Friday, June 19, 2009

Perpaduan Jamaah Lebih Penting Daripada Kerajaan Perpaduan



Mula-mula Tok Guru Nik Aziz (TGNA) cakap jangan teruskan agenda perpaduan dengan UMNO kerana ia akan memecahbelahkan parti. Mereka dengar tapi mereka tak patuh. Selepas tu TGNA cakap ikut keputusan muktamar tahun lepas di Ipoh supaya kita terus memperkasakan Pakatan Rakyat. Mereka dengar tapi tak patuh juga. Kemudian TGNA cakap cerita Kerajaan Perpaduan ini mengarut. Mereka dengar tapi tak patuh juga. Selepas itu Tok Guru kata mereka yang terus menerus memperjuangkan agenda Kerajaan Perpaduan adalah boneka UMNO. Mereka dengar dan terus menerus lagi tak patuh. Akhir sekali Tok Guru kata kalau dah suka sangat UMNO sila letak jawatan dan keluar PAS. Jangan dok buat sampah dalam parti. Rasanya mereka dah dengar dan faham dah kot!

Memang betul TGNA bukan maksum. Beliau pun ada kesilapan sebagai seorang manusia. Tetapi dalam bab ini Tok Guru tidak silap. Awal-awal lagi (sejak isu ini mula timbul selepas kemenangan PR tahun lepas) beliau telah menolak sebarang usaha ”perpaduan” dengan UMNO kerana Tok Guru lebih mementingkan perpaduan jamaah. Tepat sekali firasat Tok Guru kerana beliau dan rakyat Kelantan dah masak sangat dengan perangai UMNO ni. Ada yang akan berkata kerana Tok Guru tegur Ustaz Nasha secara terbuka maka retak menjadi belah di dalam PAS. Tetapi tahukah kita semua sudah berapa lama Tok Guru dok nasihat mereka ni supaya lupakan cerita perpaduan dengan UMNO dan beri perhatian penuh kepada usaha-usaha memperkasakan PR? Tetapi mereka terus degil, sekarang kan kita sendiri yang sakit?

Tok Guru adalah Murshidul Am kita dan sudah tentu aspek Kerajaan Perpaduan ini adalah perkara dasar yang tertakluk di bawah Majlis Syura (yang mana dipengerusikan oleh Tok Guru). Sementelah itu Presiden sendiri tidak pernah membawa perkara yang sebegini besar di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Apatah lagi nak dibawa dalam mesyuarat Majlis Syura! Sebaliknya ia telah dilontarkan kepada ahli-ahli dan media secara meluas dan akhirnya menimbulkan banyak kekeliruan. Ruang yang ada semasa muktamar pun telah tidak digunakan untuk memberi penerangan sejelas-jelasnya kepada perwakilan dan pemerhati apa ”nateng” itu Kerajaan Perpaduan. Jikalau pimpinan pusat pun tak tau, pimpinan negeri dan kawasan lagilah tak tau apa! Akhirnya muktamar tamat dalam keadaan isu ini tergantung di awang-awangan.

Anak Bapa ingin menasihati kita semua supaya kembali merapatkan saf dengan sesegera yang mungkin. Apa saja isu walau nampak hebat mana sekali pun perlu dibawa berbincang (hairan pula melihat gelagat pimpinan kita kebelakangan ini yang mula menjauhi diri dari berbincang atau bersyura seperti dulu) terlebih dahulu sebelum dilontar kepada ahli-ahli, terutama isu yang melibatkan UMNO. Jika tiada kata putus dalam perbincangan ini maka elok kita campak jauh-jauh apa saja yang boleh memecah-belahkan kita walaupun kita nampak ada kebaikan kepada perkara tersebut. Bukankah kesatuan atau perpaduan kita jauh lebih penting?

Anak Bapa: Hairan betul sebab apa isu sebegini besar tak pernah dibincang dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Bingung sampai hari ini memikirkannya .........

9 comments:

dhuat79 said...

Tersangatlah bersetuju dengan anakbapa

jijanhyde said...

isu nk byk merugikan pas

Anonymous said...

kurangkan andaian & telahan. ni kes lebih sudu dr kuah... hang paham ke apa natang kjaan perpaduan tu???

Anonymous said...

byk sgt telahan & andaian. kira kes terlebih sudu dr. kuah. Hang paham ke apa natang kjaan perpaduan???

Unknown said...

"Trinity" dalam PAS ini bukan sahaja amat degil tetapi dah acap kali membohongi ahli dengan putar belit mereka. Adakah ini kerana ahli terlalu wala' kepada mereka hingga tak sanggup membantah mereka ? Yang berani hanya Tok Guru Nik Aziz (syabas). Yang lain duk menikus !!!

angah said...

salam anak bapa...

melihat bonek umno didlm PAS nie seperti tak faham bahasa... sekrang puak2 babi umno nie menyerang Tuan Guru Nik Aziz pula..
pelbagai2 kata2 kesat mengutuk TGNA ..hampir semua editor akhbar menyerang TGNA..termasuk paper PERDANA yg selama ini banyak cerita artis atau citer hantu jer..

perpaduan lah kita utk menguatkan saf kepimpinan PAs dan PR...

Fia_rindui said...

Ya setuju..

kok said...

Good move by Kedah DAP. If handled properly, this will strengthen Pakatan.

To begin with, this is a decision at a DAP state level, where they said they will listen to the center. They hedged wisely.

It illustrates DAP is willing to give up power to protest (one Dun, three councillors and 43 village appointments).

While MCA is happy to fan the fire, did MCA quit the BN government when BN did wrong?

It illustrates a single DAP Dun seat can rock the national coalition, strengthening DAP position in the eyes of voters, and reassuring DAP supporters who voted for PAS. A win for DAP.

Also a win for Pakatan because Chinese supporters of PAS can see effective protest by coalition partner DAP even if they voted in a non DAP seat.

Same logic for voters of other states that are not yet under Pakatan. It illustrates DAP needs to get more seats come the next election. Another win for DAP.

This is another blunder by the unpopular Kedah MB. It increases consensus within Pakatan and the excuse to remove him later. He is just digging his own political grave.

They should now just delay the abattoir demolition, find a temporary location, then find a good permanent location.

Pakatan will be strengthened tremendously if this is resolved properly.

ruyom said...

The name Melayu is an Indian word to denote hills or mountain range. There is a place in South India called Melayur.

Indigenous people who marry Muslim Indians from Melayur identified themselves as Melayur.

Over time, as the Malay kingdom spead through insular SEA, the word Melayur became simply as Melayu.

If one were to do genetic test on the modern Malay in Peninsula Malaysia, they would invariably carry genetics from Indian to explain the darker complexion and kinky hair of most Malays as opposed to the Mongolid look of some Malays of original Malayo Polynesian, Dusun or Dayak stocks.

The real natives or indigenous people of the Peninsula Malaysia can be found in the Northern parts of Peninusla Malaysia apart from the aborigines.