Wednesday, August 5, 2009

Bila Lagi UMNO Nak Faham Kehendak Rakyat?

Perhimpunan aman Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang diadakan pada hari Sabtu lepas di sekitar Kuala Lumpur dianggap sangat berjaya. Anak Bapa beranggapan demikian kerana ukurannya mudah saja, pimpinan UMNO melatah-latah berhari-hari lamanya.

Mula-mula Najib, dengan katanya bahawa ada banyak cara lain lagi untuk menyuarakan bantahan terhadap undang-undang kejam ini, malahan ahli-ahli parlimen pembangkang boleh menyuarakan pandangan mereka di Parlimen (seolah-olah selama ini pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tak pernah menyuarakan langsung pandangan mereka berhubung kebejatan ISA). Muhyiddin pula menuduh pemimpin PR yang mendalangi, malah disebut mengupah rakyat terutama orang-orang Melayu supaya berdemonstrasi bagi menimbulkan simpati kepada perjuangan mereka.

Nazri Aziz pula mempertahankan tindakan pihak keselamatan di dalam “mengawal” perhimpunan “haram” daripada bertukar menjadi ganas. Shafie Afdal, yang dahulu nak jaga gula dan beras pun tak reti, mencadangkan supaya pimpinan PR ditahan dan didakwa kerana mendalangi perhimpunan haram ini. Mukhriz berkokok mendakwa pimpinan PR mempergunakan orang-orang Melayu di dalam mencapai cita-cita perjuangan mereka manakala Reezal Naina Merican mengutuk pembabitan mahasiswa di dalam aktiviti yang tidak demokratik dan menyalahi undang-undang negara. Ada seorang pula kuncu UMNO yang bernama Mohd. Khairul Azam daripada Magaran (entah habuk mana datangnya kumpulan nyamuk ini) mengesa kerajaan menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah ISA. Dan hari ini, tukang ampu UMNO, Ketua Polis Negara pula berjanji akan mendakwa mereka yang terlibat mendalangi perhimpunan haram Sabtu lepas di samping akan mengambil tindakan tegas terhadap ibu bapa yang membabitkan anak-anak mereka.

Anak Bapa termenung membaca pelbagai lontaran pendapat dan cadangan pimpinan UMNO dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya. Nak kata bodoh pun ya, bebal pun ya, bodoh sombong pun ada, pendek kata segala jenis caca-marba penyakit memang cukup banyak pada UMNO yang terus mereput dan tunggu hari nak dikapankan. Isunya mudah saja. Rakyat benci ISA sebab undang-undang ini zalim dan kejam. Malah dalam Islam sendiri tidak ada tempat bagi undang-undang yang sebegini zalim. Dengan kata lain akta ini haram hukumnya! Janganlah dok kait isu orang-orang Melayu yang ramai hadir dan bukan kaum lain (ada tukang kira ke?), atau minoriti rakyat saja yang hadir, atau kerugian besar kepada peniaga (sapa yang menyebabkan kerugian. Sepatutnya lebih ramai orang maka lagi laris jualan. Yang sembur gas dan air asid bukan peserta demonstrasi tetapi pihak polis, atas arahan pimpinan UMNO), dan segala alasan lain yang tersasar daripada isu sebenar. Mesejnya “simple” dan jelas, rakyat nak beritahu kerajaan bahawa ISA tu zalim dan perlu dimansuhkan. Itu saja.

Selama ini pun demonstrasi yang dianjurkan oleh parti-parti politik pembangkang dan NGO tidak pernah menjadi ganas. Ia menjadi kelam kabut apabila pihak polis masuk campur. Protes jalanan bukan benda baru malah sesuatu yang biasa di negara yang utuh demokrasinya. Negara yang tak benarkan demonstrasi aman ini sebenarnya negara polis atau negara diktator. Jadi fikir sendiri Malaysia duduk di dalam kategori mana.

Seperkara lagi, tolong tunjukkan negara maju mana yang perlukan akta ala-ISA ini (tak usah cerita Singapura kerana perangai pimpinannya lebih kurang macam pimpinan UMNO) untuk menjamin keamanan negara masing-masing. Jadi tak usah dok guna alasan perlu ISA untuk keselamatan negara. Keselamatan UMNO dan BN mungkin! Spesis UMNO ni bukan tau belajar dari sejarah. Dia orang masih menganggap rakyat Malaysia ni bodoh (macam dia orang), sanggup bersusah payah berdemonstrasi kerana dipengaruhi kalangan tertentu, atau diupah nasi lemak sebungkus dan air segelas. Dan kalau betul orang Melayu yang ramai berdemonstrasi, baguslah, kerana kesedaran yang tinggi orang-orang Melayu Islam terhadap isu yang melibatkan kebajikan dan keadilan rakyat.


Anak Bapa: Kelihatan ramai pulak anak-anak muda Cina dan India berdemonstrasi bersama-sama anak-anak muda Melayu hari tu. Harap pimpinan UMNO tak ada yang juling mata sebab ramai sangat yang hadir berdemonstrasi ……..

5 comments:

Amuraria said...

YANG KITA TAU PARA DEMONTRASI ANTI ISA TAK DAPAT WALAU SEKEPING KAIN PELIKAT ATAU WANG RM50 KA TAU RM1 KA ATAU NASI SORANG SEBUNGKUS MACAM SATU PARTI TAIK YANG KONON MENJAGA HAK-HAK ORANG MELAYU KONON ! TAPI SAPA YG HILANGKAN HAK MELAYU DULU BERSEKONGKOL DENGAN MIC & MCA TERIMA KEMERDEKAAN IKUT ACUAN BRITISH ? MELAYU BUKAN UMNO TAK MUDAH LUPA DAA !

buyung ara payung said...

Pas nak jaga hak melayu.... podah... nak jaga kelantan pun terhegih-hegeh. Nak bagi air bersih kat rakyat pun mengah. Kat Perak lagi karut bagi Cina tanah pulak. Baru beberapa bulan memerintah ! Kalau 50 tahun orang melayu telok pun tadak.

kerispuaka said...

Melayu mudah lupa...

ntah laaa..... said...

salamm..
ziarzh jap..

Anonymous said...

PAS BUKAN NAK JAGA MELAYU TAPI NAK JAGA PERUT. MASAKAN TIDAKNYA MASA MULA MULA PERINTAH KELANTAN DULU ADA SEORANG KETUA PEMUDA TU PAKAI MOTOR HONDA CUP AJE, ALIH ALIH DUA TIGA TAHUN MEMERINTAH DAH PANDAI PANDU PAJERO, MERCEDES DAN DAPAT BELI ANAK ANAK MOTORSIKAL CASH. INIKAH ORANG YANG NAK JAGA MELAYU.

BUAT PROJEK PERUMAHAN (CINA LER YG BUAT) ATAS TANAH MELAYU DAN BAGI KAT CINA. SELALU SELALULAH DATANG ZIARAH NEGERI YANG BERTAMBAH TAMBAH MAJU INI.