Saturday, August 28, 2010

Apabila Pengarah JAIS Tak Ada Kelulusan Agama .....



Bukan main hebat lagi Pak Khusrin, Pengarah JAIS memencak silat di gelanggang apabila diberitakan ada seorang ahli parlimen bukan Islam dari DAP masuk ke surau untuk beri ucapan dan sumbangan. Tak lama lepas tu Dato’ Azib, Pengerusi MAIS pula tumpang sama dengan silat pulut ‘berduet’ dengan Khusrin.

Amboi amboi, kalau melibatkan pimpinan PR cepat sungguh JAIS dan MAIS melatah dan menghukum. Islam mana dia orang pakai buat hukuman kita pun tak tau. Ooi betul juga, dua-dua bukan ada mengaji agama setakat tukang angguk aje bolehlah. Sementelah tu kedua-duanya karat UMNO lagi, jadi apa ruang yang ada untuk bodek Sultan, pastikan ‘capitalize’ betul-betul.

Dia orang bukan minat dengan apa Islam cakap, yang penting boleh terus burukkan PR. Khusrin dan Azib tau tak bahawa orang-orang bukan Islam dibenarkan memasuki masjid dan surau! Syaratnya mereka dapat kebenaran AJK dan menjaga adab ketika di dalammya. Apa yang Teoh buat yang tak kena? Jikalau salah tak tutup aurat tegurlah AJK surau berkenaan kerana mereka bertanggungjawab menasihati Teoh.

Ini tak terus ambik alih surau. Tengkorak punya hukuman. Buat malu kepada Islam. Sebelum ini pun dalam isu kalimah Allah pun sama, tetap berdegil mengharamkan penggunaannya di kalangan bukan Islam walaupun Islam membenarkannya.

Memang sah macam cakap YB Khalid bahawa Pengarah JAIS ini perlu diganti sebab sememangnya tak layak!

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”


Anak Bapa: Urut dada lihat gelagat UMNO yang akan guna apa saja nak dapatkan balik sokongan Melayu walaupun terpaksa memain-mainkan agama Islam.

1 comment:

Anonymous said...

wak khusrin


wak mkalu mahu naik pangkat cepat pun, slow lah sikit
....