Anak Bapa pulang daripada mengerjakan umrah di Baitullah petang tadi, terus buka internet baca berita antara yang paling awal ialah “40 ulama muda masuk UMNO”.
Astaghfirullah, siapakah mereka ini yang layak dipanggil ulama jika masuk UMNO, parti yang sesat dan kerja menyesatkan umat Islam. Asas perjuangan UMNO adalah sekularisme, matlamat perjuangan ialah kebendaan, akhlak pemimpin dan ahli mereka sangat buruk dan terus merudum. Jenayah dan kefasadan apa yang UMNO tak buat di muka bumi ini?
Tiba-tiba kononnya ada “ulama muda” masuk UMNO kerana kononnya nak perbaiki dari dalam. Macam selama ini tak ada orang yang cuba ubah UMNO dari dalam. Tengok apa yang Nakhaie, Yusof Noor, Anwar Ibrahim dan lain-lain “ulama” buat dalam UMNO selama ini. Makin teruk ada. Silap-silap yang nak tukar tu sama-sama kaput.
Tak usah ceritalah nak tukar UMNO dari dalam. Kalau ini pendekatan yang betul, tentu Rasulullah saw dah terima jawatan jadi pemimpin kaum Quraish dahulu. Lepas jadi pemimpin boleh betulkan kaumnya dari dalam. Tapi tak jadi sebab bila terima apa-apa dari puak-puak taghut ini maka kena “bertolak ansur” atau “give and take” terhadap amalan buruk mereka. Akhirnya samada kita jadi macam dia orang atau kena tendang keluar.
Anak Bapa: Teringat hadis Nabi saw tentang ulama ussu’ dan ulama taqwa, dan ulama dunia dan ulama akhirat. Tepuk dada tanya iman.
No comments:
Post a Comment