Sunday, June 10, 2012

Menteri Pengajian Tinggi Yang Macam Orang Tak Mengaji



Jikalau pemimpin UMNO menjadi menteri di negara yang betul-betul mengamalkan demokrasi sudah pasti ramai yang dah tersungkur. Apa tidaknya, harta rakyat dan negara dibuat macam harta mak bapa mereka.

Terbaru, Menteri Pengajian Tinggi, Khalid Nordin disokong oleh Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yasin (juga Timbalan Perdana Menteri) telah membekukan pinjaman PTPTN kepada siswa Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) atas alasan ingin “memberi peluang” kerajaan PR Selangor melaksanakan dasar pendidikan percuma yang mereka war-warkan.

Walaupun pembekuan ini ditarik balik balik selepas 2 hari, ia tidak mengubah hakikat bahawa betapa kerepotnya pemikiran pemimpin UMNO. Pertamanya, cara mereka mentadbir hak rakyat dan hak negara dibuat ikut sedap hati mereka sahaja tanpa memikirkan konsekuensinya.

Sebelum mereka laksanakan sesuatu keputusan pernah tak mereka fikir logiknya terlebih dahulu. UNISEL dan KUIS bukan institusi pendidikan untuk rakyat Selangor sahaja. Rakyat seluruh negara datang untuk belajar di situ.

Dan jikapun rakyat Selangor sahaja yang belajar di situ, adakah mereka tidak berhak mendapatkan sebarang kemudahan negara yang ditawarkan kepada rakyat negeri lain. Sejak bila kita mengamalkan dasar diskriminasi kepada negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia.

Samada Selangor memberikan kemudahan pendidikan percuma atau tidak itu soal lain kerana tanggungjawab pendidikan rakyat tetap terpikul di bahu kerajaan persekutuan. Adakah menteri-menteri ini tidak faham apa yang dimaksudkan dengan konsep federalisme yang diamalkan di negara ini. Atau perlukah mereka “disekolahkan” dahulu sebelum dilantik menjadi menteri?

Jangan dek dendam kesumat kepada dasar pendidikan PR menjadikan mata kamu buta dan hati kamu mati. PR menjanjikan dasar ini dilaksanakan jika diberi amanah memerintah Malaysia kelak sesuai dengan tanggungjawabnya seperti yang termaktub di dalam perlembagaan negara.

Tetapi jika menteri UMNO masih juga nak kerajaan Selangor tadbir sendiri pendidikan rakyatnya, kita boleh setuju tetapi syaratnya segala cukai yang disumbangkan oleh rakyat dan komuniti perniagaan Selangor yang berjumlah RM 16 billion setahun wajar diserahkan kepada kerajaan Selangor. Jika setuju kita boleh bincang, sebab kini Selangor hanya dapat balik RM 400 juta lebih sikit daripada jumlah di atas daripada kerajaan persekutuan untuk kegunaan membaiki jalan dan longkang.

Hakikatnya kaedah “tak ada otak” yang diamalkan oleh pemimpin UMNO untuk sekian lama banyak mencalar kewibawaan mereka. Malah kita dah sampai ke satu peringkat di mana rakyat boleh bertanya tahap kewarasan otak pemimpin UMNO!

Sedarkah mereka bahawa tindakan politik dendam sebegini akan merugikan mereka sendiri atau mungkin mereka sengaja buat begitu dengan tujuan mensabotaj Najib? Sabotaj yang sama telah dilakukan oleh geng Muhyiddin terhadap Najib dengan tindakan mengasari peserta himpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini sedangkan geng Najib terlebih awal telah memberi jaminan bahawa himpuan BERSIH 3.0 tidak mengugat keselamatan negara?

Anak Bapa: Apabila MB Selangor cadang sedia dana RM 30 juta untuk bantu siswa yang dipinggirkan kemudahan PTPTN, pemimpin UMNO terus kecut t****. Segala ludah dan kahak yang mereka dah luahkan terpaksa dijilat balik! 

Wednesday, May 9, 2012

Bila Kepala Perompak Negara Bercakap ...........



Tersebutlah al kisah di negeri Antah Berantah tentang pemerintahan Maharaja Perompak yang terkenal di seantero dunia dengan kezaliman dan kekorupannya. Maharaja in tak ada kerja lain setiap hari melainkan berfikir cara bagaimana nak memperkayakan dirinya dan kroni, menfitnah dan menzalimi sesiapa yang menentangnya dan menipu rakyat supaya terus menyokongnya. Konspirasi kegemarannya ialah menfitnah pembangkang dengan skandal seks dan liwat.  

Maharaja ini tidak bertindak sendirian dalam semua kerja-kerja kotornya. Dia telah melantik Ketua Perompak Negara (KPN) silih berganti bagi mengetuai gerakan memuaskan nafsu syahwatnya.

Perompak-perompak yang duduk di bawah KPN akan melakukan apa saja tugas yang diarahkannya dan akan menjadi sewel apabila loceng berbunyi. Warna kebencian mereka ialah kuning. Walaupun di waktu santai mereka akan kelihatan macam membantu rakyat tetapi hakikatnya mereka ini pecacai atau anjing kepada Maharaja dan akan bertindak gila apabila menerima arahan KPN. Kegemaran mereka atau SOP ialah menendang, memukul dan menangkap rakyat yang tidak bersalah.

KPN-KPN ini melenting tak tentu pasal kebelakangan ini. Menurut cerita, bekas KPN yang seorang ini kini diberi tugas penting membantu industri judi negara, hasil yang Maharaja perlukan untuk memenangi pilihanraya. Seorang lagi bekas KPN ini pernah disabitkan dengan hukuman penjara dan denda kerana memukul separuh mati ketua pembangkang sewaktu ketua pembangkang di gari kedua belah tangan dan dan ditutup mata di pejabatnya.

Bekas KPN lagi satu ini pula pernah dituduh oleh pegawai kanannya terbabit dengan usaha melindungi Kepala Mafia. Walaupun dinafikan si KPN ini tetapi bukti cukup terang lagi jelas kaitan Kepala Mafia ini dengannya.

Anak Bapa sebenarnya tak hairan dengan komen KPN-KPN ini dan rakan-rakan yang sewaktu dengan mereka. Kini apabila rakyat bangun mendesak supaya pilihanraya dibuat secara adil dan bersih maka seluruuuuuuuuh puak-puak perompak ini jadi kecut perut. Mereka tahu jikalau pembangkang menang maka nasib mereka akan terkubur bersama-sama dengan Maharaja Perompak. Orang putih kata mereka kena “swim or sink” bersama, hidup mati bersama, jatuh bangun bersama, berat sama dipikul ringan sama dijingjing, “I love you, you love me”.

Anak Bapa: Sekilas ikan di air ……… Gua tolong lu, lu tolonglah gua, kau tim ma! 

Tuesday, May 1, 2012

Polis Malaysia Memang Dajal


Tak usah nak beri alasan itu, alasan ini. Sememangnya polis Malaysia ini memang makhluk dajal. Apa tak dajalnya. Orang ramai datang nak minta kerajaan zalim BN supaya BERSIHkan pilihanraya supaya negara lebih demokratik dan adil, kenapa kau orang tembak gas pemedih mata, sembur air beracun, sepak, terajang dan tangkap orang ramai.

Apa orang ramai buat pada kau orang. Gaji kau orang pun rakyat yang bayar lepas tu kau orang buat kurang ajar kepada rakyat. Patutlah puak-puak polis ini kebanyakkan hidup macam orang sial kerana cari makan buat cara sial.

Ikut segala cakap geng-geng zionis pimpinan UMNO, suruh tendang rakyat kau orang tendang, suruh sepak rakyat kau orang sepak. Suruh makan tahi pimpinan UMNO pun pasti kau orang akan makan.

Menyamar macam rakyat, pakai baju kuning lepas buat buat kerja kotor supaya orang ramai akan kata peserta BERSIH buat huru-hara. Kami ada cukup bukti kerja kotor kau orang. Sejak 1998 kau orang dok sabotaj demonstrasi aman rakyat. Kita tak lupa insiden bakar motor dekat Masjid Kg. Baru, peristiwa di Hospital Tung Shen, dan lain-lain lagi. Semua ini angkara polis yang menyamar macam peserta demonstrasi. Kaedah ini dah lapuk bang!

Puak polis ini tidak peduli rakyat sengsara atau tidak, bagi mereka asalkan tuan mereka beri sesuap nasi, mereka cukup gembira. Mereka ingat kerja mereka ini akan tinggal di dunia sahaja. Anak Bapa doakan semoga Allah swt hina puak-puak ini di dunia dan akhirat. Hati mereka gelap sebab itu perangai macam dajal.





Anak Bapa: Tidak ada rasa hormat kepada polis Malaysia dulu, kini dan selamanya ………

Monday, April 9, 2012

Hukum Pengkhianat Negara



Pendedahan oleh Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS berhubung skandal pemberian Mykad biru kepada warga asing bagi tujuan pendaftaran sebagai pengundi di negara ini memanglah mengejutkan walaupun tidaklah di tahap amat mengejutkan.

Ini kerana cerita serupa ini pernah kita dengar terdahulu berlaku di Sabah dan Terengganu. Dikatakan bahawa apabila BN tewas pada Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 80an dahulu (ketika itu PBS adalah parti pembangkang) maka UMNO melalui jawatankuasa khas telah melaksanakan projek pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang Filipina bagi tujuan pendaftaran sebagai pengundi, menyebabkan kekalahan PBS dalam pilihanraya umum berikutnya.

Begitu juga apa yang berlaku di Terengganu pada tahun 1999 sebaik saja BN tewas kepada PAS. Mereka memulakan projek yang serupa dan projek pemindahan pengundi luar Terengganu ke Terengganu menyebabkan kekalahan PAS dalam pilihanraya 2004. Apa yang menarik ialah kehadiran pengundi yang ramai di dalam pilihanraya umum 2004 di Terengganu yang melebihi 85%, sesuatu yang sukar dicapai di mana-mana negara demokratik di dunia.

Semua ini menimbulkan syak wasangka berhubung daftar pemilih yang ada hari ini. Apabila Najib berkata bahawa BN akan rampas balik Selangor dengan apa cara sekali pun, kita bimbang salah satu cara yang beliau maksudkan ialah dengan menipu dan memanipulasi daftar pemilih.

Ini terbukti apabila kajian dan analisa BERSIH dan PAS mendapati pelbagai data yang meragukan termasuk peningkatan pengundi baru berkod 71 yakni warganegara yang lahir di luar negara yang amat tinggi. Malah SPR mengakui terdapat 42,000 pengundi yang Mykad mereka tidak terdapat dalam pangkalan maklumat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dan pelbagai lagi jenis keraguan yang terkandung dalam daftar pemilih yang ada.

Justeru itu apabila Dato' Mahfuz membuat dakwaan di atas yang melibatkan pegawai khas Najib dan pegawai kanan kerajaan di Majlis Keselamatan Negara, SPR dan JPN maka sudah tentu ia adalah amat serius. Jika benar perbuatan me
reka ini, yang kita yakin dibuat dengan restu pimpinan UMNO demi kelangsungan kuasa politik mereka, maka ia adalah satu bentuk pengkhianatan yang besar kepada negara dan dengan itu tidak boleh dibiarkan berlalu tanpa tindakan dan hukuman.

Perbuatan membawa masuk orang asing dalam menentukan kuasa pemerintahan negara ini adalah satu bentuk pelanggaran demokrasi y
ang serius dan dalam masa yang sama akan mengancam keselamatan negara. Sikap acuh tak acuh pimpinan UMNO berhubung isu ini meyakinkan kita bahawa ada kebenaran pada dakwaan ini.

Suruhanjaya Di Raja perlu dibentuk segera untuk menyiasat dakwaan skandal ini dan integriti daftar pemilih yang ada. Selagi aspek ini tidak ditanggani dengan betul, pilihanraya umum tidak wajar di adakan. UMNO dan BN yang semaki
n tidak relevan akan menggunakan apa saja kaedah untuk terus kekal berkuasa. Manipulasi dan penipuan dalam pilihanraya adalah sebahagian daripada strategi kemenangan mereka.




Anak Bapa: Kita protes, kita bantah, kita lawan. Jumpa di Dataran Merdeka 28 April kelak!

Wednesday, April 4, 2012

Selangor Milik Pakatan Rakyat




Kenapa rakyat Selangor perlu "serahkan" Selangor kembali kepada UMNO dan BN? Selepas segala penyelewengan dan salahlaku pimpinan mereka selama ini tiada sebab rakyat perlu terus memberi mandat kepada mereka. Pelbagai nikmat rakyat Selangor rasai sejak Pakatan Rakyat mentadbir Selangor. InsyAllah Anak Bapa yakin lebih banyak manfaat akan diperolehi rakyat Selangor jika mandat kerajaan Pakatan Rakyat disambung dalam pilihanraya umum akan datang.

Mari kita beramai-ramai hadir ke program di atas. UMNO dan BN perlu dinyahkan daripada persada kuasa, bukan saja di Selangor tetapi juga di Putrajaya!