Saturday, May 16, 2009

Agenda Jahat Utusan Malaysia


Anak Bapa berasa amat hairan dengan perubahan mendadak sikap Utusan Malaysia (UM) sejak kebelakangan ini. Jika dulu ia begitu sinonim dengan permusuhan kepada PAS dan apa saja mesej perjuangan yang dibawa oleh PAS, kini UM telah bertukar 100% menjadi penyokong setia PAS. Berita tentang PAS mendapat liputan ‘front page’ hampir setiap hari sejak 2 minggu yang lepas menjadikan UM kawan karib nombor wahid PAS! Ini tak pernah berlaku di dalam sejarah PAS maupun sejarah Utusan Malaysia.

Jika kita mengimbau kembali peranan UM di dalam menjulang UMNO dan memburuk-burukkan PAS, kita tidak akan ragu-ragu untuk melabel UM sebagai pecacai UMNO. Berita-beritanya bukan sahaja tidak ada yang positif tentang PAS malah dijadikan medan melontar fitnah terhadap PAS. Kolum tetap Awang Selamat umpamanya, tak putus-putus mengutuk dan menghentam PAS dan menyalahkan PAS dalam apa saja masalah yang timbul dalam negara. Kebencian mereka terhadap PAS begitu meluap-luap sehingga kadangkala tanpa disedari mereka menghentam Islam di dalam usaha mereka untuk memburuk-burukkan PAS. Keadaannya begitu buruk sekali sehingga PAS telah beberapa kali melancarkan program memboikot pembelian akhar berkenaan. Orang-orang PAS sedar mengenai perkara ini dan amat malang jika ada yang dah naik syok sebab UM dok puji PAS sejak 2 minggu kebelakangan ini.

Jadi persoalan cepu emasnya ialah kenapa UM bukan saja ghairah mengenai isu pemilihan pimpinan PAS tak lama lagi tetapi dilihat juga sebagai penyokong setia gagasan kepimpinan ulama PAS? Adakah UM dah insaf dan bertaubat nasoha terhadap segala dosa dan perbuatan jahat mereka terhadap PAS dan Islam selama ini?

Jawapannya mudah sahaja, jika kucing sudah mula bertanduk atau lembu dah boleh terbang maka sahlah UM dah bertaubat dan kini menjalani kehidupan yang warak mengikut landasan kepimpinan ulama. Apa taknya? Dua minggu berturut-turut UM menjadi penyokong kuat kepimpinan ulama dalam PAS dan tanpa segan silu memberi sokongan padu kepada penerusan kepimpinan ulama dalam PAS terutama melibatkan pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Dengan lain perkataan, UM mahu supaya perwakilan PAS mengekalkan Ustaz Hadi sebagai Presiden dan Ustaz Nasha sebagai Timbalan Presiden demi ‘menyelamatkan’ kepimpinan ulama dalam PAS! Waduh, waduh, mulia sungguh niat dan hasrat Utusan Malaysia. Jika selama ini mereka amat memusuhi PAS, Islam dan ulama, kini UM berubah menjadi penyokong kuat kepimpinan ulama dalam PAS. ‘I rest my case’.

Anak Bapa: Saya yakin ahli-ahli PAS amat matang dan bijak di dalam menguruskan parti mereka dan tahu menilai antara permata dan kaca. Islam mengajar kita supaya ‘menyerahkan urusan kepada ahlinya’ dan akan memilih pemimpin yang terbaik untuk jawatan yang dipertandingkan. Kita tidak pernah sekali-kali menolak kepimpinan ulama malah menjunjungnya di dalam konteks memperkasakan jamaah. Semua orang berperanan di dalam memajukan jamaah dan berpeluang untuk dilantik menjadi pemimpin dengan syarat mereka ikhlas, berwawasan, bekerja keras dan menjunjung Islam yang menjadi teras dalam perjuangan PAS. Siapa saja tak kira Ustaz Nasha ke, Husam ke, Mat Sabu ke, layak untuk dipilih menjadi Timbalan Presiden. Itu saya serahkan kepada perwakilan untuk memilihnya. Cuma saya agak pelik kenapa musuh ketat kita, Utusan Malaysia, begitu nakkan perwakilan PAS memilih Ustaz Nasha sebagai Timbalan Presiden PAS???? Sama-sama kita fikirkan ….

14 comments:

Anonymous said...

kawan..awat hang marah sgt kat nasha?...mula-mula baca ingatkan tak bias...tapi bila baca kat komen terakhir...sgt cancel semula tanggapan saya...

Anonymous said...

Nash dah dua penggal jadi tim, tapi apa yang dia buat????

presiden keluar kenyataan kelam kabut. sekejap tarik balik, sekejao tarik blk.. apahal???. puncanya nash tak berfungsi la... lebih parah bila dia tokoh utama berjumpa UMNO di belakang tabir....

PAS pecah belah sek, kerana Nash.... dia harus bertaubat....

hanifa dah minta dia dikenakan tindakan disiplin.. tapi hampa.....

putrajaya

Anonymous said...

Kadang-kadang masalah kita ini ialah apabila diberi akal tapi tak tahu menggunakannya. Apa biasnya bila saya kata musuh ketat kita, Utusan Malaysia, berkempen hebat nakkan Ustaz Nasha menang. Itu fakta kecualilah kalau anda tak baca lagi Utusan Malaysia.

Anonymous said...

Bukan kah PAS dah lancar gerakan Boikot Utusan?

Kalau dah boikot,Utusan tulis apa pun tak kisah lah?

He he he!

Anonymous said...

Saya juga agak pelik, bila STAR dok angkat Husam dgn geng Erdogan dia, boleh plak???

Councillorman said...

Perkara yg amat ditakuti adalah apabila mainan oleh utusan ini sebenarnya sebahagian perancangan sistematik umno utk kekalkan orang yang mudah dicucuk hidung, bermain silap mata dan lebih sudu daripada kuah. Sudah terang lagi bersuluh memang ada hasrat di hati kepimpinan umno mahu melihat ust. nasha terus kekal sebagai timb. presiden agar perancangan jahat mereka yang telah dimulakan pasca PRU ke-12 yg lalu dapat disambung semula sementelahan pula ada kata-kata nakal drp puak umno yg katakan org yg bertubuh bawah 5 kaki memang mudah untuk 'dikenakan'. Wallahu a'lam.

penikmat kopi amjal said...

kalau sedari awal lagi memang utusan meloya ni anti islam dengan cacian kepada pas, arqam, tabligh, sekolah pondok, kerajaan kelantan dan bermacam kecaman telah dibuat tetapi sejak akhir2 ini begitu lunak mendodoikan lagu kepimpinan ulama...takkah pelik bin ajaib? ini taubat sambal belacankah? atau ini ada udang di sebalik batukah? atau memang ada satu grand design yang sedang dirangka musuh utk checkmate akan pas dgn rakan2 pakatan rakyat? pikir2lah bersama..

Anonymous said...

inilah masalahnya bila hati busuk hanya pandai berprasangka buruk.
ngaku pejuang Islam, YDP Kawasan plak tu...tapi hati penuh dgn prasangka jahat terhadap kepimpinan ulama'
fikir fikirkanla...

pemuda kelana said...

Tulisan saudara blogger Anak Bapa pada hakikatnya tidaklah ada unsur-unsur prasangka buruk yang melampau terhadap kepimpinan ulama seperti yang ditohmah oleh beberapa pemberi komen, cuma pemahaman yang tinggi diperlukan berserta keterbukaan minda yang bersih. Lontaran-lontaran idea dan komentar yang cuba diketengahkan hendaklah diambil sebagai panduan yang berguna dengan mengenepikan sentimen prejudis yang melampau disebabkan blogger ini seorang professional dan bukannya ulama.

angah said...

salam..

tulisan YDP Kelana Jaya tak menprejudis..cuma beliau bahkan saya sendiri pelik mengapa UM beriya2 berkempen utk ust nasha..
mungkin ada udang di sebalik mee..
selama ini bukankah UM menhina kepinpinan ulama..di tudahnya PAs sesat...sekarang mengakui pula peminpin PAS ini ulama..ajaib..

Anonymous said...

sahabat2 semua, saya penyokong pimpinan islam sejak dari zaman PAS dibawah.. pada masa selepas Allahyarham Ust. FN, inilah barisan pimpinan yg tak kenal lelah berjuang, sehinggalah tiba2 bila dah menang sana-sini, pimpinan yg ada dicaci2 sebegini rupa? pimpinan muda yg ada boleh menempelak tanpa segan silu di akhbar2? heran jugak, dimana hilangnya semangat sahabat islam kalian? Satu lagi, jgn lah dok analisis Utusan tu sgt.. tak yah lah baca yg terpapar dan bantai org tak tentu pasal.. dlm teori politik, musuh kalau tiba2 suka pada kita, ada 2 saje yg boleh dikatakan.. satu, mungkin dia nak org yg dia suka jadi pilihan, atau yg ke 2, reverse phsycology... maknanya, memang dia tak nak org itu sebab org itu terlalu kerass baginya, maka dia buat reverse, kononnya suka secara terang-terangan, agar ahli2 PAS akan menyampah dan buat tohmahan yg macam2, spt yg Ust Nasha kena ni..saya percaya, Utusan Malaysia bukan bodoh, dia tau mcmana nak perang saraf kat org2 yg baru nak semangat politik mcm kalian ni...takkan Utusan tak tau, kalau dia puji org ini, sure ahli2 PAS akan curiga..cepat sgt curiga... Sedangkan mereka tau, pimpinan yg ada, campuran ulamak dan professional lah yg dilihat oleh org ramai sebagai pengaruh yg kuat..dulu org nak pi ceramah pun tak nak, la ni org suka dgar ceramah, dan yg berceramah adalah org yg berilmu.. bukan org2 mcm kita ni.. semangat jer lebih..
What i mean is, tak yah lah porak perandakan dgn prasangkan yg pondan sperti ini.. dah lah tak ikut usrah, baca buku Kenapa Ana Muslim pun tak lepas lagi, dah nak belasah org2 yg berhempas pulas... isk isk

Harap sahabat2 hentikanlah analisis Utusan ni.. baik fokus to parti and buat keputusan bijak.. lagi pun, insyaAllah, Allah jaga org2 yg menjaga parti yg dekat dgn ISlam..ameen

Karisma59 said...

Salam,

Matlamat dan agenda iblis UM adalah amat jelas - pecah dan perintah atau "lanyak" PAS, setelah agenda jahat mereka berjaya atau dalam kata lain bila umpan telah dimakan ikan.

Pemimpin dan ahli PAS perlulah sedar mainan media kawalan BN, yang akan terus ingin memastikan musuh-musuh politik mereka akan berterusan dilihat lebih lemah dari mereka. Sudah pastilah BN/UMNO tidak akan membiarkan PAS/PR kelihatan lebih disukai dan disenangi oleh para pengundi, samada ahli UMNO/BN sendiri atau pengundi atas pagar.

Jadi amatlah penting ahli-ahli PAS dapat membezakan manakah intan dan kaca, dan ingatlah pemimpin PAS samada dilebel bertaraf ulama atau professional perlulah sentiasa dinilai diri mereka dari setiap segi/aspek, samada dari segi keberkesanan sumbangan mereka, kualiti kepimpinan, intelektual, kewibawaan, integriti dan sebagainya untuk diketengahkan sebagai pemimpin utama. Tiada gunanya meletakkan seorang ulama sebagai pemimpin tapi kualiti kepimpinan, intelektual dan kepasiti sbg pemimpin tidak ada, begitulah sebaliknya kepada seorang yg dilebelkan professional.

PAS dengan wajah dan imejnya yg terkini, dimana gabungan pemimpin bertaraf ulama dan umara/professional dapat diseimbangkan, adalah merupakan daya-penarik kepada parti sejak sekian lama membangunkan imej yang sesuai dengan perkembangan semasa di tanah air. Jika "wajah baru" PAS ini dapat terus dikekalkan dan dimantapkan sudah pasti pihak musuh (UMNO/BN) tidak akan 'tidor lena', kerana dalam tempoh 2 pilihan-raya, mereka akan dapat di'talkinkan'. Inilah yang amat ditakuti dan digeruni oleh musuh-musuh PAS/PR.

Strategi UMNO untuk memecahbelahkan PAS/PR akan dianggap berjaya, jika ahli-ahli PAS hanya memilih utk golongan ulama bertaraf pak-pak lebai sahaja untuk menerajui parti, dgn itu PAS telah berjaya dilemahkan seperti diera 80an ( sebagai contohnya). Pada masa yang sama, mereka juga merasa akan lebih terancam, jika lebih banyak golongan professional yang kuat berpegang kepada ajaran/amalan ugama Islam dapat menguasai kepimpinan PAS, yg dilihat tidak bersedia berkompromi dengan UMNO/BN.

Ahli PAS mestilah terus yakin dengan kebijaksanaan ahli untuk memilih pimpinan yang mereka inginkan, tak perlu ada kempen untuk golongan ulama ke atau golongan lainnya. Semua ini budaya politik UMNO yang mula menyelusup masuk ke PAS.

Ameen.

DR 1221 said...

Apa susah susah sangat, dua dua kasi tolak. Bodoh. Nasha tak kreatif, Husam tak inovatif.

wan said...

Menjadi jugak strategi UM untuk buat ahli Pas berpecah dan mula mengambil kira lidah fitnahnya.

Cukup dengan buat-buat sokong satu team, boleh buat team lain syak wasangka tanpa siasat mendalam.

Lepas ni UM boleh puji PAS dan burukkan rakan PR pulak, biar seluruh PR dan mereka yang terburu dalam Pas bersangka buruk.

Bagi aku, benar manapun UM ni, mesti ada muslihat dua tiga lapis.