Sunday, July 27, 2008

Siapa yang Guris Hati Siapa?

Nampaknya isu panas berkaitan muzakarah atau muqabalah antara PAS dan UMNO masih tak kunjung reda. Saban hari kita mendengar komen dari pelbagai pihak berhubung impak dan kesan daripada tindak-tanduk PAS ini.

Saya secara terus terang memang terguris hati akibat daripada tindakan beberapa kerat orang-orang PAS yang sanggup membelakangkan rakan-rakan yang bukan saja sama-sama berjuang tetapi sanggup melupakan segala prejudis dan prasangka bagi mengundi PAS dan seterusnya menjamin kemenangan besar di dalam PRU 12 lalu. Hati ini terubat sikit kerana saranan dan kenyataan tegas Tok Guru Murshidul Am berhubung dengan cara sepatutnya kita melayani UMNO.

Saya tak mempertikai usaha untuk berbincang atau bermuzakarah atau apa saja dengan UMNO. Tetapi apa yang saya kesalkan ialah cara kita mengendalikannya yang membuatkan ramai orang terguris hati. Jikalau kita menang di dalam pilihanraya bersendirian maka tak kisahlah apa nak buat sekali pun kerana kita tak “owe anybody anything”. Bayangkan perasaan rakan-rakan kita di kalangan Kelab Penyokong India dan Cina yang bertungkus lumus membantu YB Dr. Mariah di Kota Raja (dan banyak lagi kawasan-kawasan lain yang sewaktu dengannya) supaya mencapai kemenangan besar sedangkan panas kemenangan pun tak habis lagi tiba-tiba dihadiahkan dengan piala perpaduan Melayu ala-UMNO. Ada dari kalangan kita yang menafikan hal ini dan menambah bahawa ia juga berkait dengan perpaduan Islam. Saya ingin tanya golongan ini adakah bagi kaum India dan Cina yang telah terlalu lama diprasangkakan oleh jentera penerangan UMNO/BN tahu membedakan antara perpaduan Melayu dan perpaduan Islam? Mungkin saya menambah-nambah sikit senario ini tetapi itulah hakikatnya apa yang dirasai oleh mereka. Bagi kaum bukan Melayu yang menyokong PR di dalam pilihanraya lepas, apa saja perkara berkaitan dengan UMNO adalah berbentuk Melayu menindas. Ini kerana inilah apa yang dilakukan oleh UMNO sejak dulu lagi terhadap mereka. Justeru itu, apa saja usaha PAS yang berkait dengan UMNO cara gelap atau terang, walau diberi alasan apa sekalipun, tetap akan meninggalkan bekas pada sanubari mereka.

Apa yang saya musykil ialah apa yang gelojoh sangat nak jumpa puak-puak UMNO ni. Saya boleh terima hujah YB Khalid bagi pertemuan yang pertama. Tetapi bila diulang selama 3 kali, di peringkat tertinggi pulak tu, ini mesti serius punya hal beb! Saya tak tahu samada ini agak terlewat atau tidak tetapi ingin meminta pimpinan (mungkin dalam Muktamar bulan depan) supaya mempertimbangkan membuat ketetapan bahawa apa saja perkara berkaitan pertemuan PAS - UMNO di masa-masa akan datang perlu mendapat mandat ahli di dalam Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) terlebih dahulu. Ada orang kata berilah ruang sikit kepada pimpinan membuat keputusan. Maaf, mereka gagal memahami perasaan dan aspirasi majoriti ahli apabila mereka membuat keputusan menemui UMNO berulangkali. Dalam bab lain saya tak kisah (asal dihalalkan) tetapi bab pertemuan dengan UMNO ini di dalam keadaan yang ada sekarang hanya mengundang bala dan bencana.

Saya juga nak minta pimpinan supaya perhati orang sekeliling mereka dan kenalpasti siapa orang-orang ni. Sesetengah tu bukan ada jawatan (yakni mandat daripada ahli) dalam parti tetapi kerja cukup hebat jadi pelobi dan “runner”. Mereka ni kerja siang malam nak punahranahkan PAS. Silap-silap ejen UMNO menyamar PAS pun ada di sekeliling pimpinan atasan kita. Dan yang saya tak faham lagi ialah apabila pimpinan kita kena serang oleh rakan-rakan lain dari PR kerana tindakan tak cerdik ni dia orang jadi marah. Sapa yang mula buat kerja tak senonoh. Saya akui tak elok kita memburuk-burukkan pimpinan atau sesiapa saja. Tetapi kan kita yang mulakan. Saya ingat satu hadis di mana Rasulullah saw melarang kita menghina agama orang lain kerana takut mereka akan menghina agama kita pula. Jadi kita sudah buat kerja yang membelakangkan prinsip setiakawan, jadi terpaksa terimalah “fallout”nya.

Kesimpulannya bagi saya dan ramai di kalangan ahli akar umbi, cerita UMNO ini adalah “bad news”. Ramai dari kalangan ahli kita dan rakan-rakan kita di dalam PR telah terguris hati akibat perbuatan kita. Bukan senang nak sembuh luka ini dan kalau tak jaga betul-betul luka ini boleh menanah dan membawa maut. Fikir-fikirkan ……….

Anak Bapa: Saya cadang pimpinan kita berhentilah memberi alasan kenapa perlu adakan pertemuan dengan UMNO. Lagi banyak bercakap lagi teruk kena serang. Sebagai contoh kita hadir muzakarah sebab UMNO jemput kita ……. Takkan sampai 3 kali???? Aduh ….. letih…….

9 comments:

arawa said...

Saya tak tau apa mau cakap..tapi saya rasa ini kali kalu habis lah..banyak teruklah ,kalu ada ini undi sekarang, ini PAS saya ingat boleh jalan juga..

jmdzain said...

Bukti PAS masih belum betul2 ikhlas dalam perjuangan bersama Pakatan Rakyat...... tunggu rakyat akan hukum PAS dan selamanya berkubur sekiranya bermainkan agama dan "cakap tidak serupa bikin". Sekali lagi "tiada maaf bagimu PAS"...... Ingat "Yang Maha Kuasa" dan tangan2 rakyat yang akan menghukum PAS!

Anonymous said...

Jangan panik.....betulkan keadaan dan kita tuntut tokoh-tokoh terlibat untuk tidak mengeruhkan keadaan.Anak Bapa dalam penulisannya mempunyai kebenaran diperingkat rakyat biasa..kerana saya sendiri duduk di kawasan berdekatan(saya pengundi Selangor)...ini propaganda yg merosak agar PAS 'mufarakah' dengan yang lain...divide and rule akan terjadi balik dan mereka pasti ketawa besar dalam hal ini..The STAR 28/7/2008 dan sebelumnya menggembar-gembur isu ini.....PAS melalui tokoh-tokoh ini terpijak jerangkap samar yang dipasang...betulkan keadaan dan move on....ahli PAS decidelah secara bijaksana samada 'rawat' atau 'amputate' atau apa saja yang sesuai...cuma perlu diingat ketika sokongan padu diterima, sikap nak mufarakah terbit pula.....

Anonymous said...

Saya nak tumpang luahkan perasan yang tertekan sejak beberapa seminggu dua ini, sejak timbulnya cerita pertemuan PAS-UMNO ni, perasaan yang terlalu kecewa yang amat sangat. Saya masuk PAS semasa era zaman pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 1998, saya pilih mengenggotai Parti PAS dan bergerak aktif sehingga ke peringkat Cawangan dan Kawasan, kerana PAS sahaja lah Parti yang saya rasa dapat memberikan wadah perjuangan yang ikhlas. sehingga lah berakhir pilihanraya yang baru lalu dengan kemenangan yang begitu selesa, tidak dinapikan bahawa kemenangan PAS dalam pilihanraya ke 12 itu adalah hasil daripada kerjasama daripada gabungan 3 parti PKR, DAP dan PAS, tetapi bila berita yang tersebar m engatakan bahawa ada pertemuan diantara pemimpin PAS-UMNO bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor, perasaan saya menjadi terlalu marah,geram dan terlalu dukacita, dan bertanya kenapa pihak pemimpin atasan sanggup melakukan perkara sedemikian rupa, tidak kah mereka ini belajar dari kesilapan yang lalu, Pada saya berbincang dengan umno adalah satu perkara yang saya tidak boleh terima hatta berbincang sekali pon saya tidak akan terima, kerana manusia yang berada didalam umno tu semuanya ada kepentingan, mereka mereka ini tidak pernah insaf sentiasa akan menindas apbila mempunyai kedudukan, dan cuba berbaik apabila berada didalam kesusahan, sejarah telah membuktikan apabila PAS tersingkit dizaman 70 an, kenapa tak mahu belajar, kalau macam ni biar saya tidak berpati lagi senang, pilihanraya ke 13 duduk rumah tak payah pergi mengundi, nak lingkup, nak jahanam.. jahanam... tak payah saya sibuk sibuk buat gerak kerja pilihanraya, gerakkan tenaga pemuda dan sebagai nya, Aku merasa malu dengan rakan rakan India dan Cina di tempat kerja bila di tanya " macamana ni PAS sudah berbincang dengan UMNO.. saya ingat kita sokong PAS nak bagi BN/UMNO nak kasi kalah, tapi diaorang sudah berjumpa dengan umno" cuba pemimpin toong jawap dimana keikhlasan PAS didalam Pakatan Rakyat. Sekarang ini terpulang lah kepada ahli ahli untuk menentukan hala tuju masing masing. Pada saya, saya dah BOSAN BOSAN dan BOSAN dengan perkara ini, pemimpin tolong tutup mulut dan jangan bercakap lagi tentang perbincangan apa pon dengan UMNO, maaf sekiranya bahasa saya kasar,
Ahli PAS

jijanhyde said...

kalo dah tau nak masuk umno, nak jaga perpaduan melayu/islam, baik tak payah tubuhkan pas.
kasi melayu satu parti jee....kan senang.
rakyat dah kasi kepercayaan TOLONGLAH jangan rosakkan.
TOLONG jangan buat aku menyesal pangkah pas pada pilihanraya lepas.
kalau macam nie jangan haraplah pas nak menang kat muar lagi.
pimpinan tertinggi pas yang terliur sangat nak masuk umno, masuk sendiri lah.....jgn libatkan parti dan ahli pas
pas bukan milik korang.....

Anonymous said...

Hei kawan kawan jangan lah nak melatah..ini propaganda UMNO daa....

al-chechen said...

Nasib baik ahli dan penyokong cepat bertindak meluahkan rasa marah dan tak puas hati, kalau tidak boleh haru dibuatnya

Anonymous said...

ingatla umat melayu.. korang bergaduh mereka semua tepuk tangan, ajak bersatu erm..x mo.. ha lantok kan la..biar sok bangsa terjual, tanah tergadai... tak payah nak salahkan sama sendiri, cuma bersatu sahaja...

Anonymous said...

belajarla la apa jadi kat melayu singapura tu... apa ra korang... langsung tara fikir anak2 suatu hari nanti, mereka lah yg jadi pewaris.. kalau tak bersatu dari sekarang mungkin malaysia da tukar jadi cinasia atau indiasia.... x mustahil leh berlaku... kalau masing2 ego dan kononnya nak bela bangsa agama.... *rage againts the machine*