Anak Bapa tertarik dengan pandangan peribadi Tok Guru Nik Aziz berhubung cadangan mengadakan syura bagi memilih pimpinan dalam Muktamar Agung PAS tahun hadapan. Walaupun itu adalah suara hati Tok Guru semata dan tidak semesti diikuti kerana ia tidak selaras dengan perlembagaan parti, tetapi ia mengambarkan kebimbangannya yang mendalam tentang isu rebut-merebut jawatan dan sebarang perkara yang boleh memecahbelahkan parti.
Sememangnya PAS sebagai parti Islam perlu menonjolkan Islam sebenar terutama dalam aspek pemilihan pemimpin. Jika kita perangai macam UMNO, atau lebih teruk lagi MIC, lobi-melobi, umpat-mengumpat, fitnah menfitnah, politik wang dan lain-lain yang sewaktu dengan mereka, maka apa hak PAS untuk menuntut amanah kepimpinan negara daripada rakyat?
Saban kali kita melihat kejelekan UMNO dan suku sakat BN dalam bab merebut jawatan sehingga ke peringkat memualkan kerana mereka faham jawatan yang direbut datang dengan pakej “keistimewaan” yang lumayan. Jadi lawan apa cara sekali pun memang berbaloi.
Sehubungan dengan itu, jika kita ikut logik yang sama, maka Anak Bapa yakin kita pun sama dengan puak-puak BN jika buat kerja-kerja jijik kerana nak menang jawatan. Tak kiralah samada cara pengundian ke, cara syura ke, atau apa cara sekali pun. Ini kerana manusia ini jikalau dia nak sangat jawatan maka cara syura sekali pun dia akan lobi ahli jawatankuasa yang membentuk syura ini bagi memenangkan namanya.
Sebenarnya jika Islam itu perjuangan kita maka niat nak jadi pemimpin pun mesti selaras dengan Islam. Pertama, layak ke nak jadi pemimpin? Kedua, setakat mana keikhlasan dalam memikul jawatan yang dihajatkan kelak? Ketiga, bersediakah untuk berkorban lebih banyak dengan jawatan yang diterima (yakni bukan nak jadikan jawatan sebagai hak keistimewaan peribadi)? Dan beberapa persoalan lagi yang perlu jawap sendiri dengan ikhlas! Lepas tu barulah boleh cadang nama atau terima jawatan.
Bukankah kita diajar bahawa jawatan itu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak? Bukankah juga kita diajar untuk menyerahkan amanah (termasuk kepimpinan) kepada ahli (yakni yang mempunyai kelayakan dan kemampuan)? Dan kita juga diajar untuk tidak memberikan jawatan kepada orang-orang yang begitu lahap nak jawatan?
Anak Bapa: Jawatan nak macam-macam tetapi satu habuk tak boleh laksanakan. Buka mata dan lihat sekeliling. Ramai orang macam tu termasuk dalam PAS …….
No comments:
Post a Comment