Apalah yang nak dihairankan sangat apabila UMNO membantah seperti orang tidak siuman terhadap isu penggunaan perkataan 'Allah' oleh penganut Kristian di Malaysia. Selama ini UMNO jaga Islam di negara ini ke? Hukum hudud mereka keji, arak dan judi mereka lulus dengan berleluasa, masjid-masjid mereka rampas dan kadangkala mereka roboh, ulama pun mereka pernah bunuh di Memali, dan anak muda Islam mereka rosakkan melalui aktiviti maksiat dan mungkar mereka. Sebutlah apa benda jijik yang UMNO belum buat, dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar dosa semuanya UMNO dah sebat. Sekarang UMNO nak jadi jaguh sayang Allah sayang Islam. Jikalau arwah Ustaz Termizi ada lagi dia akan kata, kalau kucing dengar perkataan ini, kucing pun muntah ......
Sayang Islam ialah dengan memahami ajarannya betul-betul dan kemudian beramal dengannya. Islam tidak mengajar kita bertindak mengikut nafsu apatah lagi jika ia melibatkan isu keadilan dan hak orang-orang bukan Islam. Pimpinan PAS dan ulama-ulama Islam lain telah menjelaskan dengan panjang lebar berhubung kebenaran orang-orang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah'. Kita semua jangan tertipu dengan kebobrokan UMNO yang ingin menangguk di air keruh. Badan-badan NGO ciptaan UMNO seperti Pekida, Persatuan Pengguna-Pengguna Islam (PPIM) dan lain-lain yang sewaktu dengan mereka adalah topeng UMNO dalam melaksanakan kerja-kerja jahat UMNO. Ada yang dah mula bakar gereja dan Allah saja yang tahu apa mereka akan buat seterusnya. Perbuatan mereka tidak ada kena mengena dengan Islam dan jika kita turut sama maka kita juga zalim.
Anak Bapa: Ku Li pun kata tindakan UMNO adalah berasaskan perkauman. Lantaran itu pimpinan PAS yang turut bersengkokol tu bagaımana pulak?
2 comments:
Memang pun! UMNO memperjuangkan hak keistimewaan kaum Melayu, sebab itu mereka parti perkauman.
Bezanya dengan PAS ialah, PAS memperjuangkan Islam di muka bumi malaysia selaras dengan tuntutan Islam itu sendiri. Di sini, Islam nombor satu dan Melayu nombor dua.
PKR pula duduk di tengah-tengah. PKR memperjuangkan kesamarataan antara rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Bagi PKR, yang miskin kena dibantu tak kira kamu melayu ke, India ke, cina ke. Oleh kerana yang miskin itu ramai melayu maka melayulah yang lebih banyak dapat bantuan...
Jadi betullah, UMNO parti perkauman.
salam saudara,
saya sendiri amat bimbang sekiranya Pas mengikut tindakan puak umno dlm isu perkataan Allah, alhamdulillah dgn keputusan Pas tsb.
Post a Comment