Saturday, May 10, 2008

Apabila Lama Tak Berjalan .........



Baru-baru ini saya berkesempatan melawat Hong Kong dan Shenzen. Walaupun hanya beberapa hari saja di sana, banyak perkara menarik yang saya temui di sepanjang perjalanan. Kali terakhir saya melawat China ialah 10 tahun yang lampau atas urusan perniagaan. Bila saya amati betul-betul nampak begitu ketara perubahan negara yang mempunyai penduduk paling padat dalam dunia ini. Dari segi pembangunannya memang setanding dengan negara kita. Kereta-kereta mewah memenuhi jalanraya berbanding ribuan basikal satu masa dahulu. Bangunan pencakar langit berada di mana-mana saja. Sistem 2 kerajaan yang diamalkan di Hong Kong dan China pun nampaknya berjalan dengan baik. Cuma bedanya ialah makanan dan hotel di China sangat berpatutan manakala di Hong Kong berlubang poket kalau lama tinggal di sana. Tetapi ada satu keistimewaan Hong Kong iaitu peralatan elektronik terutama telepon bimbit dan kamera. Telepon bimbit yang harganya RM700 sebuah di sini hanya berharga RM200 di sana. PDA O2 yang comel tu saya tanya hari tu baru harga RM800 sebuah ….. wow!


Di sebelah China pula terkenal dengan barangan murah samada baju, barangan kulit, jam, kasut dan lain-lain lagi. Bayangkan stoking 3 pasang RM5 manakala jam ciplak berjenama (bukan Tag Loyer) grade A baru di sekitar RM100! Tak puas rasanya pi shopping sehari dua, kena tambah jadi seminggu.

Seperkara lagi saya lihat di Shenzen ialah kewujudan banyak kedai makanan halal samada yang diusahakan oleh orang Cina tempatan atau orang-orang luar. Jadi isu lapar kira selesai, malah rakan saya yang turut serta di sana mengadu berat badannya meningkat dengan ketara. Malah kehadiran orang-orang Islam tempatan termasuk juga di kalangan muslimat yang bertudung pun agak biasa di Shenzen dan juga di sekitar Masjid Kowloon, Hong Kong. Fenomena ini agak luarbiasa berbanding dengan keadaan di Shenzen 10 tahun yang lampau. Mungkin penghijrahan penduduk Islam dari utara dan barat China menyebabkan terjadi fenomena ini. Kecacamarbaan Hong Kong dari segi kemajmukkan rakyatnya cukup ketara sehinggakan ada rakyat tempatan yang meramalkan dalam masa 10 atau 15 tahun lagi, Hong Kong akan menjadi kota metropolitan terunggul di dunia. Tak puas rasanya berada beberapa hari di sana. Mungkin akan berkunjung agak lama sikit tak lama lagi!

Anak Bapa: Dalam dok sibuk buat kerja di sana, saya berkesempatan bertemu rakyat Melayu Malaysia yang agak ramai di Shenzen dan Hong Kong. Naik pelik memikirkan puak-puak ni yang dah agak lama mencari rezeki di sana. Bila dekat-dekat nak balik saya berbisik dengan mereka bertanyakan kenapa tak kerja kat negara sendiri. “Projek semua dapat kepada pemimpin BN dan kroni depa, kita tunggu apa. Baik pi cari kerja tempat lain. Tak lama lagi bila PR ambik alih kuasa kami balik laaaa…..”, jawab mereka selamba. Aku pun senyum meleret, puas.

6 comments:

Anonymous said...

betul.......

Bila anwar naik jadi PM, Amerika pun tepuk tangan.

maka banyaklah wang pelaburan ( foreign investment ) masyuk. Membeli-belah syarikat2 GLC / bumiputera. projek pun banyak....kalau dapat kat melayu, mungkin kroni anwar juga....

Tapi ada syarat untuk duit ni masyuk...

hak orang melayu di hapuskan...

masa ni DAP, sekutu PAP singapura akan makin menekan orang melayu dan raja2. (seperti yang berlaku sekarang) Btw Anwar tak de komen ape2 pun pasal karpal -kalau mcm ni jgn harap sokongan raja raja - jadi mcm pak lah jugak nanti.

Orang melayu lagilah tak ade projek sebab anwar terpaksa tunduk kat DAP dengan slogan malaysia utk semua. Yang melayu kat China tu boleh lah duduk kat sana lama lagi

MM

Anonymous said...

Marah nampaknya MM,
Bagi pendapat aku sekarang ini, aku berjuang memerangi kronisme, rasuh, salah guna kuasa dan kekejaman. Jadi kalau DSAI memerintah dia buat mcm MM ckp aku akan berjuang menentang DSAI jugak.
Negara China dan India sekarang sudah menjadi gergasi ekonomi dunia sekarang, Pertumbuhan ekonomi mereka tahun lepas, lebih tinggi dari ekonomi Malaysia. Kerajaan China tidaklah banyak kerenah biokrasi sewaktu pelabur hendak melabur di negara mereka, tidak mcm Malaysia, semua nak komisen itu yang banyak pelabur lari ke China ataupun India.

Anonymous said...

Anakmudaparlimenbatu,

saya tak marah, cuma sindiran dan peringatan.

Actually kat China dan India lagi teruk korupsi.
Malaysia ranked 39th, China 81st, India 95th

http://www.nationmaster.com/graph/gov_cor-government-corruption

Di india protectionism lagi kuat dan monopoli golongan kaya amat kuat. jurang miskin dan kaya pun masih jauh. Belum kira issue kasta lagi.

Ekonomi mereka berkembang melalui globalisasi. Advantage mereka adalah tenaga kerja murah dan mempunyai banyak sumber. negara luas dan penduduk terbanyak dunia, pasaran dalam negeri juga luas. Situasi mereka dan kita berbeza. Walaupun masih banyak rakyat mereka terpaksa mencari rezeki di luar negara. Their economy flourish sbb perubahan polisi kepada pelabur asing, yang sememangnya menanti, to take advantage of their vast untapped resources.

Malaysia masih ada tarikan untuk pelabur . Masih ada kekuatan atau 'niche' yang perlu diasah.

Apa yang dibimbangkan adalah arah tuju pemerintahan sekarang. Kita lihat zaman pemerintahan DrM, beliau bekerja keras, keluar negara utk promosi dagangan dan kerjasama politik.

Pemerintahan sekarang berbeza, Kalau dulu DrM dalam delegasi lawatan luarnegara, official function-nya agak penuh disiang hari. malamnya pula dia akan bertemu dengan delegasi korporat msia utk meneliti lapuran tentang peluang perniagaan dan pelaburan hingga ke lewat malam.
often very hectic schedule.

Situasi begini tidak berlaku ketika Lawatan Pak Lah, yang lebih suka berehat dan santai di lounge hotel selepas menghadiri kesemua official function. dan tidur awal.


Di malaysia, apa yang penting ialah kestabilan politik, dimana kesejahteraan rakyat perlu dijaga.
terutamanya melayu. Melayu tidak akan senang jika kedudukan mereka di ancam.

Scenario sekarang tidak begitu positif.

MM

Anonymous said...

Kalau kita hidup berprinsip insyAllah tak akan jadi masaalah. Tak kira sapa pun Anwar ke Mahathir ke, Cina ke, Melayu ke, malah bapa sendiri pun ..... kalau mereka terlibat di dalam rasuah dan penyelewengan kuasa mereka tetap bersalah dan tidak layak menjadi pemimpin .......

Anonymous said...

Sama-samalah kita menegur jikalau ada yang salah supaya amanah ini tidak dipunahkan sewenang-wenangnya. Terima kasih MM dan anak bapa semoga informasi ini menjadi penunjuk buat saya

Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

Jawaban utk pengommen no 1

Anonymous said...

>betul.......

>Bila anwar naik jadi PM, Amerika pun tepuk tangan.

>maka banyaklah wang pelaburan ( foreign investment ) masyuk. Membeli-belah syarikat2 GLC / bumiputera. projek pun banyak....kalau dapat kat melayu, mungkin kroni anwar juga....

>Tapi ada syarat untuk duit ni masyuk...

>hak orang melayu di hapuskan...

>masa ni DAP, sekutu PAP singapura akan makin menekan orang melayu dan raja2. (seperti yang berlaku sekarang) Btw Anwar tak de komen ape2 pun pasal karpal -kalau mcm ni jgn harap sokongan raja raja - jadi mcm pak lah jugak nanti.

>Orang melayu lagilah tak ade projek sebab anwar terpaksa tunduk kat DAP dengan slogan malaysia utk semua. Yang melayu kat China tu boleh lah duduk kat sana lama lagi

MM

==>

1. PERLEMBAGAAN
i. Mempertahankan hak, keistimewaan dan kedudukan kaum Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan

Sejak Merdeka, dah berapa kali hangpa pinda perlembagaan? Dulu berapa banyak tanah rizab Melayu, sapa yang gadaikan? Apa dia hak keistimewaan orang Melayu? Orang Melayu dapat pendidikan percuma ka? Orang Melayu dapat beli beras lebih murah ka? Dah 51 tahun hangpa memerintah, Melayu kat mana? Dah sampai 30% ka? Selama ini hangpa pertahankan hak sapa? Hangpa tarik royalti Petronas, bagi orang Terengganu kebuloq. Orang Terengganu tu bangsa apa? Hangpa cuma pertahankan hak Umno saja!

ii. Menentang segala pindaan yang boleh melemahkan kedaulatan dan kedudukan kaum Melayu dalam Perlembagaan dan perundangan Malaysia.

Sapa yang nak pinda? Belum ada orang lain yang memerintah Malaysia selain dari Umno. Yang dok pinda puluh kali tu, hangpa jugak. Yang dok melemahkan melayu tu hangpa jugak!


iii. Menentang segala tafsiran sewenang-wenangnya yang bersifat memilih terhadap fasal-fasal Perlembagaan bagi tujuan kepentingan dan perkauman.

Pasai apa hangpa tak tentang bila Perlembagaan dipinda untuk membolehkan kroni Umno membolot segalanya, diatas nama kepentingan Melayu? Hangpa kata nak tolong Melayu, tapi sapa yang dapat? Orang kampung hangpa bagi kain batik, kain pelikat. Hangpa sapu juta-juta.

POLITIK
i. Memohon Majlis Raja-Raja Melayu menyempurnakan tugas, tanggungjawab dan obligasi untuk memelihara dan mempertahankan seluruh kedaulatan Melayu.

Hangpa nak mintak Raja-Raja buat apa lagi? Dulu hangpa jugak yang telanjangkan Raja--Raja, hangpa fitnah macam-macam. La ni pun serupa jugak. Hangpa panggil YDPA "natang". Ada pemimpin hangpa sapu anak dia, tipu dia, hangpa masih sokong. Hangpa pelingkup raja-raja, la ni hangpa minta tolong?


ii. Menentang tafsiran hak asasi manusia dan proses demokrasi yang mengetepikan kedaulatan Melayu.

Tafsiran macam mana yang boleh diterima? Kalau rakyat berdemonstrasi, yang tu pengkhianat, beruk? Kalau Umno berdemonstrasi, tak apa? Kalau rakyat berhimpun, yang tu haram. Kalau Umno berhimpun, yang tu halal?

iii. Mendesak supaya peruntukan Perlembagaan dan undang-undang tubuh mengenai pentadbiran negara dikekalkan.

Nak kekal yang mana? Yang asal atau yang telah dipinda? Kalau nak yang asal, hangpa semua masuk PR. Lepas dapat dua pertiga, kita pinda balik keasal. Amacam?

iv. Menentang usaha untuk mempolitikkan pentadbiran pihak berkuasa tempatan demi memelihara kesejahteraan seluruh rakyat.

Politik tak politik, usahkan PBT, semua agensi kerajaan dah pun dipolitikkan. Sampai masjid dan surau pun dipolitikkan. Ni kerja sapa?

v. Memperjuangkan peranan prinsip kedaulatan Melayu sebagai teras dan ideologi parti-parti politik Melayu dan menolak segala ideologi asing berkenaan Malaysian Malaysia.

Ada berapa parti melayu kat malaysia ni? Setahu aku, satu saja. Pas, parti Islam bukan parti Melayu. PKR, hangpa kata parti murtad.

vi. Menuntut parti-parti politik Melayu sentiasa memperjuangkan dan membentuk pemikiran strategik dalam mengekalkan ketahanan dan kelangsungan kedaulatan Melayu.

Hangpa dok ulang ayat yang sama. Sapa tulis resolusi ni?

Cukup la dulu. Esok aku sambung lagi. Isteri aku dah panggil......anak semua dah tidoq.