Saturday, June 5, 2010

Cakap Tak Serupa Bikin


Bukan main bersemangat lagi UMNO dan BN bersuara menentang apa yang dikatakan keganasan kerajaan haram Israel ke atas rakyat Palestin terutama yang tinggal di Gaza. UMNO bukan saja mengutuk Israel dan berarak di jalan-jalan raya menunjukkan protes ke atas kejadian terbaru pembunuhan aktivis keamanan di atas kapal Mavi Marmara tetapi juga telah menghantar 1 konvoi keamanan bersama kapal kedua Rachel Corrie (yang ketika blog ini ditulis telah pun ditawan oleh tentera Israel).

Baguslah tu, buat kerja-kerja baik untuk rakyat Palestin. Cuma Anak Bapa nak nasihat, kalau nak lawan Israel, lawan betul-betul. Jangan pula berdegar-degar kutuk Israel sana sini tapi di Malaysia dok buat perangai lebih kurang macam dia orang juga.

Pertama, kenapa masih pakai geng-geng Zionis APCO lagi untuk nak ‘jual’ Najib sedangkan dah tahu bekas kepala-kepala pengganas Zoinis yang mengawal APCO. Adakah imej Najib lebih penting daripada nyawa rakyat Palestin?

Kemudian tu, tegakkan demokrasi yang betul-betul tulus di negara ini. Jangan amalkan demokrasi hanya jika menguntungkan UMNO/BN, jika tidak untung batalkan, atau gunakan polis dan SPRM untuk menyakatnya.

Jikalau rakyat dah pilih kerajaan negeri yang bukan BN, terima hakikat ini atas semangat demokrasi yang luhur dan jalinkan kerjasama yang baik dan bertanggungjawab, bukan dengan mengujudkan kerajaan dalam kerajaan seperti penubuhan JKKP dan melengah-lengahkan peruntukan kewangan Persekutuan kepada negeri-negeri.

Jangan jadikan negara ini macam Negara Polis, di mana polis dan SPRM menjadi alat kepada pemerintah dan bukan sebagai badan yang bertanggungjawab dan menjaga keselamatan rakyat.

Kebajikan rakyat diuruskan secara berpilih-pilih dengan keutamaan kepada kroni dan suku-sakat BN. Rakyat yang menyokong pembangkang telah didiskriminasikan dan digertak dengan pelbagai ugutan sedangkan perlembagaan kita membenarkan hak semua orang untuk berpersatuan dan bersuara.

Nasihat Anak Bapa kepada UMNO supaya baca dan renung betul-betul apa yang Anak Bapa tuliskan supaya jangan nanti orang kata cakap tak serupa bikin, kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi!


Anak Bapa: Pi mai pi mai dok tang tu jugak!

1 comment:

Anonymous said...

Seorang anak kepada YB PAS nak masuk ke perasmian Pemuda dan Muslimah PAS. Memang beliau adalah blogger kerana beliau yang update blog YB tersebut.

Bila nak masuk dan minta PASS Media, depa kate BLOGGER TU APER?

Yang lagi sorang. Blogger memang tak boleh masuk sebab yang boleh masuk mereka yang ada Tag Media daripada KDN sahaja.