Sebaik saja keputusan pemilihan AJK PAS Kawasan Kelana Jaya diumumkan, saya menerima sms dan panggilan bertubi-tubi dari merata tempat berhubung kemenangan diamanahkan jawatan Yang Di Pertua PAS Kawasan Kelana Jaya. Blog-blog juga dengan kadar segera sudah menyiarkan perjalanan mesyuarat agung PAS kawasan menjelang malam Sabtu lepas terutama menyentuh aspek kemenangan saya dan juga pencalonan Datuk Husam Musa sebagai Timbalan Presiden PAS.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang memberi tahniah dan juga kepada ahli-ahli PAS Kawasan Kelana Jaya yang telah memberikan sokongan dan kepercayaan kepada saya. Di masa yang sama saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kepimpinan yang lepas yang telah banyak memberikan sumbangan kepada parti. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi kalian.
Saya juga faham dan insaf bahawa amanah yang besar dan berat yang kini terpikul di atas bahu saya. Saya bukanlah yang terbaik dan hanya bersetuju menerima jawatan ini apabila ahli-ahli PAS begitu mengharapkan kepimpinan baru dan bersedia bekerja secara berpasukan demi memperkasakan parti. Terus terang saya katakan tidak terlintas di dalam fikiran untuk seronok-seronok merebut jawatan. Amanah sebagai pemimpin itu terlalu besar untuk kita jadikan ia sebagai mainan atau sendaloka.
Saya tidak berhasrat untuk bercakap panjang lebar mengenai sebab musabab kenapa saya meneruskan hasrat sebahagian besar ahli-ahli PAS Kelana Jaya untuk bertanding jawatan YDP Kawasan. Cukuplah ahli-ahli PAS Kelana Jaya sahaja yang mengetahuinya. Cuma saya ingin katakan di sini ialah apabila terdapat perkara-perkara yang boleh membahayakan jamaah atau perbuatan yang tidak selaras dengan Islam dan dasar perjuangan parti maka kita perlu perbetulkan. Jika teguran demi teguran tidak diambil peduli maka wajib bagi ahli semua menggantikan sesiapa saja termasuk pimpinan atasan. Kepentingan jamaah jauh mengatasi kepentingan individu dan jawatan bukanlah hak mutlak sesiapa. Saya sendiri bersedia berketuakan sesiapa saja sampai bila-bila jika terbukti pemimpin berkenaan bertindak selaras dengan kepentingan Islam dan parti. Jika tidak saya sendiri akan tegur dan kalau perlu tawar diri bertanding. Ini prinsip yang saya pegang dan yang sepatutnya dipegang oleh semua ahli PAS jika kita mahu parti kita tidak jadi macam parti reput UMNO.
Sehubungan dengan itu, jangan pula menganggap kami menentang kepimpinan ulama semata-mata kerana mencalonkan Husam. Saya bukakan kepada perwakilan untuk mencalonkan sesiapa saja untuk jawatan-jawatan pimpinan PAS peringkat pusat. Selepas itu kami mengundi dan Husam telah menang sebagai calon Timbalan Presiden. Saya akur kepada kehendak perwakilan. Apabila ada ramai calon yang layak, kita biar perwakilan yang memilih yang terbaik. Bukankah ini kesuburan demokrasi di dalam PAS? Ulama tetap kita sanjung selagi mana mereka taat kepada Allah dan Rasul dan memelihara adab Islam dan berjamaah. Tetapi ini bukan tiket untuk mereka mendapat sokongan membuta tuli daripada ahli. Sebagai ulama mereka perlu mempamerkan contoh terpuji sesuai dengan tradisi pewaris nabi-nabi. Jika ada ulama dunia dan ulama bisu di dalam UMNO tidak mustahil ada ulama gila jawatan atau ulama oportunis di dalam PAS? Apa yang penting di sini ialah kita memelihara institusi ulama yakni institusi yang meletakkan Islam sebagai dasar kehidupan dan perjuangan. Maknanya sesiapa pun boleh menjadi pemimpin termasuk golongan profesional asalkan mereka menerima gagasan ini dan tunduk kepada kehendak Islam. Saya yakin Husam setia bersama ulama. Jika tidak tentu beliau sudah lama keluar dari PAS. Jadi jika Husam menerima pencalonan Timbalan Presiden menentang Ustaz Nasharuddin saya tidak lihat sebagai percubaan menentang institusi ulama. Ia adalah memilih yang terbaik antara yang baik. Ahli-ahli PAS sudah matang dan mampu menilai siapa yang lebih mampu untuk membawa jamaah maju ke hadapan.
Saya percaya masa depan yang gemilang untuk PAS. Di saat UMNO semakin tenat, PAS semakin mendapat tempat di kalangan seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa dan keturunan. Fenoma luarbiasa ini amat sukar dimengerti. Tetapi PAS perlu berhati-hati menanggani situasi ini jika ingin menjadi pengganti UMNO sebagai parti teras rakyat Malaysia pada PRU 13 nanti. Banyak yang perlu diperhatikan terutama aspek kepimpinan. Silap percaturan di dalam bab kepimpinan ini boleh memusnahkan segala kredibiliti PAS yang telah dibina bertahun-tahun lamanya. Ahli-ahli PAS kena fikir dalam-dalam mengenai perkara ini.
Dalam masa yang sama saya menyeru kepada ahli-ahli PAS Kelana Jaya khususnya supaya memberi tumpuan kepada mengukuhkan parti dan mempertingkatkan prestasi khidmat kepada masyarakat. Terbentang luas medan dakwah di hadapan kita dan amat malang jika kita masih terkial-kial di dalam dunia ‘syok sendiri’ kita tanpa melakukan sedikit pun anjakan kepada pemikiran dan budaya kerja lama kita. Perkara yang lepas-lepas itu kita jadikan pengajaran supaya tidak diulangi kesilapan. Selamat berjuang!
Ir. Izham bin Hashim
YDP PAS Kawasan Kelana Jaya
12 comments:
Salam..Tahniah En Izham..semoga kerja kerja dakwah akan lebih tersusun insyaallah..(warga SIAS)
tapi jgn lupa ... lantik roslan sbg wakil pas ke muktamar ...jgn pula sisihkan beliau...
....jgn lupa ... tak semua perkara boleh announce kat sini...pemimpin yg bijak adalah pemimpin yg adil
Roslan n u are brother to me.
I'm quite dissapointed when someone(u know who) labelled us (Kelana Jaya) as Erdogant.If roslan yg menang, depa akan label kita as Fraksi or whatsoever.
Senang senang jer label orang.
Bodoh betul!
Demokrasi di Kelana Jaya berjaya.
This time around, kita pastikan KOMUNIKASI juga berjaya.
Anoni
Tahniah atas pemilihan yang saudara dapat. Apa-apa pun buatlah sebaik mungkin untuk kepentingan Ugama dan PAS.
Salam dari saya
Suhairul Hanim Kamaruddin
(ex - external IT Support for Multi Discovery Sdn Bhd)... member Fazal dulu
Tahniah atas kemenangan . Dan berhentilah dari melabelkan sesama ahli perjuangan dan jangan mudah melatah . Saya yakin semua yang berucap akan mengatakan perjuangan untuk kebaikan jemaah dan keputusan yang dibuat juga untuk kebaikan jemaah . Masing2 punya pandangan dan pendapat namun jangan sesekali memisahkan persaudaraan . Untuk berjuang bersama2 janganlah meminggirkan mereka yang telah bekerja dan berusaha . Walaupun mereka mungkin melakukan kesilapan namun ingatlah perjuangan yang ada sekarang dimulakan oleh mereka yang terdahulu .
Sebaik mana alat ..secanggih mana jentera ianya dimulakan dari biasa ...
Semoga ukhuwwah bertaut dan kasih bersemi demi perjuangan Islam tercinta .
Dan tolongalah inform tulang besi jangan asyik mengadu domba ..
Salam a'laik.
Tahniah dan Takziah atas pemilihan ini.
Apapun, saya sokong komen nasir.
Saya menerima segala teguran dan pandangan antum semua. Kita perlu ingat bahawa perjuangan pas ini adalah milik semua (PAS For All) dan semua bertanggungjawab memastikan ia berjalan selaras dengan tuntutan Islam. Saya hanya diamanah untuk memimpin dan sebarang teguran dan kritikan adalah sangat dialu-alukan demi kebaikan bersama.
Jadi jangan segan silu untuk terus memberi pandangan. Saya dahului semuanya dengan jazakallahu khairan kathira.
Ir. Izham Hashim
salam.. Tuan haji,
TAHNIAH atas perlantikan. SELAMAT BERJUANG !!!!!
tahniah dan takziah pakcik izham..
teruskan perjuangan dan martabatkan Islam di mana jua..takbir 3x
Hanya sebab bercakap dengan UMNO dan lambat memberitahu rahsia pimpinan mereka dikatakan tidak selaras dengan parti dan Islam.
hujah "tidak mustahil ada ulama gila jawatan atau ulama oportunis di dalam PAS?" hanya untuk satu peluang demokrasi dalam kalangan sahabat perjuangan.
IR oh IR.
Saya diploma sahaja.
Salam Alhaji Izham,
Congratulations!
Alhaji Izham for N32!!!
Best Regards,
Mamaqa@Lagos
Post a Comment