Sunday, September 6, 2009

Malu Jadi Melayu



Anak Bapa malu jadi Melayu hari ini. Kalau boleh nak mengaku dari keturunan bangsa lain, Siam pun tak apa kerana kebetulan Anak Bapa berasal dari negeri berhampiran sempadan Thailand. Dan perasaan ini bukan terbit daripada hati Anak Bapa seorang tetapi juga daripada teman-teman Melayu lain yang berkesempatan untuk hadir dalam “dialog” antara Kerajaan Negeri, MBSA dan penduduk Seksyen 23, Shah Alam. Anak Bapa bercakap begitu bukan kerana tak sayangkan bangsa atau sememang dah lupa asal usul sendiri, tetapi lahir secara spontan apabila melihat gelagat segelintir penduduk kawasan berkenaan apabila membuat bantahan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Anak Bapa dah pun mengulas cerita kuil ini dalam tulisan sebelum ini dan tidak berhasrat untuk mengulangi kronologi atau rentetan yang membawa kepada konflik ini tetapi lebih nak fokuskan sikap puak Melayu yang memalukan bangsa ini.

Sebaik saja tiba di Dewan Bankuet MBSA, puak-puak ini yang dianggarkan sekitar tak sampai 10 orang terus saja buat kecoh. Mereka cuba serbu YB Khalid, YB Rodziah dan YAB MB sambil menjerit-jerit macam orang kena sampuk hantu. Kata-kata yang diucapkan Allah saja yang mengetahui bermula dengan bodoh, babi, tak guna dan apa saja yang tak tergamak kita nak menyebut atau mendengar di bulan Ramadan yang mulia ini. Mereka bukan saja tidak mahu mengikuti perbincangan secara yang bertamadun tetapi asyik meluru ke hadapan untuk menunjuk sifat kurang ajar kepada kepimpinan negeri yang sedang memberi penerangan. Mereka tak tahu duduk dengan tertib, kejap-kejap berdiri dan mundar-mandir sana sini macam tempat tu mak bapa dia punya, lepas itu asyik menggangu orang lain bercakap, dan berterusan memaki hamun semua orang. Malah ada ketikanya mengangkat kerusi untuk dibaling kepada orang lain. Nasib baik ada penguatkuasa MBSA di situ untuk menghalang kerja-kerja mereka yang tidak beradab itu.

Sebarang bentuk penerangan yang diberi akan ditenggelamkan oleh boo dan kata-kata nista mereka sedangkan itu tujuan sebenarnya majlis ini diadakan yakni untuk menerangkan CADANGAN yang dipersetujui oleh semua pihak (PKNS, MBSA dan Kerajaan Negeri) kepada penduduk Seksyen 23. Dan sememangnya itu prosidur yang dikeluarkan oleh Perancang Bandar dan Desa dalam mendengar bantahan iaitu perlu mendapat kelulusan daripada agensi-agensi berkaitan dahulu sebelum dibincangkan dengan penduduk tempatan. Tetapi mereka tak peduli. Mereka telah nekad bahawa Kerajaan Negeri telah lupakan mereka dan memang telah siap untuk memindahkan kuil berkenaan. Ini dipanggil bodoh tak boleh diajar dan cerdik tak boleh ditegur. Mungkin semasa zaman pimpinan kesayangan mereka UMNO/BN dulu cara begini diamalkan. Suka atau tak suka dia buat juga, lepas tu suruh polis tangkap siapa yang protes.

Pimpinan negeri memang memberikan peluang seluas-luasnya kepada mereka untuk meluahkan perasaan dan rintihan. Tetapi apabila tiba giliran YB Khalid untuk menjawap soalan dan memberi komen terhadap pandangan mereka, mereka sekali menunjukkan sikap kurang ajar dengan mengeboo dan menyumpah seranah beliau. Anak Bapa ingin mengucapkan tahniah kepada YB Khalid kerana berjaya mengawal emosi dengan baik walaupun diseranah dengan dahsyat.

Untuk menambah malu puak-puak Melayu ini, penduduk Seksyen 23 yang terdiri daripada kaum India dan Cina pula begitu tertib menghadiri dialog tersebut. Mereka menghantar 2 orang wakil yang bercakap dengan baik dan beradab. Aduuuuh apa nak jadi dengan bangsa aku ni. Tak tahukah mereka bagaimana nak bawa diri di dalam majlis jemputan orang dan berkomunikasi dengan tertib? Atau mungkinkah mereka ini produk daripada kilang pemimpin keris telanjang yang perangai 2 kali 5 dengan dia orang?

Anak Bapa: Sah ini semua acuan UMNO! Dan sahlah hayat UMNO dah cukup dekat!

5 comments:

C++ said...

Bhai.

Betul-betul diorang nie buat malu orang Melayu... Nasib baik la gua bukan Melayu.. Gua Bugis... hahaha..

Perangai tak ader adab dan sopan... macam nie ker orang Melayu...

Agaknyer la... diorang nie semua anak terbuang kot... pasai takder mak bapak diorang ajar "manners" dan adab sopan...

Zanie said...

Aku lak keturunan diraja Pattani, moyang aku tok guru Hj Umar dari Besut. Tak caya cari dalam internet. Memang betullah..memalukan! Yang sorang tu bertitle haji lagi tapi perangai macam lanun tak kenal tamaddun. Mencarut, memaki hamun macam orang gila. Ini bukan saja memalukan melayu malah Islam itu sendiri.

Haji UMNO apa nak diherankan?

siakap said...

Say orang Melayu. saya bangga dengan bangsa saya, Melayu. Orang Melayu adalah bangsa yang bersopan santun dan tinggi budi bahasa.Orang Melayu menghormati pemimpin dan bangsa-bangsa lain.
Orag biadap, kurang ajar dan samseng itu bukan Melayu tetapi bangsa IMalaysia. Meraka adalah bangsa kacukan ddngan unsur-unsur negatif dan darah daging mereka dalah hasil makanan hasil haram.
Kita orang Melalyu patut nyahkan mereka bukan nyahkan bangsa kita.
Mari kita orang Melayu ambil keputusan bahawa mereka yang kurang ajar, biadap dan tidak temaddun jangan kita mengaku mereka orang Melayu. Orang Melayu tidak berperangai seperti jebong-jebong itu.
Hidup Melayu, Hidup Bangsaku.

sp lim said...

I'm sure the majority of the Malays do not behave like that. But I'm afraid they have been cowed into silence by these samsengs.

I can tell you as a minority in this country, we are feeling very insecure day by day. In days to come you will see a huge outflow of moneys from this country.

It's time for the majority who are reasonable and God fearing to stand up to these scums who have brought shame to their own race and religion. This nation will be destroyed if the silent majority continue to remain silent.

Anonymous said...

Saya heran teramat heran, mengapa kita mencerca sesama bangsa sendiri seagama lagi. Kalau kita memang Muslim sebenar tentu kita sentiasa mendoakan kebahgiaan dan ketenangan orang lain. Ini tidak, mengata orang dah jadi mainan, sumpah seranah dah jadi perkara biasa, kalau mereka biadab biarkan mereka jangan kita pula yang lebih lebih.

Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa saudara saudara ku.....Amin