Nampaknya isu muqabalah dan kerajaan perpaduan masih lagi panas di pasaran. Kenyataan terakhir Nik Abduh di dalam blognya telah menghangatkan lagi suasana pemilihan barisan pimpinan di peringkat kawasan yang sedang berlangsung sekarang dan diikuti dengan dewan-dewan dan seterusnya di peringkat PAS Pusat pada muktamar pada bulan Jun nanti. Saya ada mengikuti pandangan pelbagai pihak samada yang menyokong atau membantah tulisan Nik Abduh dan merasa terpanggil untuk melontar beberapa cetusan idea saya yang mungkin tak pernah tinggi nilainya.
Pertamanya saya sangat mengalu-alukan pendekatan perbincangan, syura, percambahan minda, penghujahan, perdebatan dan apa saja yang sewaktu dengannya di dalam kita membicarakan perkara-perkara penting di dalam jamaah asalkan ia berpaksikan kepada pembudayaan ilmu. Dan sudah sewajarnya penggunaan kata-kata kesat, pembohongan dan penyelewangan fakta tidak termasuk di dalam etika perbincangan apatah lagi jika ia dibuat di dalam konteks sebuah gerakan Islam. Kita tidak boleh menyekat perkembangan budaya yang sihat ini kerana ia menjadi teras kekuatan pembangunan keilmuan Islam sejak zaman berzaman. Perbedaan pendapat tidak wajar dianggap sebagai tidak berakhlak atau tidak wala’ kepada kepimpinan. Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) sendiri, apabila ditanya berhubung isu kerajaan perpaduan dan muqabalah, pernah berkata bahawa isu sebesar ini (yakni berkaitan dengan UMNO dan BN) perlu dibawa berbincang di dalam EGM (Mesyuarat Agung Khas) kerana kita perlu mendapat pandangan akar umbi kita. Saya yakin ini kehendak majoriti ahli PAS yakni supaya kita berbincang dengan teliti dan mendengar pandangan semua pihak sebelum kita buat keputusan yang amat besar ini.
Saya tidak nampak permintaan ini sebagai amat tidak munasabah atau sebagai tidak wala’ kepada kepimpinan sedangkan pimpinan kita selalu bercakap kita perlu menegur pemimpin jika kita dapati atau mengesyaki mereka melakukan kesalahan. Tradisi menegur pemimpin ini bukanlah perkara baru dan ia sarat di dalam seerah Nabi saw dan seerah Khulafa’ Ar-Rashidin rh. Ucapan Saidina Abu Bakr ra ketika dilantik menjadi Khalifah Islam yang pertama telah menyatakan bahawa beliau bukanlah yang terbaik dari kalangan ramai. Jika beliau melakukan yang betul maka taatinya dan jika ia melakukan yang salah maka betulkannya. Benar itu amanah dan bohong itu khianat. Saidina Umar ra sendiri pernah diunjukkan dengan pedang oleh seorang sahabat apabila beliau meminta menegurnya jika beliau berbuat salah.
Fenomena ini jelas menunjukkan betapa penting kita kembali bersama-sama menghayati tradisi pembudayaan ilmu dan konsep syura sebenar sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan para sahabah rh agar kita dapat membuahkan pandangan dan keputusan terbaik dan diikuti tindakan yang bersepadu daripada semua lapisan ahli kita. Elakkan merendah-rendahkan pandangan orang lain dengan cara yang menghina dan bersifat peribadi. Bukankah Rasulullah saw ada bersabda bahawa sampaikan daripadanya walaupun satu ayat? Adakah golongan tertentu (yakni yang ada sijil belajar agama) saja yang berhak bercakap tentang Islam? Siapalah kita untuk berkata si pulan dan si pulan ini saja yang berhak bercakap tentang Islam dan yang selainnya tak layak sedangkan mempelajari Islam itu tanggungjawab semua yang mengaku mukmin muslim? Jika ada individu tu bercakap benda yang salah maka tegurlah di bahagian mana yang salah bukan dengan cara ‘shoot the messenger’ (yakni hukum si yang becakap). Kita mesti ada keberanian untuk memenangkan pandangan kita melalui penghujahan yang kukuh dan meyakinkan, dan bukan dengan serangan peribadi dan penggunaan kata-kata yang tidak wajar. Kecenderungan untuk ‘mensekularisasikan’ agama yakni bab agama adalah hak ‘ustaz-ustaz’ saja dan orang lain tidak boleh langsung membicarakannya amatlah merbahaya dan tidak selaras dengan tuntutan agama kita. Saya yakin ramai dari kalangan kita yang tidak belajar Islam secara ‘formal’ (yakni tanpa sijil) tetapi telah mempelajari dan mendalami agama secara tidak formal di merata tempat tanpa jemu dan secara berterusan dalam hidup mereka. Mungkin ini tidak melayakkan mereka bergelar ulama’ tetapi dalam masa yang sama tidaklah boleh dijadikan alasan untuk menghalang mereka daripada membicarakan bab-bab yang berkaitan agama setakat kemampuan ilmu yang ada pada mereka. Inilah tradisi keilmuan sebenar yang dituntut oleh Islam. Oleh itu muhasabah dan munaqashah kita adalah proses berterusan sesama kita dari semua lapisan di dalam membentuk keputusan dan tindakan.
Muktamar Agung PAS tahun lepas, yang merupakan badan tertinggi PAS, telah membuat keputusan supaya kita memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Jadi selagi tidak ada mesyuarat agung khas atau pertemuan lain yang sama taraf dengannya diadakan untuk membuat keputusan yang lain, maka adalah ‘haram’ kita membuat kerja yang bercanggah dengan keputusan ini. Malangnya ada di kalangan kita yang tak faham etika bersyura dan telah bertindak di sebalik keputusan ini. Harap jangan salahfaham apa yang saya cuba bangkitkan ini. Saya tidak kata keputusan ini baik atau tidak baik. Apa yang saya ingin tekankan ialah aspek displin syura. Jika kita rasakan bahawa keputusan muktamar berhubung isu Pakatan Rakyat didapati tidak begitu sesuai maka bawa semula ke muktamar agung khas dan kita bincang semula dan buat keputusan lain. Lepas tu apa keputusan pun yang diputuskan bersama semua kena terima dan laksanakan. Inilah apa yang saya maksudkan dengan akhlak bersyura yang nampak masih longgar di dalam jamaah kita.
Keduanya, keyakinan banyak pihak bahawa kita (yakni Melayu Islam) akan lebih selamat jika kita bergabung dengan UMNO adalah satu pandangan yang amat merbahaya kepada keutuhan jamaah. Ini berdasarkan kepada kajian semasa dan pengalaman lepas berinteraksi dengan UMNO. Bayangkan di kala kita dengan slogan ‘PAS For All’ atau ‘PAS Untuk Semua’ telah berjaya memecahkan tembok yang memisahkan antara PAS dengan golongan bukan Melayu (hakikat yang diakui semua), wajarkah dalam nafas yang sama ‘berkhalwat’ dengan UMNO bagi tujuan membentuk kerajaan haram yang dibenci oleh majoriti ahli dan penyokong kita sendiri. Bayangkan jika usaha ini berjaya dilakukan, apakah yang akan berlaku? Awal-awal lagi masyarakat bukan Melayu akan meninggalkan kita atas pengkhianatan ini dan kita tidak akan mendapat kepercayaan mereka lagi untuk satu jangka masa yang amat lama. Ahli-ahli PAS malah PAS sendiri berkemungkinan akan berpecah teruk menyebabkan kita lemah dan lesu. Jika kita berjaya memerintah dengan UMNO pun, dan dikurniakan dengan pelbagai jawatan penting, kita tetap akan menjadi kuda tunggangan mereka kerana dari segala segi kita memerlukan mereka untuk terus berkuasa. Bayangkan selepas setahun dua apabila mereka dah ada kekuatan, kita akan lihat tembelang sebenar UMNO dan di kala itu apa yang PAS boleh buat? Berdasarkan pengalaman lepas, apabila UMNO rasa mereka dah kuat dan PAS tak diperlukan lagi, mereka akan cari jalan bagaimana untuk menendang kita keluar. Di kala itu kita akan tersungkus ke tanah tanpa ada sesiapa yang sanggup menyambut kita. Ini tidaklah menghairankan kerana siapa yang nak sambut orang yang pernah bergelar pengkhianat?
Saya tidak menyatakan bahawa tidak boleh ada muqabalah atau muzakarah atau perpaduan atau sebagainya dengan UMNO atau BN. Apa yang saya katakan ialah kita perlu berdiri atas platform PR di dalam mendepani pendekatan politik sebegini kerana kita sudah ada persefahaman dengan parti komponen PR. Maknanya jika BN ingin berbincang tentang usaha bersama menanggani kemelut ekonomi atau yang sewaktu dengannya maka kita akan pergi atas PR. Dengan cara ini kita dapat mengelakkan salahfaham sesama kita dan dalam masa yang sama menjaga kewibawaan parti kita. Perbedaan pendapat dan pandangan antara parti di dalam PR adalah biasa dan macamana biasa juga boleh diselesaikan melalui perbincangan dan permuafakatan. Malah di dalam BN pun mereka sering berbeda pandangan atau bergaduh sesama sendiri. Adakah kita sudah tak pandai nak berbincang dan berpakat dengan orang lain dan apabila ada masalah sikit kita terus nak ‘abandon the ship’? UMNO ini bukan saja terkenal di dalam menekan dan menipu parti lain tetapi sesama mereka pun mereka bergigitan dan bercakaran. Tengok hukuman terpilih yang mereka buat ke atas Isa Samad dahulu dan baru-baru ini Ali Rustam. Lihat bagaimana mereka ‘mengenakan’ Khairy Jamaluddin apabila barisan Kabinet dibentuk. Ketika kita sibuk tengah bincang isu muqabalah dan kerajaan perpaduan pun UMNO siap rampas kerajaan Perak yang bermenteribesarkan PAS! Pendek kata banyak lagi boleh kita ceritakan di sini tentang kisah pengkhianatan UMNO. Mungkin kita boleh sambung di lain masa dan ketika.
Pengajarannya ialah kita perlu berhati-hati dengan UMNO kerana UMNO telah seringkali mengkhianati kita dan umat Islam. Apa saja pendekatan yang bertujuan mendekati UMNO atau apa saja perlu dibincang dengan teliti dan dimaklumi oleh akar umbi bagi mengelak persengketaan sesama kita. Kenyataan pimpinan yang dikeluarkan perlulah berhemat dan dibuat dengan penuh hikmah. Janganlah kebencian kita kepada seseorang menyebabkan kita berlaku zalim terhadapnya. Kesimpulannya kita semua akan berdepan dengan Allah rabbul jalil untuk dipertanggungjawabkan atas segala percakapan, tulisan dan tindak-tanduk kita. Moga Allah mengampunkan kita semua.
Anak Bapa: Islam mengajar kita ”Kalau Islam kuat, Melayu, Cina dan India (malah apa bangsa sekali pun) akan selamat ......”. Segelintir pimpinan PAS pula berpandangan ”Kalau Melayu kuat, Islam dan bangsa-bangsa lain akan selamat ......”. Apa pandangan anda?
10 comments:
Anak Bapa: Islam mengajar kita ”Kalau Islam kuat, Melayu, Cina dan India (malah apa bangsa sekali pun) akan selamat ......”. Segelintir pimpinan PAS pula berpandangan ”Kalau Melayu kuat, Islam dan bangsa-bangsa lain akan selamat ......”. Apa pandangan anda?
Pandangan saya, kalau keadilan kuat (bukan Parti Keadilan tapi keadilan), Islam dan semua rakyat Malaysia akan selamat.
Malaysia kita sekarang ini hancur sebab tidak ada keadilan lagi.
Mudah je penyelesaian masalah ni. Husam mesti meletakkan semua jawatan di dalam parti dan kerajaan Kelantan.
Selepas itu Nik Abduh tidak akan sakit hati lagi dan akan diam. Sahabat Nik Abduh, Abe Jak pun akan diam.
husam mesti disingkirkan.. baru senang hati nik abduh... setelah berjaya halau husam dari dun kijang balik ke dun salor... sekarang mesti halau husam keluar dari kelantan pulak...
lepas ni buleh lah nik abduh, abe jak, taki, sayuti... dan mungkin juga nik amar buat kenduri...
sapa yang laga-laga kan dua orang tuk guru tu tah...
orang cuma tak nak gabung, bersatu, bercium mulut, sayang menyayang dengan amnu saja...
dah tghh dan kompeni duk asyik nak berbaik dengan amnu... memang la kena hentam.. dah tgna tak nak... mesti la orang sokong...
mereka kat atas sedap la nak gabung, nak gabung... orang kat bawah ni yang rasa perit jahatnya amnu... kena tukar ke pedalaman kerana ketua cawangan amnu marah, tak dapat naik pangkat, tak dapat naik gaji... hanya kerana bergiat dalam pas, pergi ceramah... semuanya hasutan ketua cawangan dan sepai-sepai mereka...
sekarang pun dengan pkr... pas bukannya bergabung pun... cuma saling guna pakai, dan amek kesempatan saja... tidak pun ada persefahaman mutlak... pas hanya buleh jadi parti yang berdiri sendiri... kerana tidak ada parti lain yang buleh terima agenda utama pas, menegakkan sebuah negara Islam [walau pun tak de tertulis dalam undang-undang tubuh pas, tapi sebut kata fasal lima Quran adalah sumber perlembagaan utama... itu negara Islam la tuh...], cuma sekarang, pas berkerjasama dengan DAP dan PKR untuk tumbangkan amnu... selepas itu... tengok la macam mana...
banyak juga kebaikan dari yang berlaku sekarang... hasil berkawan dengan DAP nih... dapat jugak tarik sesikit orang cina untuk datang dengar ceramah pas, belajar-belajar undi calon pas... belajar-belajar paham apa itu pas, terima pas, kenali pemimpin pas... mereka sudah tidak takut lagi dengan pas... ini yang amnu tidak mahu... orang bukan Islam buleh terima agenda pas tu... sebab tu mereka momok-momok kan Islam ni... hudhud, potong tangan... tidak ada amnu jelaskan syumulnya Islam kepada bukan Islam...
sekarang, sekurang-kurangnya, ada juga orang bukan Islam yang nak kan hudhud nih, kerana mereka tahu, tujuannya nak menjaga keselamatan orang ramai, bukan nak sukasuki potong tangan... dan mereka nampak pemimpin yang ada ugama, yang reti takutkan tuhan ini bagus dari pemimpin kebangsaan yang tidak takut akan dosa, berbuat sesukahati saja...
hasil dari kefahaman orang bukan Islam tentang pas ni, banyak memberi kelebihan kepada pas, dan keburukan kepada amnu... kalau pun tidak sampai tahap mereka memeluk Islam... sekurang-kurangnya mereka tidak mengganggu kerja-kerja nak menegakkan ugama Allah... kerana kita tidak mungkin mampu buat seseorang itu menjadi Islam atau kapir, kerana hidayah itu mutlak milik Allah...
kalau pas gabung juga dengan amnu... lepas ni, [bukan nak jadi nujum...] mungkin pas akan dilihat sebagai pengkhianat kepada perjuangan... talam dua muka, gunting dalam lipatan... mush dalam selimut... dah mungkin juga akan mati kerana termakan gula-gula amnu... seperti semut yang matinya kerana tamakkan gula... atau seperti anjing dengan bayang-bayang...
UMNO ni parti yang manghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal. masih lagi ingin bersatu dgn parti yg memusuhi Islam? Masih mahu bergabung dgn parti yg menggunakan agama utk kekayaan dan kuasa. Masih mahu menyokong parti yang zalim, penindas dan pengkhianat rakyat dan islam. Kalau pun bukan haram tp dah lebih dr makruh....Seelok2nya dijauhi sebab yg membawa keburukan tu seribu perkara tp yang baiknya hanya ada satu perkara ( seperti arak). Tiada faedahnya utk islam dan rakyat....Biarlah arak UMNO ni diminum oleh orang UMNO sahaja, orang islam masih tidak boleh minum arak walaupun dicampur dgn susu. Arak bercampur susu ( kerajaan gabungan) tetap haram, tetap memudharatkan walaupun ada dicampur susu yg berkhasiat...
anak bapa dan para blogger yg beri komen ni faham ke tak makna unity government yg dicadangkan oleh TGHH atau sekadar baca dari utusan malaysia iaitu suratkhabar umno.
mcm mana unity government jadi government PAS-UMNO atau PAS-BN?? dah byk kali TGHH kata dia x mahu bawak PAS masuk UMNO/BN. Korang tak percaya dia, tapi lebih percaya utusan malaysia. eiii... pergi mampus la korang semua ni!!
Lepas Nik Abduh buat kenyataan,barula geng mereka ni bernyawa balik berkokok menyokong.Saya lihat TGHH pun tidak begitu yakin dengan idea 'unity government',kerana selepas dikritik beliau timbul pula kenyataan menyatakan idea unity government tidak diteruskan selepas Najib mengambil kuasa.
Seterusnya Nik Aduh mengambil peranan sebagai seorang wira mewakili kumpulan mereka untuk 'menembak' apa yang dikatakan 'pembantu pembantu ayahanda'.
Kenapa Nik Abduh hanya melihat kepada 'pembantu ayahanda' sahaja dan menutup mata terhadap 'pembantu pembantu TGHH'?.
Saya percaya keberanian Nik Abduh itu adalah berdasarkan masalah peribadi dengan seseorang,sebagaimana Nik Abduh juga 'saya mempunyai deria menghidu yang tersendiri'(hehe) betapa dalam tulisannya itu ada maksud maksud yang tersembunyi.
Anak Bapa: Islam mengajar kita ”Kalau Islam kuat, Melayu, Cina dan India (malah apa bangsa sekali pun) akan selamat ......”. Segelintir pimpinan PAS pula berpandangan ”Kalau Melayu kuat, Islam dan bangsa-bangsa lain akan selamat ......”. Apa pandangan anda?
Pandangan ke 2 menjelas bahawa mereka2 ni berbadan PAS tetapi berruhkan UMNO...solution pi je masuk parti tong taik.... aku menyampah sangat dgn ust.nasha, nik abduh dan semasa dengan nya.
Saudara Anonymous,
Ada tak saya menghentam konsep kerajaan perpaduan yg disebut2 oleh TGHA? Tolong baca dengan cermat sebelum melatah tak tentu pasal!
Anak Bapa
....Segelintir pimpinan PAS pula berpandangan ”Kalau Melayu kuat, Islam dan bangsa-bangsa lain akan selamat ......”
Pimpinan Pas dari mana ni????? atau khayalan penulis je kot???
Pimpinan umNO dan bekas2 umNO memang begitu dasarnya!!!
Post a Comment