Sunday, August 8, 2010

Impian Rakyat Impian Keramat

Anak Bapa bukanlah berminat sangat nak baca atau komen tulisan Utusan Malaysia (baca Utusan Meloya) berhubung Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM). Selama ini pun tak pernah dibeli atau dibaca tulisan dalam akhbar ini. Menyampah dan naik darah dibuatnya dengan pembohongan yang mencapai status sasau dan sawan.

Tetapi apabila sahabat sms suruh baca komen UM berhubung TIRAM, maka suka tak suka kena belek juga, alahai …….

“Justeru bagi menggambarkan kononnya impian menuju Putrajaya adalah cita-cita rakyat maka pada Sabtu ini bertempat di Shah Alam, pembangkang akan melancarkan apa yang dipanggil Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM). Program itu bertujuan mengutip sumbangan daripada rakyat dengan sasaran mencecah berjuta-juta ringgit…….Sama ada fakta ini yang banyak didedahkan dalam blog-blog benar atau tidak, ia persoalan kedua tetapi apa yang pasti pembangkang sekali lagi cuba mengheret rakyat dalam permainan politik mereka…”

Pertama biar kita ingatkan UM bahawa Pakatan Rakyat (PR) adalah kerajaan di Selangor dan bukan pembangkang dan TIRAM bukan ditadbir oleh PR tetapi oleh kalangan yang berkongsi aspirasi dengan PR kearah melihat negara Malaysia yang adil, bersih, berkebajikan dan demokratik. Banyak mana wang yang TIRAM kutip tidak ada kena mengena dengan UMNO/BN kerana kita tak songlap duit rakyat atau memperolehinya dengan cara rasuah sebagaimana yang menjadi amalan biasa pimpinan UMNO.

Rakyat memberikan sumbangan kepada PR kerana mereka yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PR dan percaya duit mereka dibelanjakan dengan penuh telus dan amanah. Penyelewengan derma orang ramai kepada mangsa JE dan Tsunami oleh Kerajaan BN dahulu menjadikan rakyat serik untuk menderma melalui mereka. Dan sememangnya kita ingin mengheret rakyat dalam usaha kita menuju ke Putrajaya kerana PR adalah kerajaan rakyat, dan rakyatlah yang berhak mengetahui dan menentukan halatuju negara.

Berlainan dengan BN yang hanya merujuk kepada rakyat apabila dah dekat dengan pilihanraya sambil membawa bersama kain-kain pelikat dan batik serta duit dua tiga puluh ringgit untuk “merasuah” mereka bagi meneruskan legasi pemerintahan jijik UMNO/BN.

“ …. Jika PKR, DAP dan PAS benar-benar berjuang untuk rakyat dan ingin memenuhi hasrat mereka, maka selesaikan dahulu kemelut di Selangor yang menyaksikan pelbagai penyelewengan dan kepincangan berlaku…….”

Sebenarnya kemelut yang berlaku adalah di kalangan UMNO/BN dan digembar-gemburkan oleh media milik UMNO seperti UM. Apa penyelewengannya? PR sentiasa membuka pintu 24 jam kepada SPRM untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mana-mana pimpinan PR. Kita tak ada dengar seorang pun yang dijatuhi hukuman kerana rasuah. Tuduhan banyak tetapi ternyata tersasar.

Isu pasir dan air adalah isu yang bukan isu. Jika pasir dicuri orang maka polis tangkap aje, habis cerita. Pada masa UMNO memerintah dulu kecurian pasir lagi teruk. Dah pasir kena curi, pendapatan negeri pun tak seberapa. Kini pendapatan negeri hasil daripada jualan pasir meningkat 5 kali ganda, dan pihak yang bertanggungjawab terhadap kesan alam sekitar sentiasa memantau dan mendapati kerajaan negeri mematuhi segala peraturan.

UMNO dok sibuk pasir kat Selangor, yang pasir kat Johor diseludup ke Singapura tu apa ke he?

Isu air ini yang kecoh sangat bukan apa sebab kroni UMNO yang dapat projek bekalan air dari Pahang dah “jam” sebab Selangor tak mahu beli air yang sangat mahal tu! Terbantutlah fulus mereka. Anak Bapa minta UMNO pi tanya kroni mereka Tan Sri Rozali berapa peratus dia bercadang nak naikkan harga air di Selangor setiap 3 tahun? Semak dulu fakta sebelum bercakap sebab kita tahu segala rahsia UMNO dan kroni mereka.

Pendek kata UMNO ni risau dengan penubuhan TIRAM sebab tu dia jadi sasau tak tentu arah. Seruan Anak Bapa kepada pimpinan dan penyokong PR supaya terus mengukuhkan perpaduan kita dan sentiasa mendekati rakyat kerana kerajaan Malaysia baru yang bakal kita tegakkan selepas PRU-13 nanti adalah sememangnya kerajaan rakyat!

Anak Bapa: Panduan kita tentang cakap-cakap UMNO dan balaci mereka (termasuk UM) adalah semuanya karut dan tidak boleh dipercayai dan apa yang bertentangan dengan cakap-cakap ini sebenarnya perkara yang benar….. Cuba kalau tak percaya!

3 comments:

Glen said...

kata dulang paku serpih, kata orang dia lebih

Hanz Newman said...

ya ya betul tu... perpaduan kita kukuhkan dulu. Jangan mimpi perpaduan dgn UMNO-BN. Menyesal kemudian tiada gunanya.

Anonymous said...

Terima kasih atas sumbangan mendedahkan pekong umno parti bangsat. Teruskan.