Thursday, August 19, 2010

Pemergian Yang DiTangisi


Genap hari ini 2 tahun berlalu,

Pemergian yang tidak diduga,

Pemergian yang tidak disangka-sangka,

Pemergian yang tiba-tiba,

Meninggalkan kami dalam keadaan terpingga-pingga,

Kakak,

Itu gelaran manja seorang ayah,

Gelaran yang sentiasa terngiang-ngiang di anak telinga,

Ingatan pada mu tidak pernah luput dari ingatan,

Memberi semangat dan kekuatan dalam menghadapi cabaran kehidupan,

Memberi sinar pada kehidupan ayah buat sekian lama,

Membawa azimat pada ibu sepanjang masa,

Kakak,

Kehadiran mu membuat kami teruja,

Senyuman mu menenangkan hati gundah gulana,

Percakapan mu mengubat segala resah jiwa,

Layanan mu membuat semua rasa terbela,

Ibu bapa mana yang tak idamkan ini semua?

Anak mulia penghibur hati di kala lara,

Kakak,

Perjalanan hidup mu bagai diolah rencana,

Ilmu sentiasa menjadi asas, agama tetap menjadi sendi,

Dunia bagai ladang, tuaiannya di akhirat abadi,

Kehidupan mu jelas sebagai bukti,

Bahawa agama dan ilmu boleh menjadi serasi,

Jika pengabdian berterusan kepada Ilahi,

Manusia yang lahir kelak manusia mithali,

Kakak,

Ayah dan ibu akur pada ketentuan Ilahi,

Sayang ayah mana mungkin mengatasi kasih Rabbi,

Kasih ibu mana mungkin melebihi belaian Ilahi,

Pemergian awal mu penuh hikmat sudah pasti,

Peninggalan mu buat kami di dunia sudah banyak pasti,

Pengiktibaran daripada pemergian mendadak mu begitu pasti,

Dan yang lebih pasti,

Pemergian mu sentiasa ditangisi,

Moga roh mu sentiasa dicucuri rahmat Ilahi,

Ditempatkan di kalangan para solehin kekal abadi, Ameen.

8 Ramadan 1431

No comments: