Monday, February 8, 2010

UMNO Parti Basi



Anak Bapa pun turut sama berkongsi perasaan dengan Hanipa berhubung cerita dialog PAS dengan UMNO (muzakarah ke, muqabalah ke, Kerajaan Perpaduan ke, atau apa saja yang sewaktu dengannya) yang dipanaskan semula oleh pimpinan PAS sendiri. Rasa penat pun ada, letih pun ada, sakit hati pun ada, mual dan muak pun ada, marah pun ada, pendek kata bermacam-macam rasa menyerang serentak sanubari Anak Bapa dan mungkin juga sebahagian besar ahli-ahli PAS.

Tok Guru Nik Aziz komen, elok juga ada majlis dialog terbuka antara PAS dan UMNO berhubung aspek agama sepertimana majlis yang beliau anjurkan di Kelantan berhubung isu penggunaan kalimah “Allah” di kalangan bukan Islam. Tut tut ada pula pimpinan lain yang ghairah sangat siap nak bincang semua perkara dengan UMNO.

Anak Bapa dah sebut banyak kali bila bab nak “engage” dengan UMNO ini kita kena jelas apa matlamat kita, sapa yang akan terlibat, apa skopnya, dan perlu ada keterbukaan (jangan dok kerja dalam gelap). Juga kita kena pastikan betul-betul kita akan untung dan bukan sebaliknya. Dengan kekuatan jentera kerajaan dan media yang mereka miliki, UMNO boleh mengeksploitasi sebarang isu untuk kepentingan mereka. Ini sudah mereka buat berkali-kali pada kita. Takkan nak kena patuk lagi di lubang yang sama. UMNO INI DAH BASI DAN MEREPUT. TUNGGU HARI KAPALNYA NAK KARAM. JADI JANGANLAH JADI ALAT UNTUK MEMBANTU MELANJUTKAN HAYAT MEREKA.

Anak Bapa pun hairan isu yang melemahkan dan memecahbelahkan kita, itu yang diminati sangat oleh pimpinan. Seperti yang diungkapkan oleh Hanipa:

“Cukuplah bangkitkan apa sahaja isu yang rakyat boleh hidu bahawa PAS dan Umno cuba nak berbaik. Takkan kita masih tidak kenal UMNO ! UG ke atau muzakarah ke bagi rakyat yang dah meluat dengan Umno , PAS dilihat sentiasa memberi nafas kepada Umno jika isu UG atau Muqabalah atau muzakarah dibangkitkan. Meluat rakyat ada hadnya. Jangan sampai PAS berani-berani menghampiri had itu. Jika rakyat meluat kepada kita, jangan marah mereka marahlah kepada diri kita sendiri !!!”


Kita ada banyak kerja dan antara yang terpenting ialah memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang sedang diserang bertubi-tubi oleh UMNO. Tak usah kita buang masa lagi dengan isu dialog dengan UMNO. Jika kita nak dakwah, dakwah terus dengan ahli-ahlinya supaya mereka masuk PAS. Habis cerita. Macam kata Ustaz Zul :

“Samada ‘dialog’ atau apa sahaja yang seerti dengannya tidak perlu ditimbulkan langsung, oleh sesiapa pun. Tidak perlu dan tidak berfaedah. Atas apa tujuan sekali pun.”



Anak Bapa: Selepas memualkan rakyat masa zaman Dr. Mahathir dulu dengan kes liwat kini mereka ulang tayang cerita yang sama. UMNO tak akan berubah, persoalannya adakah PAS akan berubah?

3 comments:

Anonymous said...

harapnya Tok Guru Nik Aziz juga tidak lagi mengajak UMNO berbincang dalam apa bentuk sekali pun. Fokus pada menyerang UMNO yg dah nak mampus tu sahaja.

Takde gunanya bincang dengan UMNO. Retorik, hipokrit belaka

angah said...

niat Tuan Guru Nik Aziz baik nak berdialog isu agama dengan umno...

tapi di putar belitkan media perdana...

tapi tuan.. kenapa orang PAS seperti menjauhkan diri dari kes DSAI???

tak seperti semasa arwah ust Fadhil Nor jadi presiden dulu...

Anak Bapa said...

Saudara Angah,

Jangan bimbang. Sebenarnya PAS tidak akan meninggalkan DSAI. Kita semua tau kes liwat 2 ini adalah pembohongan maha jijik UMNO yang tak pernah serik-serik. Moga mereka akan menerima pembalasan Allah di atas segala kenajisan mereka. Golongan yang tak hampir dengan Anwar ialah golongan yang suka bergesel dengan UMNO. Fikir-fikirkanlah sendiri .......

Anak Bapa