Friday, September 28, 2007

Satu Untuk Aku, Satu Untuk Engkau .....

Kemelut yang melanda negara akhir-akhir ini membuat kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang berada di dalam benak fikiran pemimpin-pemimpin negara.

Selepas mereka mewarisi legasi rasuah dan korupsi bernilai ribuan juta ringgit banyaknya sejak zaman berzaman lagi, mereka tidak serik untuk terus melakukannya malah dengan angka yang lebih besar! Jikalau di zaman Tun Mahathir kita biasa mendengar skandal rasuah me
libatkan jumlah jutaan atau puluhan juta ringgit, kini kita sudah mula berjinak dengan angka rasuah ratusan malah ribuan juta ringgit pula. Jikalau dulu kaum keluarga pemimpin buat “bisnes” cara diam-diam, kini mereka begitu berani isytihar secara terang-terangan. Saya tertarik dengan komen Tunku Aziz Ibrahim, Presiden Integrity Institute of Malaysia semalam apabila membicarakan tentang isu rasuah di Malaysia. Kata beliau, “….. jika dulu apabila kita membicarakan rasuah, kita akan merujuk kepada Filipina dan Indonesia sebagai contoh bentuk rasuah yang telah berakar umbi (systemic corruption). Tetapi kini Malaysia pun dah setanding dengan mereka di dalam aspek rasuah tegar dan kita boleh menang tanpa perlu susah payah bersaing …..”. Skandal pembelian kapal selam Scopene, pesawat pejuang Sukhoi, projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFTZ), dan sebagainya mengesahkan pandangan beliau dan juga pandangan kita betapa berleluasanya budaya rasuah di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Saya berpandangan bahawa pemimpin-pemimpin BN ini tidak mungkin berjaya melakukan kerja-kerja terkutuk ini berseorangan. Mereka memerlukan teman seperjuangan (accomplice) atau kroni untuk menjayakan agenda mereka. Malah mengikut pengamatan saya, berani saya katakan bahawa di peringkat sesama parti komponen pun mereka dah mengatur “harta rampasan” masing-masing. Ini penting supaya semua dapat habuan masing-masing dan jikalau berlaku apa-apa skandal maka mereka akan “cover” satu sama lain. Itu sebab kenapa apabila ada pertuduhan ke atas mana-mana pemimpin BN, maka pemimpin BN dari parti komponen yang lain akan cepat-cepat melindunginya atau menutup mulut masing-masing. Dan jika ada pemimpin bawahan yang cuba mengungkit-ungkit tentang mana-mana skandal yang melibatkan pemimpin atasan mereka, maka dengan sepantas kilat dia akan “didiamkan”. Tengok saja kes Samy Vellu berhubung projek MRR2 dan siling bocor. Membisu seribu bahasa pemimpin BN lain walaupun kes ini cukup terang dan nyata. Dan tentang isu PKFTZ ini pun semuanya senyap sunyi kecuali sedikit ngomelan daripada Shahril Samad. Saya yakin dia pun akan “didiamkan” tidak lama lagi. Perkongsian sulit atau kolusi (collution) pemerintah hari ini tidak terhad sesama parti komponen BN tetapi lebih serius lagi, juga melibatkan pegawai kerajaan dan golongan korporat.

Apabila skandal Lingamgate (yakni pendedahan pita video VK Lingam) terburai di hadapan mata rakyat, kecurigaan kita selama ini berhubung kolusi antara pemimpin BN, pegawai kerajaan da
n golongan korporat bertukar menjadi kenyataan. Kita memang dah bertahun mengesyaki bahawa pemimpin BN sentiasa bekerjasama dan lindung melindungi sesama mereka di dalam melakukan kerja-kerja kotor ini. Pihak korporat akan membuat cadangan projek-projek mega atau tawaran bisnes (business deal) yang menarik dengan janji “bahagian” yang lumayan kepada pemimpin BN dan pegawai-pegawai kerajaan bagi meluluskannya. Di dalam proses perlaksanaan projek atau “business deal” tersebut, acapkali akan berlaku pertembungan atau perlanggaran peraturan atau undang-undang (kerja-kerja jahat memang tak mengikut peraturan pun!). Apabila keadaan ini timbul, maka pihak keselamatan, peguam negara dan hakim akan dikerah untuk mempastikan semua berjalan lancar (demi untuk negara!). Lihat saja isu Air Molek, perbicaraan Anwar, skandal Zakaria Deros dan banyak lagi skandal-skandal lain. Itu sebab mengapa pemimpin yang ada akan sentiasa mempastikan pegawai-pegawai kerajaan dan kehakiman terdiri daripada balaci-balaci mereka. Dan memang tidak memeranjatkan apabila Lingam, selaku orang kanan Vincent Tan (korporat) bersekongkol dengan Tengku Adnan (pemimpin BN) dalam menyusun hakin-hakim “mereka” di peringkat tertinggi manakala hakim-hakim yang tidak rela “dilacurkan” oleh UMNO akan diketepikan.

Saya bersetuju dengan Majlis Peguam bahawa klip video ini merupakan bukti “smoking gun” betapa anggapan kita selama ni berhubung kehancuran sistem kehakiman negara yan
g bermula sejak pemecatan Tun Salleh Abas benar-benar berlaku dan akan terus membarah jikalau sesuatu tindakan yang drastik tidak diambil. Sebarang usaha “melepas batuk di tangga” (seperti alasan dangkal dan tidak berotak Nazri Aziz) tidak akan mampu menyekat kehancurannya dan saya secara peribadi berkeyakinan hanya dengan menghancurkan UMNO/BN saja baru kita akan dapat melaksanakan pembaharuan di negara kita ini. Ini pandangan saya sejak tamat belajar pada tahun 1984 dan akan terus menjadi pandangan saya sampai bila-bila.

Anak Bapa: Perumpamaan orang yang nak baiki UMNO ni macam cerita nak baiki kereta buruk yang dah berkarat. Kalau disental sekuat mana pun kereta tu tak akan berkilat malah silap-silap berderai hancur karat besi. Kalau nak diketuk atau tampal badan kereta dengan besi baru pun rasanya tak mungkin berjaya kerana tak tertampung oleh karat. Jadi pilihan yang ada ialah samada jual kat besi buruk RM1.20 sekilo atau tolak ke dalam laut buat tukun ikan!

Wednesday, September 26, 2007

Our Lawyers In Action At Putrajaya

Photos of Our Lawyers' March From the Palace of "In"Justice to Pak Lah's Office on Wednesday September 26, 2007 to Submit a Memorandum Regarding VK Lingam's Video Clip




Calm before the storm.....



From the distance, the real storm is really brewing.....


The arrival of the messengers of justice.....

"They" are equally as busy.....


Understood to be one of the biggest gatherings by our lawyers..... kudos.....


The sky is sharing our mourns and glooms.....

The usual pleasant reception..... but no live bullets this time.....


The first step in the Walk For Justice..... with many more to come.....

Ultimately, Justice must prevail.....




Tuesday, September 25, 2007

Kewibawaan Seorang Presiden

Ketibaan Presiden Iran, Ahmadenejad di Amerika dua hari lepas menjadi begitu kontroversial walaupun beliau bukan ke sana untuk melawat bumi Uncle Sam tersebut. Hal ini tidaklah menghairankan kerana Ahmadenejad adalah satu-satunya pemimpin dunia yang mampu dan berani berdepan dengan satu-satunya kuasa besar dunia yang tinggal. Kehebatannya berpidato dan berhujah menambah lagi nilai berita (news worthiness) pemimpin ini dan meletakkannya sebaris dengan Bush di muka depan akhbar-akhbar utama dunia.

Sebaik saja telah disahkan bahawa Presiden Iran itu akan ke New York untuk berucap di PBB, maka beberapa institusi di Amerika berebut-rebut untuk menjemputnya sebagai tetamu mereka. Keghairahan mereka menjemput Ahmadenejad ini sedia kita fahami dan tentulah bukan kerana Presiden Iran ini seorang yang sangat dikasihi dan dirindui rakyat Amerika. Minat mereka yang mendalam terhadap Presiden Iran ini adalah lebih kepada “keceluparan” mulutnya di dalam mengkritik dasar-dasar Amerika dan Israel. Institusi-institusi ini berpandangan bahawa ini peluang terbaik mereka untuk “meratah dan melanyak” Ahmadenejad habis-habisan secara langsung di hadapan khalayak ramai. Tetapi kadangkala perancangan manusia ini banyak kecacatannya. Niat awal mereka untuk memburuk-burukkan Ahmadenejad telah bertukar menjadi sebaliknya hasil daripada ketokohan dan kewibawaan Presiden Iran ini di dalam berinteraksi dengan mereka.

Majlis pertama Ahmadenejad ialah siaran langsung “videoconferencing” anjuran National Press Club of America (NPC) berpusat di Washington DC. Presiden NPC, Jerry Zremski menggunakan sepenuhnya sesi soal jawab untuk mengemukakan soalan-soalan yang sukar dan “brutal” kepada Ahmadenejad. Walaupun kita sedia maklum dengan jawapan Presiden Iran ini, tetapi cara beliau menjawab dan mengawal diri ketika diasak-asak bertubi-tubi oleh penganjur membayangkan kehebatan dan keistimewaan insan bernama Ahmadenejad ini.

Ketika di satu lagi majlis ucapan dan bersoal jawab dengan siswa Universiti Columbia di New York, sekali lagi Ahmadenejad mempamerkan “statesmanship’nya yang unggul. Pada permulaan majlis tersebut, Presiden Universiti Columbia Lee Bollinger telah menggunakan ucapan al
u-aluannya untuk menghina Ahmadenejad. Kata-kata seperti “diktator yang kejam”, “mengarut” dan “gemar membuat provokasi atau sememangnya tidak berpendidikan” telah dilemparkan kepada Ahmadenejad di hadapan khalayak ramai. Presiden Iran yang berucap selepas ucapan Bollinger, dengan tenang, membidas Presiden Universiti berkenaan dengan menyebut bahawa budaya masyarakat negaranya melayan tetamu dengan hormat dan sopan santun dan menasihatkan Bollinger supaya tidak terpengaruh dengan fitnah akhbar dan pemimpin politik mereka mengenai dirinya.

Jika kita lihat dengan teliti insiden ini, impaknya bagaikan satu pukulan maut kepada Amerika. Bayangkan sebuah negara yang mengaku begitu bertamadun memperlakukan tetamu jemputan mereka sebegitu rupa, dan di hadapan khalayak ramai! Sikap Bollinger ini telah dikritik dengan hebat oleh pengulas-pengulas politik Amerika dan juga rakyat Amerika sendiri. Melalui media dan laman web mereka bersependapat sikap sebegini akan memburukkan lagi reputasi Amerika dan menaikkan imej Ahmadenejad di mata dunia.

Isu Israel dan peristiwa “holocaust” menjadi tajuk utama persoalan. Presiden Iran dengan tenang menerangkan bahawa perisitwa ini perlu terus dikaji dari pelbagai perspektif kerana alasan peristiwa ini telah digunakan sewenang-wenangnya untuk menjustifikasikan tindakan Israel. Sebagaimana juga sains dan lain-lain aspek kehidupan lain, tidak ada satu pun yang mutlak, malah semuanya terdedah kepada kajian dan analisa yang berterusan. Ahmadenejad berpendapat bahawa kelainan perspektif di dalam kajian berhubung peristiwa “holocaust” perlu diraikan dan bukan dihukum seperti yang berlaku sekarang di Eropah. Beliau juga menambah walauapapun natijah daripada peristiwa hitam itu, tidak sewajarnya rakyat Palestin yang perlu menanggung akibatnya. Bukan salah rakyat Palestin menyebabkan berlaku peristiwa “holocaust” kerana ia berlaku di Eropah. Di Iran sendiri ada ramai orang Yahudi dan mereka dilayan dengan baik. Malah kerajaan Islam Iran memberikan hak istimewa melantik wakil mereka untuk duduk di parlimen walaupun kuota penduduk Yahudi kurang daripada sepatutnya. Ahmadenejad mencadangkan supaya rakyat Palestin (terdiri daripada umat Islam, Yahudi dan Kristian) diberi peluang menentukan sendiri nasib masa depan negara mereka melalui referendum yang adil dan sah.

Berhubung dengan isu nuklear, Presiden Iran menyatakan bahawa apa yang dibuat oleh Iran adalah sah dari segi undang-undang dan memenuhi haknya sebagai anggota IAEA. Peruntukan perlembagaan IAEA membenarkan anggotanya membangunkan tenaga nuklear untuk tujuan keamanan dengan syarat pengkayaan Uranium tidak melebihi 5%. Sehingga hari ini IAEA mengesahkan bahawa Iran tidak pernah melanggar mana-mana peraturannya. Ahmadenejad seterusnya membidas Amerika kerana cuba memonopoli teknologi nuclear dan berterusan membangunkan senjata nuklear yang jauh lebih merbahaya, dan dalam masa yang sama menghalang negara lain untuk memajukan teknologi yang sama untuk tujuan keamanan. Malah beliau beranggapan orang yang tidak waras sahaja yang menggunakan senjata nuklear untuk membunuh insan lain.

Isu penindasan ke atas kaum wanita juga menjadi isu panas. Ahmadenejad berkata bahawa 2 orang Naib Presiden Iran adalah wanita, 60% pelajar universiti-universiti di Iran adalah wanita, dan wanita memenuhi setiap jawatan utama di dalam kerajaan dan swasta. Malah di Iran sesuai dengan budaya Islam, wanita diberi tempat istimewa dan dicium tangan oleh anak-anak. Tidak timbul isu penindasan atau diskriminasi ke atas wanita di Iran.

Banyak lagi isu-isu lain yang diperbincangkan termasuk homoseksual, hukuman bunuh, sokongan Iran ke atas pengganas, dan lain-lain lagi. Ini pun telah dijawab dengan baik dan meyakinkan oleh Presiden Iran.

Dalam saya asyik menonton majlis tersebut secara langsung, hati saya benar-benar tercuit dan tersentuh dengan kehebatan dan kewibawaan Ahmadenejad. Beliau bukan saja menunjukkan keberanian mengunjungi negara yang menanggap dirinya sebagai musuh ketat Amerika dan berdailog secara terbuka dengan rakyat Amerika tanpa sekatan, tetapi juga beliau berdiri sebagai seorang Islam yang mewakili suara ummah seluruh dunia. Dengan ucapan beliau yang lantang bersandarkan ayat-ayat suci Al-Quran, berhemah di dalam berkata-kata dan penghujahan, dan kelembutan wajah walaupun ketika dihina dan nista, semuanya akan memberi kesan yang mendalam kepada imej Islam dan umat Islam di Amerika dan dunia. Semoga Allah swt memberi kekuatan dan keselamatan sentiasa kepada beliau.

Anak Bapa: Bila memperkatakan ketokohan Presiden Republik Islam Iran, saya cuba buat perbandingan dengan Perdana Menteri Islam Hadhari Malaysia di dalam menanggani isu antarabangsa yang mega hebat ini. Entahlah, mungkin saya salah. Tetapi saya yakin Pak Lah tidak mungkin dapat berhujah sebagaimana Ahmadenejad. Jangan kata isu antarabangsa, isu tempatan, contoh bab video Lingam, pun dia tak tahu nak jawab. Kalau setakat “Saya tak tahu” atau “Kita akan siasat” atau “zzzzzZZZZZZ” Pengerusi JKK kampong pun boleh jawab. Nasib! Nasib!

Monday, September 24, 2007

UMNO Bermaharajalela Di Kampus-Kampus

Ketika anak saya yang menuntut di Universiti Malaya (UM) dan yang lagi satu di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pulang ke rumah pada hampir setiap hujung minggu, saya berkesempatan berbual-bual mengenai perkembangan semasa keadaan di menara gading tempat mereka belajar. Bukan apa, kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita lihat tahap prestasi universiti-universiti tempatan begitu merosot sekali jiika dibandingan dengan universiti-universiti lain di luar negara. Pada suatu ketika dahulu Universiti Malaya, umpamanya, menduduki senarai 100 tangga terbaik universiti di dunia sebelum merosot tahun demi tahun dan sekarang khabarnya di tempat yang agak corot.

Kebimbangan saya ini bukan semata-mata berkaitan mutu pendidikan akademik yang bakal mereka terima tetapi yang lebih penting kualiti pendidikan dan pendedahan insaniah yang wujud di
persekitaran institusi pengajian tinggi ini. Kita sedia maklum bahawa institusi pengajian tinggi sebegini merupakan tempat persinggahan terakhir pelajar sebelum mereka terjun ke dalam masyarakat. Keupayaan dan penglibatan mereka di dalam pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan ketika di universiti, sebenarnya, banyak mempengaruhi dan membentuk jenis manusia yang akan hidup di tengah-tengah masyarakat nanti. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebahagian besar daripada mereka ini merupakan bakal pemimpin kita masa hadapan dan dengan itu wajar menerima ilmu dan pengetahuan yang terbaik yang boleh kita tawarkan.

Antara perbualan yang menyentuh perasaan saya ialah berhubung dengan kebebasan siswa di kampus. Campur tangan UMNO yang cukup ketara kebelakangan ini banyak mempengaruhi suasana dan menjadi semakin gawat menjelang Pilihanraya Kampus (PRK) tidak lama lagi. Mahasiswa cuba dipaksa menurut kehendak proksi mereka yakni kumpulan yang
disebut Aspirasi. Kumpulan ini yang mendapat restu daripada Timbalan Naib Canselor (HEP) dan dibiayai dan dibimbing oleh UMNO, berperanan untuk mempastikan siswa-siswa tunduk dan patuh kepada kehendak UMNO. Program-program yang melalaikan dan tidak relevan seperti pesta dan hiburan digalakan manakala program berbau agama atau berkait dengan pimpinan selain daripada UMNO akan dihalang. Mana-mana siswa yang disyaki penyokong kepada “kumpulan pembangkang” akan diugut atau dikasari. Malah ada laporan di UM dan UPM bagaimana Kumpulan Aspirasi (KA) (yang berselindung di belakang TNC (HEP)) bertindak samseng ke atas siswa semata-mata kerana mereka agak kritis kepada KA. Kita mendapat makluman ada di kalangan siswa yang digantung belajar, ada juga yang telah dibuang kampus, ada yang diserbu bilik mereka dan dirampas komputer dan telefon bimbit, malah ada juga yang dicederakan. Apa yang menghairankan kita ialah ada dikalangan “samseng” ini terdiri daripada mahasiswa tahun pertama. Pelbagai alasan digunakan untuk membenarkan tindakan mereka dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) merupakan alasan mudah yang selalu digunakan. Tetapi yang peliknya, UMNO melalui Pemuda dan Puteri UMNO, dibenarkan pula keluar masuk dan menganjurkan pelbagai program universiti tanpa sekatan. Oh! Lupa saya bahawa Malaysia ini mak bapa UMNO punya! Jadi anak cucu UMNO ini bebas berbuat apa saja di bumi Malaysia.

Persoalan di sini, adakah ini "role model" jatidiri yang UMNO nak lihat pada para siswa kita? Setahu saya pusat pengajian tinggi adalah tempat siswa mengapai kecemerlangan ilmu, menyuburkan percambahan minda, mencanai akhlak mulia, membentuk kepimpinan yang bersih dan bertanggungjawab, permuafakatan membina masyarakat yang aman dan bertoleransi, bertatih membina tamadun madani, yang semuanya bercanggah dengan apa yang dipamerkan oleh UMNO dan kuncu-kuncunya. Atau mungkin peranan pusat pengajian ini dah bertukar sesuai dengan perlaksanaan Islam Hadhari UMNO!

Saya bernasib baik kerana berpeluang belajar di luar negara pada peringkat Sarjana Muda dahulu (jangan UMNO dok kata dia yang bagi biasiswa pulak!) dan dalam masa yang sama berpeluang merasai kebebasan hidup di universiti di England. Hasilnya bukan saja saya memperolehi kelulusan akademik yang agak baik tetapi juga pengalaman yang berharga di dalam aspek kemasyarakatan dan keagamaan. Saya akui agak pelik jikalau saya katakan bahawa saya banyak belajar agama ketika di England daripada di Malaysia. Ini kerana suasana yang diwujudkan di kampus menyuburkan minda siswa dan menggalakkan budaya silaturahim dan permuafakatan. Sebarang perbalahan atau pertikaian akan diselesaikan secara intelek dan perbincangan. Malah aktiviti demonstrasi aman (yang di sini dipanggil rusuhan) untuk menyatakan bantahan terhadap isu-isu yang menyentuh masyarakat sangat digalakkan. (Saya masih ingat bagaimana pihak polis di sana akan mengawal kita daripada diancam oleh pihak lain acapkali kita menganjurkan demonstrasi!) Kekuatan minda dan keupayaan berhujah ditonjolkan sebagai pekerti siswa yang perlu diteladani. Hasilnya terbentuk masyarakat yang cerdik, progresif dan bertanggungjawab.

Sebaliknya di Malaysia, IPTA kini menjadi sepertimana negara Malaysia, iaitu “negara polis”. Sebarang percanggahan dengan pimpinan yang ada dianggap sebagai pengkhianat dan perlu diambil tindakan. Kalau perlu tembak pun tembaklah, kalau perlu ISA ISAkanlah, atau apa saja asalkan UMNO terus memerintah. Jikalau tuan mereka pun bersikap “borek” sudah tentulah anak murid mereka di IPTA pun menjadi “rintik”. Jadi apa yang kita lihat hari ini ialah “pemerkosaan” universiti ke tahap yang amat menyedihkan dan memalukan sekali. Fenomena ini, saya yakin, berkait rapat dengan pemerintahan UMNO dan akan berterusan selagi UMNO terus memerintah Malaysia. Mari kita beramai-ramai jatuhkan UMNO/BN di dalam Pilihanraya Umum akan datang demi kemaslahatan semua!


Anak Bapa: Saya nasihatkan mana-mana bapa yang ada duit tu elok hantar anak belajar ke luar negara, kat Indonesia pun tak apa. Keadaan universiti tempatan begitu teruk dan mencemaskan sekali. Universiti kita ni bila dicongak-congak mutu dia dah nak sama dengan pusat serenti pulak!

Friday, September 21, 2007

Bukti Teori Konspirasi!

Cuba tonton klip video ini dan lihat bagaimana peguam VK Lingham sedang merangka konspirasi bersama-sama kuncu-kuncunya di kalangan "mereka yang berpengaruh" pada sekitar 2002 lalu. Jelas apa yang diperkatakan mengenai usaha untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim ada unsur-unsur kebenarannya. Apa yang penting, isu ini bukan saja melibatkan soal Anwar difitnah atau tidak tetapi juga integriti dan kewibawaan sistem pemerintahan dan kehakiman negara ini. Selepas kita menonton video ini bolehkah kita terus mempercayai segala keputusan mahkamah hari ini kerana "kepalanya" adalah orang yang didakwa terlibat di dalam konspirasi ini?

Sebagai seorang rakyat yang prihatin, saya menyeru bersungguh-sungguh kepada Majlis Raja-Raja, Majlis Peguam, Parti-Parti Politik (yang masih ada jatidiri), NGO dan seluruh warga Malaysia supaya berbuat sesuatu SEGERA kerana negara kita telah terlalu parah!





Anak Bapa: Hairan sungguh saya apabila mendapati keesokkan harinya selepas pendedahan klip video ini tiada berita langsung daripada akhbar utama bahasa Melayu (UM dan BH) sedangkan berita ini keluar di dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Cina. Beginilah bertahun-tahun orang Melayu diperbodohkan. Akhbar-akhbar Melayu akan hanya mewar-warkan berita yang boleh mengangkat pemimpin-pemimpin UMNO atau untuk memburuk-burukkan pembangkang. Walaupun nilai berita ini sangat tinggi, bagi akhbar-akhbar ini ia tidak penting kerana asas sesuatu berita itu mestilah tidak menjejaskan kedudukan tuan pemerintah mereka!

Tuesday, September 18, 2007

Puasa Adat Puasa Ibadat

Saya tertarik dengan ulasan seorang ustaz pada kuliah subuh beberapa hari lepas. Di dalam kuliahnya beliau ada menerangkan beberapa aspek Puasa dan Ramadhan yang saya rasa sangat sesuai untuk dikongsi bersama.

Antara kata beliau ialah jika kita hendak tahu samada seseorang itu berpuasa kerana ibadat atau adat maka kita lihat corak penghayatan puasa dan ibadat lain di bulan Ramadhan. Jikalau seseorang itu begitu giat berpuasa, bersolat Tarawih dan bertadarus Al-Quran sejak awal Ramadhan dan terus berkekalan (atau semakin giat) sehingga akhir Ramadhan, maka sahlah orang itu puasa ibadat. Tetapi jika sebaliknya ia hanya bersemangat pada peringkat awal Ramadhan dan semakin surut arah ke hujung maka itu puasa adat namanya.

Inilah hakikat puasa umat Malaysia. Walaupun kita semua telah berpuasa bertahun-tahun lamanya tetapi kualiti puasa kita amat menyedihkan. Kita gagal menggunakan bulan Ramadhan sebagai “madrasah” (training school) untuk melahirkan insan yang “moga-moga menjadi orang-orang yang bertaqwa”. Malah sebaliknya, bulan yang mulia ini kita habiskan dengan kerja sia-sia dan tidak membawa manfaat.

Rumah saya secara kebetulan berhampiran dengan Pasar Ramadhan. Memanglah bagus kewujudan pasar ini untuk memberi peluang mencari rezeki kepada sesetengah rakan kita dan juga untuk memudahkan mereka-mereka yang bekerja membeli juadah berbuka puasa. Tetapi sedih sekali saya melihat acapkali saya hendak ke mesjid untuk solat ‘Asr berjemaah (sekitar 4.30 petang) saya dapati sudah agak ramai yang berpusu-pusu di pasar berkenaan membeli-belah. Persoalannya tak bolehkah kita pergi menunaikan solat dahulu sebelum ke pasar kerana masa berbuka masih jauh lagi sedangkan kita semua tahu ibadah solat adalah sangat penting dan menjadi lebih penting solat berjemaah di bulan yang mulia ini. Adakah puasa ini hanya untuk melayan nafsu makan dan minum saja sampai melepaskan peluang keemasan tawaran Allah swt untuk solat berjemaah di bulan Ramadhan? Tidakkah kita pernah diberitahu bahawa solat adalah antara ibadah yang akan mula-mula dipersoalkan di akhirat nanti, jika baik solat maka baiklah yang lain dan jika sebaliknya maka celakalah kita? Bagaimana pula dengan solat peniaga-peniaga pasar Ramadhan ini? Saya perhatikan sejak zohor lagi mereka sudah mula sibuk dan terus sibuk hingga ke Maghrib. Sementelah itu setelah keletihan sepanjang hari bagaimana pula dengan solat Isya’ dan Tarawih? Ini baru bab solat berjemaah, belum lagi cerita membaca dan bertadarus Al-Quran, menjaga aurat dan ibadat-ibadat lain. Sama-samalah kita renung dan jawab!

Ramadhan merupakan hadiah istimewa yang Allah swt kurniakan kepada kita. Di bulan ini penuh dengan pelbagai ganjaran, pahala dilipatgandakan dan pada bulan ini bonus terbesar Malam Al-Qadr diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw dan tidak kepada umat terdahulu. Adakah kita nak sia-siakan semua ini dengan habuan dunia yang tidak beberapa sen saja?

Mari kita bersama-sama merenung dalam-dalam tindak tanduk kita selama ini. Kita perlu membuat reformasi diri agar “madrasah” Ramadhan dapat membentuk kita menjadi umat bertaqwa. Adat yang bercanggah perlu kita ubah. Dengan ini saja Ramadhan kita akan membawa makna.

Anak Bapa: SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN MENJALANI IBADAT PUASA KEPADA SEMUA

Sunday, September 16, 2007

Bahagian 1: Legasi Keangkuhan UMNO Dulu, Kini dan Selamanya .....



Nampaknya cerita berhubung dengan peristiwa berdarah di Batu Buruk, Terengganu masih tidak mahu reda malah makin bertambah panas dengan pelbagai pendedahan baru. Berita yang paling terakhir ialah kenyataan terbuka daripada Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali bahawa beliau mempunyai bukti kukuh penglibatan UMNO terutamanya Datuk Wan Ahmad Farid, Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri (Pak Lah juga tu!) sebagai salah seorang perancang utama kejadian ini.

Selain daripada itu, kita juga jadi naik keliru dengan kenyataan berubah-ubah Ketua Polis Terengganu berhubung beberapa aspek kejadian. Antaranya pada hari pertama berlakunya tragedi berdarah ini, beliau dilaporkan berkata hanya 1 das tembakan telah dibuat oleh pihak polis (mula-mula kata anggota FRU lepas tu SB pula!) kearah orang awam. Itupun dalam keadaan terbaring dan bertindak untuk mempertahankan diri dari serangan ganas 20 orang perusuh. Keesokkan harinya beliau menukar kenyataan kepada 2 das tembakan, dan yang terakhir berkata 4 das tembakan dilepaskan. (Apa nak jadi dengan negara ni, dahlah PM pun banyak tidak tahu apa yang berlaku dalam negara, KPN pun juga tidak tahu apa yang anak buah dia buat!). Dalam pada itu keluar pula kenyataan bergambar daripada salah seorang saksi kejadian ini, Othman Ismail, bahawa banyak kenyataan Ketua Polis Negeri itu tidak benar. Beliau yang ada beberapa meter daripada tempat kejadian dapat melihat dengan jelas bahawa hanya ada 4 atau 5 orang yang sedang bertengkar dengan SB berkenaan, dan kemudian diikuti dengan sikit kejadian tolak menolak. Tiba-tiba SB berkenaan melarikan diri kearah FRU perdekatan sambil menembak ke arah belakangnya (ke arah “perusuh”) sebanyak 4 atau 5 das tembakan. Jadi pembaca bolehlah buat sendiri kesimpulan.

Hari ini KL Post pula melaporkan dengan panjang lebar analisa seorang pakar grafik tentang kesahihan gambar “hantu” yang sedang membakar jalur gemilang di tempat kejadian. Analisanya agak menarik dan membuka banyak persoalan baru.

Saya bersetuju dengan pendapat ramai bahawa satu badan siasatan bebas perlu diwujudkan untuk menyiasat kejadian yang amat memalukan ini. Kita tidak yakin pada polis kerana selama ini terbukti polis ini menjadi alat UMNO. Ingat dahulu apabila polis menyiasat kes mata lebam Dato’ Seri Anwar, beberapa minggu masa berlalu dan keputusannya Anwar terhantuk sendiri atau Anwar berbekam! Tetapi apabila Suruhanjaya di Raja membuat siasatan, baru 2 hari dah tahu bahawa Ketua Polis Negara yang buat. Dan baru-baru ini pun sama, tentang isu penglibatan Ketua Polis dengan kumpulan samseng dan kes rasuah Ketua Pengarah BPR. Pi mai pi mai tang tu, tidak ada siapa yang bersalah. Dan siapa yang membersihkan mereka, kuncu konspirator mereka Peguam Negara!

Sebenarnya saya dah naik muak dengan aksi dan tindakan UMNO berselindung di belakang pihak polis dan peguam negara. Tetapi memandangkan masih ada di kalangan rakyat Malaysia yang masih buta perut dan berterusan memberi sokongan membabi buta (bercakap tentang babi teringat pula satu cerita lain kat Melaka. Lain kali kita sembang bab tu .....) kepada UMNO maka saya terpaksa gagahi juga untuk menulis.

Saya selalu menggunakan perkataan UMNO dan bukan BN atau rakan-rakan sekutunya seperti MCA, MIC dan sebagainya di dalam tulisan saya kerana saya yakin UMNO sebagai tulang belakang BN bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku kepada negara dan rakyat. Parti-parti lain hanya jadi Pak Angguk dan Pak Turut kepada UMNO sahaja dan tidak akan berani bersuara tanpa mendapat restu UMNO!

Tragedi berdarah Batu Buruk ini adalah secebis daripada siri tindakan angkuh UMNO sejak dahulu lagi. Disebabkan kebebalan kita yang terus memberi mereka kuasa mutlak memerintah negara ini sejak merdeka (dah 50 tahun!), tanpa ada “check and balance” yang efektif, maka UMNO telah membesar daripada seekor binatang peliharaan yang jinak dan kini menjadi haiwan rimba yang liar dan buas. Mandat yang terus menerus diberi oleh rakyat menyebabkan mereka beranggapan bahawa hak pemerintahan Malaysia ini adalah hak mutlak mereka dan akan berkekalan sampai bila-bila walau apapun tindak tanduk mereka sekali pun. Tun Mahathir sendiri telah mengesahkan fenomena ini apabila baru-baru ini membuat kenyataan “tunggul sekali pun kalau diletak bertanding atas tiket BN, ia pasti menang”. Buatlah skandal apa sekali pun, rompaklah duit negara banyak mana pun, ambillah rasuah semau-maunya, tindaslah rakyat dengan pelbagai akta, tekanlah rakyat dengan kenaikan harga barang untuk menguntungkan tauke-tauke besar, gunalah polis dan segala ajensi kerajaan untuk menakut dan mengugut rakyat, dan macam-macam kebobrokan lagi, UMNO tetap yakin akan terus memerintah samada melalui pilihanraya yang sah atau tidak sah.

Kesombongan UMNO ni bukan terhad kepada pembangkang sahaja malah pemimpin-pemimpin mereka terdahulu yang begitu diagung-agungkan yang cuba membuat kritikan kepada pimpinan yang baru akan terus di bakulsampahkan apabila sudah tidak berkuasa. Lihatlah apa yang terjadi kepada nasib Tun Mahathir, Tun Ghaffar, Dato’ Seri Sanusi Junid dan ramai lagi bekas pemimpin UMNO lain.

Budaya UMNO yang “parochial” yakni sempit fikiran, feudalistik dan berasaskan “ampu”isme begitu ketara di dalam percakapan dan perbuatan mereka. Pemimpin yang ada akan diampu secukup-cukupnya dan dibenarkan segala percakapan dan tindakannya. Dalam masa yang sama, pembantah (dissenter) akan disiat hidup-hidup dan dianggap petualang dan pengkhianat negara. Lihat saja reaksi pemimpin UMNO di dalam kejadian bakar bendera dan peng”rap”an lagu negara ku baru-baru ini untuk memahami perangai busuk UMNO. Lihat juga jawapan Zaid Ibrahim kepada Prowaris di dalam Siasah keluaran terbaru berhubung dakwaan Prowaris bahawa akta yang digubal untuk Pembangunan Wilayah Iskandar di Johor adalah bercanggah dengan Perlembagaan negara dan pembangunan ini tidak menguntungkan rakyat malah boleh membahayakan kedaulatan negara. Antara jawapan Zaid ialah supaya Prowaris tidak dijadikan alat politik (maknanya dipergunakan oleh orang lain). Ini contoh klasik mentaliti pimpinan UMNO, kalau bercanggah sedikit dengan pandangan mereka maka kita akan dilemparkan dengan bermacam-macam tuduhan. Setahu saya Prowaris adalah badan bebas profesional yang ingin memberi sumbangan kepada negara. Jelas UMNO tidak berminat kepada bantahan dan kritikan dan akan cuba menutup serapat-rapatnya pintu maklumat supaya rakyat kebanyakkan tidak mengetahui apa yang berlaku dan dengan itu mudah bagi mereka untuk dibeli dan disembelih setiap 5 tahun. Ini juga puncanya mengapa mereka begitu marah kepada bloggers dan pengendali laman web kerana maklumat yang dikeluarkan tidak dapat dikawal oleh UMNO.

Dalam siri-siri berikutnya saya akan mendedahkan lagi bukti-bukti kukuh kenapa saya menganggap UMNO ini begitu sombong dan angkuh dan rakyat patut memberi "pelajaran" kepada mereka dalam Pilihanraya Umum yang ke 12 nanti.

Anak Bapa: Bercakap mengenai haiwan rimba yang liar dan buas ini, saya pun bimbang juga sebab kita ada mendengar berita tentang tuan haiwan sendiri kadang-kadang yang kena baham dek haiwan liar yang cuba dijinakkannya. Dalam ingatan saya UMNO ni pun dah baham banyak benda dah. Dan saya yakin jika ada di antara kita yang belum lagi kena baham, sekurang-kurangnya ramai yang dah pernah kena cakar atau kena gigit atau mungkin rakan taulan atau saudara mara kita yang pernah kena baham. Persoalannya adakah kita nak dok saja tak buat apa-apa hanya serah tengkok aje????

Wednesday, September 12, 2007

Peristiwa 9/11: Apa yang Kita Perlu Tahu Tentang Amerika

Tarikh 11 September atau 9/11 akan terus diperingati dunia terutama oleh Amerika dan kuncu-kuncunya sebagai Hari Serangan ke Atas Amerika (America under Attack) dan menandakan bermulanya Peperangan Menentang Keganasan (War on Terror) yang dipelopori oleh Amerika sejak 6 tahun yang lalu.

Di saat kita bersedih dan bersimpati kepada keluarga mangsa yang terbunuh dan tercedera di dalam insiden tersebut, tidak dapat tidak diri kita meronta-ronta mencari alasan dan sebab musabab kenapa terjadinya peristiwa yang malang ini. Sehingga satu siasatan rapi dan bebas dibuat bagi mencari punca dan apa sebenarnya yang berlaku pada hari berkenaan, penulis berkeyakinan penuh insiden 9/11 akan terus menghantui kita buat sekian lama di masa-masa akan datang.

Akhbar The Sun keluaran 11 September 2007 telah menulis satu artikel yang menarik berhubung tajuk di atas:



“Six years ago today, terrorists crashed two jet planes into the World Trade Centre and another into the Pentagon in the infamous 9-11 attacks, and so changed our world forever. The images of the planes crashing into the twin towers remain seared in our minds, and with it, the dull fear of a world at war has taken hold of us.
The response from the US government and its allies to the Sept 11 attacks has been predictably militaristic, although many respected voices have pointed our troubled thoughts towards understanding the root causes of the insane violence. For the most part, unfortunately, these views have been drowned by the incessant drone of the US war machine, constantly on parade via global news channels.
So how far have we come in six years? Is the world any safer at all despite Afghanistan being bombed into the Stone Age, as the West Asian observer John Pilger describes it? Today, the world lives with the knowledge that the US-led attack on Iraq was mounted on the false premise of a threat from "weapons of mass destruction" that Saddam Hussein was said to be concealing. Saddam has found his ignominious place in the history books, but Iraqis continue to die horrifically in a fratricidal massacre that must have few parallels in all time.
The sorry truth is that political leaders have failed to show the way out of this deranged blood-letting. If anything, they seem bent on fuelling the paranoia that prevents their nations from bridging the gap in understanding between cultures and religions that makes the people on the other side seem less than human, diabolical even.


(Enam tahun yang lalu, hari ini, pengganas-pengganas telah menghentam Pusat Perdagangan Dunia dengan 2 buah pesawat dan sebuah lagi pesawat ke atas Pentagon di dalam serangan yang dikenali sebagai Peristiwa 9/11, dan sekali gus merubah dunia kita selama-lamanya. Bayangan pesawat-pesawat melanggar menara berkembar berkenaan kekal terpahat di benak fikiran kita, dan dengannya, kebimbangan berhubung perang dunia telah menguasai kita.

Respon daripada kerajaan Amerika dan sekutunya kepada serangan 9/11 sudah diyakini berbentuk ketenteraan, walaupun ramai suara-suara yang dihormati telah mengunjuk fikiran kita yang tengah bercelaru ke arah memahami punca asas kekejaman yang melampau tersebut. Malangnya, sebahagian besar pendapat ini telah ditenggelamkan oleh pekikan jentera peperangan Amerika yang tidak kunjung putus, yang sentiasa dipertontonkan melalui saluran-saluran berita global.

Jadi sejauh mana kita telah pergi dalam 6 tahun? Adakah dunia lebih selamat setelah Afghanistan dibom kembali ke Zaman Batu, sebagaimana digambarkan oleh seorang penganalisa Asia Barat, John Pilger? Hari ini, dunia tegak dengan pengetahuan bahawa peperangan yang dipelopori Amerika ke atas Iraq adalah berasaskan kepada premis yang salah, yakni berasaskan kehadiran “senjata pemusnah besar-besaran” yang dikatakan disembunyikan oleh Saddam Hussein. Kehinaan nama Saddam telah pun termaktub di dalam buku-buku sejarah tetapi rakyat Iraq terus-menerus menjadi korban ngeri di dalam pembunuhan saudara besar-besaran yang sedikit saja ada tandingan sepanjang zaman.

Kebenaran yang menyedihkan ialah apabila pemimpin politik telah gagal untuk mencari jalan keluar daripada kegilaan pertumpahan darah ini. Jika pun ada, mereka lebih berminat untuk menambah lagi paranoia yang menghalang bangsa mereka daripada merapatkan jurang persefahaman antara budaya dan agama yang menjadikan manusia yang di sebelah lagi satu kelihatan tidak seperti manusia malah lebih bersifat kesyaitanan.)


Inilah hakikatnya apa yang sedang berlaku. Peristiwa 9/11 telah dieksploit sepenuhnya oleh Bush dan kuncu-kuncunya untuk mengesahkan peperangan haram ke atas Afghanistan dan Iraq dan kini sedang bersilat pula dengan Iran dan Syria.

Fenoma yang wujud hari ini bukanlah baru bagi Amerika. Sejak awal penubuhannya lagi pelbagai kerosakan telah dilakukan oleh golongan pendatang kulit putih ini. Sejarah telah menunjukkan bagaimana jutaan masyarakat "Red Indians", kaum pribumi benua Amerika Utara, telah di bunuh dengan kejam oleh kaum pendatang kulit putih dengan alasan mereka makhluk pilihan Tuhan berbanding kaum pribumi. Tanah yang didiami sejak berkurun lamanya oleh kaum berkenaan telah dirampas dan dijadikan hak mutlak mereka. Jadi tidak hairanlah budaya merampas hak orang lain dan dijadikan hak sendiri ini telah berterusan sehingga ke hari ini.

Kemudian kita melihat bagaimana mereka telah menculik orang-orang kulit hitam daripada Afrika untuk dijadikan hamba abdi di ladang-ladang di Amerika. Setelah sekian lama, apabila golongan tertindas ini mula bangun memperjuangkan hak mereka, maka pelbagai bentuk kekejaman telah diperlakukan ke atas mereka termasuk pembunuhan, penyiksaan dan tindakan diskriminasi dan penghinaan yang lain. Malah sehingga hari ini isu diskriminasi orang-orang kulit hitam masih lagi berterusan dan golongan ini secara umumnya masih dilihat sebagai golongan merempat di tanah air sendiri.

"Federation of American Scientists", sebuah badan yang banyak membuat pemerhatian dan kajian tentang penglibatan Amerika di dalam peperangan, telah menyenaraikan lebih daripada 200 ekspedisi ketenteraan yang dipelopori oleh Amerika sejak 1945. Antaranya ialah penglibatan dengan perang Korea (1950); Iran (1953); usaha menjatuhkan Fidel Castro di Cuba (1961); perang Vietnam (1963); gerakan menjatuhkan presiden Republik Dominica (1965) dengan kematian 3,000 rakyatnya; membantu Suharto merampas kuasa di Indonesia (1968) dengan kematian 800,000 rakyat Indonesia; mengantikan presiden Chile dengan General Pinochet (1973), pemerintah kejam selama 17 tahun; membantu Indonesia menyerang Timor Timor (1975) yang menyebabkan kematian lebih daripada 250,000 orang; terlibat dengan perang saudara di Angola (1975) dengan kematian lebih 1 juta orang sepanjang 15 tahun peperangan; melatih tentera gerila menentang kerajaan Nicaragua (1979) menyebabkan kematian di sekitar 30,000 orang; membantu kumpulan Mujahideen menentang Rusia (1979) dan kini berperang pula dengan golongan yang mereka telah bantu selama ini; membantu kerajaan El Salvador menentang rakyat sendiri (1980) menyebabkan kematian 80,000 nyawa; membantu Israel menyerang Lebanon (1982) menyebabkan ribuan rakyat Palestin mati; menyerang Panama untuk menangkap Presiden Noriega dengan tuduhan mengedar dadah (1989) menyebabkan kematian 8,000 orang awam; menyerang Iraq (1991) menyebabkan kematian lebih 300,000 orang; membantu Israel sejak 60 tahun yang lalu di dalam memerangi rakyat Arab dan Palestin serta terbaru menyerang dan menakluki Afghanistan dan Iraq dengan membawa bersama kemusnahan dan kesengsaraan rakyat di negara-negara berkenaan yang tidak kunjung sudah. Senarai ini sebenarnya panjang lagi tetapi untuk tujuan ini sudah memadai bagi memberi gambaran kepada kita jenis manusia dan negara yang macamana sedang kita hadapi.

Amerika mengisytiharkan bahawa mereka bercadang untuk melaksanakan sistem pemerintahan berlandaskan demokrasi di Iraq. Cuma mereka belum menjelaskan kepada kita bagaimana satu bangsa yang mengganas mampu melaksanakan demokrasi ke atas satu bangsa yang lain. Bukankah lebih sesuai mereka cuba mengamalkan demokrasi di negara mereka sendiri sebelum cuba melaksanakan di negara lain? Malah dari apa yang kita dapat lihat, sejak insiden 9/11, hak asasi rakyat mereka sendiri telah banyak terhakis atau terhapus atas alasan menjaga keselamatan rakyat dan negara. Bukankah kerajaan Amerika yang menahan orang awam tanpa bicara di Guantanamao Bay dan dalam masa yang sama melanggar Konvensyen Geneva dan Perlembagaan Amerika sendiri. Di bawah Akta Patriot, dengan kuasa yang hampir tidak terhad, ajensi-ajensi keselamatan Amerika boleh berbuat apa saja termasuk memantau, menyiasat dan menahan sesiapa saja (malah kadang-kadang penduduk negara lain) yang disyaki sebagai ancaman kepada Amerika. Inilah bentuk demokrasi ala-Amerika yang kononnya begitu hebat dan menjadi cemburu seluruh umat lain!

Berbalik kepada cerita berhubung peristiwa 9/11 tadi. Jika dikaji konteks di mana berlaku peristiwa ini dan kesan jangka panjangnya kepada dunia terutama dunia umat Islam maka kita tidak dapat lari daripada perasaan curiga dan syak tentang apa sebenarnya yang berlaku pada hari tersebut. Jika anda rajin melayari laman-laman web bebas seperti


www.reopen911.org
www.loosechange911.com
www.conspiracyplanet.com

dan banyak lagi laman web lain, anda akan dapati banyak persoalan yang ditimbulkan oleh penyiasat berpengalaman dan professional yang terdiri daripada rakyat Amerika sendiri.

Antaranya:

- Jika benar pesawat yang melanggar Pentagon, kenapa tidak ada sedikit pun bangkai atau serpihan yang tinggal selepas peristiwa pelanggaran tersebut? Malah tiada laporan kematian penumpang daripada “pesawat” berkenaan.
- Ujian yang dibuat dengan melontar objek daripada ketinggian yang sama dengan bangunan berkembar WTC mendapati ia mengambil masa lebihkurang 10 saat untuk sampai ke tanah iaitu masa yang sama untuk bangunan berkenaan runtuh. Adakah apabila satu tingkat itu runtuh ia terus menghempap dan meruntuhkan lantai-lantai yang lain dengan mudah? Terdapat ramai saksi termasuk daripada pasukan bomba yang mendengar bunyi letupan peledak yang berturutan di kala bangunan itu runtuh.
- Ada bangunan lain yang berhampiran yang tidak ada kena mengena dengan pelanggaran pesawat yang turut terbakar dan terus runtuh.
- Pesawat penerbangan 93 yang dikatakan terhempas di Pennsylvania juga didapati tidak meninggalkan serpihan seperti mana lazim bagi kemalangan pesawat .....

Pendek kata persoalan ini tiada penghujung dan jika kita lihat scenario ini dalam konteks gambaran yang lebih luas, penulis yakin, semua ini adalah “grand design” Amerika dan Zionis untuk menghalalkan agenda imperialisme mereka terutama di bumi umat Islam.

Anak Bapa: Kalau diteliti betul-betul cerita Amerika ini, kita akan dapati banyak persamaan dari segi tindak-tanduk Amerika dan UMNO. Kalau Amerika ada tahanan tanpa bicara di Guantanamao Bay, UMNO pula ada tahanan tanpa bicara di Kemunting. Kalau Amerika ada pelbagai akta yang zalim dan menindas seperti Akta Patriot, UMNO lagi banyak dengan ISA, OSA, AUKU dan sebagainya. Kalau Amerika guna tentera untuk membuat penganiayaan ke atas mereka yang bukan sekutu mereka, UMNO pula menggunakan polis untuk memukul, menyembur gas dan menembak pembangkang yang tidak bersenjata. Kalau sekutu Amerika, Israel tidak segan silu merampas tanah rakyat Palestin maka UMNO pula merampas tanah rakyat Terengganu yang diberikan oleh kerajaan PAS dahulu. Kalau Bush menang menjadi Presiden dalam pilihanraya lepas kerana menipu undian di Florida, UMNO pun sama menipu di merata-rata tempat terutamanya di Terengganu dalam pilihanraya yang lepas.

Monday, September 10, 2007

"Rusuhan" di Batu Buruk - Salah Siapa?


Akhbar Berita Harian keluaran hari Isnin 10 September 2007 melaporkan:








"Empat anggota polis termasuk tiga daripada Unit Simpanan Persekutuan (FRU), cedera diserang dan dibaling termasuk dengan bom api, dipercayai oleh penyokong parti pembangkang selepas polis mengarahkan mereka bersurai daripada menghadiri perhimpunan haram di Batu Burok dan Jalan Sultan Mahmud di sini, malam kelmarin. Seorang daripada empat anggota polis itu, Azmi Husin, 29, dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat cedera di tangan terkena kaca yang dibaling perusuh di tempat letak kenderaan Hotel Permai Inn. Tiga lagi anggota polis dirawat di hospital yang sama sebagai pesakit luar.

Dua lagi lelaki, masing-masing berumur 21 hingga 38 tahun turut cedera di bahu dan leher akibat terkena tembakan dilepaskan seorang konstabel yang mempertahankan diri dan kini dirawat di HSNZ. Seorang lagi perusuh turut dimasukkan ke HSNZ akibat cedera di kepala terkena balingan batu. Polis menahan 23 lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun kerana membaling batu, botol, kayu dan bom api ke arah anggota polis serta merosakkan harta benda awam termasuk membakar Jalur Gemilang pada perhimpunan haram bermula 10 malam itu. Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata kira-kira 11.45 malam, seorang anggota polis menjalankan tugas berhampiran kawasan tempat letak kereta Permai Inn dihampiri kira-kira 20 lelaki yang bertindak mengugut dan memukulnya dengan kayu.

“Ketika hendak beredar, seorang lagi lelaki memegang bahunya dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis daripada Cawangan Khas dan terus bertindak memukul mangsa dengan kayu menyebabkan mangsa terjatuh. “Penyerang terbabit berterusan menyerang anggota berkenaan hingga terkena kepala menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan senjata dan melepaskan dua das tembakan bagi mempertahankan diri. Tembakan itu menyuraikan kelompok lelaki yang menyerangnya dan dia sempat lari ke arah pasukan FRU di kawasan berhampiran,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, semalam. Ayub menjelaskan, polis tidak mengeluarkan permit bagi perhimpunan itu kerana terletak berhampiran kawasan perumahan pegawai kerajaan, yang dianggap tidak sesuai. Sebelum ini, katanya, polis memanggil penganjur yang bertanggungjawab membawa Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim, serta beberapa penceramah lain termasuk Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Triang, Leong Ngah Ngah dari DAP, bagi membincangkan soal permit. “Kita bercadang untuk meminta mereka memindahkan kawasan ceramah ke Rusila. Namun sehingga jam 6 petang kelmarin, wakil mereka gagal hadir untuk berbincang mengenai perkara itu. “Bagaimanapun kira-kira jam 9 malam tadi (kelmarin) polis menerima maklumat bahawa perhimpunan itu akan tetap diadakan menyebabkan kami mengambil langkah pencegahan di kawasan perhimpunan itu termasuk mengadakan sekatan jalan,” katanya. Beliau berkata, kira-kira 10 malam, antara 300 hingga 400 orang cuba merempuh sekatan berkenaan dengan bertindak agresif terhadap kira-kira 350 anggota polis dan FRU dengan membaling pelbagai objek termasuk bom molotov, kayu, besi, botol dan batu. Ayub berkata, polis mengeluarkan amaran sebanyak lima kali meminta perusuh bersurai, tetapi keadaan semakin teruk apabila mereka bertindak lebih agresif.“Melihat keadaan yang semakin tegang, polis mengambil pendekatan berundur bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku, tetapi keadaan itu diambil kesempatan oleh perusuh untuk memusnahkan harta benda awam termasuk mencabut pokok hiasan, pasu bunga dan lampu isyarat."


Akhbar The Star pula melaporkan:


"Seven people were injured – two with gunshot wounds – when opposition supporters clashed with police trying to disperse an illegal political gathering on Saturday night.
The riot was sparked when police ordered the crowd of 500 people gathering at Jalan Sultan Mahmud, close to Batu Burok, to disperse peacefully at 10pm.
Despite five verbal warnings, the crowd became aggressive and verbally abused the Federal Reserve Unit personnel.
Soon they became even more aggressive and started hurling stones, homemade bombs and Molotov cocktails at police.
Police retaliated with tear gas and water cannons and in the melee, shots were fired injuring two opposition supporters, aged 21 and 38.
The two have been hospitalised. One is in serious condition with a neck injury at the Kubang Kerian Hospital in Kelantan.
Four policemen were also injured. One was warded at the Sultanah Nur Zahirah hospital.
By 12.35am, 13 people were detained and the situation was brought under control.
Police have obtained a remand order against four men believed to be members of opposition parties to facilitate police investigations into the clash. One of the remanded men is being investigated for having dangerous arms during the riot while two others are being investigated under the Explosive and Dangerous Weapons Act.
Police later released 19 men on police bail.
Several police 4WD and public vehicles were damaged in the clash. Kuala Terengganu Municipal Council’s decorative lights, flower pots, motorcycles, Umno flags and Barisan Nasional banners were also damaged. Damage was estimated at about RM1mil.
Terengganu police chief Senior Asst Comm Datuk Ayub Yaakob said 20 rioters attacked a policeman at Permai Inn Hotel’s car park.
“One of the injured policemen had no choice but to fire at two of his attackers,” he said.
SAC Ayub said the FRU was summoned to the ceramah after the organisers who invited PKR secretary-general Tan Sri Khalid Ibrahim to speak at the gathering failed to turn up to discuss the issue of obtaining a permit.
It was learnt that the venue was not suitable for a ceramah as it was a tourist area and the road leading to the venue was often congested while top government officials also stay there.
Police had suggested to the organiser to hold the ceramah at Rusila but no one turned up to discuss the matter."

Begitulah bunyi jeritan di dada dua akhbar utama negara apabila melaporkan kejadian "rusuhan" di Batu Buruk, Terengganu yang berlaku 2 hari yang lepas. Kita semua sedia maklum status suratkhabar utama negara ini yang hampir semuanya dimiliki oleh parti-parti komponen BN terutamanya UMNO. Malah media elekronik pun membuat laporan yang hampir serupa kerana sebagaimana akhbar-akhbar mereka juga dimiliki oleh kerajaan BN (RTM 1 dan 2) dan UMNO (TV3, NTV7, TV8 dan Channel 9 melalui Media Prima). Berdasarkan kepada pengalaman kita yang lepas-lepas, kita dah boleh agak bagaimana bentuk pemberitaan yang akan dibuat oleh media tajaan UMNO/BN ini.


"Pembangkang memulakan rusuhan kerana tidak diberikan permit oleh pihak polis ....."

"Pihak polis telah berusaha untuk meleraikan perhimpunan haram tetapi penyokong pembangkang telah bertindak liar dan ganas menyebabkan pihak berkuasa tiada pilihan terpaksa menyembur gas pemedih mata ..... "

"Pihak polis mengalami kecederaan dan dirawat di hospital akibat diserang dengan batu, kayu, botol dan molotov koktail oleh penyokong pembangkang ....."


Dan pelbagai lagi jalan berita yang mengambarkan keburukan pihak pembangkang dan ahli mereka dan bagaimana kezaliman yang dilakukan ke atas pihak polis. Suasana ini bukanlah sesuatu yang baru dan kita telah berkali-kali mengalaminya dan seterusnya berkali-kali ditipu oleh akhbar-akhbar yang kononnya "mainstream" dan profesional ini.

Saya masih ingat lagi ketika kemuncak era reformasi jalanan dahulu bagaimana peranan pihak polis di dalam menjalankan kerja-kerja provokasi dan memburuk-burukkan pembangkang. Pada satu kejadian di hadapan Mesjid Kampung Baru, seorang SB, apabila dirinya terdesak setelah dikesan oleh orang ramai telah serta-merta mengeluarkan pistol dan menembak ke udara dan dalam masa yang sama menyebabkan peluru-peluru bertaburan di merata tempat. Jadi selamatlah orang ramai kerana SB ni ada sedikit waras. Tetapi bila kita tatapi berita di dada akhbar keesokkan harinya, sebagaimana yang kita telah agak, SB berkenaan pula yang menjadi mangsa dan penunjuk perasaan yang dipersalahkan. Dan dalam ingatan penulis, pada malam yang sama dilaporkan juga bahawa sebuah motosikal polis telah dibakar oleh penunjuk perasaan di Jalan Sultan Ismail. Pelik bin Ajaib kerana tunjuk perasaan bermula di Mesjid Kampung Baru dan berakhir di mesjid yang sama. Macamana pula motosikal boleh terbakar di Jalan Sultan Ismail?

Dalam satu kejadian lain di Jalan Tunku Abdul Rahman berhadapan dengan Sogo, ketika penyokong reformasi mula berhimpun di tepi jalan, maka ada seorang hamba Allah ini sebaliknya bertegas mahu memecahkan cermin bangunan Sogo. Kami beramai-beramai bergegas untuk menghalangnya dan ia terus melarikan diri.

Ini adalah antara beberapa peristiwa yang pernah berlaku yang mengambarkan peranan sebenar pihak polis dalam membantu mengkucarkacirkan keadaan yang aman. Banyak lagi insiden serupa yang penulis dan juga rakan-rakan lain pernah alami yang mengambarkan kerja terkutuk dan tidak bertanggungjawab golongan polis dan SB ini. Mereka tidak segan silu menjadi barua atau pecacai kepada UMNO dan BN dengan mengharapkan habuan dan belas kasihan dunia daripada tuan mereka. Mereka tidak segan silu melakukan apa saja termasuk perbuatan melanggar undang-undang malah melanggar ajaran agama sekali pun bagi mempastikan tuan mereka, UMNO/BN, akan terus kekal memerintah negara ini.

Sebelum ini pun mereka pernah menembak gas pemedih mata ke dalam mesjid di Batu 6 (juga di Terengganu) ketika majlis Isra' dan Mi'raj sedang berlangsung, membantu meroboh rumah dan mesjid di tanah-tanah yang diberikan kerajaan PAS kepada rakyat tetapi dirampas semula oleh UMNO. Tetapi yang peliknya apabila penternak-penternak babi membuat demonstrasi baru-baru ini di Melaka, kita melihat bagaimana sikap lunak (atau pondan) pihak polis walaupun mereka dilontar dengan sangkar-sangkar babi! Bukan hajat saya untuk menjadikan isu ini isu perkauman. Penternak babi ini berhak untuk membuat demonstrasi aman kerana perkara ini termaktub di bawah perlembagaan negara dan penyelesaian perlu dibuat dengan cara perbincangan yang penuh keadilan. Cuma saya ingin persoalkan di sini ialah jika perkara yang demikian boleh dibuat dengan penternak-penternak babi kenapa pula cara yang serupa tidak boleh dibuat dengan parti-parti politik. Kadang-kadang kita lihat babi dilayan lebih baik daripada orang!
Parti-parti politik ini bukannya parti haram. Mereka berdaftar dan sah di sisi undang-undang. Jadi parti politik apa kalau tidak ada ruang untuk memberi penerangan kepada rakyat, tidak diberi kelulusan untuk menerbitkan majalah atau akhbar sendiri (PKR) dan kalau diberi pun dengan pelbagai sekatan, dan dinafikan secara total daripada ruang di dalam media masa perdana. Bukan saja dinafikan pihak pembangkang daripada media yang ada malah media yang ada digunakan untuk membuat tohmahan dan fitnah kepada pembangkang. Dalam masa yang sama, UMNO/BN dikurniakan saluran seluas-luasnya untuk propaganda mereka melalui pelbagai saluran TV dan radio, dan semua jenis akhbar. Tidak cukup dengan itu ditambah kempen mereka melalui pelbagai ajensi kerajaan yang ada. Dan tidak cukup lagi dengan itu ditambah pula dengan pengunaan padang, balairaya, dewan malah stadium untuk kegunaan propaganda mereka dan semuanya boleh digunakan TANPA perlu permit. Inikah dia negara demokrasi yang dilaung-laungkan sangat oleh penyangak-penyangak negara yang ada hari ini. Jadi saya tidak hairan kalau polis terus-menerus menjadi alat kepada kerajaan yang rasuah dan bobrok ini kerana keupayaan mereka untuk melakukan pelbagai kerja-kerja keji untuk UMNO/BN!

Lebih memeningkan lagi ialah di kala pihak polis berhadapan dengan kritikan orang ramai kerana kegagalan untuk mengawal jenayah, penglibatan dengan kumpulan gangster, masaalah Mat Rempit dan sebagainya mereka pula sibuk (in full force) untuk menghalang majlis-majlis penerangan pembangkang. Sedangkan majlis-majlis penerangan sebegini bukanlah benda baru. Penulis telah menghadiri beratus program begini, semuanya berjalan baik kerana pembangkang hanya mempunyai cara begini untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dan dengan itu mereka akan menjaga dengan baik supaya program lain yang serupa di masa-masa akan datang dapat diteruskan. Malah lalulintas pun mereka kawal dengan baik. Suasana kelam-kabut hanya akan berlaku apabila pihak polis terutama FRU dan SB masuk campur. Jadi siapa sebenarnya perusuh?

Satu lagi kelakar bodoh ialah kononnya dikatakan bahawa tempat ini tidak sesuai untuk dijadikan tempat ceramah atas alasan keselamatan dan ia berhampiran kawasan kediaman awam dan istana. Tahukah Ketua Polis Terengganu bahawa telah berpuluh kali ceramah telah diadakan di tempat ini dengan kebenaran tuan rumah dan semuanya berjalan dengan baik. Dan kalau ceramah tidak boleh buat di kawasan kediaman, nak dibuat di mana lagi? dalam hutan? atau di kalangan babi-babi di Melaka atau Negeri Sembilan?
Tentang cerita-cerita bakar bendera dan merosakkan harta benda awam ini pun bukan benda baru. Setahu saya yang suka buat kerja-kerja ini ialah SB dan juga Pemuda UMNO. Tolong jangan buat cerita Pak Pandir kat sini. Kita sudah muak dengan gelagat polis dan UMNO. Janganlah dok bersandiwara lagi kerana rakyat pun dah cerdik dan tahu menilai apa yang sebenarnya berlaku. Saya mengharapkan pemimpin, ahli dan penyokong pembangkang di mana saja supaya terus mendekati rakyat dan membanyakkan lagi program penerangan dan jangan sekali-kali kecut dengan intimidasi dan gertakkan pihak polis dan UMNO!

Anak Bapa: Kalau betul UMNO ni anak jantan mari berdepan dengan mana-mana pimpinan pembangkang dan berhujah secara langsung di hadapan rakyat apa jua tajuk, pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat. Biar rakyat tentukan siapa yang mereka nak sokong. Itu baru "gentleman"! Ini dok berlindung belakang polis, akhbar, tv dan macam-macam lagi apa pasal? Takut ke?

Friday, September 7, 2007

Salam Pengenalan


Salam dan selamat sejahtera kepada semua pelayar web dan blog. Saya sudah lama mengikuti perkembangan dunia siber ini cuma belum ada kecenderungan untuk mengusahakan laman atau blog sendiri.

Walaubagaimanapun, keadaan di negara sejak akhir-akhir ini menyebabkan saya terpanggil untuk berbuat sesuatu bagi membaiki keadaan. Kita semua maklum hambatan yang ada pada diri kita dan di persekitaran kita dalam perjalanan hidup ini. Tetapi pejuang tidak mengenal erti gagal. Setiap ancaman itu dilihat sebagai peluang dan pengorbanan itu umpama minyak yang akan terus membakar semangat juangnya.

Saya akui kekerdilan diri tetapi dari sisa-sisa kudrat yang ada saya berjanji untuk menyumbang sesuatu kepada negara tercinta. Saya renung dan fikir dalam-dalam apa bentuk sumbangan yang mampu saya berikan secara efektif dan berterusan.

Akhirnya, saya membuat keputusan menjadikan blog ini sebagai "platform" untuk semua berbicara dan berkongsi pendapat tanpa ada rasa takut dan gentar. Cakaplah apa yang ingin dicakapkan dan bicaralah sepuas hati ASALKAN semuanya berasaskan pertanggungjawaban. Kalau orang Islam mereka tidak akan terlepas daripada pertanyaan Tuhan tentang apa yang mereka cakap dan buat di dunia ini.

Jadi, dari masa ke semasa saya akan poskan pelbagai isu dan maklumat kepada anda semua dan saya amat mengharapkan sumbangan maklumbalas dan pandangan dari semua. Moga-moga usaha kita akan dapat mencernakan kebaikan di bumi bertuah bernama Malaysia ini!

Anak Bapa