Sunday, June 10, 2012

Menteri Pengajian Tinggi Yang Macam Orang Tak Mengaji



Jikalau pemimpin UMNO menjadi menteri di negara yang betul-betul mengamalkan demokrasi sudah pasti ramai yang dah tersungkur. Apa tidaknya, harta rakyat dan negara dibuat macam harta mak bapa mereka.

Terbaru, Menteri Pengajian Tinggi, Khalid Nordin disokong oleh Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yasin (juga Timbalan Perdana Menteri) telah membekukan pinjaman PTPTN kepada siswa Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) atas alasan ingin “memberi peluang” kerajaan PR Selangor melaksanakan dasar pendidikan percuma yang mereka war-warkan.

Walaupun pembekuan ini ditarik balik balik selepas 2 hari, ia tidak mengubah hakikat bahawa betapa kerepotnya pemikiran pemimpin UMNO. Pertamanya, cara mereka mentadbir hak rakyat dan hak negara dibuat ikut sedap hati mereka sahaja tanpa memikirkan konsekuensinya.

Sebelum mereka laksanakan sesuatu keputusan pernah tak mereka fikir logiknya terlebih dahulu. UNISEL dan KUIS bukan institusi pendidikan untuk rakyat Selangor sahaja. Rakyat seluruh negara datang untuk belajar di situ.

Dan jikapun rakyat Selangor sahaja yang belajar di situ, adakah mereka tidak berhak mendapatkan sebarang kemudahan negara yang ditawarkan kepada rakyat negeri lain. Sejak bila kita mengamalkan dasar diskriminasi kepada negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia.

Samada Selangor memberikan kemudahan pendidikan percuma atau tidak itu soal lain kerana tanggungjawab pendidikan rakyat tetap terpikul di bahu kerajaan persekutuan. Adakah menteri-menteri ini tidak faham apa yang dimaksudkan dengan konsep federalisme yang diamalkan di negara ini. Atau perlukah mereka “disekolahkan” dahulu sebelum dilantik menjadi menteri?

Jangan dek dendam kesumat kepada dasar pendidikan PR menjadikan mata kamu buta dan hati kamu mati. PR menjanjikan dasar ini dilaksanakan jika diberi amanah memerintah Malaysia kelak sesuai dengan tanggungjawabnya seperti yang termaktub di dalam perlembagaan negara.

Tetapi jika menteri UMNO masih juga nak kerajaan Selangor tadbir sendiri pendidikan rakyatnya, kita boleh setuju tetapi syaratnya segala cukai yang disumbangkan oleh rakyat dan komuniti perniagaan Selangor yang berjumlah RM 16 billion setahun wajar diserahkan kepada kerajaan Selangor. Jika setuju kita boleh bincang, sebab kini Selangor hanya dapat balik RM 400 juta lebih sikit daripada jumlah di atas daripada kerajaan persekutuan untuk kegunaan membaiki jalan dan longkang.

Hakikatnya kaedah “tak ada otak” yang diamalkan oleh pemimpin UMNO untuk sekian lama banyak mencalar kewibawaan mereka. Malah kita dah sampai ke satu peringkat di mana rakyat boleh bertanya tahap kewarasan otak pemimpin UMNO!

Sedarkah mereka bahawa tindakan politik dendam sebegini akan merugikan mereka sendiri atau mungkin mereka sengaja buat begitu dengan tujuan mensabotaj Najib? Sabotaj yang sama telah dilakukan oleh geng Muhyiddin terhadap Najib dengan tindakan mengasari peserta himpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini sedangkan geng Najib terlebih awal telah memberi jaminan bahawa himpuan BERSIH 3.0 tidak mengugat keselamatan negara?

Anak Bapa: Apabila MB Selangor cadang sedia dana RM 30 juta untuk bantu siswa yang dipinggirkan kemudahan PTPTN, pemimpin UMNO terus kecut t****. Segala ludah dan kahak yang mereka dah luahkan terpaksa dijilat balik! 

No comments: