Sunday, July 3, 2011

Benci Sungguh Pada UMNO


Tiada kata yang dapat mengambarkan rasa benci dan meluat Anak Bapa kepada UMNO. Dan yakinlah bahawa perasaan yang sama dikongsi oleh ramai lagi warga Malaysia di kala ini.

Sememangnya dulu pun dah benci melihat gelagat dan feel pemimpin-pemimpin UMNO ini. Mereka ni buat negara Malaysia macam mak bapa mereka punya. Apa saja yang mereka buat semuanya betul walaupun jelas menyalahi undang-undang dan perlembagaan negara. Pemimpin-pemimpin UMNO semua berada di atas undang-undang. Tak ada mahkamah yang boleh mensabitkan mereka atas apa jua dakwaan.

Harta negara diporak-perandakan, kaut masuk kantung anak bini dan kroni mereka. Subsidi untuk rakyat dipotong-potong kononnya kerana negara begitu terbeban sedangkan subsidi untuk tauke-tauke kawan mereka terus dikekalkan.

Sejak BERSIH mewar-warkan untuk menganjurkan “Walk For Democracy”, wajah buruk UMNO makin terserlah. Ugutan demi ugutan dibuat kepada rakyat yang menyokong reformasi dalam sistem pilihanraya negara. Ramai yang telah ditahan dan ada yang direman berminggu lamanya.

Anak-anak remaja yang berpakaian baju T BERSIH turut ditahan polis. Malah yang pakai baju T kuning biasa pun ada yang ditahan asalkan mereka pimpinan PR. Berita terbaru pula mereka yang pakai baju T BERSIH di bahagian dalam pun turut ditahan.

Pemimpin BERSIH ada yang dicadang ditarik kewarganegaraan, diambil tindakan di bawah ISA dan EO (buang daerah). Dan yang terbaru BERSIH diharamkan oleh Hishamuddin Keris atas alasan pertubuhan tidak berdaftar. Entah apa lagi dia orang nak buat Allah saja yang tahu …….

Ceritanya nak minta supaya dibuat perubahan supaya pilihanraya negara kita lebih adil dan telus. Itu saja. BODOH sangat ke UMNO ni! Kenapa takut dengan pilihanraya yang bersih kecuali kau nak main kotor.

Jika SPR (baca UMNO) prihatin kepada tuntutan BERSIH sejak 2007, tentulah keadaan tidak jadi bercelaru macam hari ini. Tuntutan yang dibuat itu pun bukanlah tak masuk akal, semuanya mengikut piawaian sistem pilihanraya negara demokratik lain termasuk seperti negara jiran kita Indonesia.

Jika pemimpin UMNO cerdik, dia orang patut panggil BERSIH dan bincang elok-elok siap dengan jadual bila tuntutan mereka dapat dilaksanakan. Itu saja, selesai masaalah.

Ini tak! Digertak, diugut dan diperlakukan macam kita ni budak bodoh. Tak cukup dengan segala media digunakan untuk mencerca BERSIH, diguna pula segala pertubuhan rasis, dan guru silat untuk mengesahkan dakwaan mereka. Cara mereka ini sebiji macam diktator Arab buat pada rakyat mereka. Soalan Anak Bapa, takut sangat kenapa? Dah dok rasa nyawa politik UMNO di hujung tanduk ke?

Anak Bapa: Bye-bye UMNO dan BN ……….

4 comments:

Anonymous said...

Ayuh tuan kita tinggalkan sistem demokrasi warisan penjajah. Persetankan parti politik! Tidak cukupkah setengah abad kita ditipu, bukan oleh UMNO tetspi oleh sistem tajaan yahudi.

Buka youtube dan dengarkan hujah para cendikiawan Islam luar negara, jangan jadi katak bawah tempurung. Sebenarnya dunia ini lebih dari sekadar negeri dan negara Malaysia sahaja!

Mereka mengharamkan pilihanraya, mengharamkan demokrasi sebab ianya sekular, ianya syirik! Jadi, mari kita menjadi seperti pemuda Al Kahfi, jauhkan dari kerajaan syirik ini dan hiduplah sekadarnya sehingga ketibaan Imam Mahadi, insya'allah. Tinggalkan sistem durjana ini sekarang!

Anonymous said...

Anak Bapa,
Pilihanraya yang lebih baik memang digalakkan.

Cuma, demonstrasi jalanan itu tidak perlu. Bukannya BERSIH tidak boleh mengatur perjumpaan dengan YDP Agong tanpa demonstrasi.

Apakah perlu serahan memorandum memerlukan demonstrasi?

~ OnDaStreet

andi said...

heran ah aku kat anak bapak ni, tuntutan sejak 2007 berapa kali bersih hantar memo kepada spr? berapa kali bersih hantar wakil untuk berbincang? berapa kali bersih hantar kertas cadangan untuk menyelesaikan tuntutan yang bersih buat?

MENYALAK JER BOLEH LAH, KALAU BERANI LEPAS BAGI MEMO TU BAGILAH KERTAS CADANGAN UNTUK PENYELESAIAN PULAK BUKAN BUAT HURU HARA

jika pebangkang cerdik sangat kenapa tak bertanya, berbincang pasal tuntutan meraka?


ini tak sibuk nak buat rally kononnya tak serah memo kepada sultan tapi bila dah jumpa tak bagi pulak memo kepada sultan.

anak bapak kalau nak bandingkan demokrasi indon ngan malaysia- adakah anak bapak maksudkan membuat rusuhan di indon adalah merupakan salah satu perkerjaan yang sangat halal?

janganlah hitamkan hati tu semata2 kebencian.

selangor kelantan penang dibawah siapa? majoriti kemenangan dulu dan sekarang berapa beza nya?

janganlah berdalik lebih2

NajibmustGo said...

Nak basmi kemiskinan tak cukup 1 atau 2 billion.

Melayu dah fedup tenguk senarai Forbes 100 terkaya di Malaysia dipenuhi dengan Cina dan India Kristian.

Lim Goh Tong 40 billion
Ananda 40 billion
YTL 10 billion

Apa bendenya Najib.

Kenapa UMNO biarkan Cina, India dan Kristian menjadi kaya raya sampai mencapai tahap kelucahan melampau.

2 billion bahagi 10 million berapa ringgit sorang?

UMNO patut adakan undang2 had kekayaan yang boleh dipunyai oleh orang2 Cina dan India. Tak lebih dari 500 juta sorang.

Ini tidak bila nak pilihanraya baru nak basmi kemiskinan.

Kemiskinan tak boleh dibasmi. Kita nak perkongsian kekayaan minyak, oil palm, getah, frekeunsi radio, air, dan tanah Melayu bersama.

Bukan hanya kroni pemimpin Mahathri a/l Mohamed atau Dollah Badawi atau adik Najib saja rompak PNB.

Terbaru Sime Darby dirompak lagi oleh Bakkee dan Cina Singapura sampai 1 billion beli E&O.

Apahal PNB senang benar Sime Darby bagi duit pada Cina2.

Najib must go. Malay leaders must be chosen on merits not on past father connections.