Tuesday, May 12, 2009

Menteri Besar 'Haram' Yang Cuba Di'Halalkan'


Mahkamah Tinggi semalam telah memutuskan bahawa selama ini Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah. Maknanya tak ada Menteri Besar (MB) lain sejak Pakatan Rakyat (PR) memerintah Perak sejak 8 Mac 2008 sehingga hari ini yang sah bergelar MB selain daripada Ir. Nizar.

Jadi kalau macam itu, kenapa pula Mahkamah Rayuan boleh benarkan ”stay of execution” yakni menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga selesai kes rayuan daripada MB ’haram’. Jikalau nak rayu silakanlah rayu sebab itu hak mereka tetapi kenapa dalam tempoh rayuan Zambry pula yang jadi MB sedangkan Mahkamah Tinggi dah kata Ir. Nizar saja MB yang sah selama ini. Sepatutnya sehingga selesai kes rayuan, Ir. Nizarlah patut jadi MB. Inilah negaraku Malaysia, penuh dengan ajaib bin hairan.

Implikasi daripada keputusan Mahkamah tinggi semalam amat besar sekali. Maknanya selama ini segala keputusan dan kontak dan apa saja transaksi yang diarahkan oleh MB dan EXCO ’haram’ adalah tidak sah dan perlu diperbetulkan semula. Malah pemecatan Speaker pun adalah tidak sah kerana ia datang daripada kerajaan yang tidak sah. Sikit punya huru-hara negeri Perak di kala ini. Semua orang susah kerana angkara UMNO/BN. Mereka yang mulakan huru-hara ini dan semakin mereka cuba selamatkan perut mereka semakin berserabut jadinya keadaan di Perak.

UMNO/BN memang dah guna segala-galanya termasuk istana, SPR, polis, mahkamah dan apa saja yang ada. Cuma satu saja yang mereka cukup gerun, iaitu menghadapi rakyat di dalam pilihanraya di Perak. Wahai UMNO! Tahukah kamu bahawa kuasa yang diperolehi diambil daripada rakyat. Jika ada kebuntuan tentang status kuasa ini maka serahkan kembali kepada rakyat untuk mereka tentukan siapa yang berhak. Dah lupakah prinsip asas demokrasi yang selalu kamu laung-laungkan?

Anak Bapa: Reput dan bau busuk UMNO ini dah tak boleh nak tutup lagi. Siapapun janganlah dok fikir nak bergesel dengan UMNO ini lagi .......

3 comments:

TAAVEEKUN PERAK said...

Sama-sama kita tunggu. Nampaknya kerusi BN akan bertambah lagi di DUN Perak. Makin mental nampaknya nizar bintang tiga ini.
Bertenang nizar,bertenang. Kamu boleh pilih tempat percutian di Negeri Perak untuk beristirehat. Di Tanjung Rambutan atau Kemunting. Disana nanti ada peluang untuk kamu jadi MB.

Anonymous said...

komen teman di atas cukup 'mengharam-jadahkan'

poke-yoke said...

tuan,

tak rase pelikkah tuan berbicara soal undang sedangkan tuan tidak tahu secara teperinci mengenai kes yg telah dibicarakan.


fikirlah sebelum menulis

kita dari haluan yg sama..tetapi berlainan pendapat.