Sunday, May 10, 2009

PAS Nak Pemimpin Yang Macamana?


Sesetengah orang memang suka mengambil mudah soal kepimpinan. Bagi mereka siapa saja boleh memimpin. Asal sihat tubuh badan (termasuk akal) dan berminat, maka ia boleh dilantik menjadi pemimpin. Berbeda benar dengan umat terdahulu di mana para sahabah rh sanggup melengahkan dahulu urusan pengkebumian jenazah Nabi saw semata-mata untuk menyelesaikan dahulu urusan pelantikan penggantinya sebagai khalifah umat Islam. Mereka melihat dari segala segi bagi memastikan bahawa pemimpin yang mereka akan pilih adalah yang terbaik dari kalangan mereka.

Saya tak nafikan majoriti ahli PAS begitu prihatin terhadap pemilihan kepimpinan mereka. Tetapi malangnya segelintir yang kecil yang mempunyai ‘lubang’ kepada kepimpinan tertinggi dan media lebih kuat bunyinya sehingga boleh menenggelamkan pendapat majoriti ahli. Isu kepimpinan ulama umpamanya mereka debatkan kadang-kadang terkeluar daripada tujuan asal pembentukkan gagasan berkenaan. Kepimpinan ulama ialah satu gagasan yang meletakkan PAS sejajar dengan tradisi gerakan Islam lain iaitu berpegang teguh kepada ajaran Islam. Ulama sebagai pewaris nabi-nabi adalah syiar kepada keutuhan ruh perjuangan. Percakapan dan tindak-tanduk mereka yang bersandarkan Al-Qur’an dan Hadis menjadi panduan kepada ahli semua di dalam menjalani kehidupan sebagai pejuang. Tetapi realitinya hari ini kita tidak mempunyai ramai ulama yang benar-benar mampu seperti Ustaz Nik Aziz atau Ustaz Abdul Hadi atau Ustaz Fadzil Noor. Ini bermakna kita perlu membentuk satu institusi ulama yang sesuai supaya ulama dari pelbagai kepakaran dapat dihimpun dan digabungkan dan seterusnya menzahirkan keputusan yang tepat dan kemas demi menjadi rujukan perjuangan. Meletakkan tanggungjawab memimpin ke atas bahu seorang ulama adalah hampir kerja mustahil di akhir zaman ini. Kerja secara kolektif dan bersyura sahaja yang akan mampu membimbing PAS ke tahap yang lebih cemerlang di masa dahulu, kini dan akan datang.

Atas kesedaran inilah maka pimpinan kita yang lepas membentuk 2 institusi penting ulama iaitu Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama. Dua badan ini bertanggungjawab penuh bagi memastikan perjalanan PAS menepati kehendak Islam. Alhamdulillah setakat ini mereka berjaya di dalam tugas mereka walaupun banyak lagi kerja perlu dibuat untuk mempertingkatkan prestasi mereka.

Berbalik kepada soalan kemampuan tadi, adakah ini bermakna bahawa kita perlu mengosongkan jawatan-jawatan lain untuk ‘diberikan’ kepada ulama hanya semata-mata dia lulusan agama dan bergelar ustaz. Jawapannya boleh jadi ya dan boleh jadi tidak. Orang putih kata, “it depends …. “. Jikalau ustaz ini memiliki segala kepakaran untuk menjadi pemimpin, dipersilakan. Tetapi jika setakat bidang agama saja dan tidak ada kemampuan dari segi pengurusan organisasi dan sebagainya, maka saya kata lantik ahli lain yang ada kemampuan. Kerja PAS bukan setakat bagi kuliah agama. Kita ada banyak peranan besar yang memerlukan pelbagai jenis kemahiran, tambahan pula jika kita memerintah. Becakap dan bertindak adalah 2 perkara yang sangat berbeda. Rakyat bukan nak dengar retorik sahaja, mereka nak lihat “substance”, yakni apa benda yang kau orang nak buat. Lagipun pemimpin PAS ni akan menyusun aktiviti berdasarkan perlembagaan parti dan rumusan daripada Muktamar Agung Tahunan. Tak timbul mereka akan lari daripada sempadan perjuangan yang sentiasa dijaga oleh para ulama melalui Majlis Syura Ulama. Dan jika kita lihat dengan teliti mereka-mereka yang akan terpilih atau yang masuk bertanding di peringkat pusat ini pun bukan calang-calang orang. Mereka ini telah berpuluh-puluh tahun berjuang dalam PAS dan dah masak benar dengan dasar dan matlamat perjuangan parti. Pelbagai ujian dan mehnah termasuk menjadi tahanan ISA telah mereka lalui. Kenalah kita ada usnul zon terhadap mereka. Apa yang penting sekarang kemampuan mereka ini untuk bekerja secara berpasukan dan sokong menyokong antara satu sama lain bagi melahirkan satu pasukan yang mantap dan dinamik. Kita jangan lupa bahawa jika PAS ingin menjadi teras Pakatan Rakyat dan menggantikan UMNO selepas PRU ke 13 maka PAS perlu berfikiran besar dan perlu menguasai segala kepakaran yang ada pada UMNO, malah mungkin lebih lagi. Persoalannya adakah kita bersedia atau mampu membuat perubahan ini?

Anak Bapa: Kita selalu kata,”jika kita serahkan urusan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat-saat kehancuran …. “. Tapi kalau dah 2 penggal tak mampu nak buat kerja lagi, eloklah bagi peluang orang lain pula. Lagipun jawatan ini bukan hak mutlak sesiapa tetapi amanah daripada Allah swt. Tak ada jawatan tidak bermakna tidak boleh berjuang lagi. Banyak kerja parti yang perlukan sokongan dan pertolongan kita semua. Samada nak dengan tak nak aje!

3 comments:

Anonymous said...

dengar cerita, Ustaz Nasa baru sahaja beli rumah harga 1 juta ringgit...

apa kes beb???

Anonymous said...

uncle Nasa mampu, biarlah dia beli.

1 juta tu skang ni tak mahal spt dulu...

ada ke bukti dia kapoot duit orang.?


Kalau dia nak beli 30 juta pun, sukahati dialah asalkan duit tu halal dan tak aniaya org

p/s:tak boleh tengok org senang sikit :(

penikmat kopi amjal said...

angin perubahan kian bertiup kencang. hendak tak hendak Pas perlu bersedia untuk menggantikan umno di peringkat federal dengan menjadi anchor PR. kepimpinan yang ada perlu ditukar dan carilah pemimpin yang sesuai dengan aspirasi rakyat terkini. rakyat awam tidak faham apa itu muqabalah, muzakarah atau apa lagi mu. mereka ternanti-nantikan perubahan kepimpinan pas yg menjiwai perjuangan massa dan merakyat dan merata. politiking ala 80-an adalah tidak sesuai di zaman ini.