Friday, September 5, 2008

Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Pak Lah & Najib


Saya masih menunggu sampai saat dan ketika ini komen daripada Pak Lah dan Najib berhubung usul daripada sebuah cawangan UMNO di Langkawi dan UMNO Selangor yang mencadangkan supaya UMNO memanggil balik mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir untuk mengemudi pemerintahan negara ini. Saya tak tahu samada Pak Lah dan Najib faham atau tidak makna usul ini dan implikasi kepada kewibawaan mereka buat masa ini. Takkan “serangan” yang paling terbuka begini pun masih mereka tak faham-faham lagi! Atau buat-buat tak faham pula.

Kenyataan terbaru akar umbi UMNO ini jelas menunjukkan bahawa mereka telah berputus harap kepada pimpinan UMNO untuk memulih kembali kekuatan UMNO dan BN. Jikalau semata-mata Pak Lah yang mereka pertikaikan sudah barang tentu usul mereka ialah meminta Pak Lah meletak jawatan dan diganti dengan Najib. Tetapi tidak. Mereka bukan sekadar tidak percaya kepada Pak Lah dan Najib, malah kesemua pimpinan tertinggi UMNO. Ekoran daripada kekecewaan inilah mereka merasakan bahawa hanya Tun Mahathir saja yang mampu berbuat sesuatu untuk menyatukan ahli-ahli UMNO dan lantas mengembalikan kegemilangan UMNO.

Bagi saya mesej daripada akar umbi ini cukup jelas. Mereka tidak perlu menunggu usul undi tidak percaya daripada Pakatan Rakyat terhadap Pak Lah. Mereka terlebih dahulu mengusulkan undi tidak percaya kepada Pak Lah dan seluruh pimpinan UMNO dengan meluluskan usul memanggil balik Dr. M menerajui UMNO. Persoalannya adakah pimpinan UMNO yang terkenal dengan kulit muka yang tebal akan akur kepada mesej ini?

Satu lagi andaian yang kita boleh buat daripada usul ini ialah bagaimana tandusnya UMNO dengan pemimpin yang berwibawa dan berkualiti. Dr. M bukanlah hebat sangat. Mungkin beliau berjaya sedikit sebanyak di dalam aspek pembangunan ekonomi negara tetapi jangan kita lupa pelbagai kerosakkan yang berlaku di zamannya termasuk gejala rasuah yang begitu menonjol, krisis kehakiman, kekejaman terhadap pembangkang, pemerintahan ala diktator dan sebagainya. Dengan memanggil balik Tun M, UMNO berundur ke belakang ke zaman kegelapan dan kezaliman. Tambahan pula Tun dah lama keluar UMNO. Nampak bercelaru benar pemikiran orang-orang UMNO kebelakangan ini. Arah mana mereka nak pergi, Allah sahaja yang tahu. Ada yang nak undur ke belakang dan ada yang nak ke depan tetapi tak tahu pula arah mana? Ibarat kalau kapal bukan setakat 2 orang kapten, silap-silap 4 atau 5 orang kapten. Jikalau dah begitu keadaannya anda bayangkanlah sendiri keadaan rumahtangga UMNO dan apa akan berlaku seterusnya ………

Anak Bapa: (Sambil menggeleng kepala) Kasihaaaaaaaaan ……. (elok masuk PAS ramai-ramai sebelum kapal karam).

4 comments:

Pemuda Malaysia said...

PAS pun bukannya betul..
jadi kuda tunggangan DAP dan PKR jer..

Macam di Perak, Ir. Nizar kan kuda jinak bagi DAP..

Anonymous said...

http://www.kulitpisang.com

Krisis PAS Kedah

SEMUA mata sedang tertumpu ke utara tanahair apabila terdengar desas desus wujud serta makin ketara kedinginan hubungan antara Menteri Besar Kedah yang baru iaitu Ustaz Azizan Razak dengan Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar. Baru memerintah PAS Kedah sekarang sudah terhempit dengan masalah dalaman.

Kita difahamkan ketengangan ataupun kedinginan hubungan antara Mahfuz dengan Azizan ini bukanlah satu perkara baru tapi telah terpendam sekian lama sehinggalah PAS berjaya memenangi pilihanraya dan menubuhkan kerajaan di Kedah.

Kepimpinan PAS Kedah hari ini didakwa telah berpecah kepada dua kumpulan dimana satu kumpulan menyokong serta mempertahankan Azizan sebagai Menteri Besar Kedah dan juga Pesuruhjaya PAS Negeri dan satu kumpulan lagi menyokong kepimpinan Mahfuz Omar serta mahu Mahfuz memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri dan sekaligus meletakan orang kepercayaan Mahfuz sebagai Menteri Besar yang baru.

Malah kumpulan yang dikatakan menentang Azizan berkeyakinan bahawa jawatan yang dipegang oleh Azizan tidak akan bertahan lama dan kumpulan tersebut akan sentiasa memberikan tekanan kepada Azizan supaya Menteri Besar ini meletak jawatan bagi memberi peluang kepada kumpulan yang menyokong Mahfuz untuk membentuk kepimpinan baru.

Malah ada sumber yang memberitahu dan mendakwa bahawa Mahfuz Omar memang tidak menyenangi kepimpinan Azizan dan sering memperkecilkan kemampuannya dalam mentadbir PAS Kedah apa lagi untuk bertanggungjawab sebagai Menteri Besar.

Memperlecehkan kepimpinan Azizan dan rasa tidak senang kumpulan ini dikatakan tidak dilakukan secara senyap-senyap malah kumpulan ini bergerak secara terbuka untuk memperlekehkan Azizan sebagai ketua parti di Kedah. Tindakan untuk mengkritik ini dikatakan telah sampai ke Menteri Besar Kedah dan beliau dipercayai sedia maklum perkara ini berlaku.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS Kedah juga dicabar untuk menjalankan sistem pentadbiran Islam berteraskan perlembagaaan parti tersebut seperti mana corak pentadbiran di Negeri Kelantan dan mereka amat berharap PAS akan turut mengambl langkah seperti PAS Kelantan dengan mengharamkan segala bentuk perjudian, jualan arak dan membenteras segala perlakuan maksiat sekiranya mereka adalah benar-benar parti yang mendokong perjuangan Islam seperti yang mereka laungkan selama ini. Ini mungkin juga hasrat pengundi yang mengundi PAS dan tindakan segera mereka dalam isu ini patut laksanakan.

Kenyataan pertama daripada Azizan selaku Menteri Besar Kedah bahawa Kedah tidak mungkin akan dapat mengharamkan perjudian, arak, hiburan melampau

Anonymous said...

http://www.kulitpisang.com

Apakah sudah tiada langsung orang Melayu PAS dan PKR untuk jadi Speaker dan Timbalan Speaker?

Sesudah V. Sivakumar (ADUN Tronoh) dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan Hee Yit Foong (ADUN Jelapang) dipilih sebagai Timbalan Speaker DUN, Nizar Jamaluddin (MB Perak) sekali lagi membuat kejutan apabila tanpa rasa bersalah mengumumkan akan menjual lot perumahan bumiputera di pasaran terbuka.

V. Sivakumar dan Hee Yit Foong kedua dua adalah ADUN DAP. Mengapa tidak dilantik Timbalan atau Speaker daripada orang Melayu daripada PAS dan PKR? Kedua duanya beri kepada DAP juga, sudahlah dalam EXCO Kerajaan Negeri Perak pun dah ramai DAP. Tidak bolehkah salah seorang daripada diberi kepada orang Islam?

Lebih mengecewakan, pada 16 Mei 2008, tindakan Nizar pula mahu menjual 130 unit lot perumahan bumiputera ke pasaran terbuka yang nilainya hampir RM5 juta kesemuanya. Alasan yang diberi ialah mudah iaitu untuk mengurangkan stok tergantung. Hari ini jual lot rumah bumiputera, esok lusa entah apa lagi yang bakal dijual.

Apakah keputusan ini dibuat Nizar kerana sebahagian daripada Perjanjian Pangkor 2 ?. Apakah keputusan ini juga dibuat atas desakan DAP juga? Mengapa Nizar tidak berbincang terlebih dahulu dengan NGO dan pertubuhan pertubuhan Melayu tentang perkara ini?

Sudahlah keputusan menukarkan Pengarah Jabatan Agama Islam pun dibuat dengan membelakangi Sultan, kali ini Nizar tanpa segan silu lagi menjual hak bumiputera ke pasaran terbuka. Kita tertanya siapakah yang menjadi penasihat Nizar ini? DAP atau PAS? Apakah orang PAS akan duduk diam sahaja melihat MB dari PAS diperkotak katikkan oleh DAP?

Pemuda Malaysia said...

Heboh di dalam media elektronik dan media cetak bahawa Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) ingin menjadikan 16 September 2008 ini sebagai cuti umum untuk seluruh Malaysia bagi meraikan kejayaan beliau menjadi Perdana Menteri dan menjadikan hari itu adalah ulang tahun penubuhan Malaysia. Negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang seperti Pulau Pinang dan Kelantan sudah menyokong cadangan yang dibawa oleh BABI ini. Sebenarnya ada perkara lebih penting untuk saya ketengahkah dalam artikel kali ini. Segala yang saya coretkan di bawah ini adalah pandangan peribadi saya dan saya ingin berkongsi pendapat dengan pembaca-pembaca sekalian.

Sebenarnya cerita 16 September adalah retorik semata-mata yang ditimbulkan oleh BABI. Ini bagi memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi tidak tentu arah dan berada dalam keadaan kegusaran. Apabila kerajaan merasakan segala rancangan BABI seakan benar dan nyata, maka kerajaan tiada pilihan lain kecuali mengisytiharkan darurat bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin. Ini kerana rancangan BABI untuk mengambil alih pentadbiran negara melalui 'pintu belakang' amat tidak beretika dan boleh meletakkan negara dalam keadaan kacau bilau.

Sebenarnya BABI seorang yang amat licik dalam medan politik. Selepas dibebaskan daripada penjara pada tahun 2004, beliau telah merangka rancangan yang cukup besar bagi mencapai cita-cita menjadi PM. Bak kata mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa "BABI ini seorang yang cukup licik. Beliau boleh menukar sesuatu perkara daripada salah menjadi betul dan begitu sebaliknya". Mengapa BABI mengisytiharkan untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh? Ini kerana beliau ingin 'test market' dan menilai sokongan rakyat kepada beliau. Keputusan menyebelahi BABI dan beliau menang malahan melebihi majoriti yang diterima oleh isteri beliau. Walaupun ketika dalam suasana pilihanraya kecil itu, BABI menghadapi dakwaan terhadap kes liwat, sokongan terhadap beliau tetap tidak berubah dan dengan ini menjadikan beliau yakin bahawa kekuatan politik beliau semakin kukuh dan kuat.

Setelah berjaya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh, BABI menyusun langkah untuk menduduki kerusi PM dalam masa terdekat. Cara yang dimainkan oleh beliau dapat kita lihat sekarang ini. Beliau menghebohkan bahawa pada 16 September ini akan ada 30 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak akan melompat parti untuk menyertai pakatan pembangkang. Sebenarnya perkara ini sukar untuk terjadi kerana kebanyakan Ahli Parlimen BN amat setia terhadap parti dan memegang janji serta mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Isu lompat parti telah dinafikan oleh Ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak.

Selepas itu, BABI menyatakan pula bahawa ada juga Ahli Parlimen daripada Semenanjung terutama daripada Terengganu akan menyertai Pakatan Rakyat. Kecanggihan teknologi hari ini seperti penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS) telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk melaga-lagakan pemimpin di dalam BN. Maka, pada beberapa hari lepas telah dilakukan upacara mengumpul tandatangan Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak untuk menyatakan taat setia kepada PM dan BN. Perkara ini mencetuskan kontroversi di mana salah seorang daripada Ahli Parlimen Sabah yang bernama Datuk Anifah Aman tidak mahu menandatangani akujanji tersebut dan menyatakan bahawa tidak perlu diragui lagi kesetiaan Ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak kepada PM.

Pada pandangan saya, tandatangan bagi menyatakan kesetiaan Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak tidak perlu dilakukan kerana ia hanya membuatkan BABI tergelak besar kerana berjaya mewujudkan keadaan ribut dalam kem BN. Apa yang saya cuba syorkan di sini adalah, kerajaan BN tidak perlu melayan setiap ungkapan atau propaganda yang dimainkan oleh BABI kerana hanya akan memerangkap kerajaan BN sendiri.

Mengapa BABI cukup suka jika kerajaan mengisytiharkan darurat pada 16 September ini? Ini kerana apabila kerajaan mengisytiharkan darurat, separuh daripada rancangan BABI akan berjaya. Maka, separuh lagi rancangan BABI akan menjadi kenyataan apabila kerajaan terpaksa mengadakan pilihanraya umum yang baru selepas darurat ditarik balik. Apabila darurat, pentadbiran kerajaan akan diambil alih oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan mengikut perlembagaan yang ada, pilihanraya akan diadakan semula selepas darurat ditarik semula. Ketika inilah BABI akan melaksanakan perang saraf yang cukup hebat bagi memastikan cita-cita beliau menjadi PM akan tercapai.

Harus diingat bahawa UMNO berada dalam keadaan yang cukup lemah akibat daripada perpecahan dalaman dan serangan daripada luar seperti perang saraf yang dilancarkan oleh BABI. Ini kerana BABI telah melihat bahawa ketika di Permatang Pauh kelemahan ketara jentera parti UMNO telah memudahkan lagi kemenangan beliau di sana. Di samping itu, parti komponen di dalam BN sendiri telah mula tidak percaya antara satu sama lain seperti Parti Gerakan dan MCA yang telah mengugut untuk keluar dari BN jika UMNO memainkan sentimen perkauman. Perkara ini amat menguntungkan BABI yang dijangka akan menang secara terhormat dalam pilihanraya umum yang akan diadakan dan beliau tidak perlu mengambil alih kerajaan Malaysia melalui 'pintu belakang' seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Kerajaan tidak harus terperangkap dengan permainan politik BABI kerana hanya akan menjerat kerajaan dan menguntungkan BABI. 16 September akan mendatang dan insya-Allah tiada apa-apa perkara akan berlaku kerana BABI hanya melakukan propaganda politik untuk agenda peribadi beliau. Tujuan BABI mencadangkan cuti umum pada 16 September bukan kerana untuk meraikan kejayaan beliau menjadi PM ataupun meraikan ulang tahun Malaysia TETAPI adalah untuk meletakkan kerajaan dalam keadaan tertekan dan seterusnya menyaksikan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat. Apabila terjadi darurat, BABI akan melaksanakan perang saraf dengan menuduh kerajaan telah berlaku zalim dan mengisytiharkan darurat tanpa sebab. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan rakyat menjadi muak dan benci kepada kerajaan BN. Apabila perang saraf BABI berjaya, maka BN akan tumbang pada pilihanraya umum yang akan datang.

Jadi, kepada pengunjung blog Pemuda Malaysia saya cuba mengajak anda merenung kembali erti kemerdekaan yang kita kecapi selama 51 tahun ini. Tidakkah anda perasan kembalinya BABI ke medan politik negara lebih banyak melibatkan kemusnahan daripada keamanan. Kerajaan terpaksa menghabiskan duit untuk menghadapi pilihanraya kecil di Permatang Pauh akibat perletakan jawatan isteri BABI sesuka hati. Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Pak Lah diperlekehkan oleh si BABI dengan mengatakan ia gula-gula buat rakyat. Semua yang dilakukan oleh kerajaan adalah salah di mata dan fikiran BABI. Semua yang dibuat BABI adalah betul kononnya. Jangan gadaikan negara ini semata-mata kerana seorang manusia bernama Anwar Bin Ibrahim yang hanya ingin membalas dendam dan mencapai agenda peribadi menjadi PM!!!