Sunday, July 11, 2010

Hebat Sangat Ke Pie Ni?


Anak Bapa taklah begitu mengenali Mohd Shafie Apdal ini.Tetapi daripada gaya dia beri ucapan dan kenyataan, rasanya lebih sesuai jadi Pengerusi JKKK kat kampong di pendalaman Sabah daripada menjadi Menteri.

Daripada dulu lagi Anak Bapa perhatikan kemampuannya, maaf cakap amat menyedihkan. Ketika beliau menjawat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dahulu, terjadi krisis kekurangan gula dan tepung, dan apa yang dia buat hanya “memantau” harga dan stok di pasaran. Dalam kata lain tengok saja moga-moga masalah akan selesai sendiri.

Minggu ini dia buat hal lagi. Mula-mula dia tuduh PAS ajaran sesat. Ini bukanlah perkara baru kerana sebelum ini pun ada pimpinan UMNO yang buat begitu. Sesat tu maknanya terkeluar daripada Islam. Terkeluar daripada Islam tu maknanya KAFIR.

Adakah Pie berani cakap PAS sampai macam tu tanpa ada hujah dan dalil yang jelas dan kukuh, sedangkan PAS jelas meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan?

Anak Bapa cabar supaya Pie tarik balik kenyataan ini dan mohon maaf kepada seluruh ahli dan penyokong PAS, jika tidak tunggu saat-saat kehancuranmu ……

Semalam dia berkokok lagi, kononnya Anwar pula biayai temubual dengan CNN baru ini bagi tujuan menaikkan imejnya yang tercalar kerana dianggap anti Semitik (yakni anti Yahudi).

Anwar dah terang, dan kita pun bersetuju bahawa penentangan kita adalah ke atas kekejaman Israel yang dipelopori oleh puak Zionis. Bukan semua orang Yahudi bersetuju dengan puak Zionis, malah ada yang menentang kekejaman regim Israel. Jadi kena jelas perbedaan antara anti Yahudi dan anti Zionis.

Perkara ini Pie tak peduli pasal parti dia memang kawan baik Zionis. APCO yang UMNO bayar 77 juta dikendalikan oleh puak Zionis yang memang kerja mereka meratah umat Islam Palestin. Apa yang Pie buat untuk menghentikan kerjasama partinya dengan APCO ini?

Anak Bapa: Tak habis-habis anak Apdal ini cari publisiti murah. Tetapi lagi banyak dia buka mulut lagi banyak nampak kebebalan dan kebodohan sendiri. Letak jawatan duduk rumah lagi baik ……..

1 comment:

mohd ali ismail said...

Kebanyakann orang ni kaki bodek aje kerja tak pandai jadi angkat bodek tu kekal kedudukan mereka.Macam si bodek yang ini dia kata Anuar bayar CNN dapat ruang temu bual dalam satu rencana CNN.Si bodek ni nak sama kan dengan orang bayar Tabloid di America supaya dapat liputan FIRST LADY MALAYSIA melancung Washington.Macam mana lah Kerajaan kita nak dapat sokongan rakyat jelata kalau semua dalam kerajaan kaki bodek semata mata.