bahawa pimpinan kita mampu menjaga PAS dan PR demi kemaslahatan umat Islam dan Melayu di negara ini. Kepada yang dua tiga kerat yang minat sangat dengan UMNO tu boleh pi isi borang dan ikut jejak langkah Ezam. Pimpinan suruh pi ajak orang-orang UMNO masuk PAS dan PR, yang dia orang pi ajak orang PAS join UMNO tu buat apa?

Friday, July 4, 2008

Apa Dah jadi Dengan Kita?

Tak tahu nak gambarkan perasaan saya sehari dua ni. Resah gelisah dan gundah gulana tak tentu pasal. Sejak akuan berkanun dikeluarkan oleh Raja Petra (RPK) tempohari yang mendedahkan kehadiran Rosmah isteri Najib ketika Altantunya diletupkan, dan diikuti dakwaan liwat (sekali lagi) ke atas Anwar dan seterusnya ancaman ke atas nyawa beliau sehingga terpaksa berlindung di Kedutaan Turki, saya sesak nafas mengikuti detik-detik peristiwa ala cerita Hindustan ini.

Di saat baru nak faham apa yang berlaku, tup-tup kita “diletupkan” pula oleh akuan berkanun (SD) terbaru oleh penyiasat persendirian Razak Baginda, Encik Bala. SD sepanjang 16 muka itu menceritakan secara terperinci kronologi pembunuhan Altantunya sejak beliau sampai di Malaysia sehingga pendakwaan Razak Baginda dan 2 orang anggota polis di dalam pembunuhan tersebut. Antara kandungan sensasi SD tersebut ialah bagaimana Najib menceritakan kepada Razak Baginda (orang kanan Najib) tentang hubungan seks beliau dengan Altantunya, bagaimana Altantunya meminta wang USD500 ribu sebagai komisyen pembelian kapalselam Scopene, perkahwinan Altantunya dengan Razak Baginda dan juga jaminan Najib kepada Razak bahawa semua akan dibereskan oleh Ketua Polis Negara, Musa Hassan di kala beliau diambang penangkapan dan Razak tak perlu risau.

Saya terpaksa urut dada ketika meneliti SD tersebut. Semua ada di dalamnya, rasuah, seks, penipuan, penyelewengan dan juga pembunuhan. Cerita Hollywood pun tak boleh lawan “filem” lakonan rakyat Malaysia dan diarahkan oleh rakyat Malaysia juga. Apa yang lebih mengiurkan lagi ialah pelakon dan pengarahnya adalah orang-orang yang sekulit dan seagama (kononnya) dengan ku. Dia orang ni tak mengaji agama ke atau dah memang tak ada agama? Malah ada di kalangan mereka ini yang merupakan anak seorang tok guru Al-Qur’an yang terkenal! Astaghfirullah …….. Nak sedap lagi cerita, orang yang jadi hero pula ialah seorang India yang bukan Islam. Ni macam kisah seorang Ketua Menteri dulu yang rogol budak perempuan bawah umur, kedua-duanya Melayu Islam. Orang yang mempertahankan budak Melayu ini ialah seorang Cina bukan Islam dan terpaksa merengok di dalam penjara kerananya. Malu, aib dan haiwan betul puak-puak ini.

Jikalau dikumpul semua cerita dan bukti yang ada, kita tak perlu pergi jauh untuk mengaitkan pembunuhan Altantunya dengan orang-orang di atas sana. Persoalannya adakah rakyat Malaysia memiliki cukup kekuatan moral (agamalah tu!) untuk memastikan puak-puak yang bersalah ini dihukum dengan seadil-adilnya. Kegagalan kita bermakna zaman kegelapan yang akan terus menyelubungi Malaysia untuk jangkamasa yang amat panjang. Sementara itu kita semua akan terus tersiksa dan sengsara …….

Anak Bapa: Dalam dok sibuk cerita yang amat memalukan ini, Si Rahman Palil perasuah ini cuba nak alih perhatian rakyat dengan membuat aduan kepada Sultan Selangor berhubung kononnya penyalahgunaan masjid oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Oi anak si Palil, kekotoran awak tu terlalu banyak masa jadi EXCO agama dulu. Berapa banyak masjid yang awak rampas dan awak punahranahkan? Jangan nak tunjuk herolah! Masa awak dan UMNO dah sampai ke penghujung. Sediakan kain kapan dan keranda untuk UMNO lagi baik.

Wednesday, June 25, 2008

Kalau Betul-Betul Tak Bersalah Segeralah Saman!

Saya ingat dah berulangkali cerita mengenai kaitan antara Najib (dan isterinya) dengan pembunuhan Altantunya dibangkitkan oleh pelbagai pihak terutama Raja Petra Kamaruddin (RPK) di dada akhbar dan blog. Tetapi acapkali ia timbul, pertama kita dapati begitu lambat respon daripada si empunya badan. Selang beberapa hari Najib akan terhegeh-hegeh keluar dari tempat persembunyiannya lantas menafikan segala apa yang di”fitnahkan” kepada dirinya dan isteri. Fenomena ini berulang lagi beberapa hari yang lepas apabila RPK menyiarkan akuan berkanunnya tentang penglibatan 3 individu termasuk Rosmah isteri Najib di dalam kes pembunuhan Altantunya.

Saya tak berhajat nak bercerita panjang lebar tentang kandungan akuan berkanun tersebut. Kalau anda berminat sila layari
www.malaysia-today.net untuk menatapi sepenuhnya cerita yang berkaitan. Apa yang jelas ialah RPK telah mendedahkan bagaimana ketiga-tiga orang ini bersama-sama menyaksikan bagaimana peledak C4 dipasang di seluruh badan Altantunya dan kemudian diletupkan. Seterusnnya beliau mendakwa Pak Lah dan seorang raja (sultan?) telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Saya tak tahu nak panggil anak bapa ke atau anak jantan kepada RPK. Masakan beliau suka-suka buat kenyataan bersumpah ini dan menghadapi risiko yang amat tinggi? Bukankah sebelum ini RPK pernah membuat kenyataan yang hampir sama berat sehingga beliau ditahan reman untuk siasatan? Jadi tentulah beliau memiliki keberanian yang amat hebat atau kebodohan yang tiada taranya dengan mengeluarkan akuan bersumpah ini, bergantung kepada tahap kebenaran ceritanya.

Saya amat bimbang dengan akaun bersumpah ini kerana ia melibatkan isteri orang yang nombor 2 paling tinggi dalam negara. Dan jika benar apa dakwaan RPK maka Pak Lah dan raja berkenaan pun perlu disiasat dan mungkin juga diambil tindakan kerana menyembunyikan bukti. Selepas beberapa hari baru pihak polis memanggil Rosmah. Bagaimana dengan yang lain-lain? Apa kata kalau benar apa yang didakwa oleh RPK? Apa pula kesannya kepada keadaan politik negara di saat Pak Lah begitu lemah sekali?

Setelah melihat gambaran besar daripada kejadian ini dan mengambil kira kronologi kejadian menyayat hati ini, saya berpandangan mahkamah perlu melihat semula saksi-saksi kes setakat ini dan demi keadilan perlu memanggil mereka yang didakwa di dalam akuan berkanun Raja Petra. Jika ada cubaan untuk pejam mata sebelah di dalam kes ini saya bimbang ia akan memakan diri kita semua kelak. Dan bagi Najib dan Rosmah, tuduhan ini amat amat berat dan hanya ada satu jalan saja untuk membersihkan diri iaitu dengan menyaman malu RPK. Jika kau orang berdua tak buat maka mahkamah rakyat akan memutuskan kamu berdua …………….

Anak Bapa: Saya pun pelik bila orang tuduh dengan tuduhan yang amat berat kita masih dok relaks lagi. Orang kata kita terlibat di dalam pembunuhan kejam. Bukan kita saja yang malu malah seluruh keluarga dan orang kat kampong pun turut malu. Saya tak percaya mereka tak ada duit nak bawa kes ke mahkamah. Dan juga saya yakin mereka cukup tertekan dengan tuduhan ini (sehingga Rosmah cukup berang). Tapi pelik bin ajaib, masih tak mahu saman. Kalau sayalah, jangan kata bunuh orang, orang tuduh saya bunuh kucing pun saya akan saman sampai tinggal seluar dalam. Hairan ….. hairan. Ada apa-apa ke?????

Thursday, June 19, 2008

Macam-Macam Ada ...........

Sabanhari kita berdepan dengan pelbagai isu yang mencabar keintelektualan dan daya kesabaran diri. Malah adakalanya cabaran yang dilontarkan amat besar sehingga meminta daya ketahanan iman yang tinggi. Tengok saja isu persembahan nyanyian oleh Ella dan Mas Idayu di Kejohanan Bolasepak Piala Sultan Selangor yang akan diadakan tidak lama lagi. Apa kaitan bolasepak dengan persembahan mengarut puak-puak ni! Ni macam cerita iklan jual kereta tetapi dipaparkan lebih banyak adegan perempuan separa bogel daripada gambar kereta.

Ada yang berkata apa salahnya berhibur sedikit sebelum pertandingan bolasepak bagi mententeramkan hati yang gundah gulana kerana isu kenaikan minyak dan harga barang. Soalan saya, lepas habis persembahan tu adakah telah terubat gundah gulana tu? Kadangkala kita ni terlalu terikut-ikut dengan cara orang yang tak beriman mencari ketenteraman jiwa sebab tu penyakit kita dengan mereka lebihkurang sama. Hidup sebagai seorang muslim mukmin tu mestilah “dipakej” dengan lengkap sempurna termasuk cara-cara nak menghiburkan hati. Ni tak, nak minta doa dan berkahwin cara Islam tetapi nak berseronok-seronok ikut nafsu serakah. Ella apabila ditanya oleh para wartawan tentang kaitan isu gejala sosial di kalangan remaja dan persembahannya, berkata bahawa remaja sekarang sudah cerdik dan dapat membedakan antara yang baik dan yang buruk. Cerdik tengkorak apa bila setiap hari mereka yang jenis ni dok buang anak merata, bohjan bohsia tanpa penghujung, merempit siang malam, Al-qur’an dan masjid ditinggal jauh. Dan si Ella ni dengar khabarnya diminati oleh geng-geng Black Metal. Apa betui ke?

Saya ada meneliti buku panduan yang dikeluarkan JAKIM berhubung isu hiburan di dalam Islam. Cukup cantik kupasannya. Saya cadang kita semua pi ambik kat pusat Islam sorang satu lepas tu baca dan amal. InsyAllah bab-bab ni tak timbul lagi selepas ini. Pemuda PAS dan sapa pun yang mengaku Islam berhak untuk membuat teguran, bukan atas dasar benci tetapi kasih sayang kerana ini satu amanah. Jadi saya harap teguran ini dilihat di dalam konteks yang betul supaya tak ada puak yang akan mengambil kesempatan kelak.

Bab isu minyak naik harga ni pun tak kunjung reda. Semakin hari semakin terhimpit rakyat. Pemimpin UMNO/BN ni aku ingat tak ada hati perut betul. Rakyat gaji tak bertambah, kos meningkat jadi apa lagi helah mereka untuk terus hidup. Saya bimbang isu ini akan memusnahkan institusi kekeluargaan dan masyarakat kerana kehimpitan hidup. Anwar Ibrahim, kalau dah ada jalan nak ambil alih kerajaan persekutuan, silakan cepat sebelum kita semua punah ranah. Tambah bila dengar penerangan Pak Lah dan menteri-menteri tunggulnya, bertambah yakin saya saat-saat kehancuran kita makin dekat.

Anak Bapa: Pemuda PAS tak protes jikalau Alleycats membuat persembahan kerana kita dimaklumkan bahawa selain daripada Mas dan Ella, Alleycats juga dijemput. Ini menunjukkan bahawa PAS tidak menentang hiburan cuma ikon-ikon tertentu yang dikaitkan dengan budaya liar. Perkara ini tak siapa yang sentuh ……..aneh?

Saturday, June 14, 2008

BN Naik Minyak Naik, BN Turun Minyak TurunLAH

Klip video Demonstrasi Membantah Kenaikan Harga Minyak hari Jumaat 13 Jun 2008 dari Masjid Kampung Baru ke Sogo. Lihat dan nikmati .......





Thursday, June 5, 2008

PR Tolong Rakyat BN Rompak Rakyat

Tak dapat digambarkan rasa marah dan kecewa aku kepada “kera”jaan BN Pak Lah di atas keputusan tidak bertanggungjawab menaikkan harga minyak dan tarif elektrik hingga ke paras yang sangat “merbahaya”. Tak pernah aku lihat di dalam sejarah, kerajaan yang begitu tidak bermoral dan beretika di dalam menanggani masaalah rakyat dengan menambahbeban lagi kehidupan yang telah pun amat sengsara di kala negara mendapat untung besar daripada hasil jualan minyak. Apakah segala hasil mahsul negara ini hanya untuk ditelan oleh anak pinak mereka semata sedangkan rakyat terbanyak dipaksa terus menerus menderita beban kenaikan kos kehidupan? Bayangkan dengan kenaikan harga minyak dan elektrik yang sebegini dahsyat, apa akan berlaku dengan harga barangan keperluan lain? Takkan nak “ubah cara hidup lagi !!!!”.

Pak Lah sekali lagi mengesahkan bahawa ia tidak layak lagi menjadi PM Malaysia. Pak Lah adalah seorang manusia yang bertopengkan binatang, yang kejam kepada rakyat. Ia sebenarnya tidak pernah memikirkan kemaslahatan dan kebajikan rakyat. Apa yang ditunjukkan muka sardinnya selama ini hanyalah sandiwara bertujuan mengabui mata rakyat. Jikalau betul Pak Lah prihatin kepada rakyat, masakan setiap kali berhadapan dengan masaalah ekonomi ia akan merompak duit rakyat? Dan saya minta si katak Ezam tolong pi selesaikan isu besar yang melanda rakyat ini jika benar kamu seorang wira rakyat marhaen. Padan muka si Ezam kerana Pak Lah tunggu dia masuk UMNO baru dinaikkan harga minyak dan elektrik.

Mungkinkah apa yang dibuat oleh Pak Lah ini memang bertujuan untuk meresahkan rakyat? Apabila rakyat dah marah, maka ramai yang akan memberontak dan ia mempunyai alasan kukuh untuk melaksanakan agenda “jahat anti demokrasinya”. Bukankan nyawa Pak Lah umpama telur di hujung tanduk aje sekarang? Pak Lah mungkin berpandangan bahawa ia tidak dapat bertahan lama dalam keadaan yang ada pada hari ini, yang mana ia diasak dari semua penjuru di dalam dan di luar parti. Pada pandangan saya kita semua perlu berhati-hati. Jangan bagi ruang kepada puak-puak h***mj***h ini mengambil kesempatan menangguk ikan di air keruh. Mari bersama-sama kita hadapi krisis ini dengan tenang dan berhikmah kerana nyawa BN dah tinggal nyawa-nyawa ikan aje lagi!

Anak Bapa: Di kala Kerajaan PR Selangor akan mula melaksanakan air percuma 20 meter padu kepada setiap penduduk Selangor bulan ini, BN pula sibuk merompak duit rakyat. Ini perbedaan ketara antara Kerajaan Rakyat dan Kerajaan Barang Naik (BN). Saya pinta semua kerajaan negeri PR supaya membanyakkan lagi program kebajikan kepada rakyat. Biar rakyat kenal yang mana satu intan dan yang mana satu kaca ………..

Friday, May 30, 2008

Biar Ezam Terjun Dengan Kotak-Kotaknya .........



Apalah lagi nak dikata. Panglima “Sumpah Rakyat Sumpah Keramat” akhirnya terkena laknat ke atas batang hidung sendiri. Segala tohmahan, maki hamun, kata nista, sumpah seranah dan serangan yang ditujukan kepada UMNO, yang bertebaran di seluruh pelusuk bumi Malaysia bertahun-tahun lamanya terpaksa dijilat dan ditelan oleh Ezam apabila ia mengemis masuk UMNO beberapa hari lepas.

Gerangan apakah yang menyebabkan Ezam tergamak untuk terjun kembali ke lubuk najis UMNO, yang kita lihat semakin hari semakin semerbak baunya. Mungkinkah ia mendapati najis-najis yang ada pada UMNO sudah bertukar menjadi halwa maskat yang cepat dimasak sedap dimakan? Atau mungkinkah najis-najis UMNO telah habis dibawa keluar oleh Tun Mahathir, yang menyebabkan UMNO kini menjadi putih bersih harum semerbak, sesuai untuk menjadi taman persemayaman Ezam? Lupakah ia bagaimana UMNO memperlakukannya ketika kemuncak reformasi dahulu, dipenjara dan diISAkan? Tidak ingatkah beliau penderitaan ibu dan isterinya ke hulu ke hilir menagih simpati masyarakat dan bagaimana pimpinan dan ahli Barisan Alternatif bersusah payah membantu mereka? Adakah Ezam lupa dasar perjuangan beliau yang menentang segala bentuk rasuah dan kini masuk ke lubuk bapa rasuah?

Khabarnya Ezam ingin menjelajah ke seluruh Malaysia untuk memberi penerangan kenapa beliau pilih untuk masuk UMNO. Kami minta maaf Ezam. Apa alasan pun engkau berikan ia sia-sia belaka. UMNO tetap UMNO. Anwar Ibrahim yang hebat pun tak boleh buat apa-apa tentang UMNO, inikan pula awak si Anwar klon! Percayalah cakap saya, wahai Ezam. Engkau akan merana di dalam UMNO dan kerana meninggalkan perjuangan yang benar dan berprinsip. Lihat mereka-mereka yang meninggalkan perjuangan yang benar dan melutut di gantang UMNO. Sampai hari ini mereka tak hebat tara mana, hina adaaaaaa. Terjunlah Ezam dengan kotak-kotaknya ………

Anak Bapa: Saya kenal baik si Ezam ni. Saya macam tak percaya ia akan masuk UMNO. Saya lebih percaya Azmin masuk UMNO. Tetapi inilah padahnya apabila niat perjuangan tu tak ikhlas. Akhirnya terserlah juga niat sebenar …….. Apa nak buat berkotak-kotak tuduhan rasuah pimpinan UMNO tuuuuuuuu!

Saturday, May 24, 2008

Kes Bodoh Sombong

Entah apa jenis tempe yang dimakan Khir Toyo menyebabkan ia makin popular walaupun sudah kalah di dalam pilihanraya umum yang lepas. Kini Ketua Pembangkang di Selangor ini sabankali keluar di dada-dada akhbar arus perdana dengan pelbagai macam komen dan ulasan. Jangan tanya saya samada cakap-cakapnya itu relevan atau penuh dengan kemerapuan, yang penting ia terus menghantui berita setiap hari.

Komen Khir Toyo yang terakhir ini sekali lagi menunjukkan betapa gelabahnya UMNO dan bodoh sombongnya mereka. Di dalam sidang DUN yang sedang berlangsung kini, telah timbul cerita bahawa Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat (Balkis) yang telah membelanjakan RM158,000 untuk membeli pakaian sukan dan RM121,000 untuk membeli baju batik untuk kegunaan mereka. Sebelum itu timbul juga cerita di dalam DUN bagaimana wakil-wakil rakyat UMNO telah habis membelanjakan duit peruntukan bagi DUN-DUN (RM500,000 setiap DUN setahun) dalam masa 2 bulan sebelum pilihanraya umum lepas. Ini bermakna RM26.6 juta telah dibelanjakan dalam masa 2 bulan termasuk RM600,000 yang diperuntukan kepada Speaker DUN, seorang anli Dewan yang bukan ADUN. Sepatutnya duit ini digunakan oleh ADUN untuk program bersama rakyat selama 1 tahun. Tetapi lihatlah bagaimana keburukkan dan keangkuhan UMNO yang dipuja dan dijulang oleh orang-orang Melayu sejak sekian lama. Saya yakin jikalau diaudit duit ini betul-betul, tak berapa sen yang pergi ke rakyat, yang lainnya ghaib dimakan hantu jembalang.

Namun dengan pendedahan di atas, dan saya yakin banyak lagi yang akan terbongkar, Khir Toyo tetap dengan kesombongannya. Dia bukan saja tidak menyesal di atas apa yang berlaku, malah siap memberi nasihat pula kepada kerajaan PR Selangor supaya melupakan isu remeh temeh dan memberi tumpuan kepada usaha memertabatkan negeri Selangor. Apa punya **%#@*^ punya orang! Duit hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan rakyat telah disalahgunakan, dia boleh kata ini perkara remeh temeh. Duit yang di Balkis tu pula sebahagiannya adalah duit zakat. Apa jadah belanja beli baju suami isteri mereka dengan jumlah yang begitu tinggi? Anda fikirlah sendiri rumusan terhadap kebiadapan UMNO ini.

Anak Bapa: Projek Ladang Ternakan Babi Moden yang dicadangkan di Kg. Tumbuk itu pun diluluskan pada bulan Januari 2008, iaitu di masa pemerintahan Khir Toyo. Itu pun masih ada hati nak menyangkal dengan macam-macam alasan. Memang dasar penipu pembohong susah nak ubah perangai ……..

Wednesday, May 21, 2008

Legasi UMNO Kini Diteruskan Oleh Mahathir

Pelik kita memikirkan akan keadaan rumahtangga UMNO. Tak habis-habis dirundung malang. Dahlah baru saja luka parah kalah dilanda tsunami pilihanraya, agak-agak nak sembuh kini diserang pula oleh taufan Mahargis (adik beradik Taufan Nargis). Bayangkan orang kuat UMNO yang pernah menjawat Presiden parti dan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, yang menjadi pujaan dan idola majoriti ahli UMNO, telah bertindak keluar daripada UMNO. Jikalau dicerita perkara ini 5 tahun yang lampau tak akan ada siapa yang percaya. Tetapi itulah hakikatnya.

Tetapi fenomena ini bukan baru. Tentu ramai yang tidak mengetahui bahawa beberapa orang PM Malaysia terdahulu pun tidak menjadi ahli UMNO di penghujung hayat mereka. Tun Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak pernah menyertai UMNO semula selepas UMNO diharamkan dan diganti oleh UMNO baru Mahathir. Ini bermakna mereka bukan lagi menjadi ahli UMNO baru. Malah mereka terus menunjukkan kebencian kepada kepimpinan Mahathir hingga ke akhir hayat mereka. Tun Mahathir hanya meneruskan tradisi UMNO di mana bekas Presiden juga keluar parti di hujung hayat mereka. Jadi janganlah disalahkan Bapa Pembangunan Malaysia ini!

Anak Bapa: Bukanlah saya nak jadi Pak Nujum pulak. Tapi saya yakin hampir 99% yang nasib Pak Lah pun akan jadi macam Mahathir apabila beliau tidak berkuasa lagi kelak ……….

Friday, May 16, 2008

Tak Usah Dok Tunjuk Herolah!

Nak termuntah lagi membaca kenyataan Najib di dalam akhbar bahawa tidak ada bukti unsur rasuah di dalam pembelian kapal selam Scopene dan jet pejuang Sukhoi. Ini ekoran daripada tuduhan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebelum ini bahawa Najib terlibat secara langsung di dalam mengatur penerimaan rasuah sebanyak RM400 juta daripada pembelian Sukhoi dan RM500 juta daripada Scopene. Saya yakin jika tuduhan ini tidak benar sudah lama Najib telah mengambil tindakan undang-undang ke atas DSAI. Ini kerana tuduhan ini telah lama dibuat, semenjak pilihanraya kecil Ijok lagi.

Ini perangai
pemimpin UMNO, juara kampong hero Tamil. Kalau betul-betul bersih panggillah BPR siasat dan lepas tu umumkan hasil siasatan kepada umum. Dan jangan lupa ambil tindakan undang-undang ke atas DSAI supaya kita dapat mengikuti perbicaraan lanjut di mahkamah terbuka. Itu baru hero namanya! Tak usah duduk kokok berdegar-degar di dalam suratkhabar Utusan Meloya kerana kami bukan setakat meloya tetapi dah lama muntah berlori-lori dengan gelagat tidak bertanggungjawab pimpinan UMNO.

Sebagai tambahan, ingin kami ingatkan semua betapa jenis pengecut Si Najib ni, jenis takut bini dan jenis tak tetap pendirian. Dia tak ubah seperti lalang, ikut belah mana yang kuat. Orang macam ni kalau jadi pemimpin negara hancur punah kita semua.

Macam-macam bukti di depan mata yang mengaitkan pembelian Scopene dan Sukho
i dengan rasuah saiz mega. Cerita Adib Adam, pembuat Scopene dan Altantunya dah cukup memberi gambaran kebobrokan boss angkatan tentera, Si Najib pengecut ini. Malu habis angkatan tentera kita berketuakan orang macam ni!
Anak Bapa: Dalam pengamatan saya, susah nak tentukan sapa yang boss, Najib ke Rosmah? Bagaimana dengan anda?