Saturday, May 24, 2008

Kes Bodoh Sombong

Entah apa jenis tempe yang dimakan Khir Toyo menyebabkan ia makin popular walaupun sudah kalah di dalam pilihanraya umum yang lepas. Kini Ketua Pembangkang di Selangor ini sabankali keluar di dada-dada akhbar arus perdana dengan pelbagai macam komen dan ulasan. Jangan tanya saya samada cakap-cakapnya itu relevan atau penuh dengan kemerapuan, yang penting ia terus menghantui berita setiap hari.

Komen Khir Toyo yang terakhir ini sekali lagi menunjukkan betapa gelabahnya UMNO dan bodoh sombongnya mereka. Di dalam sidang DUN yang sedang berlangsung kini, telah timbul cerita bahawa Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat (Balkis) yang telah membelanjakan RM158,000 untuk membeli pakaian sukan dan RM121,000 untuk membeli baju batik untuk kegunaan mereka. Sebelum itu timbul juga cerita di dalam DUN bagaimana wakil-wakil rakyat UMNO telah habis membelanjakan duit peruntukan bagi DUN-DUN (RM500,000 setiap DUN setahun) dalam masa 2 bulan sebelum pilihanraya umum lepas. Ini bermakna RM26.6 juta telah dibelanjakan dalam masa 2 bulan termasuk RM600,000 yang diperuntukan kepada Speaker DUN, seorang anli Dewan yang bukan ADUN. Sepatutnya duit ini digunakan oleh ADUN untuk program bersama rakyat selama 1 tahun. Tetapi lihatlah bagaimana keburukkan dan keangkuhan UMNO yang dipuja dan dijulang oleh orang-orang Melayu sejak sekian lama. Saya yakin jikalau diaudit duit ini betul-betul, tak berapa sen yang pergi ke rakyat, yang lainnya ghaib dimakan hantu jembalang.

Namun dengan pendedahan di atas, dan saya yakin banyak lagi yang akan terbongkar, Khir Toyo tetap dengan kesombongannya. Dia bukan saja tidak menyesal di atas apa yang berlaku, malah siap memberi nasihat pula kepada kerajaan PR Selangor supaya melupakan isu remeh temeh dan memberi tumpuan kepada usaha memertabatkan negeri Selangor. Apa punya **%#@*^ punya orang! Duit hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan rakyat telah disalahgunakan, dia boleh kata ini perkara remeh temeh. Duit yang di Balkis tu pula sebahagiannya adalah duit zakat. Apa jadah belanja beli baju suami isteri mereka dengan jumlah yang begitu tinggi? Anda fikirlah sendiri rumusan terhadap kebiadapan UMNO ini.

Anak Bapa: Projek Ladang Ternakan Babi Moden yang dicadangkan di Kg. Tumbuk itu pun diluluskan pada bulan Januari 2008, iaitu di masa pemerintahan Khir Toyo. Itu pun masih ada hati nak menyangkal dengan macam-macam alasan. Memang dasar penipu pembohong susah nak ubah perangai ……..

2 comments:

Anonymous said...

Syabas Bro...bongkar habis-habisan...saya ada juga berjumpa dengan kontraktor2 dizaman BN memerintah dulu...semuanya minta kerajaan sekarang melupakan perkara yang lepas..dia orang takut la tuu...pedulikan mereka....bongkar selagi ada...rakyat berhak tau perkara sebenar....Allahhuakhbar....

mat_terab said...

Yang salah tetap salah...tak kan salah hendak lepas macam tu sahaja..kalau macam itu orang tidak akan takut hendak menbuat salah sampai bila-bila kerana senang-senang di lepaskan begitu sahaja....langkah kerajaan Pakatan Rakyat membongkar kesalahan kerajaan BN dahulu amat-amat di alukan dalam masa yang sama PR juga tidak lupa terus melaksanakan janji-janji manifesto kepada rakyat walaupau setakat kemampuan yang ada...cuma rakyat perlu bersabar untuk semua itu, bukan pekara mudah hendak melaksanakan nya dalam sekelip mata...umno dulu pun bukan semua janji-janji pilihan raya di laksanakan walaupun telah memerintah setengah abad inikan pula pakatan rakyat yang baru 2-3 bulan memerintah...kita harap rakyat terus menberi sokongan kepada pakatan dan terus bersabar kenapa 50 tahun lebih kita boleh bersabar dan tidak boleh bersabar untuk menunggu perubahan yang mutlak mungkin bulan september ini....