Tuesday, June 16, 2009

Hidup Lagi Ke Kerajaan Perpaduan?



Anak Bapa terbaca tulisan daripada Kickdefella hari ini berhubung isu Kerajaan Perpaduan (Unity Government-UG). Anak Bapa juga membaca apa yang dilapor akhbar Mstar Online berhubung tajuk yang sama. Sehubungan dengan itu, Anak Bapa mengeluh panjang menatap berita dan rencana yang dimuatkan dalam kedua-dua media berkenaan. Kalau tak silap beberapa hari yang lepas kita mendapat "nasihat" daripada pimpinan atasan supaya menghentikan polemik berhubung isu UG ini kerana dikatakan ia tak relevan lagi. Malangnya arahan ini untuk orang bawahan saja kerana pimpinan sendiri masih dok sibuk lagi "beragenda" dengan UMNO.



Bukankah Tok Guru Nik Aziz dah cakap lupakan saja UMNO ini dan tumpukan kepada usaha memperkasakan Pakatan Rakyat? Apakah jenis ahli jamaah yang begitu degil dengan nasihat Mursyidul Am yang sangat kita sayangi? Adakah arahan beliau merupakan arahan yang mungkar atau maksiat yang menyebabkan kita tak perlu ikut? Bukankah banyak kebaikan dengan kita melupakan UMNO ini yang mula menyebabkan keretakan sesama kita? Mana lebih baik, terus 'mengurat' UMNO atau lihat sesama kita bercerai-berai? Ahli-ahli PAS tidak akan dapat menerima perbuatan kita cuba bersekongkol dengan UMNO dan percayalah mereka akan bangun menentang. Jangan anggap mandat yang kita perolehi sebagai pemimpin adalah pasport untuk bertindak sewenang-wenangnya dalam semua hal. Isu berkait dengan UMNO adalah isu "mega" bagi akar umbi PAS. Jangan ambil tindakan melulu tanpa berbincang sedalam-dalam dengan semua peringkat ahli parti apabila isu yang dihadapi ada kaitan dengan UMNO. Biarlah kita tolak kebaikan walau sebesar gunung sekali pun jika ia masih memudaratkan jamaah walau hanya sebesar busut. Ini kerana kemudaratan yang timbul akan melemah dan memporak-perandakan kita. PAS, insyAllah tidak akan tumbang kerana gempur musuh dari luar tetapi akan musnah dengan angkara diri kita sendiri.


Anak Bapa:
Jangan kata kita tak nasihat ..........




9 comments:

Anonymous said...

Ye tak ye jugak. Sapa yang suruh diam dan lepas tu sapa pulak yang bercakap ..... ctsb!!!

Anonymous said...

boneka UMNO sudah bercakap.. kita tunggu pembantu-pembantu sesat haji hadi pula yang nak bercakap...

Anonymous said...

dah tuh kita nak buat apa e?tundk pada DAP k?PKR?cuba tgk organisasi PKR sapa paling ramai...kenapa mesti berdendam dengan UMNO kenapa semua org UMNO jahat ke?semua orang PAS baik k?semua orang UMNO masuk neraka k?semua orang PAS masuk syurga k?k mmg na bagi tanah malaysia kat cina?

Pujangga Sinis said...

Kenape PAS benci sangat UMNO? Macam UMNO nih bukan orang melayu, bukan orang Islam? Kenapa,ye? Saya bukan oang mane2 sebab saya belum boleh mengundi lagi tahun ni.. Cuba jelaskan sikit point2 kenapa PAS sangat anti UMNO dan sangat suka PKR ngan DAP?

Ex-UMNO said...

Di ingatkan kepada semua penyokong2 PAS supaya terus berjuang menentang kezaliman. Sudah lebih 50 tahun kita berjuang menentang puak2 yang tamak, tidak jujur dan menindas rakyat dengan sesuka hatinya. Selama ini mereka cuma pentingkan diri dan kaum keluarga nya sahaja.

Berkat sabar dan gigih berjuang, musuh kita sudah semakin lemah dan hampir menyerah kalah. Kita kena terus berjuang hingga keakhir hayat sehingga mencapai kemenangan.

Perjuangan kita sudah hampir mencapai matlamatnya. - hancurkan UMNO.

Anonymous said...

memang betul,kita mesti memperkasakan Islam dan hentikan membicarakan perkara yang boleh memecah belahkan kita sebagai Islam,hanya Islamlah yang boleh menyatu padukan kita semua dan bukannya melayu,cina dan india.Hanya Allah yang tahu keikhlasan seseorang itu untuk mengakkan Islam.Jadi kita semua hentilan berbicara sesuatu yang boleh memecah belahkan kita dan fikirlah sesuatu yang boleh memajukan kita demi Islam

Anak Bapa said...

Saudara Raveheartz,

Terima kasih di atas komen saudara. Harap saudara jangan salah faham. Saya tidak membenci ahli-ahli UMNO, malah ramai kenalan saya daripada orang-orang UMNO. Apa yang kita benci ialah sikap dan akhlak mereka terutama pimpinan UMNO. Kita bercerita dari aspek politik ttg usaha mengabungkan UMNO dan PAS ini adalah usaha yang sia-sia dan memudaratkan PAS. Ini tidak bermakna kita tidak akan berdakwah kepada ahli-ahli UMNO meyakinkan mereka berpindah daripada keburukan UMNO kepada kebaikan Islam.

Anonymous said...

kalau anak bapa kata perlu berdakwah kepada UMNO, mengapa bila ust nasa ingin berjumpa dgn UMNO untuk berdakwah kepada mereka kebanyakan pimpinan PAS melatah?
bukankah beliau berkali-kali mengatakan bukan untuk kerajaan perpaduan, bukan untuk membentuk kerajaan bersama, bukan untuk PAs masuk UMNO. tetapi masih pimpinan PAS seperti anak bapa tidak faham atau berpura-pura tidak faham.?

angah said...

salam saudara...

pelik sayer dengan puak2 boneka umno nie..gila pangkat sanggat..sekrang kalau kita lihat penulis2 upahan mereka telah menyerang Tn Guru Nik aziz pula..sehingga ader penulis, penolong editor kl&sel sinar harian pada 18 jun mengatakan bahawa Tn Guru lebih rela berkerjasama dengan syaitan daripada persaing...nauzubillah..

ader juga komen2 mengatakan golongan yg menolak kerajaan perpaduan nie seperti nak beri tanah kepada cina...seperti kata tanpa nama June 17, 2009 1:27 AM ..
sayer ingin bertanya kembali kepada tanpa nama..selama ini PR kah yg menberi satu bukit genting higlang kepada tokey cina goh tong?

siapa pula yg beri 3/4 pangkor kepada tokey cina berjaya?

siapa pula bagi bukit tinggi kepada tokey cina?

siapa yg bagi 1/2 tioman kepada berjaya?

siapa? PR??? dapat dilihat KEBODOHAN puak umno bila berbicara..

saya ada alasan mengapa perlu ditolak kerajaan perpaduan bersama umno..kerana selama ini bila mereka kuat..pernah mereka mengajukan perkara ini???

sejarah dah menbuktikan..menbantu UMNO seperti kita melepaskan ANJING YG TERSEPAT.. umno sama lah seperti anjing..bila kuat berlagak ,sombong..melalak..bongkak..tapi bila di ambang kejatuhan.. perpaduan di modal kan..yg paling BANGGANG..puak 2 yg menpercayai dan menpersetujui cadangan bodoh ini....