Saturday, April 19, 2008

UMNO Atau Melayu Yang Terancam?

Saya amat tertarik dengan polemik berhubung penghakisan kuasa Melayu atau ketuanan Melayu yang semakin panas diperkatakan kebelakangan ini. Apa yang pelik ialah perkara ini tidak pula dibincang dengan serius oleh UMNO dan kuncu-kuncunya sebelum pilihanraya baru-baru ini. Malah mereka dengan sombong telah berkali-kali menolak pelawaan PAS untuk bermuzakarah berhubung kesatuan Melayu dan Islam. Tetapi apabila dirasakan nyawa mereka semakin terancam hasil penolakkan rakyat (termasuk orang-orang Melayu) maka dicananglah merata tempat betapa perlunya Melayu bersatu untuk survival mereka. Tetapi betulkah orang-orang Melayu sedang terancam di bumi sendiri?

Cuba lihat perbandingan kerusi-kerusi parlimen yang dikuasai oleh orang-orang Melayu pada pilihanraya 2004 (masa kegemilangan BN) dan 2008 (kekalahan paling teruk BN). Kita menggunakan kerusi parlimen kerana ia lambang kekuasan di negara ini. Di dalam PRU 11 UMNO memperolehi 110 kerusi diikuti PAS 9 kerusi dan PKR 1 kerusi menjadikan jumlah keseluruhan kerusi Melayu 120 manakala di dalam PRU baru-baru ini UMNO memperolehi 78 kerusi, PAS 23 kerusi dan PKR 20 kerusi (kerusi Melayu) menjadikan jumlah kerusi yang dikuasai orang-orang Melayu sebanyak 121. Bukankah kerusi orang-orang Melayu telah bertambah? Juga dapat dilihat daripada statistik ini bahawa kerusi milik UMNO telah susut sebanyak 32 yang mana telah diambil oleh PAS dan PKR. Berdasarkan kepada analisa mudah ini anda sendiri dapat membuat kesimpulan siapa sebenarnya yang sedang terancam!

Permintaan saya kepada pimpinan dan ahli Pakatan Rakyat (PR) terutamanya orang-orang Melayu supaya jangan terjebak ke dalam perangkap perkauman UMNO. Kita tidak perlu membuang masa dengan sikap hodoh dan hujah dungu pimpinan UMNO dan “cendiakawan-cendiakawan” yang sewaktu dengan mereka. Adalah lebih baik kita memberi tumpuan memerintah negeri-negeri yang kita menangi dengan baik dan meyakinkan rakyat (termasuk ahli-ahli UMNO) bahawa mereka tidak membuat kesilapan dengan mengundi PR. Episod sedih UMNO sudah berlalu dan wajar kita biarkan “Luncai terjun dengan labu-labunya”.

Anak Bapa: UMNO akan menghadapi tsunami politik kedua yang lebih besar apabila pimpinan mereka mula serang menyerang menjelang pemilihan parti di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya peringkat nasional tidak lama lagi. Kita tunggu tengok kepala sapa yang kena penggal dan terpenggal.

7 comments:

Cucu Adam said...

Suatu kupusan menarik. Perbandingan kerusi yang dikuasai oleh orang Melayu pada PRU11 ialah 120 kerusi manakala PRU12 pula ialah 121 - nyata pertambahan, dan soalan ketuanan Melayu tidak timbul. Juga kenapa soal ketuanan Melayu tidak diperkatakan sebelum PRU12. Hilang 32 kerusi UMNO kepada pembangkang memang sukar diterima oleh UMNO. Percakaran sesama mereka akan menambahkan lagi terhakisnya kuasa politik UMNO/BN. Sama-sama kita lihat nanti.

Pak Ma'on said...

saya bersetuju..umno dah sedia untuk diberakkan dan biar hanyut 'tahi umno' ke laut hitam sekian

shaieza Enterprise (001655692 - P) said...

walau seteruk mana anggapan anda...anda kena ingat kalau jadi apa apa dekat kaum kita mana kita nak pergi...pikirlah lg 50 ke 100 thn akan datang, jadi macam singapore...abis..nak bersuara pun mak ai..susah...ingat ingat lah anak kita bukan time kita sekarang...sampai satu masa sok kaum kita jadi macam bangsa peribumi australia baru lah kita semua tergadah malah kita dianak tiri di negara sendiri..INGAT INI ADALAH TANAH MELAYU...BUKAN TANAH CINA ATAU INDIA, Bak kata Hang Tuah TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA

Anonymous said...

Persoalannya siapa yang biarkan Singapura jadi begitu? UMNO ke PAS?

Anonymous said...

maksud cik shaieza jika orang melayu tidak lagi mengundi umno/bn maka org melayu akan merempat di tanah air sendiri?
Kenapa dipersoalkan dengan orang melayu yang mengundi calon bukan melayu dari dap dan pkr tetapi tidak dipersoalkan orang melayu yang mengundi calon parti mca, mic, gerakan, ppp?

Anonymous said...

Suka ati korang le. Cuma ingat!! Silap percaturan...jadi kuli balik le bangsa kita di tanah sendiri. Tu je nak bagi ingat.

Sekarang boleh le nyahut sana...jerit sini. Pas ni kalau dah digubal PM bukan melayu pun boleh, Islam dah bukan agama resmi, DEB dah hapus, Kontraktor kelas F dihapuskan dan kuasa Sultan ditamatkan...jangan lah pulak memekak-mekak ya. Bangsa lain takpe lah...bab duit no problem. Negara asing sebangsa depa banyak. Singapura ade. Cina ade. Taiwan ade. India ade. Melayu apa ada?? Kekal jadi pak sorak je le. Yang kaut untung orang lain.

Aku tak kesah hangpa sesama melayu nak bertekak-tekak pasal parti la, agenda la...tu hangpa punya pasal la. 20 tahun lagi kalau hangpa semua dah mampuih, Malaysia ni tukaq nama pi Macinasia...baru padan muka hang. Masa tu anak cucu sendir jadi pendatang kat tanah sendiri.

Kalau tak sedar lagi...pun takpa. Aku memang suka.

Batigol said...

Salam...

Apa yang saya nampak,umno ni bila dia susah dia akan berkokok pasal Ketuanan Melayu...masa menang PRU11 dulu mana da sebut pasal ni..PRU12 ni baru bersungguh-sungguh nak bincang pasal Melayu. Sama jugak tahun 1969 dan 1999 dulu, bila kalah teruk baru nak cari Pas. Diaorang tak pikir ke apa yang diaorang dah buat kat kerajaan Kelantan...kalau UMNO ikhlas nak berjuang pasal melayu diaorang tak kan buat macam tu kat kerajaan kelantan. Kerajaan kelantan pun dipilih oleh rakyat gak,melayu islam macam UMNO jugak...
UMNO please "Think Out Of The Box".....