Monday, September 1, 2008

Wajar Blogger Anti Husam Bertaubat Menjelang Ramadan


Saya terkejut menatap tulisan-tulisan daripada blog Anti Husam http://www.antihusam.blogspot.com/
beberapa hari yang lepas. Walaupun blog berkenaan telah wujud sejak Julai 2008, tetapi saya baru berkesempatan menatapnya beberapa hari lepas. Itu pun selepas disuruh berkali-kali oleh teman dan rakan supaya memberi komen peribadi tentang blog berkenaan.

Sebenarnya saya kurang berminat melibatkan diri dalam perkara-perkara yang melibatkan urusan peribadi orang lain. Macam kata sahabat-sahabat kita, “silap-silap dapat dosa kering aje nanti”. Tetapi selepas meneliti beberapa artikel yang dimuatkan di dalam blog berkenaan, saya berasa sungguh terkilan dan dalam masa yang sama amat marah terhadap sikap blogger berkenaan yang kerjanya “lempar batu sembunyi tangan”.

Berdasarkan kepada intipati tulisannya saya dapat buat kesimpulan berikut:

Blogger ini mempunyai jawatan atau kenalan di kalangan pemimpin tertinggi PAS. Ini berdasarkan kepada butir-butir penulisannya yang ada kaitan dengan kejadian sebenar cuma andaian dan kesimpulannya tersasar daripada fakta sebenar, atau dalam bahasa mudahnya “fitnah”. Contohnya apabila dia berkata bahawa YB Khalid Abd Samad telah merekomenkan seorang Cina (daripada Taman Berkeley) sebagai calun ahli majlis MBSA, ini bukannya kerana cinta atau sayangnya yang mendalam kepada Cina berkenaan tetapi kerana kelayakan beliau dari segi pendidikan dan pengalaman, dan banyak membantu PAS di dalam pilihanraya baru-baru ini. Saya amat mengenali YB Khalid secara dekat sejak 25 tahun yang lampau, dan yakin bahawa beliau bukan jenis yang suka mengata orang atau mengambil kesempatan daripada kedudukannya. Memang betul beliau sangat vokal dan lantang di dalam sebarang penghujahan beliau baik di majlis-majlis PAS atau lainnya tetapi itu bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa. Ia lebih kepada bertujuan memantapkan sebarang keputusan yang bakal dibuat. Tentang samada beliau menyertai parti apa pun sebelum ini itu bukanlah menjadi persoalan kerana jikalau itu merupakan satu kesalahan saya yakin ahli PAS mungkin tinggal kurang daripada 1 ribu orang, yakni yang PAS tulin saja yang tinggal. Apa yang penting ialah kesetiaan dan komitmen beliau kini di dalam jamaah, yang saya yakin amat kukuh dan kuat, insyAllah.

Fitnah blogger berkenaan ke atas Husam lagi berat. Kononnya Husam menyertai rombongan Anwar ke Timur Tengah dan ada pula dijanjikan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Menteri apabila PR berjaya memerintah Malaysia kelak. Fitnah ini pun telah dijawab oleh Husam dan anda semua boleh membaca sendiri di dalam blog beliau,
http://cetusan-hati.blogspot.com/.

Blogger ini amat tidak menyukai PR dan lebih berminat ke arah perpaduan Melayu dan Islam (baca minat bergabung dengan UMNO). Serangan beliau tertumpu kepada semua pimpinan PAS Pusat yang diketahui menentang keras sebarang usaha mendekati UMNO untuk tujuan penggabungan kuasa. Oleh itu kita lihat serangan beliau ditumpukan kepada Kamarudin Jaafar, Husam Musa, Dr. Hatta Ramli, Mahfuz Omar, Khalid Abd Samad, Dr. Syed Azman, Dr. Zulkifli Ahmad, Salahudin Ayub, Dr. Mujahid Yusuf, Dr. Lo’Lo’, Dr. Mariah, Hanifah Maidin dan lain-lain lagi. Hamba Allah ini memberi gambaran seolah-olah semua pimpinan kita ini ada agenda peribadi dan tersembunyi bersama PR. Jikalau begini ramai dibabitkannya dengan tuduhan dan fitnah yang jijik dan jelek, saya tak tahu siapa lagi yang tinggal di dalam PAS untuk meneruskan perjuangan. Tambahan pula mereka ini telah lama di dalam perjuangan dan telah membuktikan kesetiaan dan amanah mereka di dalam perjuangan. Kalau pun ada kemungkinan kepentingan peribadi (minta perlindungan daripada Allah swt), saya yakin takkan melibatkan kesemua pimpinan kita secara serentak. Tetapi kalau si blogger anti husam ini besar kemungkinan ada, sebab dia lahap sangat nak rapati UMNO. Betullah dia guna perkataan “kepimpinan ulama’” dan Islam, tetapi hakikatnya dia ada agenda peribadi dan laungan Islamnya itu adalah lebih kepada “smokescreen”.

Satu perkara yang pelik saya kesani di dalam blog berkenaan ialah dia tak berani nak hentam Tok Guru Nik Aziz sedangkan Tok Guru yang paling keras dan awal menentang usaha penggabungan kuasa dengan UMNO ini. Sebabnya mudah saja, jikalau dia hentam Tok Guru maka dia sendiri akan kena seranah daripada ahli-ahli PAS. Sikap “double-standard” blogger ini cukup jelas di dalam hal ini.

Saya tak nak ulas lebih panjang isu berkaitan blog anti husam ini kerana saya anggap ia penuh dengan sampah sarap fitnah. Saya juga ingin menasihatkan rakan-rakan semua supaya tidak membuang masa membaca benda-benda mengarut ini. Elok kita isi bulan Ramadan ini dengan menulis dan membaca benda-benda yang baik aje. Saya juga ingin menasihatkan si blogger ini supaya insaf dan bertaubat daripada membuat onar dengan fitnah yang boleh merosakkan sahabat-sahabat seperjuangan kita dan juga dirinya sendiri. Jikalau kita menjunjung “kepimpinan ulama’” takkan pula kita bebas menfitnah saudara seagama yang lain. Dan adakah Islam tidak membenarkan sebarang perbedaan pendapat? Apa yang dibuat oleh sahabat-sahabat kita ini yang bercanggah dengan keputusan parti? Sebaliknya geng blogger ini yang sebenarnya melanggar etika bersyura dengan membuat kerja di dalam gelap. Keputusan di dalam muktamar baru-baru ini membuktikan dengan jelas hakikat ini. Renung-renungkanlah ……..

Anak Bapa: Daripada gaya bahasa dan penulisan blog ini saya dapat buat tekaan siapa sebenar manusia yang di belakangnya. Percayalah sahabat-sahabat semua bahawa makhluk ini amat merbahaya kepada jamaah dan dia bertindak atas kehendak peribadinya dan bukan untuk kepentingan jamaah. Saya yakin Allah swt akan mendedahkan penyamarannya tidak lama lagi. Sementara itu, marilah kita sama-sama memberi tumpuan membanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini dan salah satu daripada tugas ini ialah memperkukuhkan ukhuwwah di kalangan kita dan bukan menyemai bibit-bibit perpecahan.

8 comments:

Anonymous said...

SALAM UNTUK SEMUA

Alahai Anak Bapak.
Lihat komen yang diberikan oleh Sheih Zaidi melalui blog Kickdefella..

teruk juga menghemtam pimpinan Ulamak. Tapi anak bapak tak kata apa.

Dato Asri aktivis PAS yang tidak ada tolak banding dengan beberapa kerat nama yang tuan sebut. Tapi akhirnya.............UMNO jadinya.

Kerenah dalam PAS sejak akhir-akhir ini memang banyak.


YB Dato' Husam,,, pun bukan bagus sangat. .........

angah said...

salam..

jika nak mengkritik usah lah takut2.. mengapa disorokkan di belakang anonymous? nie lah contoh org CAMPAK BATU SORAK TANGAN..
di bulan puasa nie elok lah supaya blog yg suka menfitnah tue bertaubat..seperti anti husam, masterdedah.. nie blog2 yg hanya pandai menfitnah dan mengutuk...

selamat menyambut ramadhan almubarak..

ikhlas dari
angahsp.

Anonymous said...

Sepatutnya kita tidak mengamalkan "double standard" di dalam urusan kita. Tak kira samada ia melibatkan ulama atau orang biasa maka perbuatan mencemarkan peribadi orang lain atau menfitnah adalah salah. Sebagai contoh jika kita Husam pun bukan bagus sangat, apa maknanya itu. Itu satu ucapan yang umum yang tidak mempunyai sebarang asas untuk dihujahkan. Jikalau kita kata Husam tak bagus sebab pengurusannya agak kucar-kacir dan sebagai contoh projek-projek di bawah portfolionya banyak yang tergendala. Ini sebagai contoh dan dengan cara begini baru Husam dapat mempertahankan tuduhan yang dibuat dengan hujah beliau. Ini baru adil namanya.

Lagi satu isu peribadi tidak boleh kita jadikan isu perdebatan sebab ia dilarang oleh Islam.

Kita juga perlu ingat manusia ada kelemahan, baik ulama atau orang biasa. Tegur menegur itu sememangnya dituntut cuma perlu dibuat dengan baik lebih-lebih lagi sesama rakan seperjuangan. Moga-moga pandangan saya ada manfaatnya.

Anak Bapa

mhasnol said...

Tiada Deklarasi Dubai

saya berkongsi fakta berkenaan lawatan (singgah sebentar sebenarnya dalam perjalanan ke destinasi lain) Dato' Husam.

Kebetulan kini saya sedang bercuti (cuti tahunan) d Malaysia.

Saya merupakan salah seorang penganjur Majlis pimpinan Pakatan Rakyat d Dubai. Seawal tibanya Dato' Husam, saya iringi beliau hampir keseluruhan sehari dia transit d Dubai.

Dari tibanya d airport, kami sarapan sekali. Hantar ke hotel. Tengahari lunch bersama. Lewat petang ke majlis bersama rakyat Malaysia hinggalah hantar semula kehotel (kami dengan beberapa sahabat supper bersama - hingga awal pagi).

Dato' Husam tiba awal sekali d majlis bersama rakyat Malaysia. Kemudian Tan Sri MB Selangor tiba. Kita memulakan majlis sekitar jam 8 malam. Tan Sri memulakan ceramah. D ikuti Dato' Husam.

Semasa beliau berceramah, Dato' Seri Anwar tiba.

Selesai acara, kami bersama makan beriyani yang d sediakan rakyat Malaysia d UAE. Dato' Seri Anwar meningalkan majlis terlebih dahulu, d ikuti Tan Sri MB dan saya sendiri membawa Dato' Husam (selepas DS Anwar dan TS Khalid meninggalkan majlis).

Awal paginya dah ke airport untuk connecting flight.

Tiada masa untuk berbincang bagi mengolah apa yang d sebut blog antihusam sebagai Deklarasi Dubai!

WaLlaahu a'lam.

Pemuda Malaysia said...

aku sokong blogger antihusam kerana buat apa bagi muka dekat PKR yang nyata disokong Yahudi dan DAP yang makin kurang ajar di bumi Melayu!!!

Kalo ko nak sokong Pakatan Rapuh silakan sebab ko mungkin masih buta hati...

Anonymous said...

Blog anti husam penakut..komen saya banyak tidak di approve..tu menunjukkan dia tidak ikhlas..

Anti Blog Antihusam

mut said...

>>aku sokong blogger antihusam kerana buat apa bagi muka dekat PKR yang nyata disokong Yahudi dan DAP yang makin kurang ajar di bumi Melayu!!!<<

Buat apa bagi muka kat UMNO yang terbukti pengkhianat agama, bangsa dan negara?

Pembetulan : Ada sesiapa yang tak pernah dikhianati oleh UMNO?

Rata2 akhlak dam karekter pemimpin dalam DAP pun JAUH lebih baik daripada pemimpin-pemimpin UMNO !

Anonymous said...

Bukan saje penulis blog antihusam je kene bertaubat.. Husam pun kene bertaubat.. ye la.. kan kita umat Islam tak lari dari membuat dosa