Friday, September 25, 2009

Pakatan Yang Tidak Berpakat?



Nampaknya kita kena padam api lagi. Penat sungguh rasanya. Ingatkan api yang lepas-lepas dah padam habis tetapi nampaknya tekaan Anak Bapa jauh meleset. Api masih terus menyala. Persoalannya sampai bila kita perlu jadi “ahli bomba”. Di dalam ilmu pengurusan kita dilarang daripada menjadi “firefighters” sepanjang masa jika mahu menjadi seorang pengurus yang baik. Ini bermakna perancangan yang tersusun dan lengkap serta bersifat jangka panjang. Ini akan mengelakkan daripada timbul pelbagai krisis yang tak kunjung sudah (yakni kena kerja lebih masa padam api) sepanjang pelaksanaan sesuatu program atau rancangan.

Kita akui bukan mudah untuk menyatukan 3 parti politik yang berlainan latarbelakang dan falsafah perjuangan (masa zaman Rasulullah saw dahulu pun susah juga nak satukan orang-orang Arab). Tetapi rakyat amat memerlukan satu pemerintahan baru yang berteraskan akhlak yang luhur dan murni, yang memberi keutamaan kepada kebajikan dan kesejahteraan mereka. Dan pasti mereka tidak perlukan retorik dan slogan kosong semata-mata tetapi sebaliknya sarat dengan tindakan yang ikhlas dan bersungguh-singguh. Nah, sekarang rakyat dah beri peluang dan mereka mengharapkan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang dibuat oleh BN sebelum ini. Dan jika rakyat boleh ubah kerajaan daripada BN kepada PR maka bukanlah sesuatu yang mustahil mereka akan ubah daripada PR kepada BN semula jika mereka dapati PR pun lebihkurang aje dengan BN atau mungkin lebih teruk!

Kita semua kena akui, terutama daripada PAS, bahawa begitu banyak kebaikan kita perolehi selepas memegang tampuk pemerintahan negeri Selangor walaupun terpaksa berkongsi dengan DAP dan PKR. Dengan kuasa yang ada begitu banyak perkara kita boleh buat demi kesejahteraan umat dan rakyat. Mungkin sebagai peringatan kepada kalangan mereka yang mudah lupa supaya elok imbas kembali kehidupan kita semasa BN memerintah dulu dengan semasa PR memerintah. Atau mungkin kalangan ini teringin nak hidup semula bawah BN?

Bercakap mengenai masaalah, kat mana dalam dunia ini yang tak ada masaalah? Sedangkan kehidupan dalam keluarga kita, sesama abang dan adik kita pun kadang-kadang kita bergaduh, inikan pula dalam politik. Jadi fenomena berbeda pandangan itu adalah sesuatu yang biasa dan sememangnya diterima dalam PR. Apa yang tak biasa ialah apabila kita aje yang suka cari kontroversi sesama rakan dan sentiasa bercanggah pandangan dengan pimpinan PR lain dan percanggahan ini sentiasa dibawa ke muka media tanpa melalui proses syura yang begitu kita agong-agongkan. Pandangan pelbagai pihak terhadap PR (baca PAS Selangor, buat ketika ini) adalah kita tidak bulat dalam tindakan dan tidak tahu waktu mana nak berbeda pandangan dan waktu mana nak bersatu. Dalam erti kata lain PAS tak reti nak berkawan atau berpakat dengan orang lain.

Ada yang kata sepatutnya PR memperjuangkan kebebasan bersuara dan jangan menempelak mereka-mereka yang menyuarakan pandangan yang berbeda. Betul, tetapi jika pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh dan tauladan acapkali menyuarakan pendapat yang boleh “undermine” kewibawaan kerajaan (yang dia sendiri anggotai) tanpa terlebih dahulu menggunakan saluran yang sesuai, tentulah ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Dalam Islam, kebebasan apa pun bukanlah sesuatu yang mutlak. Ada pertimbangan-pertimbangan lain yang perlu dibuat dalam melaksanakan tuntuan kebebasan tersebut. Aspek ini menjadi amat kritikal terutama bila kita berkongsi pemerintahan dengan rakan-rakan lain yang berlainan ideologi dan keturunan.

“And the clock is ticking ….. “. Kita makin sehari makin menghampiri penghakiman rakyat, yakni PRU ke 13. Kita tidak boleh biarkan fenomena begini berterusan. Pimpinan PR perlu melakukan apa saja untuk memastikan kesepaduan sesama mereka. Jika kesepaduan ini bermakna ada di kalangan kita terpaksa digugurkan, maka laksanakan kerana tuntutan jamaah jauh lebih penting daripada tuntutan individu. Jika tak tahu nak berkawan dengan orang maka kita kena cari orang yang tahu berkawan. Jangan sampai satu peringkat di mana rakyat dah meluat dan menyampah dengan PR disebabkan kerenah satu dua orang pemimpin. Ingatan ini bukan saja untuk PAS tetapi juga untuk PKR dan DAP. Masa berbulan madu dah tamat. Kejutkan mana yang masih dok seronok tidur lagi. Jangan sampai nanti rakyat yang kejutkan dengan penyapu …..

Anak Bapa: Ada juga beberapa orang sahabat Anak Bapa yang kata PAS mesti pertahankan Islam mereka. Berpakat sesama rakan PR bukan Islam ke? Atau dah tak reti berpakat? Sesama ahli PAS pun sesetengah kita tak reti berpakat? Cuba renung betul-betul dan jangan asyik dok salahkan orang lain aje ……

2 comments:

Cermin diri said...

Cuba renung betul-betul dan jangan asyik dok salahkan orang lain aje …… satu ungkapan yang tepat

dILA said...

SILA BACA HARAKAH KELUARAN JUMAAT 30/10/09

ADA ARTICLE YANG MEMBURUKKAN NIK AZIZ

http://manjongmari.blogspot.com/2009/10/harakah-cuba-berusaha-nak-jatuhkan.html

saya yg selalu baca harakah sekali lalu pun dapat melihat & menangkap kedua2 article dalam harakah tersebut.

saya pelik, APA MAKSUD HARAKAH menyiarkan 2 berita yg bertentangan mengenai Tok Guru Nik Aziz begitu jika tidak lain daripada hendak memburukkan tok guru. Untuk membuatkan orang MEMPERSOALKAN INTEGRITI Tok Guru.

ni kerana nafsu benci & agaenda sendiri, puak2 pro-UG ini sanggup jahanamkan PAS dengan cara MEMBUNUH ICON pas sendiri iaitu nik aziz. depa tak peduli & tak ambil kira yg tanpa nik aziz, sapa lagi yg boleh jadi icon PAS yg boleh diterima oleh semua parti & rakyat.

yang BODOHNYA adalah AHLI PAS itu sendiri. dah termakan pil WALA..WALA..sampai tak boleh fikir sendiri & bertindak. ikut je membabi buta. Kalau Allah nak manusia ni ikut je arahan, baik Dia buat robot je untuk menjadi khalifah dibumi ini tetapi ALLAH letakkan manusia yang boleh berfikir dibumi ini. takkan itupun tak paham kerana apa.

lepas ini PAS bolehlah bersiapkan diri untuk KALAH dalam PR13 ni ye. kami rakyat yang hina dina ni dah MENYAMPAH denagn perangai pas ni. nanti bila itu berlaku, JANGANLAH SALAHKAN TAKDIR....sebenarnya, HANGPA SEMUA YANG BODOH!!!!