Saturday, March 13, 2010

Hebatnya Sistem Perundangan Kita


Berbulan-bulan, malah hampir setahun insan ini dimalukan dengan pelbagai fitnah dan tuduhan yang keji dan mengaibkan. Akhirnya mahkamah mendapati beliau tidak bersalah! Cuba kita bayangkan bagaimana perasaan dirinya, yang pada ketika itu berada pada tangga ketiga hieraki PDRM, diperlakukan dengan begitu rupa dan kesan kepada anak isterinya, ibu bapanya dan sanak saudara dan kaum keluarganya yang lain. Tidakkah ada secebis rasa simpati dan belas kasihan sesama insan apabila seseorang itu diperlakukan sebegitu rupa umpama kucing kurap di jalanan sedangkan beliau belum pun terbukti bersalah. Apalah untung nasib kita rakyat biasa jika orang yang banyak berjasa kepada negara diperlakukan sedemikian rupa semata-mata kerana ia menentang “orang-orang yang berkuasa” atas dasar menegakkan keadilan dan kebenaran?

Inilah hakikat sistem perundangan buatan manusia yang mudah diperkotak-katikkan juga oleh manusia. Dan ini bukanlah fenomena baru. Ia seringkali berlaku dan akan terus berlaku jika kita biarkan manusia rakus bernama BN dan UMNO bermaharajalela di muka bumi Malaysia ini. Ingat kisah perbicaraan Dato’ Seri Anwar dahulu dan kini berulang buat kali ke 2? Ada apa-apa perbedaaan?

Anak Bapa: Tidak ada pilihan lain melainkan meneruskan Agenda Ketuanan Rakyat …..

3 comments:

Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam said...

http://dmpsa.blogspot.com/

jemput melawat

AyahDi said...

Cuba semak harta dia, ade berapa juta. Tanya pegawai SPRM 2 soalan. 1/ mengapa dulu dia ditangkap.
2/ mengapa skrg tak bersalah.

Seterusnya tanya Musa Hasan, ape sebab dia mahu Ramli ni turun.

Jangan buat kesimpulan. Lu tak tahu ape2 pun pasal kes ni. Ini semua gaduh geng kongsi gelap. Lu ape tau.

Tanye bos 0836. Sume pasal Musa ngan Ramli ni dalam poket die je.

Anonymous said...

mengikut persepsi sayalah sebab apa mahkamah putuskan beliau tak bersalah, kalau mahkamah putuskan dia bersalah maka akan berkecamuklah lagi malaysia ni sebab mgkin akan banyak lagi pendedahan salahlaku dalam pasukan polis kita akan diketahui umum,jadi mungkin inilah sebabnya mahkamah lepaskan dia untuk menutup banyak lagi penyelewengan sudah dan akan berlaku.Wallahua'lam.