Lagak mereka bukan main lagi. Alimnya bukan kepalang. UMNOlah pejuang Islam kerana banyak berbakti kepada umat Islam. Masjid-masjid banyak didirikan, sekolah-sekolah agama, Universiti Islam, Hospital Islam dan Bank Islam disediakan demi memertabatkan ummah.
Bila bercakap depan orang Islam, pemimpin UMNO haprak ini lebih alim daripada Tok Guru Nik Aziz. Islam sana Islam sini. Masa berkempen songkok tak pernah tanggal dari kepala. Balik-balik mereka sajalah harapan yang ada untuk umat Islam di negara ini.
Luar nampak cantik tetapi hakikatnya amat busuk dan memualkan sekali. Macam tak puas-puas dengan pelbagai jenis judi yang ada, ditambah lagi judi bola sepak. Tauke judi kroni mereka, Vincent Tan, terus diperkayakan. Manalah tau kut-kut tumpah sikit ke kantung UMNO untuk dana pilihanraya kelak.
Mereka ini buta perutkah tak faham-faham betapa dosanya judi ini. Musibahnya kepada masyarakat amat besar sehinggakan orang-orang bukan Islam pun tolak. Najib luluskan juga kerana Islam dan kesejahteraan masyarakat tak penting baginya, yang penting fulus.
Tak usahlah bagi alasan yang pelbagai. Semuanya hanyalah alasan nafsu serakah pimpinan UMNO yang buta agama. Apa yang kau orang buat adalah kejahatan dan kehinaan yang tiada bandingan. UMNO berterusan membuat kefasadan di muka bumi ini dan mereka tidak akan serik selagi kita rakyat terus dungu menyokong mereka.
UMNO dan BN tidak akan berubah sampai bila-bila!
Anak Bapa: Mana pergi Ibrahim KATAKAli, Zul Nordin dan SUNATor Ezam? Senyap aje? Tolonglah bantu Najib jelajah Malaysia bagi penerangan kepada rakyat tentang Kerajaan Judi 1Malaysia!
No comments:
Post a Comment