Usaha memerangi rasuah di negara kita bukanlah cerita baru. Segala pendekatan telah digunakan. Akta digubal dan ditokok tambah berkali-kali. Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah diperkasakan dengan menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hadiah disediakan kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkap perasuah kes-kes berprofil tinggi.
Sesekali sesekala ada juga pimpinan ternama negara dihadapkan ke muka pengadilan kerana didakwa terlibat dengan rasuah. Kalau ikan bilis yang ambil rasuah dua tiga ratus ringgit tu biasalah kena tangkap dan dipenjarakan. Biasanya pimpinan ternama ini hanya kecuh dua tiga minggu saja, buat pelaris surat khabar, lepas tu dibuang kes kerana ‘tak cukup bukti’.
Inilah fenomena memenangi gejala rasuah di Malaysia. Cakap tak serupa bikin, pendakwaan berpilih-pilih. Jikalau SPRM tu betul-betul bebas dan bergigi, Najib dan pimpinan UMNO lain dah lama duduk merengok dalam penjara.
Tengok saja pilihanraya kecil yang baru berlalu di Hulu Selangor dan Sibu. Najib Altantunya dan suku sakatnya bukan saja menyalahgunakan jentera kerajaan untuk berkempen tetapi buat duit negara macam duit mak bapa mereka.
Janji sini juta janji sana juta. Apa nak semua Najib boleh bagi. Bunyi macam Santa Claus pula si Kitol ini. Nampak ketara betul nak jadi hero dengan memenangi semua PRK!
Jika Najib ikhlas, kenapa kawasan yang daif yang tidak ada pilihanraya kecil tak dibantu begitu rupa? Kenapa setiap hari di Sibu saja dijanjikan dengan puluhan bantuan dan projek? Apakah Sibu saja yang perlukan bantuan segera?
Apakah haknya untuk datang ke Sibu dalam musim pilihanraya dengan menggunakan segala kemudahan kerajaan dan peruntukan kerajaan tetapi bercakap mewakili parti UMNO dan BN? Kalau ini bukan rasuah dan penyelewengan kuasa, Anak Bapa tak tahu nak panggil apa?
SPRM pula terus berdengkur dan hanya garang jika ada sebarang lapuran berhubung Pakatan Rakyat. Alahai, nasib rakyat Malaysia terus dirundung malang dengan KERAjaan UMNO/BN!
Anak Bapa: Pimpinan UMNO yang merasuah dalam pemilihan parti dan dikenakan tindakan displin oleh parti pun SPRM tak buat apa, apatah lagi rasuah pimpinan UMNO kepada orang lain!
No comments:
Post a Comment