Ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) diaibkan oleh Dr. Mahathir 10 tahun yang lalu, ramai anak saya masih kecil lagi, di sekitar umur awal belasan tahun. Ketika itu mereka masih di sekolah rendah dan menengah rendah, baru tengah berjinak-jinak dengan perkataan dan ungkapan baru. Satu-satunya perkataan yang begitu popular ketika itu ialah perkataan LIWAT, perkataan yang diulang sabanhari oleh akhbar, radio dan tv. Saya teringat lagi bagaimana ibubapa ketika itu menghadapi masaalah besar menerangkan makna perkataan ini kepada anak masing-masing. Saya juga tidak terkecuali daripada dilema ini. Apabila ditanya kenapa DSAI dimasukkan ke dalam penjara maka saya jawab kerana beliau lewat (yakni liwat) datang kerja.
Perkataan liwat atau pun sodomi adalah teramat asing di waktu itu. Ini kerana perbuatan itu adalah sesuatu yang amat jijik diungkap dan perbuatan yang dilarang keras oleh Islam. Sebutan perkataan itu saja sudah cukup menimbulkan rasa malu pada si yang bercakap, apatah lagi untuk menjajakan perkataan sial demikian ke merata tempat. Saya masih ingat lagi ketika itu bukan saja perkataan liwat disebut bagai wirid oleh puak-puak UMNO malah ceritanya yang begitu grafik dan amat menjolok mata dan perasaan.
Budaya yang tidak senonoh dan lucah ini yang pelopori oleh Dr. Mahathir dan kuncu-kuncunya ketika itu nampak akan diulangtayang oleh Pak Lah dan kuncu-kuncunya pula sekarang. Mereka sudah mula mengambil langkah awal dengan menjadikan Saiful sebagai kononnya mangsa liwat DSAI. Kertas pertuduhan pun katanya telah siap dan menunggu pendakwaan sahaja. Cuma yang berbeda kali ini ialah fitnah Pak Lah dibuat dalam keadaan UMNO/BN tengah lemah sementara DSAI di dalam keadaan cukup selesa dengan sokongan kuat rakyat. Tambahan pula tuduhan liwat terdahulu, yang dirancang rapi oleh geng Dr. Mahathir, telah ditolak oleh mahkamah dan dengan otomatik menjadikan DSAI mangsa fitnah UMNO. Rakyat mula menyoal adakah DSAI akan difitnah buat kali kedua? Sangkaan rakyat ini mungkin ada kebenarannya kerana DSAI di war-warkan akan berupaya mengambilalih pemerintahan negara pada 16 September kelak. Beliau kini telah pun bersedia untuk masuk parlimen dengan memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh yang telah dikosongkan oleh isterinya tidak lama lagi.
Persoalannya, adakah pimpinan UMNO akan membiarkan DSAI mengambilalih tampuk pemerintahan negara daripada UMNO/BN dengan mudah. Pertaruhannya amat tinggi. Kehilangan kuasa kepada sebahagian besar pimpinan UMNO/ BN bukan saja bermakna kehilangan peluang dan ruang untuk memperkayakan diri dan kroni tetapi yang lebih digusarkan ialah mungkin ramai yang akan terdakwa dan masuk penjara sangat lama! Lantas apakah makna semuanya ini? Adakah kita akan menyaksikan sekali lagi sandiwara kotor seperti yang dimainkan oleh UMNO dan rakan-rakan mereka di PDRM, Pejabat Peguam Negara dan Mahkamah dahulu? Adakah kita akan menyaksikan lagi saksi kaldai seperti Azizan dan Umi Hafilda? Adakah tilam dan cadar akan diusung sekali lagi naik turun ke mahkamah?
Cukuplah rasanya arang yang diconteng ke muka kita oleh Dr. Mahathir dan UMNO dahulu. Demi kuasa mereka sedang merangka untuk mengulangi episod yang amat memalukan ini sekali lagi. Saya menyeru pihak polis, doktor, peguam, hakim dan sesiapa saja supaya terus tabah dan beretika dan jangan sesekali terlibat di dalam perancangan fitnah dan konspirasi UMNO. “Enough is enough!”
Anak Bapa: Jijik sungguh rasanya memikirkan kepala otak pimpinan UMNO ini. Siang malam tak ada lain dok fikir macamana nak kenakan orang lain dengan skandal seks. Memang mereka ini otak kuning kerana budaya mereka pun budaya kuning. Jikalau konspirasi dulu yang dirancang rapi pun menunjukkan bahawa DSAI tak bersalah apatah lagi konspirasi terbaru yang dibuat sekadar melepas batuk ditangga? Tu pun ada hati orang-orang tertentu nak kongsi kuasa dengan UMNO!
4 comments:
yang teruk semua umno.. yang baik semua dari pakatan..ok yela betul x betul dah terjadi sekarang... fitnah dah jadi sebati kat semua..rakyat dengar dan terus percaya/ erm melayu juga yang jadi bangsa terus layu dan layu dan layu....sedih... semua mungkin akan suka tgk suatu hari nanti bangsa kita ni dipijak2 pijak... itulah fitnah... thah thah semua tu dari datang dari fitnah dari bangsa lain..(yahudi asia) mana tau ada agenda tuk jatuhkan umat melayu/islam... and semua sanggup jadi hamba di tanah air sendiri.. *we fight for our right* revolition of new malay*
aper punya komen lah...apa salah DSAI kat kau..(bagilah nama samaran kalau takut) mengapa DSAI di fitnah? DSAI bukan melayu ker? bukan islam ker?
nie lah umno..mencari kesalahan org...sikit2 ejen israel..ejen amerika..yg tun m anta surah tahniah dekat pm israel bukan ajen israel?PODAh...
la dah mmg umno teruk dan pakatan nmpk lebih baik dari barisan.....
apa nak dikata lagi....
fitnah?
lu sendiri pikir la
http://www.kulitpisang.com
Bersungguh nampak pertahan DSAI... lupa ke dulu Anwar seru rakyat tolak PAS????.....
HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, sebagai contoh beliau mempunyai bukti bahawa calon DAP yang bertanding menentangnya bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Abdul Raman Manap, adalah Timbalan Yang Dipertua Pas Bukit Mertajam.
Lu pikir la sendiri anak bapak...
Post a Comment