Tak dapat digambarkan rasa marah dan kecewa aku kepada “kera”jaan BN Pak Lah di atas keputusan tidak bertanggungjawab menaikkan harga minyak dan tarif elektrik hingga ke paras yang sangat “merbahaya”. Tak pernah aku lihat di dalam sejarah, kerajaan yang begitu tidak bermoral dan beretika di dalam menanggani masaalah rakyat dengan menambahbeban lagi kehidupan yang telah pun amat sengsara di kala negara mendapat untung besar daripada hasil jualan minyak. Apakah segala hasil mahsul negara ini hanya untuk ditelan oleh anak pinak mereka semata sedangkan rakyat terbanyak dipaksa terus menerus menderita beban kenaikan kos kehidupan? Bayangkan dengan kenaikan harga minyak dan elektrik yang sebegini dahsyat, apa akan berlaku dengan harga barangan keperluan lain? Takkan nak “ubah cara hidup lagi !!!!”.
Pak Lah sekali lagi mengesahkan bahawa ia tidak layak lagi menjadi PM Malaysia. Pak Lah adalah seorang manusia yang bertopengkan binatang, yang kejam kepada rakyat. Ia sebenarnya tidak pernah memikirkan kemaslahatan dan kebajikan rakyat. Apa yang ditunjukkan muka sardinnya selama ini hanyalah sandiwara bertujuan mengabui mata rakyat. Jikalau betul Pak Lah prihatin kepada rakyat, masakan setiap kali berhadapan dengan masaalah ekonomi ia akan merompak duit rakyat? Dan saya minta si katak Ezam tolong pi selesaikan isu besar yang melanda rakyat ini jika benar kamu seorang wira rakyat marhaen. Padan muka si Ezam kerana Pak Lah tunggu dia masuk UMNO baru dinaikkan harga minyak dan elektrik.
Mungkinkah apa yang dibuat oleh Pak Lah ini memang bertujuan untuk meresahkan rakyat? Apabila rakyat dah marah, maka ramai yang akan memberontak dan ia mempunyai alasan kukuh untuk melaksanakan agenda “jahat anti demokrasinya”. Bukankan nyawa Pak Lah umpama telur di hujung tanduk aje sekarang? Pak Lah mungkin berpandangan bahawa ia tidak dapat bertahan lama dalam keadaan yang ada pada hari ini, yang mana ia diasak dari semua penjuru di dalam dan di luar parti. Pada pandangan saya kita semua perlu berhati-hati. Jangan bagi ruang kepada puak-puak h***mj***h ini mengambil kesempatan menangguk ikan di air keruh. Mari bersama-sama kita hadapi krisis ini dengan tenang dan berhikmah kerana nyawa BN dah tinggal nyawa-nyawa ikan aje lagi!
Anak Bapa: Di kala Kerajaan PR Selangor akan mula melaksanakan air percuma 20 meter padu kepada setiap penduduk Selangor bulan ini, BN pula sibuk merompak duit rakyat. Ini perbedaan ketara antara Kerajaan Rakyat dan Kerajaan Barang Naik (BN). Saya pinta semua kerajaan negeri PR supaya membanyakkan lagi program kebajikan kepada rakyat. Biar rakyat kenal yang mana satu intan dan yang mana satu kaca ………..

7 comments:
Salam hormat,
Betapa saya juga begitu marah dengan Kerajaan lantaran kenaikan harga minyak yang terlalu tinggi. Apatah lagi bila memikirkan bahawa kenaikan harga keperluan asas yang terlibat, tidak semudah itu untuk diturunkan semula.
Namun susah nak kata, sebab isu ini melibatkan krisis tenaga global. Saya fikir Pak Lah juga tersepit dan serba-salah dalam situasi ini.
Tegasnya, seluruh rakyat terpaksa akur dengan penuh kesabaran, di sampning menanti PR mengambil alih teraju pimpinan negara menjadi kenyataan hendaknya.:)
Wassalam.
Apa kata kita buat balik seperti yang pernah kita buat perhimpunan 100000 rakyat kali ini kita sasar 1 juta....pakai la baju apa-apa pun tak pa supaya puak depa tahu macam mana kuasa rakyat....wahai pemnipin pakatan rakyat gerakan sekarang....kali ini berarak ke parlimen
haha...Inilah reform yang ezam betul-betul nakkan..kata ezam i sokong kpd reform..bukan kpdindividu atau parti.
terima kasih kepada pak lah yang bersungguh-sungguh menaikkan harga minyak ketahap yang sukar dibayangkan oleh kami rakyat malaysia.
semoga dengan kenaikan harga minyak ini dapat membantu kami, 'rakyat kebanyakkan' menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.
terima kasih juga kepada para pengundi/penyokong bn yang telah sama-sama membantu menaikkan harga minyak.
pak lah, jasamu tetap dikenang.
Hopefully people can still survive and have something to eat and to cherish in life...
I am wondering what happen to the government? Cutting subsidy, price increase? Are we run put of money? Is the country is desperate for money? Anymore money left in the Bank Negara?
Recession may be inevitable, but the government need to make sure that the impact can be soften for those with less money.... Not following the capitalism idea ... the poor is getting poorer and the rich is getting richer...
Pakatan Rakyat bukannya dapat bagi air percuma pun...nak bagi pengurangan cukai pintu pun berdolak-dalih...pakatan rakyat yang poyo...
Saya bersetuju dengan luahan saudara. Dan saya turut bersetuju bahawa kenaikkan harga minyak yang mendadak ini amat membebankan rakyat, walaupun saya amat tak bersetuju dengan intipati yang dihuraikan saudara.
Pak Lah fails me in so many things.
Post a Comment