Saturday, March 27, 2010

Fatanah Itu Maknanya Cerdik


Anak Bapa diajar salah satu sifat yang wajib pada Rasulullah saw ialah fatanah yakni cerdik. Itu sebabnya kita lihat tindakan baginda saw termasuk yang bersandarkan syura sesamanya dengan para sahabah (moga Allah swt redha dengan mereka) membawa natijah yang baik kepada perjuangan Islam. Lihat sahaja kepada perang Uhud dan Badar di mana Al-Rasul saw mengambil kira pandangan sahabah dalam memutuskan strategi yang sesuai. Akhirnya kita dapati bagaimana kejayaan umat Islam ketika itu walaupun kadangkala nampak macam kalah (seperti peristiwa perang Uhud).

Inilah kekuatan yang ada pada umat Islam terdahulu. Selain daripada memiliki pimpinan yang hebat pengikutnya pun turut hebat. Kehebatan mereka lebih terserlah apabila mereka bersyura dalam segala urusan penting jamaah. Natijahnya ialah kejayaan generasi terbaik ini dalam memperkasakan ummah dan Islam yang tiada tandingannya sepanjang zaman.

Mesejnya mudah saja. Pimpinan dan ahli PAS pun kena cerdik. Perkara yang strategik kenalah bincang sungguh-sungguh sebelum dibuat keputusan. Jangan buat keputusan bersandarkan pendapat dua tiga kerat pemimpin bermasalah, apatah lagi yang terbukti tidak wala’ kepada keputusan muktamar, badan tertinggi PAS. Jangan memandang rendah kepada kekuatan yang masih ada pada UMNO. Mereka memiliki segala-galanya kecuali keimanan kepada Allah dan pimpinan dan ahli yang berkualiti. Jangan alpa keupayaan mereka termasuk meletakkan orang-orang yang condong kepada mereka dalam jamaah supaya dapat dibuat kacau bilau dari dalam. Perkara ini bukan baru dan pernah berlaku bukan saja kepada PAS tetapi kepada hampir semua gerakan Islam sebelum ini.

Berita mengenai ‘pengunduran’ Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Ahmad Awang daripada Majlis Syura Ulama’, jika benar, adalah satu kemenangan besar kepada UMNO. Anak Bapa berkata begini bukan kerana taksub kepada kedua pemimpin ini. Pimpinan datang dan pergi sementara jamaah kekal terus. Tetapi sementara kedua-duanya ada dan bersedia meneruskan perjuangan, ditambah pula mereka sangat-sangat digeruni UMNO, maka kita perlu terus tonjolkan mereka ke depan. Alangkah peliknya jika kita nak kebelakangkan orang-orang yang digeruni oleh musuh utama kita kecualilah kita dah tak ada fatanah atau memang kini menganggap UMNO bukan lagi musuh!

Anak Bapa berkeyakinan penuh dengan barisan AJK PAS Pusat yang ada hari ini dan dengan itu merayu supaya dibincang betul-betul perkara di atas atas semangat syura yang tinggi supaya fatanah dikembalikan ke dalam jamaah. Ingat apa yang berlaku kepada PAS apabila isu Kerajaan Perpaduan dilontarkan tanpa perbincangan yang rapi. Tolong jangan ulangi perkara yang boleh merosakkan jamaah. Itu namanya tidak cerdik, tidak ada fatanah.

Anak Bapa: Anak Bapa syorkan supaya Ustaz Ahmad Awang bertanding sebagai Timbalan Presiden PAS tahun depan. Saya sokong!

6 comments:

Unknown said...

Kaum Perpaduang sudah hampir mencapai pelannya untuk menguasai PAS secara mutlak. Maka dengan apa yang berlaku sekarang hampir pastilah bahawa PAS akan menduduki tempat istimewa di bawakh ketiak UMNO sebelum PilihanRaya 2013.
Tak mengapa, aku akan keluar PAS sebelum itu dan aku akan bertekad menghancurkan munafiq munafiq dalam PAS ini secara total. InsyaAllah.

Anonymous said...

Ahmad Awang nak bertanding mcm mana, dia bangkrap.

Anonymous said...

Sapa kata Ahmad Awang bangkrap. Dia dah tak bangkrap lagi. YB Nizar Jamaludin dah bagi kawasan balak untuk dia bayar hutang tu.Memang boleh dia bertanding balik pilihanraya

azza said...

Boleh saya dapatkan emel saudara anak bapa? Terima kasih.

Anonymous said...

Saya dari Karangkraf ingin membuat interview mengenai satu story anda yang kehilangan anak. Saya tercari2 emel add tapi tiada, saya boleh dihubungi menerusi radzha@karangkraf.com.my

Anak Bapa said...

Emel saya anakbapa@gmail.com