Sunday, March 15, 2009

Orang Melayu Bukit Gantang Ingin Kekalkan Kerajaan 'Haram' BN?


Pelbagai spekulasi dan pandangan telah dilontarkan berhubung krisis politik di Perak. Ada yang berpandangan ini kesilapan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) kerana gagal mengawal ADUN-ADUNnya lebih awal sebelum terjebak ke dalam jerat UMNO/BN. Ada pula yang berpandangan ini semua gara-gara sifat gelojoh UMNO untuk merampas kerajaan negeri Perak yang sah oleh Najib bertujuan melonjakkan namanya menjelang pemilihan pimpinan UMNO Mac kelak. Malah tak kurang juga yang berpendapat bahawa PR patut menerima hakikat “kekalahan” ini dan berusaha keras untuk menawan semula pemerintahan negeri Perak di dalam PRU ke 13 nanti.

Saya tidak berhajat untuk mengulas lebih lanjut implikasi politik dan undang-undang berhubung rampasan kuasa oleh UMNO/BN ini. Cukup untuk saya mengambil kata-kata yang diungkapkan oleh Tun Mahathir semalam bahawa UMNO telah membelakangkan perlembagaan ketika merampas kuasa di negeri Perak. Ujarnya lagi bahawa UMNO tidak mempunyai kerajaan yang sah di Perak selagi tidak mendapat sokongan majoriti ahli-ahli DUN. Seperkara lagi, bahawa jika rakyat melihat UMNO memang gemar membelakangkan undang-undang demi memenuhi cita-cita politiknya nescaya rakyat akan jemu dan benci dengan UMNO (sebenarnya rakyat dah lama benci dan muak dengan UMNO, mungkin dengan insiden ini bertambah-tambah muntah kita!!). Begitulah lebih kurang pendapat Che Det tentang gara-gara sikap buruk kerajaan haram UMNO Perak, yang mana sememangnya selari dengan pandangan kita selama ini.

Saya nak kaitkan insiden ini dengan PRK Bukit Gantang tidak lama lagi. Mengikut tinjauan yang dibuat oleh Merdeka Center terhadap 507 responden di Perak bulan lepas berhubung kesan isu di atas, terdapat beberapa aspek yang perlukan penelitian kita semua. Hasil kajian adalah seperti berikut. Sila beri lebih perhatian kepada kecenderungan orang-orang Melayu di dalam memberikan pandangan mereka.

i. Adakah mereka menerima bentuk kerajaan melalui aktiviti lompat parti?

Keseluruhan:
SETUJU (13%)
TIDAK SETUJU (41%)

Melayu:
SETUJU (25%)
TIDAK SETUJU (31%)

ii. Adakah perlu diadakan semula PRU di Perak?

Keseluruhan:
YA PERLU (52%)
TIDAK PERLU (16%)

Melayu:
YA PERLU (45%)
TIDAK PERLU (28%)

iii. Adakah tindakan pihak istana memenuhi kehendak rakyat?

Keseluruhan:
YA (29%)
TIDAK (62%)

Melayu:
YA (50%)
TIDAK (42%)

iv. Apakah bentuk penyelesaian kepada kemelut politik di Perak?

Keseluruhan:
TERIMA KERAJAAN BN (28%)
ADAKAN PRK BAGI 3 DUN (35%)
ADAKAN PRU PERAK (33%)

Melayu:
TERIMA KERAJAAN BN (51%)
ADAKAN PRK BAGI 3 DUN (26%)
ADAKAN PRU PERAK (20%)


Makluman: Keseluruhan di sini bermakna pandangan keseluruhan responden terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India manakala Melayu merujuk kepada pandangan responden kaum Melayu sahaja.

Kesimpulan daripada tinjauan ini menunjukkan bahawa rakyat, termasuk orang-orang Melayu, sebahagian besarnya tidak bersetuju dengan pembentukan kerajaan secara haram yakni melalui lompat melompat ADUN-ADUN dan betapa perlu diadakan pilihanraya semula di Perak. Tetapi apabila dibicarakan perkara berkaitan istana, adalah didapati walaupun jika dilihat sebahagian besar rakyat menolak tindak tanduk istana di dalam hal ini, orang-orang Melayu terbahagi dua berhubung dengan peranan istana yang dirasakan bertindak tidak menepati kehendak rakyat (dan kita jangan lupa tindakan ini juga tidak selaras dengan perundangan negeri!). Dan ini juga merupakan sebab musabab kenapa di dalam aspek penyelesaian kepada kemelut politik ini, majoriti orang-orang Melayu (51%) berpendapat supaya kita menerima saja kerajaan BN yang ada! Saya berpandangan ini bukan semata-mata kerana mereka percayakan UMNO tetapi lebih kepada menghormati keputusan Sultan yang bersetuju melantik MB daripada ahli UMNO. Dengan lain perkataan, sentimen feudalistik orang-orang Melayu sebenarnya masih kukuh. Nasihat saya kepada pimpinan dan petugas PRK Bukit Gantang supaya berhati-hati tentang perkara ini apabila berkempen kelak.

Anak Bapa: Kadang-kadang tak faham dengan kepala otak orang-orang Melayu. Majoriti dah bersetuju supaya diadakan semula pilihanraya di Perak tetapi cadangan penyelesaian pula minta diterima kerajaan ‘haram’ UMNO. Sakit lain, ubatnya lain???????

2 comments:

Anonymous said...

Orang Melayu kan suka cari bomoh. Sebab tu penyakit lain ubatnya lain. Orang Melayu kekadang meroyan. Kekadang melatah. Kekadang mengamuk. Ade juga kes orang lain yang derhaka, orang lain pulok dituduh derhaka. Makcik dan Pakcik kat kampung dah dapat kain pelikat dan tudung ikim?

Unknown said...

salam.. sahabat,
Seperti biasa org keje kerajaan dikerah outstn ke bukit gantang bawa duit berkoyan2 utk sumbang kepada anak2 yatim & fakir miskin di sana. Masa ni baru nak ingat. Duit diserahkan oleh YB Menteri Besar yang disayangi..kata mereka laa..

Bila laa depa ni nak sedaq ?