Thursday, November 19, 2009

Gila Talak Khir Toyo



Inilah susahnya apabila terlalu lama jadi MB dan dah sedap-sedap duduk kerusi puncak kuasa sampai tak sedar bahawa kini dia apa pun tarak. Apabila kerajaan PR Selangor bersetuju melantik Dato’ Seri Anwar sebagai Penasihat ekonomi MB Selangor beliau terus melatah kononnya pelantikan itu menunjukkan bahawa Tan Sri Khalid tidak berkemampuan untuk mentadbir Selangor.

Sejak bila apabila ada penasihat maka orang tu tak layak mentadbir? Cuba kira berapa ramai penasihat Tun Mahathir semasa dia jadi PM dulu? Dan penasihat Pak Lah dan Najib pula bagaimana? Negara maju seperti Singapura, USA, Britain dan lain-lain pun menggunakan khidmat penasihat dalam pelbagai bidang pentadbiran. Tiba-tiba Khir Toyo pula kata apabila ambil penasihat maka orang tu tak mampu!

Nama jawatan pun memberi nasihat, tentulah bagus. Lagi ramai lagi cantik sebab seseorang tu tidak mungkin dapat memahirkan diri dalam semua hal. Tetapi akhirnya pertimbangan dan keputusan tetap pada tangan PM atau MB. Benda-benda asas macam ni Khir Toyo tak berapa faham. Kalau dia faham tak kan dia bagi anugerah penyapu kepada pegawai kerajaan. Atau mungkin dia tak mempunyai penasihat masa itu untuk membantunya membuat keputusan. Atau mungkin juga kerana pertimbangan politiknya yang melampau telah menggelapkan otak pemikirannya hingga asyik mengeluarkan kenyataan bodoh dan keanak-anakkan.

Anak Bapa: Tahniah Datuk Seri Anwar! Sanggup berkorban dengan elaun RM1 sebulan demi rakyat dan negeri ……..

1 comment:

Amuraria said...

ANA CADANG KERAJAAN SELANGOR MINTA NASIHAT DARI ANAK TOYOL BAGAIMANA MAU MELANCONG SAMBIL BELAJAR KE DISNEYLAND & EROPAH SERTA BAWA SEKALI DARI DATUK MAKNENEK SAMPAI ORANG GAJI,JIKA BOLEH SEKALI DENGAN SAUDARA DATUK MAKNENEK ORANG GAJI SEKALI ! MESTI ANAK TOYOL PENGHADIAH PENYAPU NI SANGAT BIJAK BERI NASIHAT DALAM KES INI !