Wednesday, June 10, 2009

Jangan Kata Tak Ada Pimpinan dan Perwakilan yang Beri Amaran Tentang Bahaya UMNO Kepada PAS


Berikut adalah sedikit sedutan daripada ucapan pimpinan dan perwakilan yang berucap pada Muktamar PAS ke 55 di Shah Alam baru-baru ini:


"Rundingan sulit antara PAS dan Umno juga membimbangkan para penyokong masyarakat bukan Islam. Mereka dan ahli-ahli Kelab mulai bertanya, adakah PAS mula meninggalkan mereka dan seterusnya menjadikan Umno sebagai kawan setia kepada PAS?" ujarnya


Beliau juga berharap janganlah pihak tertentu dalam PAS melakukan sesuatu yang akan menjejaskan maruah dan imej parti hingga parti kembali kepada zaman gelap-gelita.


Dengan itu, beliau berharap barisan pimpinan dan juga akar umbi parti dan ahli kelab sentiasa dapat mempastikan PAS bergerak di atas landasan dan arah yang betul.


"Kelab Penyokong PAS ingin bergerak ke depan, dan teruskan usaha-usahanya untuk menjadikan PAS pilihan utama atau 'the only choice' bagi rakyat Malaysia," ujarnya.

Vincent Lee – Wakil Kelab Penyokong PAS


"Kita adalah penentang-penentang Umno yang tegar dan tidak akan berkompromi dengan mereka.


"Jika ada pemimpin yang berbincang dengan Umno, mereka harus ingat bahawa Umnolah yang harus ditarik kepada PAS dan bukan kita yang pergi untuk berbincang dengan mereka," tegasnya.


Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai munafik dan najis dalam perjuangan ini.


"Tolonglah jangan menjadi seperti najis dalam perjuangan," ujarnya.

Ustaz Zulkifli Ahmad – Wakil Dewan Pemuda


Pimpinan PAS diingatkan agar tidak menjalinkan hubungan dengan Umno kerana dengan berbuat demikian ia boleh membuatkan orang Melayu terus sesat kerana bagi Umno, politik suku dan agama suku dan ia bukan satu ajaran Nabi Muhammad s.a.w..


Selain itu katanya, Umno merupakan jenis spesis yang suka tikam kawan daripada belakang.
Menurut beliau, di Kelantan masyarakat Cina terlalu hormat dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana beliau melarang segala kerjasama dengan Umno sehingga menyebabkan Kelantan dapat bertahan selama 10 tahun.


Selain itu beliau berharap unsur fitnah yang sudah mula timbul dalam PAS sesama sendiri akan berakhir selepas diumumkan pimpinan baru dalam Muktamar ini.


Dalam menangani masalah fitnah dalam PAS beliau mengingatkan semua pimpinan supaya meniru cara berfikir dan tindakan Nik Aziz.


Katanya, Nik Aziz merupakan seorang pimpinan dan ulama yang betul-betul ikhlas, jujur tidak ada perasaan dendam dan tidak ramai pimpinan PAS yang mempunyai sikap seperti beliau.


Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah – Wakil Kelantan


“Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.

Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”.

Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”

Ustaz Ahmad Awang – Naib Presiden 3


Anak Bapa: Sayang Muktamar baru-baru ini tak kuburkan terus isu Kerajaan Perpaduan ini kerana kemudiannya menyebabkan ”tiada perpaduan” sesama ahli PAS dan sesama rakan Pakatan Rakyat ...

22 comments:

Anonymous said...

janganlah disalahkan Konsep Kerajaan Perpaduan saranan Presiden.
itu bukan penyebab "tiada perpaduan" sesama ahli PAS.
tetapi sikap ahli mcm andalah yang menjadi penyebab kepada perpecahan. yang tidak memahami hasrat Presiden parti dan tiada kepercayaan kepada presiden sendiri.
senang termakan dengan hasutan golongan-golongan yang tewas.

Anonymous said...

masakan berpecah ahli pas kalau tidak kerana;

1- pertemuan sulit - ustaz nasha (bukan nama sebenar) + Stop A ali (bukan nama sebenar) + Hasan Ali (bukan nama sebenar)
2- usaha nak gabung dengan UMNO - Ustaz Nasha (bukan nama sebenar) + Hasan Ali(bukan nama sebenar)
3- kerajaan perpaduan - haji Hadi (bukan nama sebenar)

hangpa menang saja tak pa.. hangpa menang pastu nak gabung dengan UMNO.. itu yang jadi pecah belah...

bodoh punya perwakilan yang g sokong Nasha...

Pa'chik said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

nak tanya, adakahjelas dan nyata si vincent lim menyokong PAS atau die dalang DAP..Bagi aku, UMNO dan PAS perlu bertolak ansur..jangan duk gila kuasa..ingt r..cina duk mintak kuasa politik skrg..ekonomi and education dah diorng kuasai..so pk la..kita org muda jgn ikutkan hati pk panjang baru la hidup bererti

Pemburu Syahid said...

Salam....

Apa sumbangan Mustapha Ali dalam menarik bukan Islam untuk bersama dengan PAS? Berceramah? Turun padang? Apa sumbangan Tuan Nasaruddin dalam menarik bukan Islam untuk bersama dengan PAS? Berceramah? Turun padang? Sekadar melemparkan senyum? Atau apa? Jawablah soalan soalan ini dengan jujur. Kami ahli bawahan yang berada di lapangan inilah yang meleleh peluh memikirkan bagaimana untuk berhadapan dengan sahabat sahabat bukan islam dan menarik mereka mendekati PAS. Bukannya kamu wahai Mustapha. Bukannya kamu wahai Nasaruddin. Kami !!

Anda hanya tahu menyebutkan - "KINI BUKAN ISLAM TELAH BERSAMA SAMA DENGAN KITA DAN MEREKA TELAH MEMBERIKAN KEPERCAYAAN KEPADA KITA UNTUK MEWAKILI MEREKA". Memang benar tetapi sedarkah kamu bahawa kami ahli bawahan di lapangan inilah yang bekerja untuk menghasilkan kejayaan itu.

Kami telah berjaya mewujudkan suasana kekeluargaan dengan sahabat sahabat bukan Islam. Kenapa kamu ingin menghancurkannya? Adakah status "PIMPINAN" yang kamu miliki itu membuatkan kamu boleh memutuskan apa sahaja untuk jemaah ini?

Wahai Mustapha, wahai Nasaruddin, wahai TG Hj Hadi, jemaah ini bukanlah milik eksklusif sesiapa sama ada ulama, profesional, penarik beca, petani, nelayan, penoreh getah mahupun anak muda seperti kami. Jemaah ini adalah milik sesiapa juga yang mahu menunaikan tanggungjawab jihad yang difardhukan oleh Allah swt menerusi petunjuk Rasulullah saw.

Janganlah memperbodohkan kami. Syurga itu bukan dikhususkan untuk ulama sahaja dan neraka itu pula bukanlah dikhususkan untuk golongan bukan ulama.

Lebih mulia untuk bekerjasama dengan sahabat sahabat bukan Islam yang mahu memahami Islam daripada bekerjasama dengan UMNGOK yang nyata sekali telah mengkhianati Islam berulang kali.

Baca lanjut di www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

abu said...

kesian kat anak bapa.
usaha jahat beliau dgn khalid samad utk menukar PJ selangor gagal.
terkulat-kulat la sikhalid kempunan nak jadi PJ Selangor.

si anak bapa ni pula teringin nak jadi apa? TPJ? ha.ha.

dengar kata anak bapa marah sangat si hasan ali sebab hasan ali pecat dia dari jawatan Pegawai Khas Exco.
kesian...

tu la..lain kali jgn jadi duri dlm daging atau musuh dalam selimut

yes said...

Apa apa pun, bersahabat dengan UMNO jawabnya NO. Tak perlu bermusuh tetapi carilah sahabat yang lebih berakhlak.

Fia_rindui said...

Salam...Ust Nasa n geng BONEKA UMNO,terang terang membelakangkan TGNA,kata kenyataannya bukan dari PAS..HAVE TO DO SOMETHING..situasi makin parah.

antara 2 nasa said...

Anak bapa, benarkah saudara telah dipecat drp jawatan Pegawai Khas Exco kepada Dr. Hassan Ali? Bila? dan kenapa? Saya amat kenali akan kejujuran saudara dalam membantu ahli jemaah semasa menjalankan tugas2 PA Exco. Saya amat khuatir apa akan berlaku selepas ini selepas ketiadaan saudara apatah lagi beberapa kerat pimpinan tertinggi kita telah menjadi BONEKA UMNO!

Anonymous said...

Untuk makluman saya masih lagi Pegawai Khas Dato' Hasan Ali. Surat pelantikan masih ada sementara surat penamatan tugas tak ada. Maknanya saya sah lagi Pegawai Khas. Tapi kalau Abu tu berminat bolehlah datang ambik jawatan tu. Tapi perlu diingat satu sen pun tak ada gaji. Kena kerja untuk Allah dan Rasul saja ......

Anak Bapa

kia71 said...

salam.

maaf...saya dah x percaya pada hasan ali...semangat melayunya melebihi semangat islam....pas for all tiada dlm dirinya...sy org sg besar...sy akan ikuti perkembanga hasan ali dan kuncu kuncunya yg telah jelas menjadi boneka UMNO.

angah said...

salam anak bapa...

berkerjasama dengan umno ibarat melepaskan anjing yg tersepet.. amat berbahaya..mengapa boneka2 umno nie nak sanggat dengan kerajaan perpaduan? selama ini siapa yg menindas pas dan keseluruhan rakyat kelantan? 10 tahun lepas...mengapa tiada usul kerajaan perpaduan?
5 tahun lepas di mana boneka umno mencadangkan kerajaan perpaduan?

sebenarnya saya sedih apabila boneka2 umno di dalam PAS yg beriya2 nak menubuhkan kerajaan perpaduan dengan umno..sedangkan rakyat semakin menhampiri kita...

berhentilah berbicara soal kerajaan perpaduan kerana dikhuatiri rakyat juga akan menolak kita....

salam...
say no to kerajaan perpaduan....

perihatin said...

salam anak bapa..

sehat ke..apa perancangan selepas ni setelah gagal jatuhkan dato' hasan ali...???

bila lagi nak paggil YDP2 kawasan nk lobi Khali samad sebagai PJ..??


macam mana dengan strategi cekau konrak anta..owh lupa...saiful sehat ke dia..?? apa khabar alam flora...???

Dr Rani & khalid sehat...?

perihatin said...

oi anak bapa..hang tak nak jerat ustaz mkhyi ka dalam mesorat perhubungan..hahahahaa...!!!!

abu said...

memang la takda gaji jadi peg khas hasan ali tu.

tapi..projek yg ko dah faraid tu taknak disclose ke..

n duit-duit yg sepatutnya utk PAS Sngor yg ko dah salur ke pascad tu taknak citer ke...kena odit tu...

angah said...

salam...

apabila melihat musuh dalm selimut nier berbicara..org yg bergini yg harus di hapuskan di dalam PAS..

buat ABU dan seangkatan..sekrang bukan masa utk jatuhkan sesama kita..mengapa di bawa unsur UMNO didlm PAS..hasad dengki..kenapa?

kalah dalam pertandingan ? tak dapat projek? sejak bila perjuangan PAs berlandaskan projek? sedih bila melihat org2 seperti ABU dan seangkatan cuba menjatuhkan org kerana hasad dengki...agaknya nie lah yg di katakan Tuan guru BONEKA UMNO DIDALAM PAS.....

Anonymous said...

Memang ramai jd boneka umno...org2 yang ikhlas seperti khalid samad dll dikatakan anai2 dan dikatakan nak jadi PJ...hello...khalid samad ni org yang dah lama dalam pas...dah pernah masuk ISA dan tak perlu nak ragui lagi istiqamah beliau..tapi hassan ali...baju pas hati umno...semua yang sokong krjaan perpaduan memang boneka umno..lihatlah tak habih2 berhujah atas konteks melayu cina india...perkauman3...sama dengan umno...hai,taK YAH duduk dalam pas lah kalau nak melayu jer masuk syurga...

Anonymous said...

I wonder has not PAS learned its lesson. I've always thought that PAS is the best party amongst all parties with Muslims in them and of course UMNO being at the lowest rank no correct me being with no ranking at all. PKR also is not totally honourable based on the froggies that like to jump around but with them I can still see the lights flickering at the end of the tunnel, though it might not be high beam bright. And as for UMNO,I would definitely colour the party as totally the Darkestestest true and clear. Between the PKR and UMNO I would anytime choose PKR as partner. UMNO is a gone case, hopeless and slowly rotting so to PAS please...please don't soil your hands touching UMNO hands, aren't we Muslims first than Malay, lets be true Muslim and leave the Munafiq behind, if there are still in UMNO who wants to repent, they can leave UMNO and join PAS.

For the likes of Hasan Ali you should make more noise about the Cow's head and relocation of temple then protecting UMNO sacred cows in SELCAT. If you want so much to be seen together with Melayu in UMNO why not just leave PAS and join them don't soil PAS' virtue record with the Public whom many like me hold PAS with high regard. Be like Ezam at least he has more guts to show his true colour better still why not have a chit chat with Ezam to see whether the blues is greener than green. I myself could clearly see that blue is blue and not green in fact as I said earlier the blue has turned black the darkestestest... black. UMNO is beyond redemption.

Anonymous said...

tok guru nik aziz is my idol too
:-)

he's cool...

others can learn from him. muslim or non-muslim.

4RAKYAT

Anonymous said...

UMNO org Islam. DAP org Islam? Simple quetion that many PAS members being trapped!

Anonymous said...

dato T adalah sebahagian daripada perancangan anuar ibrahim untuk mendapatkan undi simpati masyarakat terhaap kes beliau....kewujudan cerita ini aalah sebagai taktik terakhir beliau untuk menunjukkan bahawa beliau adalah mangsa fitnah semata mata dan dato T ada
Lah sebahagian perancangan jahat BN ...pada hal ianya sebenarnya perancangan PKR sendiri....malah dato T adalah org beliau sendiri....tidak hairan lah apabila org pas mula mengatakan bahawa ramai yg makin bersimpati pada anuar ibrahim dan inilah apa yg beliau mahukan.....jgnlah kita terus terperangkap dgn sandiwara anwar ibrahim untuk mendaoatkan simpati masyarakat dan seterusnya cuba merosakkan imej kerajaan BN yg sudah semakin popular dan mula mendapat keprcayaan rakyat mutakhir ini setelah rakyat melihat kegagalan demi kegagalan kerajaan pakatan rakyat terutamanya PKR dlmmemenuhi janji pilihanraya yg mereka buat tempoh hari....percayalah...DATO T adalah aekadar gimik anuar ibrahim unruk mengocak perasaan rakyat agar kembali bwrsimpati pada beliau....ini lah sebenanya perancangan PKR.....jgn mudah percaya....Memainkan sentimen simpati pada mangsa fitnah dan memburukkan imej kerajaan BN sentiasa menjadi senjata PKR tetapi utk kali ini...senjata beliau akan memakan beliau sendiri....tungguuuuuu

Anonymous said...

DAP pas anggap sebagai mujahid islam sebab tak rasuah...pas lupa yg selama ini tukang bagi rasuah tu cina apek yg berlambak kat market yg bertuhankan duit dan kesenangan....asal tidak susah...asal apa yg dibayar mesti dpt setimpal dgn hasil....asal hak sama rata....kaki komplen sana sini...kiasi kiasu...itulah cina DAP....tak rasuah sebab kuasa belum di tangan...tunggu lah bila lama cket berkuasa....mereka ini kapitalist ...opportunist...dan kaki belit paling hebat didunia ...sabab yahudi adalah guru mereka sama spt singaporean....there is a saying ' the only staright about chinese is only their hair'......so faham faham jer lah...yg lain semua belit...yg lurus hanya rambutnyer....lihat lah sejarah...lihat bagaimana mereka dpt singapore...lihat bagaimana mereka tindas ekonomi org kita....lihat dlm MNCs company yg dikuasai mereka dimana mereka letakkan org kita....yet kita dipanggil org malas dan mcm mcm lagi...ini yg PAS percaya....lu pk la sendiri...pilih DAP bermakna membunuh agama bangsa sendiri....jadi PAs jual agama bangsa demi dendam pada umno sebab gagal dapatkan sokongan muslimin d msia.....pas jadi pak kadok...pas jadi alat utk org kafir dapatkan apa yg mereka tak pernah dapat sebelum ini atas nama keadilan....