Thursday, March 20, 2008

Era Baru Malaysia

Pertamanya saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf kerana telah lama tidak buat "posting" di dalam blog ini. Bukan kerana apa-apa tetapi kesibukan berkempen di dalam pilihanraya, dan selepas kemenangan di Selangor lebih sibuk lagi membantu rakan-rakan kita bagi membentuk kerajaan dan seterusnya melaksanakan segala janji-janji kita kepada rakyat. Keadaan nampaknya makin sehari makin ceria buat Barisan Rakyat manakala kesuraman melanda puak yang di sebelah sana.

Walaubagaimanapun program mengisi kemenangan masih banyak, dan saya akan berkongsi dengan anda dari masa ke semasa. Cuma harapan saya kita semua dapat membantu kerajaan kita kerana kerajaan ini adalah kerajaan rakyat.

Saya memberi jaminan akan mula menulis semula untuk blog ini mulai 1 April nanti. Harap bersabar. Sementara menunggu tarikh tersebut saya bekalkan satu lagu nostalgia kegemaran saya, "Land Down Under" daripada Kumpulan Men At Work.