Thursday, June 19, 2008

Macam-Macam Ada ...........

Sabanhari kita berdepan dengan pelbagai isu yang mencabar keintelektualan dan daya kesabaran diri. Malah adakalanya cabaran yang dilontarkan amat besar sehingga meminta daya ketahanan iman yang tinggi. Tengok saja isu persembahan nyanyian oleh Ella dan Mas Idayu di Kejohanan Bolasepak Piala Sultan Selangor yang akan diadakan tidak lama lagi. Apa kaitan bolasepak dengan persembahan mengarut puak-puak ni! Ni macam cerita iklan jual kereta tetapi dipaparkan lebih banyak adegan perempuan separa bogel daripada gambar kereta.

Ada yang berkata apa salahnya berhibur sedikit sebelum pertandingan bolasepak bagi mententeramkan hati yang gundah gulana kerana isu kenaikan minyak dan harga barang. Soalan saya, lepas habis persembahan tu adakah telah terubat gundah gulana tu? Kadangkala kita ni terlalu terikut-ikut dengan cara orang yang tak beriman mencari ketenteraman jiwa sebab tu penyakit kita dengan mereka lebihkurang sama. Hidup sebagai seorang muslim mukmin tu mestilah “dipakej” dengan lengkap sempurna termasuk cara-cara nak menghiburkan hati. Ni tak, nak minta doa dan berkahwin cara Islam tetapi nak berseronok-seronok ikut nafsu serakah. Ella apabila ditanya oleh para wartawan tentang kaitan isu gejala sosial di kalangan remaja dan persembahannya, berkata bahawa remaja sekarang sudah cerdik dan dapat membedakan antara yang baik dan yang buruk. Cerdik tengkorak apa bila setiap hari mereka yang jenis ni dok buang anak merata, bohjan bohsia tanpa penghujung, merempit siang malam, Al-qur’an dan masjid ditinggal jauh. Dan si Ella ni dengar khabarnya diminati oleh geng-geng Black Metal. Apa betui ke?

Saya ada meneliti buku panduan yang dikeluarkan JAKIM berhubung isu hiburan di dalam Islam. Cukup cantik kupasannya. Saya cadang kita semua pi ambik kat pusat Islam sorang satu lepas tu baca dan amal. InsyAllah bab-bab ni tak timbul lagi selepas ini. Pemuda PAS dan sapa pun yang mengaku Islam berhak untuk membuat teguran, bukan atas dasar benci tetapi kasih sayang kerana ini satu amanah. Jadi saya harap teguran ini dilihat di dalam konteks yang betul supaya tak ada puak yang akan mengambil kesempatan kelak.

Bab isu minyak naik harga ni pun tak kunjung reda. Semakin hari semakin terhimpit rakyat. Pemimpin UMNO/BN ni aku ingat tak ada hati perut betul. Rakyat gaji tak bertambah, kos meningkat jadi apa lagi helah mereka untuk terus hidup. Saya bimbang isu ini akan memusnahkan institusi kekeluargaan dan masyarakat kerana kehimpitan hidup. Anwar Ibrahim, kalau dah ada jalan nak ambil alih kerajaan persekutuan, silakan cepat sebelum kita semua punah ranah. Tambah bila dengar penerangan Pak Lah dan menteri-menteri tunggulnya, bertambah yakin saya saat-saat kehancuran kita makin dekat.

Anak Bapa: Pemuda PAS tak protes jikalau Alleycats membuat persembahan kerana kita dimaklumkan bahawa selain daripada Mas dan Ella, Alleycats juga dijemput. Ini menunjukkan bahawa PAS tidak menentang hiburan cuma ikon-ikon tertentu yang dikaitkan dengan budaya liar. Perkara ini tak siapa yang sentuh ……..aneh?

3 comments:

Anonymous said...

Salam hormat,

Dipaparkan lebih banyak gambar perempuan bogel daripada gambar kereta agar pembeli stim agaknya. Hehehe...Auuuw.:)

Wassalam.

Edward Ott said...

Nice Blog.

Wakmasnoor said...

Saya rasa saudara mungkin salah maklumat berkenaan hal ini.

PEMUDA PAS MEMANG MEMBANTAH DAN TIDAK BERSETUJU DENGAN AGENDA KONSERT INI.

Maka kalau saudara benar2 pengikut PAS yang peka terhadap perubahan dan arus semasa mereka terutamanya di Selangor, maka suadara mungkin tahu 3 sebab utama tersebut.

Selamat mencari...