Monday, August 11, 2008

Agama Perlu DiHormati


Saya memerhatikan dengan penuh kebimbangan insiden yang berlaku baru-baru ini antara Majlis Peguam dan PEMBELA (gabungan NGO-NGO Islam). Konflik ini timbul apabila Majlis Peguam bercadang menganjurkan majlis forum “Memeluk Islam”, program bertujuan antara lain membincangkan masaalah yang dihadapi oleh kalangan bukan Islam apabila kaum keluarga mereka memeluk Islam dan kesukaran untuk murtad di kalangan orang Islam atau muallaf. Di peringkat awal lagi cadangan penganjuran forum ini telah ditentang oleh pelbagai pihak terutama NGO-NGO Islam dan juga tidak digalakkan oleh pihak keselamatan tetapi Majlis Peguam masih mahu meneruskannya. Tepat sekali tekaan kita apabila berlaku suasana yang tidak diingini pada hari forum tersebut sehingga Majlis Peguam terpaksa menghentikan program tersebut sertamerta.


Kadang-kadang saya naik binggung memikirkan sikap sesetengah “cerdikpandai” kita di dalam memahami sensitiviti masyarakat setempat. Kita sudah hampir 51 tahun merdeka namun masih ramai yang tidak faham apa yang tidak boleh dan apa yang boleh diperkatakan di khalayak ramai. Sudah banyak insiden yang berlaku di masa-masa yang lepas yang boleh kita belajar sebagai pedoman di dalam merangka aktiviti kemasyarakatan, dan aspek berkaitan agama dan bangsa merupakan antara yang perlu difikir dan dikaji dengan serius implikasinya sebelum dianjurkan sebarang program.


Tetapi malangnya Majlis Peguam cuba menafikan hakikat ini dan hasilnya hampir tercetus pergaduhan yang jika tak ditangani dengan betul boleh merebak menjadi persengketaan agama yang lebih buruk. Tak adakah orang-orang Islam yang cerdik di dalam Majlis Peguam yang boleh memberi nasihat berguna kepada kepimpinannya? Betullah kita perlu membenarkan hak menyuarakan pendapat dan pandangan, tetapi jikalau sampai ke tahap membicarakan agama orang lain di kalangan mereka yang tidak arif tentang Islam, lantas menimbulkan fitnah di kalangan yang hadir, adakah boleh dianggap sebagai hak mutlak semua orang? Apa kata jikalau orang Islam pula yang menganjurkan forum awam membincangkan tentang agama Hindu atau Kristian atau apa saja agama tanpa memanggil mereka-mereka yang arif tentang agama berkenaan, adakah kita rela dalam konteks kebebasan bersuara? Adakah apabila Negara Barat menganggap kebebasan bersuara itu mutlak dan anggota masyarakat mempunyai hak sepenuhnya membicarakan apa saja secara terbuka termasuk bab agama, maka kita perlu menuruti segala saranan mereka?


Majlis Peguam perlu menjawab segala persoalan di atas sebelum meneruskan niat mereka menganjurkan sebarang program berkaitan agama dan bangsa di masa-masa akan datang. Saya yakin semua orang sayang kepada agama yang dianuti mereka dan tentu tidak bersedia melihat ia di permain-mainkan. Apatah lagi agama Islam yang telah termaktub di dalam perlembagaan sebagai agama negara kita. Kita mempunyai banyak cara untuk menyelesaikan isu yang timbul berkaitan konflik sesama agama dan melalui penglibatan mereka-mereka yang berkelayakkan di dalam bidang agama sahaja segala permasaalahan dapat diselesaikan. Kita boleh memilih jalan yang baik atau jalan persengketaan di dalam perkara ini dan saya yakin Majlis Peguam tentu mahukan cara yang aman dan damai di dalam menanggani kemelut ini. Dan saya juga yakin umat Islam pun mahukan cara kedamaian kerana ini adalah tuntutan agama mereka di dalam kehidupan bermsyarakat. Masyarakat majmuk bukan perkara baru di dalam Islam malah Islam sentiasa tegak di dalam masyarakat majmuk. Justeru itu penyelesaian tetap ada. Persoalannya, adakah Majlis Peguam mahu menyambutnya?


Anak Bapa: Bukan semua benda boleh diciplak terus dari Barat. Ambik contoh bab kahwin kaum sejenis. Relakah kita melihat perkahwinan kaum sejenis yakni lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita dihalalkan di negara ini semata-mata kerana ia telah mula dihalalkan di sesetengah negara Barat? Cubalah fikir-fikirkan sikit ……..

4 comments:

Anonymous said...

Pray tell me how have the forum shown disrespect and insulted Islam. Isn't it true the majority of the invited panel speakers were Muslims?

I agree that Islam was insulted on that day. Not by the forum. But by the hooliganism shown by the protesters. Islam was insulted by those claiming to be its defenders who spewed racial insults at others.

Did Christians threaten to burn all copies of the Da Vinnci Code when they were sold in our bookshops? Did they protest outside the cinemas when the movie was shown? The Da Vinnci Code is antithetical to the Christian faith. But Christians bought the books and even went to see the movie to understand it and organized forums in churches to refute the claims made by the book/movie.

If I tell you your religion is a fraud will you wallop me or engage me intellectually to convince me it's not. Your reaction will tell me how secure you are in your faith.

splim

Anonymous said...

Go and read Haris Ibrahim blog on this issue. Read the background of 2 of the speakers, Prof. Mehrun Siraj and Haniff Khatri Abdullah. Were they there to 'cabar' or 'gugat' Islam?

Some people just have the tendency to burn a book without reading its contents

splim

Anonymous said...

pada pendapat aku mereka yg mengajurkan forum ini tidak langsung memahami Islam.
dan sewajarnya sudah menjadi kewajipan kita/kerajaan memberi pemahaman kepada mereka mengenai Islam.
jika mereka tetap mahu membicarakan hak agama org lain dan kita pulak sebagai org Islam cuma mahu mempertahankan hak tanpa memberi pemahaman yang secukupnya kepada mereka, aku rasa isu nie sampai bila2 pun tak akan ada kesudahanya. malah lebih teruk lagi jika ia menjadi seperti api dalam sekam, yang menghancurkan perpaduan kita tanpa disedari.
kita kena menerima hakikat yang sekarang kita hidup dalam sebuah masyarakat yg berbilang bangsa dan agama. hormat-menghormati antara satu sama lain dan sikap saling mempercayai adalah kunci utk kita bersatu padu.
so kerajaan dan badan2 yg berkaitan haruslah bekerja lebih kuat untuk memberi penerangan tentang Islam kepada mereka semua.
semoga kita semua dapat hidup dalam suasana aman harmoni.

Anonymous said...

http://www.kulitpisang.com

Jihad Menentang Anwar Kerana Anwar Redha Kafir Menghina Islam.

Dalam Malaysiakini, 8 Ogos, Anwar Ibrahim menyatakan bersetuju forum”Memeluk Islam” diadakan berhubung masalah pertukaran agama dikalangan bukan Islam di bawah perkara 121 (1A).”Saya rasa, untuk kepentingan Malaysia yang pelbagai kaum, kita patut berhati-hati tentang perkara ini. Teruskan perbincangan, bertemu dengan mereka yang bimbang. Saya rasa sebagai strategi, ia akan lebih berkesan untuk jangka masa yang panjang” kata Anwar.

Menurut buku yg ditulis oleh Allahyarham Ikhwan Nasir, beliau kata Anwar pernah menentang keputusan Ayatollah Khomenei yang menjatuhkan hukuman bunuh terhadap penulis buku Satanic Versus iaitu Salman RusdieSikap Anwar tidaklah patut kerana dia seorang Islam. Kata Anwar
di dalam majalah ASIAWEEK dalam temubual dengan wartawan Roger Mitton dan tersiar pada 11 November 1993, Anwar berkata:”Saya telah membaca The Satanic Verses.

Bagi saya, beliau adalah seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya. Saya tidak bersetuju dengan Khomenei mengenai The Satanic Verses. Tetapi ia perlu diberikan penelitian berikut. Pertama, penulisan buku ini merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa2 hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh sebuah mahkamah undang2..keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, orang ramai akan merasa terugut bilamana mereka menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif”

INTIPATI BUKU SALMAN RUSHDIE :

Salah seorang blogger telah memberi komen kepada artikel AIDC ini, dan menyatakan inti-pati kandungan The Satanic Verses, antaranya..

(1). Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh Syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran

2. Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah

3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.(2). Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah

(3). Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan. Apakah Anwar sedar apa yang diperkatakan kepada Newsweek?
WAJIB BAGI ORANG ISLAM MENJATUHKAN ANWAR.ANWAR ADALAH JURUCAKAP KAFIR
HARBI MALAYSIA.