Monday, August 18, 2008

Produk UMNO - Siswa UiTM Yang Tidak Matang


Sampai hari ini saya masih tak faham apa yang dikecohkan sangat tentang cerita cadangan kuota kemasukan siswa bukan Melayu ke UiTM sebanyak 10% yang dibuat oleh MB Selangor. Bukankah namanya cadangan, jikalau tak setuju tak payahlah buat. Buat apa mengaji sekolah tinggi-tinggi jika tak faham apa yang diungkapkan oleh orang lain. Kata orang Negeri Sembilan, “buat abih borah aje!”

Setahu saya, salah satu kaedah pembelajaran di universiti ialah menggalakkan budaya perbincangan atau diskusi atau bertukar-tukar fikiran. Maknanya kita kena izinkan perbedaan pendapat di kalangan siswa agar mereka dapat melatih fikiran menjadi lebih kritis. Ini penting bagi membentuk mereka menjadi manusia yang berwibawa apabila keluar dari menara gading kelak. Adakah Naib Cancelor UiTM (NC), Prof Ibrahim Abu Shah ingat bahawa di universiti, siswa hanya berbincang perkara yang mereka boleh setuju saja dan jika ada perbedaan pendapat maka ia perlu diselesaikan dengan berdemonstrasi?

Bukankah juga YAB MB berkata cadangan ini dibuat sebagai satu jalan untuk memperbaiki mutu pendidikan di universiti berkenaan? Sememangnya mutu IPTA kita berada di tahap yang amat menyedihkan termasuklah di UiTM. Dan jika sekiranya Prof ”Kangkung” Ibrahim ada cadangan lain yang boleh menjamin peningkatan mutu siswanya tanpa perlu memberikan kuota 10% kepada siswa bukan Melayu maka silakan.

Sebenarnya Prof NC ini adalah sambungan legasi UMNO yang telah berkarat di seluruh IPTA yakni legasi pak turut. Siswa, melalui AUKU, NC dan TNC (HEP) yang dilantik kerana afiliasi politik mereka, telah bertungkus lumus di bawah pengarahan UMNO dan dijadikan alat dan barang mainan UMNO. Mereka diajar untuk tunduk kepada apa saja yang bercirikan UMNO tanpa banyak soal. Sebarang perbedaan pendapat terutama yang melibatkan aspek politik di anggap sebagai pengkhianat dan pengacau di kampus. Juga sebarang bentuk pembudayaan Islam di kalangan siswa (selain daripada budaya Islam Hadhari) adalah tidak diizinkan di UiTM dan jika ada usaha-usaha untuk menghidupkannya akan ditentang dengan penuh kekerasan. Itulah UiTM yang kita disuruh bangga-banggakan. Dan tidak hairanlah jika UiTM merupakan antara IPTA yang menghadapi begitu banyak masaalah sosial kerana kegiatan agama telah disekat dan dihalang. Tetapi Prof Ibrahim peduli apa itu semua. Apa yang penting baginya ialah membodek and menggilap tuannya walaupun budak-budak siswa yang menjadi mangsa.

Lagi satu yang membuat saya tertanya-tanya ialah kenapa isu ini pula yang menjadi kontroversi sedangkan ia baru cadangan. Kenapa siswa-siswa ini tidak berdemonstrasi apabila UMNO telah pun memberi kuota 10% kemasukan pelajar bukan Melayu ke MRSM dan IKM? Kenapa siswa-siswa ini tidak pula menyuarakan protes mereka apabila Bahasa Melayu dipinggirkan dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam Sains dan Matematik? Dan kenapa pula mereka tidak menganjurkan tunjuk perasaan besar-besaran apabila biasiswa (yang memang termaktub sebagai hak istimewa Bumiputera) ditarik balik dan diganti dengan pinjaman? Semua yang disebut ini adalah jauh lebih penting dan memberi kesan langsung kepada mereka. Antara isu lain yang juga menyentuh diri mereka dan keluarga mereka dengan ketara ialah kenaikan harga minyak yang mendadak oleh kerajaan UMNO/BN. Kenapa semua ini dipekakbadakkan oleh mereka semua? Hairan, hairan, hairan …….


Anak Bapa: Nasihat saya kepada Prof Ibrahim aka “Kangkung” dan juga Naib Cancelor IPTA lain, jika nak berpolitik elok letak jawatan dan bertanding di dalam pilihanraya atas tiket BN. Kalau setakat tunjuk hero dengan siswa dan tv serta akhbar, M. Daud Kilau pun boleh!

17 comments:

Anonymous said...

Even though i'm a uitm student, i couldn't agree more with you...but not all of uitm students are like what you portrayed..many of us including the lecturers don't agree with the VC action and FYI the students involved in the rally..most of them wanted to skip class during the day..so they decided to attend the rally instead..

Anonymous said...

wei barua, anak haram, puki mak ko, butuh bapak ko,... apa ko igt ko dah matang sgtke, ko igt ko dah bagus sgt ke, kalo ko rasa ko dah bagus, h matang ko pergi la bertanding politik leh ganti paklah.. aku tgk ko ni ckp je pandai tp kapla hotak ko kt lutut tu.. hahaha wei ko ni mmg anjing PKR ke atau babi DAP... byk lg la universiti len slain uitm. apsal semua non bumiputera nk masuk uitm... dh la ko pegi la jilat bontot khalid ibrahim tu. jgn lupa jilat K**e dia skali erk/.. wakakaka

Anonymous said...

wahai anak bapak... pegi mampus la... bapak ko dah mampus ke??

Anonymous said...

awat ang ni pandai auta sgt... ang ni pi wat keja yg paedah sket jgn dok mengutuk2 org.. kalo ang rasa pandai dh ang tggu la election 2012 nnt. ang bertanding la atas tiket PKR(parti kera rempit) hahaha. baguih kan idea ni

Anonymous said...

anak bapak ni igt nk kena santau 7 langit ni.. sbb dok ckp pandai sgt.. santau bior berak kuar tepung jagung hahaha - sis

Anonymous said...

WEH ANAK BAPAK !!!!!!!!! KEPALA BAPAK KO

Anonymous said...

duhai anak bapak ku... kenapa ko ni anak bpk ?? lebih baik ko ni ank mak sb ko h xda telur.. dlm blog bley la ko ckp pandai. cuba realiti tgk nk tgk ko jd mcm mana...... huhuhihi

Anonymous said...

fuck you ank bpk yg bangang bodoh bingai bengap bengong

Anonymous said...

wei babiiiiiiiiiiiiiiiii

Anonymous said...

Semua pembaca yang budiman,

Apabila membaca komen-komen yang diterima ia meyakinkan lagi saya bahawa siswa yang dibentuk oleh UMNO di IPTA sudah hancur dan rosak. Memaki hamun orang bukanlah sifat orang yang kononnya golongan intelek apatah lagi yang mengaku beragama Islam. Hujah perlu dilawan dengan hujah berasaskan fakta dan data. Patutlah golongan ini mudah dicucok hidung oleh UMNO.

Anak Bapa

R@duan said...

Mari betulkan bendera Malaysia yang terbalik

http://suteramalaya.blogspot.com/

Anonymous said...

salam...

ek eleh..asal ngan anonymous2 kat atas tuh..gelabah gile...berdebat tanak,memaki je pandai...aa..elok le sangat tuh,perlambangan orang islam n melayu la sangat...

tengok tindakan uitm sindri la...asal nak berdemo tak tentu pasal?bende tu cadangan tak mungkin terlaksana pon sebab kuase kat kerajaan pusat..asal nak gelabah sangat...Name je mahasiswa/i uni tapi tindakan tak melambangkan ape yg sepatutnye pon..ape function MPP,suppose MPP mainkan peranan,bukannye ajak berarak same..

wei,student uni should act profesionally la..korang sebuk nak mempertahankan hak melayu la konon..banyak lagi hal2 lain..tak pernah pon korang nak kecoh..

isu mrsm,sbp,matrix,jpa dulu asal total silence jeh..

tanak plak korang demokan isu2 pertahankan islam eh..cam arak,clubbing stuff n anjuran konsert kat uitm tuh?

malu sket la wei kat bangsa asing tuh..korang graduate nanti bukannye ble lari dari mintak keje kat syarikat dorang..korang gak yg masak nanti...

Anonymous said...

kenakan akta auku pada semua pelajar uitm yg berdemotrasi.....
biar padan muka korang (bangsa aku jugak)......
aku tertunggu2 bila si berahim tu nak saman mb s'gor? cepat2 lah saman supaya kebenaran dapat dibuktikan....

zabri mokhtar said...

Asalamualaiku....Tn Ir,
Disini saya ada dirikan laman blog mengenai pemasalahan di Shah Alam. Bagi berminat mengirim foto2 atau apa2 saja masalah di shah alam. bolehlah layari di http://shahalamkini.blogspot.com
Terima kasih.

wasalam

Pemuda Malaysia said...

nampak sangat ko ni penjilat PKR dan DAP...

Pegi mampus lagi baik la ko ni!!!

Anonymous said...

http://www.kulitpisang.com

MB Selangor tetap mahu buka UiTM kepada Pelajar bangsa asing

MB Selangor tetap mahu buka UiTM kepada Pelajar bangsa asing

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim ingin bertemu dengan wakil pelajar UiTM selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh bagi menerangkan kepada mereka kenapa beliau mahu memberikan quota sebanyak 10 peratus kepada bangsa asing. Beliau berkata bahawa pelajar UiTM tersalah anggap akan niat murni beliau yang mahukan ada persaingan dan akan meningkatkan kualiti pendidikan di UiTM. Beliau menyampaikan hasrat beliau apabila hampir 500 pelajar UiTM telah berarak dihadapan pejabat SUK Selangor petang semalam.

Apakah selama ini UiTM tidak mengeluarkan pelajar-pelajar Melayu yang berkualiti dimana ramai dikalangan pelajar UiTM telah keluar dan berjaya dan menajdi pekerja yang terlatih disektor swasata mahupun kerajaan malahan ramai yang telah berjaya dalam perniagaan dan menjadi tenaga profesional. UiTM adalah lambang kebangaan orang-orang Melayu dan inilah keistimewaan hak Melayu yang ada kepada pelajar-pelajar Melayu.

Menteri Besar Selangor ini seolah-olah memperkecilkan graduan -graduan yang lahir dari UiTM seolah-olah mereka adalah graduan yang tidak berkualiti. MB Selangor ini masih tetap dengan pendirian beliau untuk membenarkan Quota bukan melayu dibuka untuk kaum asing seperti mana beliau pernah berkeras untuk meneruskan ladang babi di Sepang. Apakah hak Melayu lagi yang akan dikorbankan oleh MB Selangor ini. Apakah beliau terus mahu merobek perasaan orang-orang Melayu yang telah memberikan mandat kepada PKR pada PRU yang lalu.

Seharusnya beliau melupakan mengenai membuka quota UiTM kepada bangsa asing dan menumpukan perhatian untuk melakukan kerja-kerja lain untuk mebangunkan negeri Selangor dan membantu menaikan taraf kehidupan orang-orang Melayu di Selangor. Beliau tidak perlu menjadi MB yang popular dikalangan bangsa asing kerana jika orang Melayu tidak memberikan undi kepada PKR, nescaya kerajaan PKR akan tersungkur pada pilihanraya yang akan datang.

Anonymous said...

Saya yang pelajar uitm rasa maluuu sgt dgn isu tak berfaedah ni...hairan...