Perbincangan minggu ini di ‘blogsphere’ amat menyelerakan. Apa taknya, cerita makan!

Jikalau kita kaji cerita mi ni, kita akan dapati makanan jenis ni sebenarnya bukan berasal dari makanan orang-orang Melayu. Ia diciplak daripada masakan orang-orang Cina. Dalam erti kata lain, mi ini terlebih dahulu bertahalluf dengan masakan orang-orang Melayu beratus tahun yang lalu dengan pendekatan ‘tahalluf ta’ami’. Walaupun orang-orang Melayu beragama Islam ketika itu, mereka tidak menolak bentuk makanan yang asing daripada makanan orang-orang Melayu asalkan ianya halal dan baik (halalan tayyiban) dan tambah lagi, sedap. Mereka tidak pula berkata yang makanan ini boleh menjejas ketuanan Melayu dan perlu ditentang habis-habisan. Manakala orang-orang Cina pula tidak berkata bahawa makanan ini adalah hak mutlak mereka dan orang lain tidak berhak meniru atau menciplak makanan tradisi kecinaan mereka. Mereka dengan besar hati meraikan ‘fusion’ atau muhibbah makanan ini dengan tangan terbuka. Hasil daripada tahalluf ini kita dapati hari ini bermacam-macam variasi mi yang wujud, yang bukan saja dimasak oleh orang-orang Melayu, malah juga dari kalangan orang-orang India. Kita tengok ada mi goreng, mi rebus, mi sup, mi kuah, mi udang, mi ketam, mi kari, mi bandung, mi hailam, mi kungfu, mi kantonis, mi segera dan berpuluh-puluh jenis mi lagi di pasaran yang naik bingung kita memilihnya.
Mi celup ni sebenarnya proses penyediaan kebanyakan daripada jenis masakan mi di atas. Ia melibatka

Seperkara lagi, apa yang tak kena dengan mi celup ni? Ia hanya melaksanakan tugas mengikut displin yang telah dianugerahkan kepadanya sebagai mi celup. Takkan kita nak suruh mi celup jadi mi goring atau mi maggi pula? Habislah selera kita dan silap haribulan tutup habis gerai-gerai mi sebab mi celup dah mogok dan menyamar sebagi mi-mi lain!
Kisah mi goreng ni pun agak menarik. Kita akui mi goreng ni bukan jenis mi celup kerana dia jenis dimasak lama dengan ramuannya. Itu jika kita nak lihat kepada perbedaannya. Dari segi persamaannya pun agak banyak terutama asal usul mi goreng ini, ia adalah sama dengan mi celup diperbuat daripada mi kuning. Dan mi celup jikalau nak digunakan untuk mi goreng pun memang boleh tetapi kalau mi goreng nak dibuat mi celup mungkin ada masalah sikit.
Satu lagi jenis mi yang unik ialah mi segera terutama mi maggi. Mi jenis ni bukan saja terkenal di kalangan orang-orang dewasa, ia juga terkenal di kalangan pelajar termasuk pelajar-pel

Anak Bapa: Walaupun ada pelbagai jenis mi di pasaran, kita tak lihat mereka bergaduh sesama sendiri dengan dakwaan ia lebih baik daripada yang lain kerana mereka sedar peranan masing-masing dan semuanya berguna kecuali mee segera?
3 comments:
Saya suka kesimpulan Anak Bapa. :)
Salam.
Apalah 'uncle' kupas pasal 'mee' ni.
Ini bukan isu pokok yang sebenarnya.
Kupas lah isu pokok nya.
wah nampak best sangat mi maggi tu!
boleh join dah ni peraduan maggi http://www.maggi.com.my/myway/
Post a Comment